Penggunaan ayat majmuk dapat menambahkan keindahan berbahasa, memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Penggunaan ayat majmuk juga dapat menjadikan penulisan lebih menarik, ringkas, dan padat dan digunakan dengan meluas dalam bidang penulisan rencana.
Penggunaan ayat majmuk dapat menambahkan keindahan berbahasa, memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Penggunaan ayat majmuk juga dapat menjadikan penulisan lebih menarik, ringkas, dan padat dan digunakan dengan meluas dalam bidang penulisan rencana.
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Morfologi akronim
1. ~ PEMBENTUKAN
AKRONIM ~
DI SEDIAKAN OLEH :
SAHARA BINTI MACHA
ZALEHA BINTI BUJANG
NORFADZILLAH AHMAD LUTFI
2. PEMBENTUKAN AKRONIM
Akronim dihasilkan melalui
percantuman bahagian –
bahagian daripada
serangkaian perkataan.
Bahagian – bahagian
perkataan itu boleh terdiri
daripada huruf, suku kata, atau
bahagian daripada perkataan.
4. Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman
huruf awal beberapa perkataan yang kebanyakannya
terdiri daripada nama khas dan dieja dengan huruf
besar keseluruhannya.
• ADUN ( Ahli Dewan Undangan Negeri )
• ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia )
• IPTAR ( Institut Penyiaran Tun Abdul Razak )
• ILIM ( Institut Latihan Islam Malaysia )
• IKIM ( Institut Kefahaman Islam Malaysia )
5. Kata nama akronim ini terhasil daripada cantuman huruf
dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim
jenis ini membentuk kata nama khas dan ejaannya
bermula dengan huruf besar.
• Perhilitan ( Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara )
• Proton ( Perusahaan Otomobil Negara )
• Mara ( Majlis Amanah Rakyat )
• Perkim ( Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia )
• Intan ( Institut Tadbiran Awam Negara )
6. Kata nama akronim ini dibentuk melalui percantuman
suku kata awal sejumlah perkataan. Jika perkataan
yang terbentuk itu kata nama khas, maka ejaannya
bermula dengan huruf besar.
• Bernama ( Berita Nasional Malaysia )
• Perkeso ( Pertubuhan Keselamatan Sosial )
• Tadika ( Taman didikan kanak – kanak )
• Pawagam ( panggung wayang gambar )
• Kugiran ( Kumpulan gitar rancak )
7. Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau
suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan
awal perkataan yang lain.
• asbut ( asap kabut )
• jentolak ( jentera tolak )
• debunga ( debu bunga )
• purata ( pukul rata )
• jenama ( jenis nama )