Kisah Mahsuri menceritakan tentang wanita setia bernama Mahsuri yang difitnah dan dibunuh di Pulau Langkawi, namun sumpahnya membawa kemakmuran ke pulau itu setelah 7 generasi. Lagenda Mahsuri telah menjadi simbol kesetiaan dan cinta tanah air serta meningkatkan kemajuan ekonomi Langkawi.
1. MAHSURI
Rangkap 1 – mengisahkan kisah mahsuri dan sumpahnya yang menjadi
lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri dikatakan sebagai wanita yang setia
tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendam Mahsuri terhadap
orang yang menzaliminya. Sumpah dan air suci Mahsuri sewaktu dibunuh
berwarna putih ketika dibunuh. Setelah tamat tempoh sumpahan 7
keturunan, Pulau Langkawi telah pesat membangun.
Rangkap 2 – terdapat beberapa pertikaian pendapat. Ada yang mengatakan
Mahsuri tidak wujud tetapi hanyalah khayalan seorang seniman.Namun
begitu,kisah Mahsuri adalah benar dan keunikannya telah dicerita dalam
sastera dan karyanya menjadi lagenda. Lagenda Mahsuri telah menjadi batu
loncatan kepada kemajuan Pulau Langkawi.
PERSOALAN
1. Fitnah dalam masyarakat – Mahsuri dihukum bunuh kerana fitnah
2. Sastera dan sejarah – Sastera yang sahih telah menghasilkan sejarah.
3. Mengharumkan nama negeri – Lagenda Pulau Langkawi telah
mengharumkan nama Langkawi di seluruh dunia.
NILAI
1. Menghargai sejarah dan sastera – rakyat mestilah menghargai sejarah
dan sastera.
2. Kesetiaan – Mahsuri digambarkan sebagai isteri yang setia
3. Cinta akan tanah air – rakyat mestilah cinta akan tanah air untuk
membangunkan negara.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah menghargai sejarah dan sastera
2. Kita mestilah menjadi isteri yang setia
3. Kita mestilah cinta akan tanah air