SlideShare a Scribd company logo
Laporan Program Cintai Sungai Kita
Anjuran Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai
Pada 3 April yang lalu, Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai telah
menganjurkan Program Cintai Sungai Kita. Program ini telah melibatkan seramai tiga
puluh orang ahli yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga sehingga tingkatan lima.
Program yang dianjurkan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Alam
Sekitar Kuala Nerang yang melibatkan peserta seramai enam puluh ahli. Melalui
kerjasama antara Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai dengan Persatuan Alam
Sekitar Kuala Nerang, secara tidak langsung telah melancarkan lagi program ini dan telah
dapat menepati masa yang telah dirancangkan. Walaupun sudah ada kesedaran untuk
merubah keadaan tersebut tetapi kejayaannya tidak begitu memberangsangkan seperti
kata peribahasa, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Maka, sebagai warga yang prihatin, program ini dijalankan bagi meningatkan kesedaran
tentang kepentingan penjagaan sungai dan mengeratkan pemuafakatan dalam pasukan.
Setibanya kami di sungai tersebut, keadaan yang kami dapat lihat ialah di sepanjang
kiri dan kanan sungai tersebut kelihatan sangat semak. Sungai tersebut tidak dapat
memberikan daya tarikan yang menarik kepada para pengunjung yang datang. Penduduk
setempat juga tidak dapat mendekati sungai itu kerana di sepanjang sungai itu ditumbuhi
dengan semak samun yang membahayakan keselamatan. Kami mula membahagi-
bahagikan sungai tersebut kepada beberapa bahagian untuk setiap kumpulan dan kami
menebas semak samun terlebih dahulu. Di sepanjang sungai itu juga terdapat pokok paku
pakis yang berduri dan pokok semalu yang memenuhi sungai itu. Oleh hal yang
demikian, keadaan ini telah menyekat laluan orang ramai untuk ke tebing sungai. Usaha
yang telah kami lakukan berjaya mengatasi masalah semak samun walaupun hanya
melibatkan sepanjang satu kilometer di tebing sungai sahaja telah meningkatkan daya
tarikan sungai tersebut.
Antara pemandangan yang tidak menyenangkan hati ialah keadaan permukaan sungai
yang dipenuhi oleh sampah sarap. Hal ini berpunca daripada sikap penduduk yang tidak
bertanggungjawab. Inilah kesannya jika kawasan perumahan dibuka berdekatan dengan
sungai. Sikap penduduk yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing ini amat mementingkan diri sendiri. Ada juga segelintir peniaga yang berniaga di
kawasan berdekatan bersilengah dan mengambil enteng tentang hal ini dengan
membuang sisa-sisa makanan ke dalam sungai. Antara sampah sarap yang jelas kelihatan
memenuhi permukaan sungai adalah seperti tin kosong, lampin pakai buang, barangan
plastik dan lain-lain lagi yang telah mencemarkan pemandangan sungai tersebut.
Akibatnya, sungai yang sepatutnya kita hargai ini diibaratkan tong sampah yang dipenuhi
sampah sarap. Secara tidak langsung, perkara buruk yang tidak boleh dicontohi sebegini
akan merosakkan keindahan alam.
Sementara itu, kami dapat melihat keadaan air sungai yang berwarna kemerah-
merahan dan keruh. Hal ini berlaku apabila aktiviti penebangan hutan secara haram di
persisiran sungai yang semakin menjadi-jadi. Akibatnya, berlaku gelongsoran tanih dan
lumpur tanah dihanyutkan oleh air dari kawasan pembalakan ke dalam sungai. Kegiatan
pembalakan haram sudah sebati kepada sesetengah individu yang tidak
bertanggungjawab menjadikan aktiviti pembalakan haram ini semakin berleluasa. Pada
pendapat kami, tindakan mereka ini disebabkan oleh keserakahan mereka yang ingin
mengaut keuntungan semata-mata. Natijahnya, sungai yang bersih dan jernih telah
menjadi keruh. Disebabkan itu, kebanyakan pengunjung telah menghilangkan minat
mereka untuk datang ke sungai ini walhal sungai di negara kita sepatutnya berfungsi
sebagai kawasan rekreasi.
Setelah mengerah keringat yang ada, keadaan di sepanjang sungai bertukar menjadi
bersih dan menarik. Komitmen kami membersihkan sungai tersebut selama 10 jam
menampakkan hasil yang memberangsangkan apabila sungai yang dahulunya dihujani
dengan sampah sarap kini telah menjadi bersih dan boleh dijadikan tempat riadah bagi
seisi keluarga. Pemandangan yang dahulunya tidak menarik perhatian ramai kini menjadi
panorama yang indah. Walaupun kami berasa amat letih, tetapi apabila melihat hasilnya
kami berasa amat gembira kerana telah berjaya membersihkan dan menceriakan kawasan
sungai tersebut. Kami membuat perbandingan sebelum dan selepas kami membersihkan
kawasan sungai itu. Dahulu, kawasan sungai itu dipenuhi semak samun tetapi, setelah
dibersihkan sungai itu menjadi indah dan bersih semula. Tiada lagi sampah sarap yang
memenuhi permukaan sungai dan tiada lagi semak samun di sepanjang tebing sungai.
Kami semua membuat kesimpulan sungai yang bersih, masyarakat akan berasa sayang
dan akan memanifestasikan sungai seadanya.
Panorama yang indah di sepanjang sungai itu telah berjaya menarik perhatian orang
ramai yang malalui kawasan tersebut. Terdapat juga segelintir pemandu yang
membunyikan hon kepada kami semasa membersihkan kawasan sungai tersebut sebagai
tanda sokongan mereka kepada kami semua. Malah, ada juga yang sanggup
memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan semata-mata untuk melihat kawasan
sungai yang telah menarik perhatian mereka. Setelah kerja pembersihan tamat, sesi
pelaporan telah dilakukan oleh ketua kumpulan bagi melaporkan tentang keadaan
kawasan sungai yang telah diberikan kepada mereka. Setelah sesi pelaporan tamat, kami
didekati sekumpulan penduduk yang menghadiahkan sedikit makanan dan minuman
sebagai tanda terima kasih kepada kami kerana telah mewujudkan suasana yang indah di
kawasan sungai tersebut. Kami membuat konklusi bahawa kawasan persekitaran sungai
yang menarik dan cantik dapat menarik perhatian orang ramai dan menyedarkan orang
ramai tentang kepentingan sungai kepada manusia.
Program ini berakhir pada pukul 5 petang. Kami semua yang terlibat bergerak pulang
ke sekolah. Kami semua kelihatan penat tetapi berasa gembira. Sebagai tanda
penghargaan, pengetua SMK Tman Nusa Damai, Tn Haji Supiandi Bin Yusof telah
menyerahkan sijil penghargaan kepada kami semua di atas kerjasama kami
membersihkan sungai tersebut. Bukan itu sahaja, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
juga turut menganugerahkan plak kepada kami semua sebagai tanda penghargaan di atas
program yang sangat bermanfaat kepada masyarakat ini. Sesungguhnya, sungai adalah
anugerah dan bukannya untuk diwarisi. Sikap kurang prihatin terhadap sungai hanyalah
langkah yang mengundang kepada masalah terhadap diri, masyarakat dan negara.
Seyogia, saya berharap agar program yang mendatangkan banyak faedah ini dapat
dilaksanakan lagi untuk membina sifat prihatin bangsa terhadap sungai.
Justeru, hargailah alam sekitar yang ada di sekeliling agar mendapat manfaat bersama.
Laporan disediakan oleh, 25 April 2015.
...................................................
(FARAHIM NASUHA ZAMRI)
Setiausaha Kelab Alam Sekitar,
SMK Taman Nusa Damai.

More Related Content

What's hot

SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
umi nabila
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
jasfarten
 
Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif Rahim Affandi
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
Nurul Humaira' HAR
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Sapiah Khalid
 
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
abeja mohammad
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaDebbie Tcy
 
Cara – cara menjayakan kempen menabung .
Cara – cara menjayakan kempen menabung . Cara – cara menjayakan kempen menabung .
Cara – cara menjayakan kempen menabung .
Aimi Wahidah
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
Sonny Bill Hasan
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
wan murshid
 
Teks perdana menteri
Teks perdana menteriTeks perdana menteri
Teks perdana menteri
Zulkarnain Farihin
 
Akronim
AkronimAkronim
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
vijayaletchumy
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasif
csriuma
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
Rubini Rubi
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Syafiqah Abu Bakar
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacanasmktsj2
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam SekitarCIKGUZARINAMN MN
 

What's hot (20)

SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Tanah Pamah
Tanah PamahTanah Pamah
Tanah Pamah
 
Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4
 
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannya
 
Cara – cara menjayakan kempen menabung .
Cara – cara menjayakan kempen menabung . Cara – cara menjayakan kempen menabung .
Cara – cara menjayakan kempen menabung .
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 
Teks perdana menteri
Teks perdana menteriTeks perdana menteri
Teks perdana menteri
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasif
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
 

Viewers also liked

Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
Chandralegah Kuppusamy
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
opimis
 
Laporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar SemulaLaporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar Semula
Cikgu Zainis Khairujji
 
Lporan gotong royong pembersihan sungai
Lporan gotong royong pembersihan sungaiLporan gotong royong pembersihan sungai
Lporan gotong royong pembersihan sungai
fizani
 
Sinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
Sinopsis bab 2 Novel Pantai KasihSinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
Sinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
Rozzy Mohd
 
Pp kump 6 kssr thn 1
Pp kump 6 kssr thn 1Pp kump 6 kssr thn 1
Pp kump 6 kssr thn 1raudzanorzila
 
Unit 6-Bentuk Muka Bumi
Unit 6-Bentuk Muka BumiUnit 6-Bentuk Muka Bumi
Unit 6-Bentuk Muka BumiAlice Purple
 
Hbml4203
Hbml4203Hbml4203
Hbml4203
muhammad
 
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitarzumiza84
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatNabila Syuhada
 
Ikhtiar hidup pengakap
Ikhtiar  hidup pengakapIkhtiar  hidup pengakap
Ikhtiar hidup pengakap
Ceedrah Mohammad
 
Aah persaingan antara tumbuhan
Aah persaingan antara tumbuhanAah persaingan antara tumbuhan
Aah persaingan antara tumbuhan
Mohd Sariman Shafee
 
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Nur Nashwa Alia binti Khairudin
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
Esyaturradziah Abu
 
Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solar
imtiaz78
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanSyafiqah Mohamed Noor
 
Adat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysiaAdat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysia
SJKC Kuang
 
Kelab pencinta alam 1
Kelab  pencinta  alam 1Kelab  pencinta  alam 1
Kelab pencinta alam 1
Fatin Idris
 

Viewers also liked (20)

Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
Laporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar SemulaLaporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar Semula
 
Lporan gotong royong pembersihan sungai
Lporan gotong royong pembersihan sungaiLporan gotong royong pembersihan sungai
Lporan gotong royong pembersihan sungai
 
Sinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
Sinopsis bab 2 Novel Pantai KasihSinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
Sinopsis bab 2 Novel Pantai Kasih
 
Pp kump 6 kssr thn 1
Pp kump 6 kssr thn 1Pp kump 6 kssr thn 1
Pp kump 6 kssr thn 1
 
Unit 6-Bentuk Muka Bumi
Unit 6-Bentuk Muka BumiUnit 6-Bentuk Muka Bumi
Unit 6-Bentuk Muka Bumi
 
Hbml4203
Hbml4203Hbml4203
Hbml4203
 
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Ikhtiar hidup pengakap
Ikhtiar  hidup pengakapIkhtiar  hidup pengakap
Ikhtiar hidup pengakap
 
Aah persaingan antara tumbuhan
Aah persaingan antara tumbuhanAah persaingan antara tumbuhan
Aah persaingan antara tumbuhan
 
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
Karangan Perbahasan- Terdapat Lebih Banyak Kebaikan Melayari Internet Berband...
 
Persaingan antara tumbuhan (1)
Persaingan antara tumbuhan (1)Persaingan antara tumbuhan (1)
Persaingan antara tumbuhan (1)
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solar
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
 
Adat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysiaAdat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysia
 
Kelab pencinta alam 1
Kelab  pencinta  alam 1Kelab  pencinta  alam 1
Kelab pencinta alam 1
 

Similar to Laporan program cintai sungai kita

Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docxContoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
NIZARHANIMBINTITODAK
 
Plh 10 analisis sungai ciliwung
Plh 10   analisis sungai ciliwungPlh 10   analisis sungai ciliwung
Plh 10 analisis sungai ciliwung
Nisa 'Icha' El
 
Manusia dan Lingkungan
Manusia dan LingkunganManusia dan Lingkungan
Manusia dan Lingkungan
sabilal123
 
Fgd cikapundung
Fgd cikapundungFgd cikapundung
Aliran Kehidupan di Sungai Citarum
Aliran Kehidupan di Sungai CitarumAliran Kehidupan di Sungai Citarum
Aliran Kehidupan di Sungai Citarum
Diella Dachlan
 
Tugas psda1 kelompok 1 a2
Tugas psda1   kelompok 1 a2Tugas psda1   kelompok 1 a2
Tugas psda1 kelompok 1 a2
Aswar Amiruddin
 
Sains B6D4E1
Sains B6D4E1Sains B6D4E1
Sains B6D4E1
Nasriaatul Natasha
 
PPT IPS Kelas 3 Semester 1
PPT IPS Kelas 3 Semester 1PPT IPS Kelas 3 Semester 1
PPT IPS Kelas 3 Semester 1NabilaUlfa08
 
DOC-20231121-WA0053..pptx
DOC-20231121-WA0053..pptxDOC-20231121-WA0053..pptx
DOC-20231121-WA0053..pptx
putriwildatulsakia04
 
130342644 lingkungan-yang-bersih
130342644 lingkungan-yang-bersih130342644 lingkungan-yang-bersih
130342644 lingkungan-yang-bersih
Operator Warnet Vast Raha
 
Proposal Embung Kampung
Proposal Embung KampungProposal Embung Kampung
Proposal Embung Kampung
Photo Setudio Planet solo grand mall
 
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptxKELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
wahyudamang100
 
Sumber
SumberSumber
Sumber
yeoh lygnoh
 
Pengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan PerairanPengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan Perairan
Fretty Aigawati Sianturi
 
Lingkungan sahabat kita
Lingkungan sahabat kitaLingkungan sahabat kita
Lingkungan sahabat kita
Asih Pujiariani
 
Danau
DanauDanau
10 sumberdaya-alam-air
10 sumberdaya-alam-air10 sumberdaya-alam-air
10 sumberdaya-alam-air
Koran Bekas
 
TUGAS 3 PERENCANAAN TAPAK.pptx
TUGAS 3  PERENCANAAN TAPAK.pptxTUGAS 3  PERENCANAAN TAPAK.pptx
TUGAS 3 PERENCANAAN TAPAK.pptx
AryaniZebua
 
AMALAN TERBAIK.pptx
AMALAN TERBAIK.pptxAMALAN TERBAIK.pptx
AMALAN TERBAIK.pptx
ZarisZabidi
 
Prokasih program kali bersih
Prokasih   program kali bersihProkasih   program kali bersih
Prokasih program kali bersih
Ria Merlita
 

Similar to Laporan program cintai sungai kita (20)

Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docxContoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
 
Plh 10 analisis sungai ciliwung
Plh 10   analisis sungai ciliwungPlh 10   analisis sungai ciliwung
Plh 10 analisis sungai ciliwung
 
Manusia dan Lingkungan
Manusia dan LingkunganManusia dan Lingkungan
Manusia dan Lingkungan
 
Fgd cikapundung
Fgd cikapundungFgd cikapundung
Fgd cikapundung
 
Aliran Kehidupan di Sungai Citarum
Aliran Kehidupan di Sungai CitarumAliran Kehidupan di Sungai Citarum
Aliran Kehidupan di Sungai Citarum
 
Tugas psda1 kelompok 1 a2
Tugas psda1   kelompok 1 a2Tugas psda1   kelompok 1 a2
Tugas psda1 kelompok 1 a2
 
Sains B6D4E1
Sains B6D4E1Sains B6D4E1
Sains B6D4E1
 
PPT IPS Kelas 3 Semester 1
PPT IPS Kelas 3 Semester 1PPT IPS Kelas 3 Semester 1
PPT IPS Kelas 3 Semester 1
 
DOC-20231121-WA0053..pptx
DOC-20231121-WA0053..pptxDOC-20231121-WA0053..pptx
DOC-20231121-WA0053..pptx
 
130342644 lingkungan-yang-bersih
130342644 lingkungan-yang-bersih130342644 lingkungan-yang-bersih
130342644 lingkungan-yang-bersih
 
Proposal Embung Kampung
Proposal Embung KampungProposal Embung Kampung
Proposal Embung Kampung
 
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptxKELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
KELOMPOKJsjwjwjwjwj 5 RESTORASI SUNGAI.pptx
 
Sumber
SumberSumber
Sumber
 
Pengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan PerairanPengelolaan Kawasan Perairan
Pengelolaan Kawasan Perairan
 
Lingkungan sahabat kita
Lingkungan sahabat kitaLingkungan sahabat kita
Lingkungan sahabat kita
 
Danau
DanauDanau
Danau
 
10 sumberdaya-alam-air
10 sumberdaya-alam-air10 sumberdaya-alam-air
10 sumberdaya-alam-air
 
TUGAS 3 PERENCANAAN TAPAK.pptx
TUGAS 3  PERENCANAAN TAPAK.pptxTUGAS 3  PERENCANAAN TAPAK.pptx
TUGAS 3 PERENCANAAN TAPAK.pptx
 
AMALAN TERBAIK.pptx
AMALAN TERBAIK.pptxAMALAN TERBAIK.pptx
AMALAN TERBAIK.pptx
 
Prokasih program kali bersih
Prokasih   program kali bersihProkasih   program kali bersih
Prokasih program kali bersih
 

Laporan program cintai sungai kita

  • 1. Laporan Program Cintai Sungai Kita Anjuran Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai Pada 3 April yang lalu, Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai telah menganjurkan Program Cintai Sungai Kita. Program ini telah melibatkan seramai tiga puluh orang ahli yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga sehingga tingkatan lima. Program yang dianjurkan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Alam Sekitar Kuala Nerang yang melibatkan peserta seramai enam puluh ahli. Melalui kerjasama antara Kelab Alam Sekitar SMK Taman Nusa Damai dengan Persatuan Alam Sekitar Kuala Nerang, secara tidak langsung telah melancarkan lagi program ini dan telah dapat menepati masa yang telah dirancangkan. Walaupun sudah ada kesedaran untuk merubah keadaan tersebut tetapi kejayaannya tidak begitu memberangsangkan seperti kata peribahasa, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’. Maka, sebagai warga yang prihatin, program ini dijalankan bagi meningatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan sungai dan mengeratkan pemuafakatan dalam pasukan. Setibanya kami di sungai tersebut, keadaan yang kami dapat lihat ialah di sepanjang kiri dan kanan sungai tersebut kelihatan sangat semak. Sungai tersebut tidak dapat memberikan daya tarikan yang menarik kepada para pengunjung yang datang. Penduduk setempat juga tidak dapat mendekati sungai itu kerana di sepanjang sungai itu ditumbuhi dengan semak samun yang membahayakan keselamatan. Kami mula membahagi- bahagikan sungai tersebut kepada beberapa bahagian untuk setiap kumpulan dan kami menebas semak samun terlebih dahulu. Di sepanjang sungai itu juga terdapat pokok paku pakis yang berduri dan pokok semalu yang memenuhi sungai itu. Oleh hal yang demikian, keadaan ini telah menyekat laluan orang ramai untuk ke tebing sungai. Usaha yang telah kami lakukan berjaya mengatasi masalah semak samun walaupun hanya melibatkan sepanjang satu kilometer di tebing sungai sahaja telah meningkatkan daya tarikan sungai tersebut. Antara pemandangan yang tidak menyenangkan hati ialah keadaan permukaan sungai yang dipenuhi oleh sampah sarap. Hal ini berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab. Inilah kesannya jika kawasan perumahan dibuka berdekatan dengan sungai. Sikap penduduk yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- masing ini amat mementingkan diri sendiri. Ada juga segelintir peniaga yang berniaga di kawasan berdekatan bersilengah dan mengambil enteng tentang hal ini dengan membuang sisa-sisa makanan ke dalam sungai. Antara sampah sarap yang jelas kelihatan memenuhi permukaan sungai adalah seperti tin kosong, lampin pakai buang, barangan plastik dan lain-lain lagi yang telah mencemarkan pemandangan sungai tersebut. Akibatnya, sungai yang sepatutnya kita hargai ini diibaratkan tong sampah yang dipenuhi sampah sarap. Secara tidak langsung, perkara buruk yang tidak boleh dicontohi sebegini akan merosakkan keindahan alam. Sementara itu, kami dapat melihat keadaan air sungai yang berwarna kemerah- merahan dan keruh. Hal ini berlaku apabila aktiviti penebangan hutan secara haram di persisiran sungai yang semakin menjadi-jadi. Akibatnya, berlaku gelongsoran tanih dan lumpur tanah dihanyutkan oleh air dari kawasan pembalakan ke dalam sungai. Kegiatan
  • 2. pembalakan haram sudah sebati kepada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan aktiviti pembalakan haram ini semakin berleluasa. Pada pendapat kami, tindakan mereka ini disebabkan oleh keserakahan mereka yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. Natijahnya, sungai yang bersih dan jernih telah menjadi keruh. Disebabkan itu, kebanyakan pengunjung telah menghilangkan minat mereka untuk datang ke sungai ini walhal sungai di negara kita sepatutnya berfungsi sebagai kawasan rekreasi. Setelah mengerah keringat yang ada, keadaan di sepanjang sungai bertukar menjadi bersih dan menarik. Komitmen kami membersihkan sungai tersebut selama 10 jam menampakkan hasil yang memberangsangkan apabila sungai yang dahulunya dihujani dengan sampah sarap kini telah menjadi bersih dan boleh dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga. Pemandangan yang dahulunya tidak menarik perhatian ramai kini menjadi panorama yang indah. Walaupun kami berasa amat letih, tetapi apabila melihat hasilnya kami berasa amat gembira kerana telah berjaya membersihkan dan menceriakan kawasan sungai tersebut. Kami membuat perbandingan sebelum dan selepas kami membersihkan kawasan sungai itu. Dahulu, kawasan sungai itu dipenuhi semak samun tetapi, setelah dibersihkan sungai itu menjadi indah dan bersih semula. Tiada lagi sampah sarap yang memenuhi permukaan sungai dan tiada lagi semak samun di sepanjang tebing sungai. Kami semua membuat kesimpulan sungai yang bersih, masyarakat akan berasa sayang dan akan memanifestasikan sungai seadanya. Panorama yang indah di sepanjang sungai itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang malalui kawasan tersebut. Terdapat juga segelintir pemandu yang membunyikan hon kepada kami semasa membersihkan kawasan sungai tersebut sebagai tanda sokongan mereka kepada kami semua. Malah, ada juga yang sanggup memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan semata-mata untuk melihat kawasan sungai yang telah menarik perhatian mereka. Setelah kerja pembersihan tamat, sesi pelaporan telah dilakukan oleh ketua kumpulan bagi melaporkan tentang keadaan kawasan sungai yang telah diberikan kepada mereka. Setelah sesi pelaporan tamat, kami didekati sekumpulan penduduk yang menghadiahkan sedikit makanan dan minuman sebagai tanda terima kasih kepada kami kerana telah mewujudkan suasana yang indah di kawasan sungai tersebut. Kami membuat konklusi bahawa kawasan persekitaran sungai yang menarik dan cantik dapat menarik perhatian orang ramai dan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sungai kepada manusia. Program ini berakhir pada pukul 5 petang. Kami semua yang terlibat bergerak pulang ke sekolah. Kami semua kelihatan penat tetapi berasa gembira. Sebagai tanda penghargaan, pengetua SMK Tman Nusa Damai, Tn Haji Supiandi Bin Yusof telah menyerahkan sijil penghargaan kepada kami semua di atas kerjasama kami membersihkan sungai tersebut. Bukan itu sahaja, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut menganugerahkan plak kepada kami semua sebagai tanda penghargaan di atas program yang sangat bermanfaat kepada masyarakat ini. Sesungguhnya, sungai adalah anugerah dan bukannya untuk diwarisi. Sikap kurang prihatin terhadap sungai hanyalah langkah yang mengundang kepada masalah terhadap diri, masyarakat dan negara. Seyogia, saya berharap agar program yang mendatangkan banyak faedah ini dapat
  • 3. dilaksanakan lagi untuk membina sifat prihatin bangsa terhadap sungai. Justeru, hargailah alam sekitar yang ada di sekeliling agar mendapat manfaat bersama. Laporan disediakan oleh, 25 April 2015. ................................................... (FARAHIM NASUHA ZAMRI) Setiausaha Kelab Alam Sekitar, SMK Taman Nusa Damai.