SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
KONFRANTASI MALAYSIA -
INDONESIA
MUHAMMAD AIZAT
ADIB AFIFI
PENGENALAN
 Konfrontasi merupakan serangan terhadap Malaysia daripada
negara jiran dalam usaha Tanah Melayu ingin membentuk
Gagasan Malaysia.
 Secara literalnya, konfrontasi dapatlah didefinisikan sebagai
saling berhadapan antara dua orang dan lain-lain yang
bertentangan dan bersemuka.
 Selain itu, konfrontasi juga dapat ditakrifkan sebagai
bertentangan secara langsung (yang boleh mencetuskan
pergaduhan, peperangan dan sebagainya)
 Secara konseptualnya, konfrontasi bermaksud reaksi negatif
Indonesia memprotes penubuhan Gagasan Malaysia dan
dizahirkan melalui tindakan menyekat dan memutuskan
hubungan dengan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
yang dibentuk.
 Secara umumnya, reaksi menentang gagasan Malaysia
yang dilakukan oleh Indonesia melalui dua tahap utama.
Tahap pertama berlaku sebelum sebelum meletusnya
pemberontakan di Brunei iaitu dari tahun 27 Mei 1961
hingga 7 Disember 1962. Manakala tahap kedua pula
telah berlaku selepas pemberontakan di Brunei iaitu
sejak 9 Disember 1962 sehingga 16 September 1963.
 Pada awalnya, selepas Tunku Abdul Rahman
mengumumkan hasrat beliau menubuhkan Gagasan
Malaysia, Indonesia tidak mempunyai rasa tidak senang
mahupun tentangan terhadap penubuhan tersebut.
Indonesia tidak memberikan jawapan yang jelas
terhadap penubuhan gagasan tersebut.
 Menurut Dr Subandrio yang merupakan Menteri Luar
Indonesia, persoalan Gagasan Malaysia adalah
persoalan penduduk wilayah-wilayah yang terlibat. Jadi,
penubuhan tersebut terletak kepada rakyat dalam
wilayah-wilayah tersebut untuk menentukannya. Tidak
cukup dengan itu, Dr Subandrio menguatkan lagi
pendiriannya dengan memberikan jaminan bahawa
Indonesia tidak berhasrat untuk menuntut sebarang
wilayah British yang terdapat di Borneo. Jaminan
tersebut telah diulang sekali lagi pada 20 November
1961 di Majlis Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Beliau menyatakan pendirian tersebut
dalam ucapannya yang berbunyi:
 … when told us of her intention to merge with the three British Crown
Colonies of Sarawak, Brunei and North Borneo as one federation,
we told them that we have no objection and that we wished them
success with merger so that everyone may live in peace and
freedom…
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
1. Cadangan Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia
 Cadangan ini telah dibuat pada 17 Mei 1961 semasa majlis jamuan
makan yang telah dianjurkan oleh Foreign Correspondents
Association of South-East Asia di Adelphi Hotel, Singapura.
 Bagi Tunku Abdul Rahman, penubuhan Gagasan Malaysia ini adalah
bertujuan untuk mengimbangi sumber ekonomi Tanah Melayu,
Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura selain mengeratkan
politik antara wilayah-wilayah tersebut.
 Sejak pengumuman tersebut, hubungan antara Tanah Melayu dan
Indonesia sudah kelihatan suram dan semakin renggang. Walaupun
pada awalnya Indonesia memberikan reaksi seakan-akan
menyokong Gagasan Malaysia yang disuarakan oleh Tunku Abdul
Rahman, namun sebenarnya reaksi itu adalah palsu semata-mata.
 Indonesia sejak awal lagi menentang Gagasan Malaysia
namun tidak dapat dizahirkan kerana pada ketika itu,
Indonesia berada dalam krisis pertikaian hak tuntutan
Irian Barat. Isu Irian barat telah menghalang Indonesia
untuk membantah Penubuhan tersebut kerana tuntutan
Irian Barat melibatkan kuasa British dan Amerika
Syarikat. Indonesia bimbang sekiranya reaksi negatif
dizahirkan terhadap penubuhan gagasan tersebut akan
mempengaruhi keputusan tentang status Irian Barat.
2. INDONESIA RAYA DAN PENDIRIAN SUKARNO
 Penentangan terhadap Gagasan Malaysia juga dikaitkan
dengan pendirian Sukarno dan hasratnya yang tersendiri.
Beliau sebenarnya mempunyai hasrat yang hampir sama
dengan hasrat Tunku Abdul Rahman ynag ingin
menggabungkan wilayah sekitarnya menjadi sebuah
negara yang bersatu. Indonesia pada awalnya ingin
mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia
dan wilayah sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu,
Borneo, dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan iaitu
Indonesia Raya.
 Namun, cadangan itu terpaksa ditangguh berikutan isu
Irian Barat belum dapat diselesaikan. Hasrat Sukarno
untuk membentuk Indonesia Raya ternyata terlambat
setelah mendapati Tunku Abdul Rahman terlebih dahulu
menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan Malaysia.
Keadaan ini dilihat sebagai menutup impian Sukarno itu.
 Sukarno berpendapat bahawa gagasan itu sepatutnya
diumumkan oleh beliau dan bukannya disuarakan oleh
Tunku Abdul Rahman. Lantaran itu, Sukarno telah
melakar pendirian agresif menentang Tanah Melayu
untuk menghentikan gagasan tersebut daripada menjadi
kenyataan.
 Selain itu, Sukarno telah menyuarakan pendirian beliau
terhadap pembentukan Gagasan Malaysia dengan
menyatakan bahawa usaha dan perjuangan Indonesia
menentang penjajahan dan imperialisme Barat. Atas
dasar ini, Sukarno mengatakan bahawa pembentukan
Malaysia adalah merupakan dasar perluasan
Imperialisme Barat dan Nekolonialisme.
 Sukarno juga mendakwa bahawa penubuhan Malaysia
merupakan satu bentuk penjajahan baharu dan
memastikan pengusaaan british ke atas perusahaan
getah, bijih timah dan minyak. Hal ini kerana Tanah
Melayu sememangnya terkenal dengan lombong bijih
timah seperti di Larut, Perak dan hasil minyak yang kaya
di Brunei. Tambahan pula, Indonesia pada ketika itu
masih dikelilingi dengan negara Imperialisme.
 Ekoran daripada pendirian tersebut, Sukarno
telah mengarahkan tenteranya agar bersiap
sedia menyerang Tanah Melayu dan wilayah
dalam Gagasan Malaysia selepas memenangi
pertikaian isu Irian Barat. Jadi, sikap dan
pendirian Sukarno ini jelas menunjukkan bahawa
ia merupakan salah satu sebab utama yang
menyebabkan reaksi konfrontasi terhadap
pembentukan Gagasan Malaysia.
3.SIKAP DAN PENDIRIAN PARTI KOMUNIS
INDONESIA
 Tunku Abdul Rahman telah memohon sokongan rasmi
daripada Indonesia terhadap penubuhan gagasan tersebut.
Permohonan tersebut telah dibuat semasa sambutan hari
kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-4 pada 31 Ogos 1961.
Malangnya, pada masa yang sama, Parti Komunis
Indonesia(PKI) telah mengkritik penubuhan Malaysia.
 PKI secara lantang menyuarakan bahawa penubuhan
Gagasan Malaysia merupakan satu dasar neokolonisme Barat
yang ingin menguasai Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara,
Singapura dan Brunei. PKI merupakan parti politik pertama
Indonesia yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka
terhadap gagasan tersebut..
 PKI dianggap sebagai penghalang kepada usaha murni
penggabungan wilayah serantau yang ingin membentuk
Malaysia. Sikap permusuhan Indonesia yang dilihat
agresif adalah atas hasutan dan desakan parti ini kepada
kerajaan Indonesia. Serangan yang bertubi-tubi dalam
menzahirkan reaksi negatif adalah peranan PKI semata-
mata.
 PKI pada dasarnya bimbang akan pengaruh British yang
diserap dalam Singapura dan Borneo akan meluputkan
perkembangan ideologi komunis di kedua-dua kawasan
tersebut.
4. BANTAHAN PARTI POLITIK INDONESIA DAN
PEMIMPIN INDONESIA
 Selain daripada Parti Komunis Indonesia yang
menyatakan bantahan secara terbuka terhadap
penubuhan Malaysia, terdapat juga beberapa parti politik
tempatan yang menyuarakan pendapat yang sama.
Namun demikian, bantahan yang diberikan tidak terlalu
agresif dan menonjol.
 Salah satu parti yang menonjol dalam bantahannya
terhadap cadangan penubuhan Gagasan Malaysia ialah
Parti Indonesia (Partindo). Parti ini disertai oleh Presiden
Sukarno dan mempunyai lebih seribu orang ahli pada
awal penubuhannya.
 Tidak cukup dengan reaksi Partindo terhadap Gagasan
Malaysia, terdapat juga reaksi yang menentang gagasan
tersebut daripada Parti Nasional Indonesia. Parti ini pada
awalnya telah diketuai oleh Sukarno.
 Pada tahun 1962, Ali Sastromidjojo yang merupakan
bekas Perdana Menteri Indonesia dan juga Pengerusi
PNI telah mengisytiharkan bahawa Indonesia tidak
sesekali akan menjadi boneka terhadap penubuhan
Malaysia.
USAHA-USAHA PENAMATAN
 Amerika Syarikat telah menghantar wakil khas mereka,
Robert Kennedy yang merupakan Peguam Negara
Amerika bagi menjalankan usaha perundingan untuk
menamatkan konfrontasi ini.
 Usaha AS ini bermula apabila Presiden Sukarno bertemu
dengan Presiden Macapagal di Manila pada 7 Januari
1964. Sukarno dan Macapagal telah berbincang sesama
mereka dan bersetuju untuk bertemu Tunku Abdul
Rahman untuk menamatkan konfrontasi melalui
penubuhan MAPHILINDO.
 Sukarno telah bertemu Kennedy di Tokyo dan
menyatakan hasrat perbincangannya dengan Macapagal
di Manila kepada Kennedy.
 Kennedy seterusnya melawat Malaysia pada 21 Januari
1964 dan kebetulan bertemu dengan Presiden Kemboja,
Putera Norodum Sihanouk. Hasil daripada inisiatif kedua
mereka, suatu persidangan Menteri-Menteri Luar
Malaysia, Indonesia dan disertai oleh Filipina diadakan
pada Febuari 1964 bagi membincangkan penyelesaian
konfrontasi sebagai isu utama.
 Malaysia pada mulanya tidak berminat menyertai rundingan
itu kerana Indonesia masih tidak mahu menamatkan dasar
konfrontasinya. Namun atas desakan Kennedy dan jaminan
Thanat Koman bahawa Sukarno dan Macapagal benar-benar
mahu berdamai, maka Malaysia bersetuju menyertai
rundingan tersebut.
 Antara isu utama yang menjadi fokus Malaysia dan Indonesia
ialah soal gencatan senjata dan pengunduran tentera
Indonesia dari wilayah Malaysia. Dalam soal ini, banyak
percanggahan pendapat berlaku. Indonesia mahukan isu
politik antara kedua negara diselesaikan terlebih dahulu
sebelum isu gencatan senjata dibahaskan.
 Pada 1 Oktober 1965, telah berlaku rampasan kuasa di
Indonesia yang menjatuhkan Sukarno sebagai Presiden
Indonesia yang juga dikenali sebagai GESTAPU.
 Selepas kejatuhan Sukarno, terdapat satu lagi rundingan
antara Indonesia dengan Malaysia yang dikenali sebagai
Rundingan Bangkok. Rundingan ini diadakan di
Bangkok pada 30 Mei hingga 1 Jun 1966 yang
merupakan usaha yang sangat memberi impak kepada
pemurnian hubungan Malaysia dan Indonesia. Malaysia
diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili
oleh Adam Malik.
 Dua formula penting yang telah digariskan
1. Jika Indonesia ingin melanjutkan perhubungan secara
langsung dengan Malaysia, penukaran perwakilannya
di Malaysia akan ditangguhkan sehingga Ogos.
2. Malaysia akan memberikan peluang kepada penduduk
Sabah dan Sarawak untuk menentukan semula
pendirian mereka untuk kekal didalam Malaysia atau
tidak melalui pilihanraya yang akan diadakan pada
tahun 1967.
 Pada 7 Jun 1966, selepas mesyuarat kabinet diadakan,
Tun Razak mengumumkan Malaysia telah bersetuju
dengan Perjanjian Damai yang akan ditandangani
dengan Indonesia.
 Pihak Indonesia juga secara rasmi bersetuju dengan Perjanjian
Damai yang dirintis di Bangkok pada 30 Julai 1966. Dari hal itu,
Indonesia telah mengirim pakarnya untuk menjalankan proses
rundingan terakhir dengan Malaysia
 Tamatnya konfrontasi ini ialah pada 3 Ogos 1966 apabila
Suharto iaitu Presiden baru Indonesia, mengumumkan
tamatnya dasar konfrontasi terhadap Malaysia
 Pada 11 Ogos 1966, Tun Razak yang mewakili Malaysia dan
Adam Malik yang mewakili Indonesia telah menandatangani
perjanjian untuk memulihkan hubungan Malaysia dan
Indonesia yang tegang semenjak dasar konfrontasi
dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia pada 1963.
KONFRANTASI MALAYSIA - INDONESIA ppt.pptx

More Related Content

Similar to KONFRANTASI MALAYSIA - INDONESIA ppt.pptx

CH7F3
CH7F3CH7F3
CH7F3cgsha
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraRayyan Ikhwan
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaFaezy Elmy
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6far84
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834Huang Qi Shen
 
pemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentpemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentMuhammad Haniff
 
Pm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysiaPm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysiaazah narowi
 
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3Nurul Ain
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaNurul Addy
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptxbab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptxqueensyme
 

Similar to KONFRANTASI MALAYSIA - INDONESIA ppt.pptx (20)

CH7F3
CH7F3CH7F3
CH7F3
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 7
Sejarah Tingkatan 3: Bab 7Sejarah Tingkatan 3: Bab 7
Sejarah Tingkatan 3: Bab 7
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran Singapura
 
SPM Sejarah
SPM Sejarah SPM Sejarah
SPM Sejarah
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Penubuhan malaysia
Penubuhan malaysiaPenubuhan malaysia
Penubuhan malaysia
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
 
pemisahan singapura
pemisahan singapurapemisahan singapura
pemisahan singapura
 
pemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentpemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignment
 
Pm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysiaPm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysia
 
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3T5 b6 nota1sejarah kertas 3
T5 b6 nota1sejarah kertas 3
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysia
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptxbab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (11)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

KONFRANTASI MALAYSIA - INDONESIA ppt.pptx

  • 2. PENGENALAN  Konfrontasi merupakan serangan terhadap Malaysia daripada negara jiran dalam usaha Tanah Melayu ingin membentuk Gagasan Malaysia.  Secara literalnya, konfrontasi dapatlah didefinisikan sebagai saling berhadapan antara dua orang dan lain-lain yang bertentangan dan bersemuka.  Selain itu, konfrontasi juga dapat ditakrifkan sebagai bertentangan secara langsung (yang boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan dan sebagainya)  Secara konseptualnya, konfrontasi bermaksud reaksi negatif Indonesia memprotes penubuhan Gagasan Malaysia dan dizahirkan melalui tindakan menyekat dan memutuskan hubungan dengan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia yang dibentuk.
  • 3.  Secara umumnya, reaksi menentang gagasan Malaysia yang dilakukan oleh Indonesia melalui dua tahap utama. Tahap pertama berlaku sebelum sebelum meletusnya pemberontakan di Brunei iaitu dari tahun 27 Mei 1961 hingga 7 Disember 1962. Manakala tahap kedua pula telah berlaku selepas pemberontakan di Brunei iaitu sejak 9 Disember 1962 sehingga 16 September 1963.  Pada awalnya, selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat beliau menubuhkan Gagasan Malaysia, Indonesia tidak mempunyai rasa tidak senang mahupun tentangan terhadap penubuhan tersebut. Indonesia tidak memberikan jawapan yang jelas terhadap penubuhan gagasan tersebut.
  • 4.  Menurut Dr Subandrio yang merupakan Menteri Luar Indonesia, persoalan Gagasan Malaysia adalah persoalan penduduk wilayah-wilayah yang terlibat. Jadi, penubuhan tersebut terletak kepada rakyat dalam wilayah-wilayah tersebut untuk menentukannya. Tidak cukup dengan itu, Dr Subandrio menguatkan lagi pendiriannya dengan memberikan jaminan bahawa Indonesia tidak berhasrat untuk menuntut sebarang wilayah British yang terdapat di Borneo. Jaminan tersebut telah diulang sekali lagi pada 20 November 1961 di Majlis Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau menyatakan pendirian tersebut dalam ucapannya yang berbunyi:  … when told us of her intention to merge with the three British Crown Colonies of Sarawak, Brunei and North Borneo as one federation, we told them that we have no objection and that we wished them success with merger so that everyone may live in peace and freedom…
  • 5. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN 1. Cadangan Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia  Cadangan ini telah dibuat pada 17 Mei 1961 semasa majlis jamuan makan yang telah dianjurkan oleh Foreign Correspondents Association of South-East Asia di Adelphi Hotel, Singapura.  Bagi Tunku Abdul Rahman, penubuhan Gagasan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengimbangi sumber ekonomi Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura selain mengeratkan politik antara wilayah-wilayah tersebut.  Sejak pengumuman tersebut, hubungan antara Tanah Melayu dan Indonesia sudah kelihatan suram dan semakin renggang. Walaupun pada awalnya Indonesia memberikan reaksi seakan-akan menyokong Gagasan Malaysia yang disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman, namun sebenarnya reaksi itu adalah palsu semata-mata.
  • 6.  Indonesia sejak awal lagi menentang Gagasan Malaysia namun tidak dapat dizahirkan kerana pada ketika itu, Indonesia berada dalam krisis pertikaian hak tuntutan Irian Barat. Isu Irian barat telah menghalang Indonesia untuk membantah Penubuhan tersebut kerana tuntutan Irian Barat melibatkan kuasa British dan Amerika Syarikat. Indonesia bimbang sekiranya reaksi negatif dizahirkan terhadap penubuhan gagasan tersebut akan mempengaruhi keputusan tentang status Irian Barat.
  • 7. 2. INDONESIA RAYA DAN PENDIRIAN SUKARNO  Penentangan terhadap Gagasan Malaysia juga dikaitkan dengan pendirian Sukarno dan hasratnya yang tersendiri. Beliau sebenarnya mempunyai hasrat yang hampir sama dengan hasrat Tunku Abdul Rahman ynag ingin menggabungkan wilayah sekitarnya menjadi sebuah negara yang bersatu. Indonesia pada awalnya ingin mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia dan wilayah sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo, dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan iaitu Indonesia Raya.
  • 8.  Namun, cadangan itu terpaksa ditangguh berikutan isu Irian Barat belum dapat diselesaikan. Hasrat Sukarno untuk membentuk Indonesia Raya ternyata terlambat setelah mendapati Tunku Abdul Rahman terlebih dahulu menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan Malaysia. Keadaan ini dilihat sebagai menutup impian Sukarno itu.  Sukarno berpendapat bahawa gagasan itu sepatutnya diumumkan oleh beliau dan bukannya disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman. Lantaran itu, Sukarno telah melakar pendirian agresif menentang Tanah Melayu untuk menghentikan gagasan tersebut daripada menjadi kenyataan.
  • 9.  Selain itu, Sukarno telah menyuarakan pendirian beliau terhadap pembentukan Gagasan Malaysia dengan menyatakan bahawa usaha dan perjuangan Indonesia menentang penjajahan dan imperialisme Barat. Atas dasar ini, Sukarno mengatakan bahawa pembentukan Malaysia adalah merupakan dasar perluasan Imperialisme Barat dan Nekolonialisme.  Sukarno juga mendakwa bahawa penubuhan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baharu dan memastikan pengusaaan british ke atas perusahaan getah, bijih timah dan minyak. Hal ini kerana Tanah Melayu sememangnya terkenal dengan lombong bijih timah seperti di Larut, Perak dan hasil minyak yang kaya di Brunei. Tambahan pula, Indonesia pada ketika itu masih dikelilingi dengan negara Imperialisme.
  • 10.  Ekoran daripada pendirian tersebut, Sukarno telah mengarahkan tenteranya agar bersiap sedia menyerang Tanah Melayu dan wilayah dalam Gagasan Malaysia selepas memenangi pertikaian isu Irian Barat. Jadi, sikap dan pendirian Sukarno ini jelas menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu sebab utama yang menyebabkan reaksi konfrontasi terhadap pembentukan Gagasan Malaysia.
  • 11. 3.SIKAP DAN PENDIRIAN PARTI KOMUNIS INDONESIA  Tunku Abdul Rahman telah memohon sokongan rasmi daripada Indonesia terhadap penubuhan gagasan tersebut. Permohonan tersebut telah dibuat semasa sambutan hari kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-4 pada 31 Ogos 1961. Malangnya, pada masa yang sama, Parti Komunis Indonesia(PKI) telah mengkritik penubuhan Malaysia.  PKI secara lantang menyuarakan bahawa penubuhan Gagasan Malaysia merupakan satu dasar neokolonisme Barat yang ingin menguasai Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara, Singapura dan Brunei. PKI merupakan parti politik pertama Indonesia yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap gagasan tersebut..
  • 12.  PKI dianggap sebagai penghalang kepada usaha murni penggabungan wilayah serantau yang ingin membentuk Malaysia. Sikap permusuhan Indonesia yang dilihat agresif adalah atas hasutan dan desakan parti ini kepada kerajaan Indonesia. Serangan yang bertubi-tubi dalam menzahirkan reaksi negatif adalah peranan PKI semata- mata.  PKI pada dasarnya bimbang akan pengaruh British yang diserap dalam Singapura dan Borneo akan meluputkan perkembangan ideologi komunis di kedua-dua kawasan tersebut.
  • 13. 4. BANTAHAN PARTI POLITIK INDONESIA DAN PEMIMPIN INDONESIA  Selain daripada Parti Komunis Indonesia yang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap penubuhan Malaysia, terdapat juga beberapa parti politik tempatan yang menyuarakan pendapat yang sama. Namun demikian, bantahan yang diberikan tidak terlalu agresif dan menonjol.  Salah satu parti yang menonjol dalam bantahannya terhadap cadangan penubuhan Gagasan Malaysia ialah Parti Indonesia (Partindo). Parti ini disertai oleh Presiden Sukarno dan mempunyai lebih seribu orang ahli pada awal penubuhannya.
  • 14.  Tidak cukup dengan reaksi Partindo terhadap Gagasan Malaysia, terdapat juga reaksi yang menentang gagasan tersebut daripada Parti Nasional Indonesia. Parti ini pada awalnya telah diketuai oleh Sukarno.  Pada tahun 1962, Ali Sastromidjojo yang merupakan bekas Perdana Menteri Indonesia dan juga Pengerusi PNI telah mengisytiharkan bahawa Indonesia tidak sesekali akan menjadi boneka terhadap penubuhan Malaysia.
  • 15. USAHA-USAHA PENAMATAN  Amerika Syarikat telah menghantar wakil khas mereka, Robert Kennedy yang merupakan Peguam Negara Amerika bagi menjalankan usaha perundingan untuk menamatkan konfrontasi ini.  Usaha AS ini bermula apabila Presiden Sukarno bertemu dengan Presiden Macapagal di Manila pada 7 Januari 1964. Sukarno dan Macapagal telah berbincang sesama mereka dan bersetuju untuk bertemu Tunku Abdul Rahman untuk menamatkan konfrontasi melalui penubuhan MAPHILINDO.
  • 16.  Sukarno telah bertemu Kennedy di Tokyo dan menyatakan hasrat perbincangannya dengan Macapagal di Manila kepada Kennedy.  Kennedy seterusnya melawat Malaysia pada 21 Januari 1964 dan kebetulan bertemu dengan Presiden Kemboja, Putera Norodum Sihanouk. Hasil daripada inisiatif kedua mereka, suatu persidangan Menteri-Menteri Luar Malaysia, Indonesia dan disertai oleh Filipina diadakan pada Febuari 1964 bagi membincangkan penyelesaian konfrontasi sebagai isu utama.
  • 17.  Malaysia pada mulanya tidak berminat menyertai rundingan itu kerana Indonesia masih tidak mahu menamatkan dasar konfrontasinya. Namun atas desakan Kennedy dan jaminan Thanat Koman bahawa Sukarno dan Macapagal benar-benar mahu berdamai, maka Malaysia bersetuju menyertai rundingan tersebut.  Antara isu utama yang menjadi fokus Malaysia dan Indonesia ialah soal gencatan senjata dan pengunduran tentera Indonesia dari wilayah Malaysia. Dalam soal ini, banyak percanggahan pendapat berlaku. Indonesia mahukan isu politik antara kedua negara diselesaikan terlebih dahulu sebelum isu gencatan senjata dibahaskan.
  • 18.  Pada 1 Oktober 1965, telah berlaku rampasan kuasa di Indonesia yang menjatuhkan Sukarno sebagai Presiden Indonesia yang juga dikenali sebagai GESTAPU.  Selepas kejatuhan Sukarno, terdapat satu lagi rundingan antara Indonesia dengan Malaysia yang dikenali sebagai Rundingan Bangkok. Rundingan ini diadakan di Bangkok pada 30 Mei hingga 1 Jun 1966 yang merupakan usaha yang sangat memberi impak kepada pemurnian hubungan Malaysia dan Indonesia. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Adam Malik.
  • 19.  Dua formula penting yang telah digariskan 1. Jika Indonesia ingin melanjutkan perhubungan secara langsung dengan Malaysia, penukaran perwakilannya di Malaysia akan ditangguhkan sehingga Ogos. 2. Malaysia akan memberikan peluang kepada penduduk Sabah dan Sarawak untuk menentukan semula pendirian mereka untuk kekal didalam Malaysia atau tidak melalui pilihanraya yang akan diadakan pada tahun 1967.  Pada 7 Jun 1966, selepas mesyuarat kabinet diadakan, Tun Razak mengumumkan Malaysia telah bersetuju dengan Perjanjian Damai yang akan ditandangani dengan Indonesia.
  • 20.  Pihak Indonesia juga secara rasmi bersetuju dengan Perjanjian Damai yang dirintis di Bangkok pada 30 Julai 1966. Dari hal itu, Indonesia telah mengirim pakarnya untuk menjalankan proses rundingan terakhir dengan Malaysia  Tamatnya konfrontasi ini ialah pada 3 Ogos 1966 apabila Suharto iaitu Presiden baru Indonesia, mengumumkan tamatnya dasar konfrontasi terhadap Malaysia  Pada 11 Ogos 1966, Tun Razak yang mewakili Malaysia dan Adam Malik yang mewakili Indonesia telah menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Indonesia yang tegang semenjak dasar konfrontasi dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia pada 1963.