SlideShare a Scribd company logo
BAB 1

             Konsep Asas Komputer




1.0     Pengenalan

Buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun
1960-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian
tinggi. Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat
merupakan satu kemestiaan dalam zaman era kemajuan, pembangunan
dan pemodenan ini. Komputer juga secara umumnya dianggap sebagai
suatu lambang permodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah
kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai
bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusian,
pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada
secara sedar mahupun tidak sedar pastinya akan berurusan dengan
teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus
sekurang-kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya.
    Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang
dibina dari sumber teknologi berasaskan elektronik dan kadangkala


                                   1
2                   Sistem Komputer dan Aplikasinya


elektro mekanikal. Komputer boleh diprogramkan bagi membantu
manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih spesifik dan teratur.
Program-program komputer (yang juga dipanggil perisian atau software)
yang setiap satunya berbeza dan mempunyai pelbagai pendekatan juga
membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan.
Komputer juga boleh dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin
yang digunakan bagi merakam dan memproses data mentah bagi
menghasilkan maklumat yang lebih bermanfaat yang diperlukan oleh
manusia.

1.1       Apa dia Komputer ?

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin
elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan
tugas-tugas yang ditetapkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama
ialah :

•     ia akan bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut
      kaedah atau turutan yang telah ditentukan.
•     ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras
      secara lebih sistematik.




      Rajah 1.1 : Rekabentuk fizikal sebuah komputer mikro masa kini

    Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah menggubah sesuatu
data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun
atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk
kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna.
Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan.
Konsep Asas Komputer                        3


1.2     Konsep Literasi Komputer

Kenapa seseorang itu wajar mempelajari mengenai komputer ? Selain
daripada faktor ingin tahu (dan mungkin juga kerana ianya merupakan
salah satu matapelajaran wajib di kebanyakan sekolah dan juga institusi-
institusi pengajian tinggi), kita mungkin telah menyedari bahawa agak
sukar untuk seseorang itu untuk terus menjalani hidup seharian tanpa asas
pengetahuan mengenai komputer. Berikut dinyatakan tiga konsep utama
yang diperlukan bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan literasi
komputer :

Kesedaran
Kita menyedari akan kepentingan komputer, kepelbagaian penggunaannya
serta kepentingannya didalam masyarakat.

Pengetahuan
Kita memahami konsep bagaimana sistem               sesebuah   komputer
dibangunkan serta bagaimana ia berfungsi.

Interaksi
Kita mampu berinteraksi dengan komputer atau dalam erti kata lain,
mampu menggunakan komputer dalam melaksanakan aplikasi-aplikasi
tertentu.

     Secara umumnya pula, literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai
pengetahuan yang secukupnya yang perlu ada pada seseorang untuk
menggunakan aplikasi komputer dan hidup di dalam masyarakat yang
berorientasikan komputer masa kini.
     Kekurangan asas pengetahuan tersebut
juga boleh menyebabkan seseorang dilanda
sindrom Phobia Komputer (computerphobia),
iaitu satu sindrom yang takut kepada komputer.

1.3     Bagaimana Komputer Beroperasi ?

Kebanyakan sistem komputer masa kini
beroperasi berdasarkan empat operasi asas           computerphobia
seperti yang berikut :
4                 Sistem Komputer dan Aplikasinya


1.3.1   Masukan (Input)

Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk
berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti input juga digunakan bagi
membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan-arahan
kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), Tetikus
(mouse) dan Kayuria (joystick) merupakan antara contoh peranti input
yang sering digunakan.

1.3.2   Pemprosesan (Processing)

Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) berperanan
untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan
laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti
pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan
storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.

1.3.3   Keluaran (Output)

Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi
dengan penggunanya. Peranti ini memaparkan maklumat pada skrin
komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi-
bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak (printer) dan pembesar suara
(speaker) merupakan antara contoh peranti output yang utama.

1.3.4   Storan (Storage)

Peranti storan berperanan untuk menyimpan data atau maklumat.
Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk
melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. Cakera keras (Hard
disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh peranti-
peranti storan yang utama.
    Secara amnya, setiap proses ini boleh diringkaskan dalam bentuk
langkah kerja seperti yang berikut :

    1   Data atau arahan dimasukkan melalui peranti masukan (papan
        kekunci misalnya).
    2   Data atau arahan tadi kemudiannya diproses oleh peranti
        pemprosesan.
    3   Data yang telah diproses kemudiannya dihantar kembali kepada
        pengguna melalui peranti keluaran (skrin paparan misalnya).
Konsep Asas Komputer                     5


      4   Maklumat yang terhasil kemudiannya disimpan di dalam storan
          sekunder (cakera keras misalnya).

     Langkah kerja ini kemudiannya dapat diringkaskan dalam bentuk
rajah seperti yang berikut :




              Rajah 1.2 : Bagaimana komputer beroperasi ?

1.4       Elemen-elemen di dalam Sistem Komputer

Terdapat enam elemen utama di dalam sesebuah sistem komputer :

Perkakasan (Hardware)
Bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan dilihat. Contohnya :
skrin paparan, tetikus dan papan kekunci.
6                 Sistem Komputer dan Aplikasinya


Perisian (Software)
Set arahan atau prosidur yang membantu perkakasan untuk beroperasi.
Contoh perisian antaranya ialah Microsoft Office, Netscape
Communicator dan sebagainya.

Data
Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang
berguna.

Manusia
Merangkumi pengguna biasa dan juga
pengguna professional.

Prosidur
Langkah-langkah yang harus diikuti bagi
melengkapkan    satu   kitaran    tugas
komputer.

Komunikasi
Apabila     sebuah   sistem  komputer
disediakan bagi membolehkan ianya
berkongsi data dan maklumat dengan
sistem komputer yang lain secara
elektronik, komunikasi menjadi elemen
yang keenam di dalam sesebuah sistem
komputer.

1.5     Sifat Semulajadi Komputer

Terdapat tiga sifat semulajadi yang ada pada sesebuah sistem komputer
yang menjadikan ianya semakin penting di dalam kehidupan manusia.
Sifat-sifat tersebut ialah :

Kepantasan
Komputer menawarkan pemprosesan maklumat yang pantas dan
bermakna. Kebanyakan urus niaga dan aktiviti manusia seharian
bergantung kepada kepantasan sistem komputer bagi memproses sesuatu
maklumat. Contohnya, urusniaga kewangan, panggilan telefon, tempahan
tiket perjalanan dan sebagainya.
Konsep Asas Komputer                       7


Kebolehpercayaan
Komputer merupakan sejenis mesin yang boleh dipercayai. Walaupun
kadang kala berlakunya kesilapan atau “computer error” namun demikian,
biasanya kebanyakan kesilapan tersebut berpunca dari kesilapan manusia
itu sendiri (human error).

Kemampuan Storan
Sistem komputer berkemampuan untuk meyediakan ruang bagi
menyimpan sejumlah data yang besar. Ianya juga mampu dicapai dan
digunakan semula dengan cepat dan berkesan.

1.6       Perkakasan Komputer

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, komputer merupakan sejenis
mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang
kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna.
Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT)
semula sama ada dalam bentuk paparan pada skrin, hasil cetakan dan
sebagainya untuk perhatian pengguna. Akhirnya, maklumat tersebut boleh
juga disimpan (STORAN) untuk kegunaan selanjutnya di masa hadapan.
     Turutan proses ini juga dikenali sebagai kitaran IPOS (Input, Proses,
Output dan Storan). Walau bagaimanapun langkah pengoperasian tidak
semestinya perlu dilaksanakan mengikut urutan I-P-O-S. Program
komputer mungkin mengikutinya seboleh mungkin tetapi dalam keadaan
tertentu, sebarang urutan proses boleh dilaksanakan mengikut keperluan
semasa terutamanya semasa melakukan operasi yang besar.
     Bagi setiap aktiviti yang dinyatakan tadi, perlaksanaannya
memerlukan kombinasi antara penggunaan perkakasan dan juga perisian.
Perkakasan komputer secara amnya boleh dikategorikan kepada 5
kumpulan yang utama iaitu :

•     Peranti Masukan (Input)
•     Peranti Pemprosesan
•     Peranti Keluaran (Output)
•     Peranti Storan
•     Peranti Komunikasi

   Setiap kategori perkakasan tersebut mempunyai fungsi dan peranan
yang tersendiri. Setiap satunya saling bersandaran dan saling
melengkapkan antara satu sama lain bagi membentuk sebuah sistem
komputer yang lengkap dan sempurna.
8                  Sistem Komputer dan Aplikasinya


1.7       Perisian Komputer

Komputer mampu melaksanakan kebanyakan tugas yang mampu
diimiginasikan oleh seseorang manusia. Namun demikian terdapatnya
kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Setiap tugas
yang ingin dilakukan oleh sesebuah sistem komputer biasanya
dilaksanakan oleh aplikasi, program ataupun perisian komputer yang
tertentu. Misalnya bagi tujuan permainan, maka perisian berbentuk
permainan diperlukan. Begitu juga bagi tujuan meneroka kemudahan
internet maka perisian yang berkaitan dengan internet diperlukan.
    Antara perisian komputer yang utama ialah :

•     Pemprosesan perkataan
•     Hamparan elektronik
•     Persembahan multimedia
•     Pangkalan data
•     Telekomunikasi
•     Grafik dan animasi
•     Pendidikan dan hiburan
•     Utiliti
      dan banyak lagi.

Kesemuanya ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bab 7 –
Perisian Komputer.


                       Buku
                       Sistem Komputer & Aplikasinya

                       Penulis
                       Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun
                       & Zaidatun Tasir

                       Penerbit
                       Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

                       http://jz2000.iwarp.com/penerbitan

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepada komputer
Pengenalan kepada komputerPengenalan kepada komputer
Pengenalan kepada komputer
norsuhaila1212
 
Sistem pengoperasian
Sistem pengoperasianSistem pengoperasian
Sistem pengoperasian
Harries Har
 
Slide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputerSlide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputer
Wakakart
 
Senarai semak penyelenggaraan komputer
Senarai semak penyelenggaraan komputerSenarai semak penyelenggaraan komputer
Senarai semak penyelenggaraan komputerahmad_shahrul
 
Menjalankan ujian fungsi unit
Menjalankan ujian fungsi unitMenjalankan ujian fungsi unit
Menjalankan ujian fungsi unit
arah1506
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
siti arzmi
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutputSuriyana Ahmad
 
Keselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputerKeselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputer
Azizol Duralim
 
Komputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaKomputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinya
Hoods Comel
 
Pengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian KomputerPengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian Komputer
Yusrinaldiibrahim
 
Masalah komputer
Masalah komputerMasalah komputer
Masalah komputer
Laura Lobinsiu
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
IPG
 
User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)
diddy98
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
Fatin Liyana
 
Komponen asas komputer
Komponen asas komputerKomponen asas komputer
Komponen asas komputer
Lekha Lekzz
 
Jenis dan Fungsi Kabel
Jenis dan Fungsi KabelJenis dan Fungsi Kabel
Jenis dan Fungsi Kabel
Wan Yusof Wan Jeffery
 
La2 server maintenance
La2 server maintenanceLa2 server maintenance
La2 server maintenance
Shahril Majid
 

What's hot (20)

Pengenalan kepada komputer
Pengenalan kepada komputerPengenalan kepada komputer
Pengenalan kepada komputer
 
Sistem pengoperasian
Sistem pengoperasianSistem pengoperasian
Sistem pengoperasian
 
Slide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputerSlide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputer
 
Senarai semak penyelenggaraan komputer
Senarai semak penyelenggaraan komputerSenarai semak penyelenggaraan komputer
Senarai semak penyelenggaraan komputer
 
Menjalankan ujian fungsi unit
Menjalankan ujian fungsi unitMenjalankan ujian fungsi unit
Menjalankan ujian fungsi unit
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutput
 
Keselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputerKeselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputer
 
2.2.4 storan1
2.2.4 storan12.2.4 storan1
2.2.4 storan1
 
Komputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaKomputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinya
 
Slot 1: Definisi & Sejarah Komputer
Slot 1: Definisi & Sejarah KomputerSlot 1: Definisi & Sejarah Komputer
Slot 1: Definisi & Sejarah Komputer
 
Pengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian KomputerPengenalan Perisian Komputer
Pengenalan Perisian Komputer
 
Masalah komputer
Masalah komputerMasalah komputer
Masalah komputer
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
 
User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Pengaturcaraan c
Pengaturcaraan cPengaturcaraan c
Pengaturcaraan c
 
Komponen asas komputer
Komponen asas komputerKomponen asas komputer
Komponen asas komputer
 
Jenis dan Fungsi Kabel
Jenis dan Fungsi KabelJenis dan Fungsi Kabel
Jenis dan Fungsi Kabel
 
La2 server maintenance
La2 server maintenanceLa2 server maintenance
La2 server maintenance
 

Similar to Komputer

Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinyaDokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
tamanmidah
 
Modul 1 dunia komputer
Modul 1 dunia komputerModul 1 dunia komputer
Modul 1 dunia komputer
Saliza Shamsuddin
 
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinyaModul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Zawiyah Zain
 
Bab 01 complete
Bab 01 completeBab 01 complete
Bab 01 complete
Norhisham Mohamad Nordin
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputer
MOHANASELVAN
 
Ppt tahun 4
Ppt tahun 4Ppt tahun 4
Ppt tahun 4
Mohd Ngah
 
COMPUTER SYSTEM SET-UP
COMPUTER SYSTEM SET-UPCOMPUTER SYSTEM SET-UP
COMPUTER SYSTEM SET-UP
Mohd Aspah Kasim
 
Mte3012 bab1 complete
Mte3012 bab1 completeMte3012 bab1 complete
Mte3012 bab1 complete
Norhisham Mohamad Nordin
 
1.0 memperihal komputer dan fungsinya
1.0 memperihal komputer dan fungsinya1.0 memperihal komputer dan fungsinya
1.0 memperihal komputer dan fungsinya
Nor Kamaruddin
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
sobah2011
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Herney Aqilah Kay
 
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatanSlot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
skselatpulau
 
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatanSlot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Ahmad Kamal Rahman
 
Bab 1 osi
Bab 1 osiBab 1 osi
Bab 1 osi
noorshahumi
 
modul tmk 1(1)
modul tmk 1(1)modul tmk 1(1)
modul tmk 1(1)
Johnson Johnson
 
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusanBab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusanarmanisenin
 
TMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia KomputerTMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia Komputer
gu kawe
 
Tmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputerTmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputergu kawe
 

Similar to Komputer (20)

Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinyaDokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
Dokumen.tips tmk tahun-4-dunia-komputer-unit-1-komputer-dan-fungsinya
 
Blog ict bab 2
Blog ict   bab 2Blog ict   bab 2
Blog ict bab 2
 
Modul 1 dunia komputer
Modul 1 dunia komputerModul 1 dunia komputer
Modul 1 dunia komputer
 
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinyaModul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
 
Bab 01 complete
Bab 01 completeBab 01 complete
Bab 01 complete
 
Bab 01 complete
Bab 01 completeBab 01 complete
Bab 01 complete
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputer
 
Ppt tahun 4
Ppt tahun 4Ppt tahun 4
Ppt tahun 4
 
COMPUTER SYSTEM SET-UP
COMPUTER SYSTEM SET-UPCOMPUTER SYSTEM SET-UP
COMPUTER SYSTEM SET-UP
 
Mte3012 bab1 complete
Mte3012 bab1 completeMte3012 bab1 complete
Mte3012 bab1 complete
 
1.0 memperihal komputer dan fungsinya
1.0 memperihal komputer dan fungsinya1.0 memperihal komputer dan fungsinya
1.0 memperihal komputer dan fungsinya
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatanSlot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
 
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatanSlot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
Slot 2 & 3 sistem unit, cpu & ingatan
 
Bab 1 osi
Bab 1 osiBab 1 osi
Bab 1 osi
 
modul tmk 1(1)
modul tmk 1(1)modul tmk 1(1)
modul tmk 1(1)
 
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusanBab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
Bab 2 teknologi maklumat konsep dan pengurusan
 
TMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia KomputerTMK4 Dunia Komputer
TMK4 Dunia Komputer
 
Tmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputerTmk4 dunia komputer
Tmk4 dunia komputer
 

Komputer

  • 1. BAB 1 Konsep Asas Komputer 1.0 Pengenalan Buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 1960-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi. Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan satu kemestiaan dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer juga secara umumnya dianggap sebagai suatu lambang permodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusian, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada secara sedar mahupun tidak sedar pastinya akan berurusan dengan teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya. Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari sumber teknologi berasaskan elektronik dan kadangkala 1
  • 2. 2 Sistem Komputer dan Aplikasinya elektro mekanikal. Komputer boleh diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih spesifik dan teratur. Program-program komputer (yang juga dipanggil perisian atau software) yang setiap satunya berbeza dan mempunyai pelbagai pendekatan juga membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan. Komputer juga boleh dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan bagi merakam dan memproses data mentah bagi menghasilkan maklumat yang lebih bermanfaat yang diperlukan oleh manusia. 1.1 Apa dia Komputer ? Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah : • ia akan bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan. • ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik. Rajah 1.1 : Rekabentuk fizikal sebuah komputer mikro masa kini Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah menggubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan.
  • 3. Konsep Asas Komputer 3 1.2 Konsep Literasi Komputer Kenapa seseorang itu wajar mempelajari mengenai komputer ? Selain daripada faktor ingin tahu (dan mungkin juga kerana ianya merupakan salah satu matapelajaran wajib di kebanyakan sekolah dan juga institusi- institusi pengajian tinggi), kita mungkin telah menyedari bahawa agak sukar untuk seseorang itu untuk terus menjalani hidup seharian tanpa asas pengetahuan mengenai komputer. Berikut dinyatakan tiga konsep utama yang diperlukan bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan literasi komputer : Kesedaran Kita menyedari akan kepentingan komputer, kepelbagaian penggunaannya serta kepentingannya didalam masyarakat. Pengetahuan Kita memahami konsep bagaimana sistem sesebuah komputer dibangunkan serta bagaimana ia berfungsi. Interaksi Kita mampu berinteraksi dengan komputer atau dalam erti kata lain, mampu menggunakan komputer dalam melaksanakan aplikasi-aplikasi tertentu. Secara umumnya pula, literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang secukupnya yang perlu ada pada seseorang untuk menggunakan aplikasi komputer dan hidup di dalam masyarakat yang berorientasikan komputer masa kini. Kekurangan asas pengetahuan tersebut juga boleh menyebabkan seseorang dilanda sindrom Phobia Komputer (computerphobia), iaitu satu sindrom yang takut kepada komputer. 1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi ? Kebanyakan sistem komputer masa kini beroperasi berdasarkan empat operasi asas computerphobia seperti yang berikut :
  • 4. 4 Sistem Komputer dan Aplikasinya 1.3.1 Masukan (Input) Peranti masukan atau peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti input juga digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan-arahan kepada sesebuah sistem komputer. Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse) dan Kayuria (joystick) merupakan antara contoh peranti input yang sering digunakan. 1.3.2 Pemprosesan (Processing) Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan. 1.3.3 Keluaran (Output) Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi dengan penggunanya. Peranti ini memaparkan maklumat pada skrin komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi- bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak (printer) dan pembesar suara (speaker) merupakan antara contoh peranti output yang utama. 1.3.4 Storan (Storage) Peranti storan berperanan untuk menyimpan data atau maklumat. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan. Cakera keras (Hard disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh peranti- peranti storan yang utama. Secara amnya, setiap proses ini boleh diringkaskan dalam bentuk langkah kerja seperti yang berikut : 1 Data atau arahan dimasukkan melalui peranti masukan (papan kekunci misalnya). 2 Data atau arahan tadi kemudiannya diproses oleh peranti pemprosesan. 3 Data yang telah diproses kemudiannya dihantar kembali kepada pengguna melalui peranti keluaran (skrin paparan misalnya).
  • 5. Konsep Asas Komputer 5 4 Maklumat yang terhasil kemudiannya disimpan di dalam storan sekunder (cakera keras misalnya). Langkah kerja ini kemudiannya dapat diringkaskan dalam bentuk rajah seperti yang berikut : Rajah 1.2 : Bagaimana komputer beroperasi ? 1.4 Elemen-elemen di dalam Sistem Komputer Terdapat enam elemen utama di dalam sesebuah sistem komputer : Perkakasan (Hardware) Bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan dilihat. Contohnya : skrin paparan, tetikus dan papan kekunci.
  • 6. 6 Sistem Komputer dan Aplikasinya Perisian (Software) Set arahan atau prosidur yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Contoh perisian antaranya ialah Microsoft Office, Netscape Communicator dan sebagainya. Data Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang berguna. Manusia Merangkumi pengguna biasa dan juga pengguna professional. Prosidur Langkah-langkah yang harus diikuti bagi melengkapkan satu kitaran tugas komputer. Komunikasi Apabila sebuah sistem komputer disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data dan maklumat dengan sistem komputer yang lain secara elektronik, komunikasi menjadi elemen yang keenam di dalam sesebuah sistem komputer. 1.5 Sifat Semulajadi Komputer Terdapat tiga sifat semulajadi yang ada pada sesebuah sistem komputer yang menjadikan ianya semakin penting di dalam kehidupan manusia. Sifat-sifat tersebut ialah : Kepantasan Komputer menawarkan pemprosesan maklumat yang pantas dan bermakna. Kebanyakan urus niaga dan aktiviti manusia seharian bergantung kepada kepantasan sistem komputer bagi memproses sesuatu maklumat. Contohnya, urusniaga kewangan, panggilan telefon, tempahan tiket perjalanan dan sebagainya.
  • 7. Konsep Asas Komputer 7 Kebolehpercayaan Komputer merupakan sejenis mesin yang boleh dipercayai. Walaupun kadang kala berlakunya kesilapan atau “computer error” namun demikian, biasanya kebanyakan kesilapan tersebut berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri (human error). Kemampuan Storan Sistem komputer berkemampuan untuk meyediakan ruang bagi menyimpan sejumlah data yang besar. Ianya juga mampu dicapai dan digunakan semula dengan cepat dan berkesan. 1.6 Perkakasan Komputer Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, komputer merupakan sejenis mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna. Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula sama ada dalam bentuk paparan pada skrin, hasil cetakan dan sebagainya untuk perhatian pengguna. Akhirnya, maklumat tersebut boleh juga disimpan (STORAN) untuk kegunaan selanjutnya di masa hadapan. Turutan proses ini juga dikenali sebagai kitaran IPOS (Input, Proses, Output dan Storan). Walau bagaimanapun langkah pengoperasian tidak semestinya perlu dilaksanakan mengikut urutan I-P-O-S. Program komputer mungkin mengikutinya seboleh mungkin tetapi dalam keadaan tertentu, sebarang urutan proses boleh dilaksanakan mengikut keperluan semasa terutamanya semasa melakukan operasi yang besar. Bagi setiap aktiviti yang dinyatakan tadi, perlaksanaannya memerlukan kombinasi antara penggunaan perkakasan dan juga perisian. Perkakasan komputer secara amnya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan yang utama iaitu : • Peranti Masukan (Input) • Peranti Pemprosesan • Peranti Keluaran (Output) • Peranti Storan • Peranti Komunikasi Setiap kategori perkakasan tersebut mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Setiap satunya saling bersandaran dan saling melengkapkan antara satu sama lain bagi membentuk sebuah sistem komputer yang lengkap dan sempurna.
  • 8. 8 Sistem Komputer dan Aplikasinya 1.7 Perisian Komputer Komputer mampu melaksanakan kebanyakan tugas yang mampu diimiginasikan oleh seseorang manusia. Namun demikian terdapatnya kekangan-kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Setiap tugas yang ingin dilakukan oleh sesebuah sistem komputer biasanya dilaksanakan oleh aplikasi, program ataupun perisian komputer yang tertentu. Misalnya bagi tujuan permainan, maka perisian berbentuk permainan diperlukan. Begitu juga bagi tujuan meneroka kemudahan internet maka perisian yang berkaitan dengan internet diperlukan. Antara perisian komputer yang utama ialah : • Pemprosesan perkataan • Hamparan elektronik • Persembahan multimedia • Pangkalan data • Telekomunikasi • Grafik dan animasi • Pendidikan dan hiburan • Utiliti dan banyak lagi. Kesemuanya ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Bab 7 – Perisian Komputer. Buku Sistem Komputer & Aplikasinya Penulis Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Penerbit Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. http://jz2000.iwarp.com/penerbitan