Ini merupakan contoh kertas kerja untuk membuat program di universiti..
TIPS utk lulus kertas kerja program:
-Penggunaan VOT berdasarkan pekeliling yg lengkap.
-Mempunyai Kemahiran Insaniah (KI)
-Tentatif prgram yg lengkap
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan perlu berpusatkan
murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui tugasan dan soalan yang
mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi
merangsang murid berfikir. Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan
dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid.
Pedagogi yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui program seperti
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 1994.
Program ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan
dalam PPPM (2013-2025).
Pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada pada seseorang individu memainkan
peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua aspek ini menjadi latar belakang untuk
membuat penaakulan dan refleksi sehingga membolehkan seseorang individu berfikir aras
lebih tinggi dalam konteks dapat membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi
dan mencipta. Dalam proses ini, empat tahap pemikiran yang tinggi diberi fokus iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta
Bina upaya merupakan aktiviti yang mengukuhkan pengetahuan, keupayaan, kemahiran dan
tingkah laku individu ke arah mencapai misi dan matlamat organisasi dengan cekap dan
mampan. KBAT dalam Bina Upaya didefinisikan secara operasi sebagai suatu proses latihan
pembangunan profesionalisme yang dilalui oleh guru untuk meningkatkan tahap kompetensi
mereka dalam KBAT.
KBAT dalam Bina Upaya yang terancang dan sistematik membolehkan guru memberikan
perkhidmatan terbaik ke arah mencapai keberhasilan murid yang berfikiran aras tinggi. Dalam
kalangan guru, KBAT dalam Bina Upaya perlu dilaksanakan secara komprehensif, intensif dan
berterusan melalui pelbagai kaedah seperti latihan, pembelajaran komuniti dan secara terarah
kendiri. KBAT dalam Bina Upaya ini perlu dilestarikan bagi memastikan keupayaan guru dalam
PdP sentiasa ditingkatkan.
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenAdrianAgoes9
sosialisasi untuk dosen dalam mengisi dan memadankan sister akunnya, sehingga bisa memutakhirkan data di dalam sister tersebut. ini adalah untuk kepentingan jabatan akademik dan jabatan fungsional dosen. penting untuk karir dan jabatan dosen juga untuk kepentingan akademik perguruan tinggi terkait.
1. 1
KERTAS CADANGAN
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU
2015
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab dan berperanan besar daam
membangunkan modal insan yang bersifat menyeuruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi
selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Keseimbangan
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
misi nasional yang memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘minda kelas
pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status Negara maju, diterjemahkan
pelaksanaannya melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Fokus dan strategi pembangunan modal insan melalui pemupukan murid yang mempunyai
sahsiah tinggi, standard nilai dan kepimpinan terbilang serta berdisiplin utuh. Kementerian
Pelajaran Malaysia mencadangkan usaha pemupukan kepimpinan, pengurusan, dan
perundangan dalam kalangan murid wajar diberi nafas baru ke arah melahirkan modal insan
yang berkualiti dan mampu mendepani cabaran semasa dan masa depan dunia gobal.
2.0 RASIONAL
Melatih kemahiran kepimpinan, pengurusan dan perundangan dalam membantu pengurusan
sekolah bagi menangani isu-isu disiplin yang semakin mencabar. Kemahiran yang ditetapkan
ini dapat memberi keyakinan kea rah memberi perkhidmatan cemerang mengikut tatacara yang
betul serta mampu menjadi pemimpin yang lebih berwibawa.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyalurkan pengetahuan mengenai kepimpinan dan membina kemahiran
mengenainya.
3.2 Mendedahkan kepada pengawas tentang pengurusan yang betul di sekolah.
3.3 Memberi pengetahuan dan makumat mengenai perundangan dan peraturan sekolah
untuk diaplikasi semasa menjalankan tugas.
4.0 SASARAN
Melibatkan semua pengawas sekolah seramai….
5.0 ATURAN DAN KELOAAN
Anjuran : Badan Disiplin dan Pengawas SK Kampung Baharu
22300 Kuala Besut, Terengganu.
2. 2
6.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 22 – 23 Januari 2015
Tempat : Pusat Ko-kurikulum Besut
7.0 PENGISIAN
Kursus ini mempunyai tiga komponen utama iaitu, ceramah, aktiviti berkumpulan, dan riadah.
Ketiga-tiga komponen ini akan mengandungi tiga unsur utama iaitu, kepimpinan, pengurusan
dan perundangan.
8.0 IMPIKASI KEWANGAN
Sumber Kewangan : Yuran Peserta Sekolah
9.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (22 JANUARI 2015)
Waktu Aktiviti
3.00 – 4.00 petang PENDAFTARAN
4.30 – 5.30 petang TAKLIMAT
6.00 – 9.00 malam PERSIAPAN DIRI / SOLAT MAGHRIB / KULIAH MAGHRIB
+ ISYAK
9.00 – 11.00 malam TUGASAN PENGAWAS / PERSIAPAN JALAN MALAM
HARI KEDUA (23 JANUARI 2015)
5.30 – 6.00 pagi PERSIAPAN DIRI / SOAT SUBUH + KULIAH SUBUH
6.45 – 7.30 pagi ISTIADAT PAGI
7.30 – 8.00 pagi SARAPAN
8.00 – 10.00 pagi SLOT 1
CERAMAH TUGAS & TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
10.00 – 10.30 pagi KUDAPAN
10.30 – 12.00 tengahari SLOT 2
CERAMAH DISIPLIN PENGAWAS
12.00 – 2.30 petang PERSIAPAN DIRI / SOAT JUMAAT
2.30 – 4.30 petang SLOT 3
CERAMAH KAUNSELING
4.30 – 4.45 petang MINUM PETANG
4.45 – 5.30 petang MAJLIS PENUTUP
3. 3
JAWATANKUASA PELAKSANA
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Penaung
En. Azemi bin Yazid
Guru Besar SK Kampung Baharu
Penasihat
Pn. Hasmida bt. Awang Majid
PK Hal Ehwal Murid
Pengerusi
Pn. Wan Maimon bt. Mohd Yasin
Setiausaha
Pn. Arihasmee bt. Ariffin
AJK
En. Mohd Zulkhairi b. Che Mohamed
En. Abu Saufian b. Mohamed
En. Adnan b. Yusuf
Pn. Wan Rohaza bt. Wan Hassan
Pn. Nor Lela bt. Yaacob
Pn. Wan Normala bt. Wan Ali
Pn. Suriati bt. Othman
Pn. Saripa Khadiah bt. Syed Ariffin
Pn. Norzila bt. Hj. Hassan
Cik Norhayati bt. Mohd Noor