Kajian ini mengkaji masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek di Seberang Jaya dan sumber pembiayaan yang mereka peroleh. Hasil menunjukkan bahawa semua responden menghadapi masalah persaingan dan pekerja, serta bergantung pada simpanan peribadi dan institusi kewangan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan. Terdapat juga isu kekurangan modal dan teknologi yang rendah dalam operasi mereka.