Adik-adik,salah satu kempen yang pernah dilancarkan oleh kerajaan di
negara kita ialah Kempen Bumi Hijau.

    Bolehkah adik-adik bayangkan Bumi Hijau? Apa yang tergambar di
fikiran adik-adik, mungkin rupa bentuk bumi yang menghijau. Hal ini
demikian kerana bumi dipenuhi dengan pokok, hutan, atau tanaman.

    Jika demikian yang terbayang di fikiran adik-adik, gambaran
tersebut memang sudah boleh dianggap tepat dengan Bumi Hijau.

   Adik-adik, kempen Bumi Hijau ini sebenarnya dilancarkan oleh
kerajaan untuk menggalakkan bidang pertanian. Kerajaan mahu
menggalakkan penduduk di negara kita memanfaatkan tanah dengan
sebaik-baiknya.

    Adik-adik, di negara kita ini masih terdapat begitu banyak tanah
terbiar. Tahukah adik-adik apakah maksud tanah terbiar? Tanah
terbiar, ialah tanah yang kosong, iaitu tanah yang tidak diusahakan
untuk pertanian dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, kerajaan melancarkan Kempen Bumi Hijau.
Kempen ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orang
ramai supaya menggunakan tanah untuk memajukan lagi bidang
pertanian. Bidang pertanian bukan sahaja dapat menjadi sumber rezeki
kepada para petani, malah dapat menyumbangkan pendapatan kepada
negara.

    Adik-adik juga boleh menyahut seruan Kempen Bumi Hijau ini.
Bagaimanakah caranya? Adik-adik boleh menanam sebarang jenis sayur-
sayuran secara kecil-kecilan. Aktiviti ini tentulah sanggat
menyeronokkan. Malah, ibu bapa adik-adik tentu berasa bangga atas
usaha adik-adik.

   Cubalah sekarang untuk menyahut seruan Kempen Bumi Hijau!
Kempen bumi hijau

Kempen bumi hijau

  • 1.
    Adik-adik,salah satu kempenyang pernah dilancarkan oleh kerajaan di negara kita ialah Kempen Bumi Hijau. Bolehkah adik-adik bayangkan Bumi Hijau? Apa yang tergambar di fikiran adik-adik, mungkin rupa bentuk bumi yang menghijau. Hal ini demikian kerana bumi dipenuhi dengan pokok, hutan, atau tanaman. Jika demikian yang terbayang di fikiran adik-adik, gambaran tersebut memang sudah boleh dianggap tepat dengan Bumi Hijau. Adik-adik, kempen Bumi Hijau ini sebenarnya dilancarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan bidang pertanian. Kerajaan mahu menggalakkan penduduk di negara kita memanfaatkan tanah dengan sebaik-baiknya. Adik-adik, di negara kita ini masih terdapat begitu banyak tanah terbiar. Tahukah adik-adik apakah maksud tanah terbiar? Tanah terbiar, ialah tanah yang kosong, iaitu tanah yang tidak diusahakan untuk pertanian dan sebagainya. Oleh yang demikian, kerajaan melancarkan Kempen Bumi Hijau. Kempen ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya menggunakan tanah untuk memajukan lagi bidang pertanian. Bidang pertanian bukan sahaja dapat menjadi sumber rezeki kepada para petani, malah dapat menyumbangkan pendapatan kepada negara. Adik-adik juga boleh menyahut seruan Kempen Bumi Hijau ini. Bagaimanakah caranya? Adik-adik boleh menanam sebarang jenis sayur- sayuran secara kecil-kecilan. Aktiviti ini tentulah sanggat menyeronokkan. Malah, ibu bapa adik-adik tentu berasa bangga atas usaha adik-adik. Cubalah sekarang untuk menyahut seruan Kempen Bumi Hijau!