SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Kejuruteraan mekatronik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama
bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan perisian. Tujuan bidang kejuruteraan antara
disiplin ini ialah kajian tentang automaton dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem
hibrid termaju.



Penerangan




Mekatronik merupakan kombinasi beberapa bidang kejuruteraan

Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila digabungkan,
membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata
lakur "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah
syarikat Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau
kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi".

Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini menghasilkan
ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem kawalan anti-brek mati dan
pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah seperti mesin basuh,
perakam video dan kamera digital.

Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik, elektronik
dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik,
perisian dan kawalan.Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan
perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan. Gabungan dua
bidang pula seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan
mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan
komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan,
sementara kawalan digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik
merangkumi semua ini.

Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem mekatronik. Ia digunakan untuk
mengawal atau melaraskan sistem seperti ini; lihat teori kawalan. Paradigma berasaskan-komponen
merupakan sejenis sistem pengeluaran kawalan teragih yang menggunakan CAN atau LAN untuk
menghubungkan modul mekatronik berautonomi. Dengan berkerjasama, modul mekatronik menjalankan
matlamat pengeluaran dan mewarisi ciri pembuatan fleksibel dan tangkas dalam rancangan pengeluaran.
Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model mekatronik yang disepadukan mengikut satuseni bina
kawalan. Seni bina yang paling terkenal melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang
digunakan untuk mecapai kesan teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang mungkin
menggunakan kaedah formal dalam reka bentuknya.

Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik kejuruteraan, mekanik,
reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem,elektronik dan
komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik.

Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik untuk merangkumi
produk dan proses dari segi [1]:

•       sistem pemodelan dan rekaan
•       penyatupaduan atau integrasi sistem

•       penderia (sensor) dan penggerak (actuator)

•       sistem kawalan pintar

•       robotik

•       sistem pengeluaran

•       sistem kawalan gerakan

•       sistem kawalan bunyi dan getaran

•       sistem peralatan mikro dan opto-elektronik

•       sistem automotif
Kejuruteraan mekatronik wikipedia

More Related Content

More from Nor Masyiah

Rukun iman teras aqidah - Rujukan
Rukun iman teras aqidah - RujukanRukun iman teras aqidah - Rujukan
Rukun iman teras aqidah - RujukanNor Masyiah
 
Borang pendaftaran penyedia latihan
Borang pendaftaran penyedia latihanBorang pendaftaran penyedia latihan
Borang pendaftaran penyedia latihanNor Masyiah
 
17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldn17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldnNor Masyiah
 
8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_Nor Masyiah
 
Example bunker checklist
Example bunker checklistExample bunker checklist
Example bunker checklistNor Masyiah
 

More from Nor Masyiah (6)

Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
Rukun iman teras aqidah - Rujukan
Rukun iman teras aqidah - RujukanRukun iman teras aqidah - Rujukan
Rukun iman teras aqidah - Rujukan
 
Borang pendaftaran penyedia latihan
Borang pendaftaran penyedia latihanBorang pendaftaran penyedia latihan
Borang pendaftaran penyedia latihan
 
17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldn17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldn
 
8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_
 
Example bunker checklist
Example bunker checklistExample bunker checklist
Example bunker checklist
 

Kejuruteraan mekatronik wikipedia

  • 1. Kejuruteraan mekatronik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan perisian. Tujuan bidang kejuruteraan antara disiplin ini ialah kajian tentang automaton dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem hibrid termaju. Penerangan Mekatronik merupakan kombinasi beberapa bidang kejuruteraan Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila digabungkan, membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata lakur "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah syarikat Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi". Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini menghasilkan ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem kawalan anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital. Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan kawalan.Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan
  • 2. mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua ini. Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem mekatronik. Ia digunakan untuk mengawal atau melaraskan sistem seperti ini; lihat teori kawalan. Paradigma berasaskan-komponen merupakan sejenis sistem pengeluaran kawalan teragih yang menggunakan CAN atau LAN untuk menghubungkan modul mekatronik berautonomi. Dengan berkerjasama, modul mekatronik menjalankan matlamat pengeluaran dan mewarisi ciri pembuatan fleksibel dan tangkas dalam rancangan pengeluaran. Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model mekatronik yang disepadukan mengikut satuseni bina kawalan. Seni bina yang paling terkenal melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang digunakan untuk mecapai kesan teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang mungkin menggunakan kaedah formal dalam reka bentuknya. Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik kejuruteraan, mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem,elektronik dan komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik. Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik untuk merangkumi produk dan proses dari segi [1]: • sistem pemodelan dan rekaan • penyatupaduan atau integrasi sistem • penderia (sensor) dan penggerak (actuator) • sistem kawalan pintar • robotik • sistem pengeluaran • sistem kawalan gerakan • sistem kawalan bunyi dan getaran • sistem peralatan mikro dan opto-elektronik • sistem automotif