SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
KAJIAN NOVEL
BUKAN DUNIAKU
  TINGKATAN 1


           jahirjowan@gmail.com
           cikgubmupsi.blogspot.com
Sinopsis
      Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai
pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang
hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga
remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut
mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan
menjaga petak letak kereta.
      Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di
sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu
malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja
paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam
mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas
tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan
Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa
berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak
mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan
niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga.
Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan
dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang
                                                               jahirjowan@gmail.com
menimpa Saleh                                                  cikgubmupsi.blogspot.com
Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang
bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja
seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus
terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim
bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh
sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz
bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa
bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
      Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim
menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok
usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali peristiwa
dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim
berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga
mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-
rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah
diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah
sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-
                                                                jahirjowan@gmail.com
                                                                    cikgubmupsi.blogspot.com
Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco
Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung
dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah
terbongkar. Saleh yang menemani Halim ke sarang
penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan
teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-
konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya
seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah
pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan
kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali
ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat
kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa
ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.

                                                jahirjowan@gmail.com
                                                cikgubmupsi.blogspot.com
Tema
• Ketabahan hati seorang remaja lelaki
  dalam menempuh liku-liku kehidupan
  setelah terperangkap dalam sindiket
  haram.
• Halim tabah menempuh dugaan hidup di
  ibu kota setelah dia termasuk dalam
  perangkap Abang Joe. Halim tabah
  meneruskan kehidupan dengan bekerja
  sebagai pencuci kereta walaupun Abang
  Joe tidak membayar sebarang upah
  kepadanya.                     jahirjowan@gmail.com
                                 cikgubmupsi.blogspot.com
Persoalan
• Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi
  mangsa kumpulan sindiket haram.
 Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa.
  Abang Joe telah mengarahkan konco- konconya supaya
  sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya.
  Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul
  oleh konco-konco Abang Joe.

• Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati.
 Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata-
  mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa
  akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah
  membawa musibah kepadanya.
                                                   jahirjowan@gmail.com
                                                   cikgubmupsi.blogspot.com
• Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup
  mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain demi
  kepentingan diri.
 Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya
  supaya tinggal dengannya. Dia memukul dan mengugut
  mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga
  petak letak kereta dan mencuci kereta tanpa membayar
  sebarang upah kepada mereka.

• Semangat setiakawan yang tinggi.
 Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang
  Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya
  itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia
  dipukul oleh konco-konco Abang Joe


                                                   jahirjowan@gmail.com
                                                   cikgubmupsi.blogspot.com
• Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes
  jenayah.
 Fariz bijak menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes
  Abang Joe. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang
  kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang
  sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim
  bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan konco-
  konconya.

• Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah.
 Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas
  Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan kegiatan
  jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan
  sebagainya.                                      jahirjowan@gmail.com
                                                           cikgubmupsi.blogspot.com
Watak dan Perwatakan
• Watak utama dalam novel ini ialah Halim.
• Watak sampingan terdiri daripada Saleh,
  Abang Joe/Johari, Fariz, ayah Halim, ibu
  Halim, ayah Saleh, ibu Saleh/Mak Minah,
  dan Mak Esah.




                                   jahirjowan@gmail.com
                                   cikgubmupsi.blogspot.com
Watak Halim
•   Halim anak tunggal dalam keluarga.
•   Halim berusia 15 tahun.
•   Halim terlalu mengikut kata hati. Dia sanggup lari dari rumah semata-mata
    kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
•   Halim mudah terpedaya. Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang
    telah menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang
    Joe lelaki yang baik sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap
    remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
•   Halim rajin bekerja. Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun
    Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya.
•    Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang
    tidak berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya
    memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
•   Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana
    ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
                                                                jahirjowan@gmail.com
                                                                cikgubmupsi.blogspot.com
Watak Saleh
•   Saleh merupakan anak sulung dalam keluarganya.
•   Saleh memahami kesulitan hidup keluarganya.
•   Saleh anak yang rajin. Setiap nhari dia membantu ayahnya menoreh getah
    sebelum pergi ke sekolah.
•   Saleh penyayang. Saleh amat sayang akan keluarganya sehingga dia
    sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan
    ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Saleh
    juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan demi membela
    nasib mereka sekeluarga.
•   Saleh mudah termakan pujuk rayu orang yang tidak dikenalinya.Saleh
    membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana
    terpengaruh olehkata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang
    dapat menjamin kehidupannya.
•   Saleh mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dia sanggup
                                                             jahirjowan@gmail.com
    menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan
                                                             cikgubmupsi.blogspot.com
Watak Abang Joe/ Johari
•   Abang Joe ketua sindiket haram. Dia mempengaruhi renmaja yang
    tidak berumah atau yang lari dari rumah supaya melakukan kerja-
    kerja haram untuknya seperti mencuci kereta, menjaga tempat letak
    kereta dan sebaginya.
•   Abang Joe pandai memperdayakan golongan remaja. Abang Joe
    pandai memperdayakan Halim dan Saleh. Dia berjanji untuk
    membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu kota
    sedangkan tujuan sebenarnya hanya ingin memeras tenaga
    mereka.
•   Abang Joe kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe
    sanggup mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan-
    rakannya jika mereka ingkar akan arahannya.
•   Abang Joe licik dalam menjalankan kegiatannya. Dia sukar dikesan
    oleh pihak berkuasa walaupun sudah menjadi pengedar dadah
    utama di ibu kota.
                                                         jahirjowan@gmail.com
                                                         cikgubmupsi.blogspot.com
Watak Fariz
• Fariz tinggi lampai, berkulit sawo matang, dan berambut
  pendek.
• Fariz pemurah. Dia selalu membelanjai Halim makan di gerai
  yang berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci
  kereta.
• Fariz bijak menyembunyikan identitinya. Dia memberitahu
  Halim kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta
  padahal dia merupakan pegawai polis dari bahagian narkotik
  dan jenayah.
• Fariz berani. Fariz berani mempertahankan Halim ketika
  Abang Joe memarahi Halim kerana makan bersama-sama
  dengannya.
• Fariz bertanggungjawab. Dia telah menjalankan tugasnya
  untuk menyiasat kes jenayah yang dilakukan oleh Abang Joe
                                                     jahirjowan@gmail.com
                                                            cikgubmupsi.blogspot.com
Latar
Latar tempat
•   Tempat cuci kereta
    - tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang
    Joe.
•    Bawah pokok
    - tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim
    duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta.
•   Sebuah lorong di ibu kota
    - tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota. Di tempat ini Halim
    hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki. Di sini jugalah Halim
    mula mengenali Abang Joe yang menyelamatkannya daripada menjadi
    mangsa samun.
•   Pondok usang
    - di pondok ini Halim dan rakan-rakannya yang senasib dengannya
    ditempatkan. Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah
    masing-masing. Mereka ke bandar sehingga akhirnya termasuk dalam
                                                                  jahirjowan@gmail.com
    perangkap Abang Joe.                                          cikgubmupsi.blogspot.com
•   Rumah Halim
    - tempat tinggal Halim sekeluarga. Di rumah ini Halim sering ditemani
    pengasuhnya, Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.
•   Rumah Saleh
    - tempat tinggal Saleh sekeluarga. Di rumah inilah ayah Saleh memberitahu
    Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Di rumah ini
    jugalah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia sanggup berhenti sekolah.
    Malah, Saleh turut memberitahu ayahnya tentang hasratnya yang ingin
    mencari pekerjaan di bandar demi membela nasib mereka sekeluarga.
•   Gerai makan
    - gerai ini terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci
    kereta. Di sinilah Fariz membelanja Halim makan.
•   Sebuah pondok usang yang lain
    - Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai tempat menyimpan dadah. Di
    sini jugalah Halim dan Saleh dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana
    Abang Joe tidak suka Halim berkawan dengan Fariz.
                                                               jahirjowan@gmail.com
                                                               cikgubmupsi.blogspot.com
Latar Masa
•   Pada waktu siang
    - setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk
    dalam perangkap Abang Joe.
•   Pada waktu pagi
    - Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke
    sekolah.
•   Pada waktu malam
    - Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah
    pondok usang.




                                                        jahirjowan@gmail.com
                                                        cikgubmupsi.blogspot.com
Latar Masyarakat
• Masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati.
  - Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah
  semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya
  terlupa akan hari jadinya.
• Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat
  kemiskinan.
  - Keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak
  mampu menanggung belanja persekolahan Saleh.
• Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban
  demi keluarga.
  - Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu
  membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan
  peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup
  pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela mereka
  sekeluarga.
                                                  jahirjowan@gmail.com
                                                  cikgubmupsi.blogspot.com
•   Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain
    demi kepentingan diri.
    - Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Abang
    Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Dia mengugut
    Halim dan rakan-rakannya supaya bekerja mencuci kereta dan menjaga
    tempat letak kereta tanpa memberikan sebarang upah kepada mereka .
•   Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
    - Abang Joe mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan Saleh
    apabila mereka cuba melarikan diri.
•   Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan.
    - Halim dan Saleh tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah
    mereka termasuk dalam perangkap Abang Joe.
•   Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.
    - Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak
    meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco
    Abang Joe.
                                                           jahirjowan@gmail.com
                                                           cikgubmupsi.blogspot.com
•   Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang
    memberikan perhatian terhadap anak.
    - Ibu bapa Halim sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian
    terhadap Halim.
•    Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah.
    - Fariz dan beberapa orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang
    Joe dan konco-konconya yang menjalankan kegiatan haram seperti
    mengedar dadah dan memeras ugut.
•   Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa
    untuk membanteras kegiatan jenayah.
    - Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan
    keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah. Sebagai
    akibatnya, kesemua penjenayah terbabit telah dijatuhi hukuman yang
    setimpal dengan kesalahan mereka.


                                                            jahirjowan@gmail.com
                                                            cikgubmupsi.blogspot.com
Nilai Murni
•   Kasih sayang.
    Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti
    sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta
    ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia
    sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib
    mereka sekeluarga.
•   Tabah.
    Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa
    tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan
    mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar
    akan arahannya.
•   Rajin.
    Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang
    Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.
                                                        jahirjowan@gmail.com
                                                        cikgubmupsi.blogspot.com
•   Bersimpati.
    Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa
    berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung
    belanja persekolahannya.
•   Setia.
    Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe.
    Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh
    konco-konco Abang Joe.
•   Bijak.
    Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai
    pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat
    kes Abang Joe.
•   Baik hati.
    Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja
    persekolahan Saleh.                                   jahirjowan@gmail.com
                                                                 cikgubmupsi.blogspot.com
Pengajaran
•   Kita haruslah sayang akan keluarga kita.
    Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup
    berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan
    ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya
    belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi
    membela nasib mereka sekeluarga.
•   Janganlah bertindak terburu-buru.
    Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah
    semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa
    akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.
•   Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita
    kenali.
    Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari
    kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata
    Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin
                                                          jahirjowan@gmail.com
    kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak
                                                          cikgubmupsi.blogspot.com
• Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang
  secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa
  terabai.
  Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja
  menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari
  rumah.
• Kita mestilah tabah menghadapi dugaan.
  Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan
  semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak
  berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya
  memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
• Kita haruslah belajar daripada kesilapan.
  Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah
  dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan jahirjowan@gmail.com
                                                   itu.
                                                          cikgubmupsi.blogspot.com
• Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan
  yang tinggi.
  Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim
  berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang
  akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah,
  Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian
  walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang
  Joe.
• Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara
  yang menyalahi undang-undang.
  Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan
  identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian
  narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang
                                         jahirjowan@gmail.com
                                         cikgubmupsi.blogspot.com
• Kita hendaklah memberikan kerjasama
  kepada pihak berkuasa untuk membenteras
  jenayah. Contohnya, Halim dan rakan-
  rakannya sanggup menjadi saksi dan
  memberikan keterangan tentang kegiatan
  jenayah Abang Joe di mahkamah.
• Kita harus membantu golongan yang
  memerlukan bantuan.
  Contohnya, ayah Halim sanggup
  menanggung belanja persekolahan Saleh
                                   jahirjowan@gmail.com
                                   cikgubmupsi.blogspot.com
Sekian
Terima Kasih
         jahirjowan@gmail.com
         cikgubmupsi.blogspot.com

More Related Content

Viewers also liked (12)

Ksj puisi moden diari lama
Ksj puisi moden diari lamaKsj puisi moden diari lama
Ksj puisi moden diari lama
 
Ksj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempangKsj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempang
 
Ksj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantungKsj prosa moden kelopak kasut jantung
Ksj prosa moden kelopak kasut jantung
 
Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman
Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaimanKsj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman
Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair kemangkatan sultan sulaiman
 
Kosa kata 1
Kosa kata 1Kosa kata 1
Kosa kata 1
 
Ksj puisi moden asap
Ksj puisi moden asapKsj puisi moden asap
Ksj puisi moden asap
 
Ksj drama arah ke mana
Ksj drama arah ke manaKsj drama arah ke mana
Ksj drama arah ke mana
 
Ksj prosa moden tukang lama
Ksj prosa moden tukang lamaKsj prosa moden tukang lama
Ksj prosa moden tukang lama
 
Ksj puisi moden kita kian lupa
Ksj puisi moden kita kian lupaKsj puisi moden kita kian lupa
Ksj puisi moden kita kian lupa
 
Ksj prosa moden trauma embah
Ksj prosa moden trauma embah Ksj prosa moden trauma embah
Ksj prosa moden trauma embah
 
Kosa kata 1
Kosa kata 1Kosa kata 1
Kosa kata 1
 
Kosa kata 2
Kosa kata 2Kosa kata 2
Kosa kata 2
 

More from Muhammad Fuad Tarmizi

More from Muhammad Fuad Tarmizi (14)

Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat teka teki
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat teka tekiKsj puisi tradisional pantun 4 kerat teka teki
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat teka teki
 
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agamaKsj puisi tradisional pantun 4 kerat agama
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama
 
Ksj puisi moden lebah dan madu
Ksj puisi moden lebah dan maduKsj puisi moden lebah dan madu
Ksj puisi moden lebah dan madu
 
Ksj puisi moden jangan
Ksj puisi moden janganKsj puisi moden jangan
Ksj puisi moden jangan
 
Ksj puisi moden hari akhir persekolahan
Ksj puisi moden hari akhir persekolahanKsj puisi moden hari akhir persekolahan
Ksj puisi moden hari akhir persekolahan
 
Ksj prosa tradisional hikayat marakarma
Ksj prosa tradisional hikayat marakarmaKsj prosa tradisional hikayat marakarma
Ksj prosa tradisional hikayat marakarma
 
Ksj prosa tradisional budi seorang bapa angkat
Ksj prosa tradisional budi seorang bapa angkatKsj prosa tradisional budi seorang bapa angkat
Ksj prosa tradisional budi seorang bapa angkat
 
Ksj prosa moden sepucuk surat dari kawan
Ksj prosa moden sepucuk surat dari kawan Ksj prosa moden sepucuk surat dari kawan
Ksj prosa moden sepucuk surat dari kawan
 
Kosa kata 2
Kosa kata 2Kosa kata 2
Kosa kata 2
 
Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaanKesalahan ejaan
Kesalahan ejaan
 
Kajian novel bukan dunia ku
Kajian novel bukan dunia kuKajian novel bukan dunia ku
Kajian novel bukan dunia ku
 
Nota ringkasan dan pemahaman
Nota ringkasan dan pemahamanNota ringkasan dan pemahaman
Nota ringkasan dan pemahaman
 
Kosa kata 2
Kosa kata 2Kosa kata 2
Kosa kata 2
 
Ksj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempangKsj prosa moden tempang
Ksj prosa moden tempang
 

Bukan Dunia Sindiket

  • 1. KAJIAN NOVEL BUKAN DUNIAKU TINGKATAN 1 jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 2. Sinopsis Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta. Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang jahirjowan@gmail.com menimpa Saleh cikgubmupsi.blogspot.com
  • 3. Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya. Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau- rayau di ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu- jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 4. Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang menemani Halim ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco- konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 5. Tema • Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. • Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 6. Persoalan • Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram.  Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco- konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe. • Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati.  Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata- mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah kepadanya. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 7. • Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain demi kepentingan diri.  Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga petak letak kereta dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka. • Semangat setiakawan yang tinggi.  Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 8. • Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah.  Fariz bijak menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang sebenar tidak terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan konco- konconya. • Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah.  Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 9. Watak dan Perwatakan • Watak utama dalam novel ini ialah Halim. • Watak sampingan terdiri daripada Saleh, Abang Joe/Johari, Fariz, ayah Halim, ibu Halim, ayah Saleh, ibu Saleh/Mak Minah, dan Mak Esah. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 10. Watak Halim • Halim anak tunggal dalam keluarga. • Halim berusia 15 tahun. • Halim terlalu mengikut kata hati. Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. • Halim mudah terpedaya. Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap remaja yang lari dari rumah seperti Halim. • Halim rajin bekerja. Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya. • Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri. • Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 11. Watak Saleh • Saleh merupakan anak sulung dalam keluarganya. • Saleh memahami kesulitan hidup keluarganya. • Saleh anak yang rajin. Setiap nhari dia membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah. • Saleh penyayang. Saleh amat sayang akan keluarganya sehingga dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Saleh juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan demi membela nasib mereka sekeluarga. • Saleh mudah termakan pujuk rayu orang yang tidak dikenalinya.Saleh membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh olehkata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya. • Saleh mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dia sanggup jahirjowan@gmail.com menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan cikgubmupsi.blogspot.com
  • 12. Watak Abang Joe/ Johari • Abang Joe ketua sindiket haram. Dia mempengaruhi renmaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah supaya melakukan kerja- kerja haram untuknya seperti mencuci kereta, menjaga tempat letak kereta dan sebaginya. • Abang Joe pandai memperdayakan golongan remaja. Abang Joe pandai memperdayakan Halim dan Saleh. Dia berjanji untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu kota sedangkan tujuan sebenarnya hanya ingin memeras tenaga mereka. • Abang Joe kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe sanggup mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan- rakannya jika mereka ingkar akan arahannya. • Abang Joe licik dalam menjalankan kegiatannya. Dia sukar dikesan oleh pihak berkuasa walaupun sudah menjadi pengedar dadah utama di ibu kota. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 13. Watak Fariz • Fariz tinggi lampai, berkulit sawo matang, dan berambut pendek. • Fariz pemurah. Dia selalu membelanjai Halim makan di gerai yang berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta. • Fariz bijak menyembunyikan identitinya. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta padahal dia merupakan pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. • Fariz berani. Fariz berani mempertahankan Halim ketika Abang Joe memarahi Halim kerana makan bersama-sama dengannya. • Fariz bertanggungjawab. Dia telah menjalankan tugasnya untuk menyiasat kes jenayah yang dilakukan oleh Abang Joe jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 14. Latar Latar tempat • Tempat cuci kereta - tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe. • Bawah pokok - tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta. • Sebuah lorong di ibu kota - tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota. Di tempat ini Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki. Di sini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe yang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun. • Pondok usang - di pondok ini Halim dan rakan-rakannya yang senasib dengannya ditempatkan. Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah masing-masing. Mereka ke bandar sehingga akhirnya termasuk dalam jahirjowan@gmail.com perangkap Abang Joe. cikgubmupsi.blogspot.com
  • 15. Rumah Halim - tempat tinggal Halim sekeluarga. Di rumah ini Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja. • Rumah Saleh - tempat tinggal Saleh sekeluarga. Di rumah inilah ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Di rumah ini jugalah Saleh memberitahu ayahnya bahawa dia sanggup berhenti sekolah. Malah, Saleh turut memberitahu ayahnya tentang hasratnya yang ingin mencari pekerjaan di bandar demi membela nasib mereka sekeluarga. • Gerai makan - gerai ini terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta. Di sinilah Fariz membelanja Halim makan. • Sebuah pondok usang yang lain - Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai tempat menyimpan dadah. Di sini jugalah Halim dan Saleh dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berkawan dengan Fariz. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 16. Latar Masa • Pada waktu siang - setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. • Pada waktu pagi - Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah. • Pada waktu malam - Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 17. Latar Masyarakat • Masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati. - Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. • Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinan. - Keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja persekolahan Saleh. • Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga. - Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela mereka sekeluarga. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 18. Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan diri. - Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Dia mengugut Halim dan rakan-rakannya supaya bekerja mencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta tanpa memberikan sebarang upah kepada mereka . • Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. - Abang Joe mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan Saleh apabila mereka cuba melarikan diri. • Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan. - Halim dan Saleh tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah mereka termasuk dalam perangkap Abang Joe. • Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. - Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 19. Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap anak. - Ibu bapa Halim sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap Halim. • Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah. - Fariz dan beberapa orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang Joe dan konco-konconya yang menjalankan kegiatan haram seperti mengedar dadah dan memeras ugut. • Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan jenayah. - Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah. Sebagai akibatnya, kesemua penjenayah terbabit telah dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 20. Nilai Murni • Kasih sayang. Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga. • Tabah. Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya. • Rajin. Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 21. Bersimpati. Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. • Setia. Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe. • Bijak. Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe. • Baik hati. Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh. jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 22. Pengajaran • Kita haruslah sayang akan keluarga kita. Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga. • Janganlah bertindak terburu-buru. Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe. • Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali. Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin jahirjowan@gmail.com kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak cikgubmupsi.blogspot.com
  • 23. • Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terabai. Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah. • Kita mestilah tabah menghadapi dugaan. Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya. • Kita haruslah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan jahirjowan@gmail.com itu. cikgubmupsi.blogspot.com
  • 24. • Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah, Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe. • Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 25. • Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras jenayah. Contohnya, Halim dan rakan- rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah. • Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan. Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com
  • 26. Sekian Terima Kasih jahirjowan@gmail.com cikgubmupsi.blogspot.com