3. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
2
BAB 1
INSTAGRAM BUSINESS
PENGENALAN
Instagram ialah aplikasi perkongsian foto dan video percuma yang tersedia di
telefon pintar. Pengguna Instagram boleh memuat naik foto atau video ke aplikasi
Instagram dan mengongsinya dengan pengikut mereka atau dengan kumpulan rakan
yang terpilih. Mereka juga boleh melihat, memberikan komen dan menyukai kiriman
yang dikongsi oleh rakan mereka di Instagram. Sesiapa yang berumur 13 tahun ke
atas boleh mencipta akaun dengan mendaftarkan alamat e-mel dan memilih nama
pengguna.
Laman web Instagram (https://business.instagram.com) pada bulan Julai 2018
menyatakan Instagram mempunyai lebih 1 bilion pengguna yang aktif di seluruh
dunia. Lebih 500 juta pengguna menggunakan aplikasi Instagram pada setiap hari.
Selain dari peniaga kecil dan sederhana (PKS) Instagram turut digunakan oleh
syarikat – syarikat besar seperti LG, Pepsi, KFC dan McDonald untuk berkongsi
maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Berdasarkan
dari statistik di atas jelas bahawa Instagram adalah salah satu alat promosi yang
penting untuk sesebuah perniagaan.
4. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
3
INSTAGRAM BUSINESS
Seperti mana Facebook, Instagram turut menyediakan dua jenis profil iaitu
profil peribadi dan profil perniagaan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum
dari Instagram setiap perniagaan perlu menggunakan profil perniagaan. Profil
Instagram Business terdiri daripada gabungan gambar profil, nama pemilik akaun,
username, Bio, pautan laman web, kategori, butang CTA (Call to Action), Email,
peta dan no telefon.
Setiap profil sama ada di Facebook, Instagram atau WhatsApp yang
digunakan sebagai alat perniagaan mestilah dilengkapi dengan gambar profil yang
sesuai dengan jenama perniagaan. Logo atau gambar produk adalah objek yang
paling sesuai untuk dijadikan sebagai gambar profil media sosial yang digunakan
untuk tujuan perniagaan.
Username Instagram terletak di bahagian atas profil, username ini digunakan
oleh orang lain untuk tag anda di akaun Instagram. Kedua – dua nama dan username
5. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
4
boleh dicari dengan menggunakan fungsi carian Instagram, nama dan username
mestilah mudah diingati dan mempunyai kaitan dengan syarikat atau jenama produk
atau perkhidmatan.
Bio atau biografi di dalam Instagram Business ialah sinopsis yang terdiri
daripada 150 karakter yang memberikan penerangan ringkas mengenai perniagaan
dan tindakan yang peniaga ingin pengunjung akaun Instagram lakukan. Instagram
hanya menyediakan satu tempat untuk meletakkan pautan ke laman web yang boleh
di klik iaitu di profil. Gunakan ruang ini dengan sebaik mungkin.
Perniagaan di Instagram akan dikategorikan mengikut kategori perniagaan
yang dipilih di Facebook Fanpage. Untuk menggunakan fungsi ini pemilik akuan
Instagram perlu mendaftar Instagram Business. Kategori di akaun Instagram akan
memudahkan pengikut mengenal pasti siapa anda; sebuah perniagaan atau seorang
tokoh.
Butang CTA (Call to Action) seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.23
boleh digunakan oleh pelawat sesuatu akaun Instagram untuk menghantar email,
membuat panggilan telefon atau mencari arah dengan hanya perlu menekan pautan
yang diberikan sahaja. Fungsi ini hanya terdapat pada Instagram Business sahaja.
6. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
5
Pautan email akan terhasil apabila maklumat email dimasukkan ke dalam
profil Instagram Business. Pautan ini berada di bahagian bawah maklumat lain di
dalam profil. Apabila pengguna menekan pautan ini, aplikasi email yang terdapat di
dalam telefon pintar akan terbuka.
Direction digunakan untuk memaparkan lokasi perniagaan fizikal di atas peta,
dengan memasukkan alat penuh premis, lokasi perniagaan dapat ditemui oleh
pengguna Instagram dengan mudah. Apabila pautan direction ditekan, aplikasi
penunjuk arah seperti Waze atau Google akan terbuka.
Pautan call membolehkan Instagram Business membuat panggilan ke nombor
telefon yang telah di masukkan ke dalam profil Instagram Business.
7. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
6
BAB 2
KAEDAH MENCIPTA AKAUN INSTAGRAM BUSINESS
CARA MEMBUKA AKAUN INSTAGRAM
Terdapat dua cara untuk mencipta akaun Instagram iaitu menggunakan
telefon pintar atau komputer peribadi.
Cara mencipta akaun Instagram dengan menggunakan telefon pintar:
1. Muat turun aplikasi Instagram dari App Store (iOS) atau Google Play Store
(Android).
2. Setelah berjaya dimuat turun klik untuk memulakan aplikasi Instagram.
3. Klik Sign Up With Email atau Phone Number,kemudian masukkan alamat
email atau nombor telefon. Jangan daftar akaun dengan menggunakan akaun
Facebook kerana ia akan menghubungkan Facebook profil secara automatik.
4. Isikan maklumat profil, cipta nama pengguna dan kata laluan.
Cara mencipta akaun Instagram dengan menggunakan komputer peribadi:
1. Layari Instagram.com.
2. Masukkan alamat email, cipta nama pengguna dan kata laluan.
8. Instagram Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
7
PROFIL PERNIAGAAN
Profil perniagaan di Instagram membolehkan pelanggan berhubung dengan
perniagaan anda. Setelah membuat pertukaran profil dari peribadi kepada perniagaan
anda boleh menambah maklumat perniagaan di dalam profil seperti nombor telefon,
alamat email dan alamat fizikal perniagaan.
Apabila anda menambah maklumat perhubungan, contact button akan
dipaparkan pada hujung profil. Apabila pengguna mengetik contact button tersebut,
mereka akan dapat melihat pilihan sama ada mendapatkan tunjuk arah, membuat
panggilan atau menghantar email bergantung kepada maklumat yang disediakan.
CARA MENUKAR DARI PROFIL PERIBADI KE PROFIL PERNIAGAAN
Profil perniagaan juga membolehkan pengguna menggunakan fungsi
Instagram Insight yang merekodkan cara pengunjung menggunakan laman
Instagram. Untuk menukar dari profil peribadi kepada profil perniagaan ikuti langkah
berikut:
1. Pergi ke profil dan klik atau .
2. Pilih Sign up for a Business Profile.
3. Pilih Create New Account atau Convert Existing Account.
4. Pastikan profil anda diset pada tetapan public.