SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
2018
ABDUL SHOKOR ABD TALIB
eUsahawanILPKL
9/20/2018
Teknik membina Facebook
Fanpage : Langkah demi langkah
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 FACEBOOK FANPAGE 1
PENGENALAN 1
FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN 2
JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK 2
KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN
MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE 4
CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5
KOMUNITI DIGITAL 6
BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7
PENGENALAN 7
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 8
1
BAB 1
FACEBOOK FANPAGE
PENGENALAN
Facebook ialah aplikasi sosial yang digunakan untuk menghubungkan
seseorang dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka yang terdiri daripada
keluarga, sahabat handai, bekas rakan sekerja atau sekolah atau sesiapa sahaja yang
mempunyai minat dan hobi yang sama.
Statistik yang dikeluarkan oleh SKMM menunjukkan bilangan pemilik media
sosial di Malaysia pada tahun 2016 ialah seramai 21.9 Juta orang, daripada jumlah
tersebut 97.3% mendakwa mereka mempunyai akaun Facebook, Instagram (56.1%),
Youtube (45.3%) , Twitter (26.6%), Linkedin (9.1%) dan Tumblr (4.8%), jumlah ini
semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 2.15. Berdasarkan dari statistik di atas terbukti Facebook adalah salah satu
medium pemasaran yang baik kerana Facebook hampir semua pengguna Internet
memiliki akaun Facebook.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN
Facebook digunakan oleh entiti perniagaan yang besar dan kukuh untuk
menghebahkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
kerana Facebook menawarkan kos pengiklanan yang murah dan merupakan alat yang
berkesan untuk mengenali dan membina hubungan yang baik dengan prospek.
Lazimnya Facebook digunakan oleh entiti perniagaan untuk mempromosikan Blog,
video atau bahan promosi yang lain.
Facebook turun menyediakan fungsi analisis yang dikenali sebagai Insight
yang digunakan untuk mengkaji minat pengguna, bilangan Like, bilangan Dislike,
gaya hidup dan tabiat membeli pengguna. Pangkalan data ini penting untuk
merancang strategi penjenamaan dan pemasaran produk untuk menghasilkan lead,
pertanyaan pembelian dan trafik ke laman web.
JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK
Facebook menyediakan dua jenis akaun iaitu profil dan Fanpage. Profil
merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan peribadi manakala Fanpage pula
merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan perniagaan atau organisasi.
Perbezaan utama antara profil dan Fanpage seperti yang ialah Facebook profil hanya
boleh menerima freind seramai 5000 orang sahaja, manakala tiada had ditetapkan
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
untuk fan sesebuah Facebook Fanpage. Post yang disiarkan di dalam sesebuah
Facebook Fanpage atau profil hanya boleh dilihat oleh antara 3% hingga 5% freind
atau fan sahaja. Untuk menyasarkan kumpulan yang lebih besar dan tersasar penjual
perlu membuat iklan dengan menggunakan Fb Ads.
Facebook Fanpages membantu perniagaan, jenama dan organisasi berkongsi
maklumat dan berhubungan dengan pengguna. Pengguna akan “Like” Facebook
Page yang bersesuaian dengan minat mereka. Dengan hanya menekan butang “Like”
pada Facebook Fanpages, pengikut sesebuah Facebook Fanpages akan mendapat
kemas kini berkaitan aktiviti yang berlaku di Facebook Fanpages berkenaan.
Terdapat beberapa jenis Facebook Fanpages yang boleh dibina ia terdiri daripada:
 Perniagaan tempatan atau tempat;
 Syarikat, organisasi atau institusi;
 Jenama atau produk;
 Artis, kumpulan muzik atau tokoh;
 Hiburan; atau
 Komuniti.dan kerja amal.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan
sasaran yang berbeza. Penjenamaan produk atau perkhidmatan boleh dilakukan
dengan membuat posting berbentuk maklumat, gambar, video dan cerita.
Penjenamaan boleh berlaku dengan cara;
 Membawa pengguna ke blog perniagaan anda;
 Menarik lebih banyak trafik ke laman web;
 Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan produk atau perkhidmatan
anda; dan
 Mempromosikan budaya organisasi anda.
KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN
FACEBOOK FANPAGE
Berikut adalah beberapa kelebihan penggunaan Fanpage untuk mempromosikan
perniagaan menggunakan Facebook:
1. Facebook Fanpage membenarkan lebih dari seorang pentadbir dilantik untuk
menguruskan sesuatu akaun, jika salah seorang pentadbir yang dilantik
berhenti, tugas mengemas kini Fanpage boleh diambil alih oleh pentadbir yang
lain.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
2. Facebook Fanpage dikelaskan sebagai laman umum, Facebook Fanpage akan
disenaraikan di dalam enjin pencarian seperti Google dan Yahoo.
3. Facebook Fanpage dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 2.16. Pembahagian kategori ini akan memudahkan
usaha mencari maklumat.
4. Pemilik profil perlu memberi keizinan untuk seseorang menjadi rakan kepada
sesebuah Facebook profil, sebaliknya dengan menggunakan Facebook
Fanpage sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dengan tanpa memerlukan
kebenaran dari pentadbir.
CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK
Rajah dibawah menunjukkan kitaran perniagaan menggunakan Facebook.
Proses ini bermula dengan penjual membuat post di dalam Facebook Fanpage
perniagaan mereka. Untuk menyebarkan luaskan sesuatu iklan atau promosi penjual
perlu berkongsi post tersebut kepada seramai mungkin pengguna dengan
menggunakan kaedah berbayar atau organik (percuma). Diantara kaedah pemasaran
pemasaran percuma di Facebook ia berkongsi post di dalam group Facebook yang
mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
KOMUNITI DIGITAL
Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah
komuniti. Dalam dunia nyata bilangan ahli di dalam sesebuah komuniti adalah terhad
dan dipengaruhi seperti oleh faktor seperti lokasi, umur, bahasa, pendidikan,
pekerjaan, minat dan sebagainya. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti
yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti
digital boleh terdiri daripada:
1. Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan
sepejabat.
2. Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan
melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line).
3. Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan
melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian.
Ahli di dalam sesebuah komuniti boleh berkembang dengan cepat disebabkan
oleh multiplier effect. Multiplier effect ialah keadaan di mana ahli komuniti menjadi
semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan.
Komuniti yang ramai keahliannya boleh digunakan oleh usahawan sebagai platform
untuk memasarkan produk/perkhidmatan kepada golongan sasar yang lebih besar
dengan kos yang murah dan mudah.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
BAB 2
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE
PENGENALAN
Facebook Fanpage ialah laman media sosial yang disediakan oleh Facebook
untuk membolehkan organisasi berasaskan keuntungan atau organisasi bukan
berasaskan keuntungan atau orang perseorangan membuka laman yang boleh
digunakan untuk mengumpulkan sekumpulan orang untuk tujuan tertentu.
Antara kelebihan menggunakan Facebook Fanpage untuk mempromosikan
perniagaan ialah Facebook Fanpage dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat
iklan berbayar yang dikenali sebagai Fb Ads.
Buku ini hanya akan membincangkan mengenai kaedah membina Facebook
Fanpage sahaja. Kaedah menjalankan iklan dengan menggunakan Fb Ads akan
dikongsi di dalam buku yang lain.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE
1. Log masuk ke profil Facebook anda.
2. Buka Facebook profile dan klik Create Page.
3. Untuk membina Fanpage perniagaan pergi ke Business or Brand dan klik Get
Started.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
4. Isikan nama halaman perniagaan Facebook serta kategori perniagaan.
Klik Continue.
5. Masukkan Profile Picture.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
6. Masukkan Cover Photo.
7. Tahniah! Fanpage anda telah tercipta.
8. Klik pada About untuk edit maklumat perniagaan.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
9. Tambah maklumat seperti laman web, emel dan nombor telefon.
10. Edit butang “Call to Action (CTA)” untuk memudahkan prospek menghubungi
anda dengan klik pada Add a Button.
11. Kini anda telah bersedia untuk memulakan perniagaan on line anda. Jom...

More Related Content

Similar to FB TEKNIK

Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook Ads
Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook AdsSeri belajar facebook ads - Belajar Facebook Ads
Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook AdsFatah illah
 
Kaya & gaya via facebook
Kaya & gaya via facebookKaya & gaya via facebook
Kaya & gaya via facebookRiski ZylgwynMr
 
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebook
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebookMateri 1 cara pasang iklan marketplace facebook
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebookS Arifin
 
Optimasi Social Media .pptx
Optimasi Social Media .pptxOptimasi Social Media .pptx
Optimasi Social Media .pptxAaReza1
 
Facebook untuk bisnis
Facebook untuk bisnisFacebook untuk bisnis
Facebook untuk bisnisSiti Rahma
 
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook Page
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook PageMengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook Page
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook PageRizki Suluh Adi
 
Social Media Marketing Strategy
Social Media Marketing StrategySocial Media Marketing Strategy
Social Media Marketing StrategyRarasPrasaty
 
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)Aswad Saamu
 
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook Marketing
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook MarketingGo Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook Marketing
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook MarketingFahmiZulmeinidar1
 
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...UntungSuprihadi1
 
5 tahap cuan dari internet
5 tahap cuan dari internet5 tahap cuan dari internet
5 tahap cuan dari internetLintang Kresnadi
 
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docx
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docxprakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docx
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docxKhairuSyuhada1
 
Step by Step Facebook the Next Level
Step by Step Facebook the Next LevelStep by Step Facebook the Next Level
Step by Step Facebook the Next LevelBusiness Opportunity
 
Media sosial Facebook
Media sosial FacebookMedia sosial Facebook
Media sosial Facebookrzkamanda
 
Manajemen Social Media untuk Bisnis
Manajemen Social Media untuk BisnisManajemen Social Media untuk Bisnis
Manajemen Social Media untuk Bisnisyogasdesign
 

Similar to FB TEKNIK (20)

Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook Ads
Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook AdsSeri belajar facebook ads - Belajar Facebook Ads
Seri belajar facebook ads - Belajar Facebook Ads
 
Kaya & gaya via facebook
Kaya & gaya via facebookKaya & gaya via facebook
Kaya & gaya via facebook
 
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebook
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebookMateri 1 cara pasang iklan marketplace facebook
Materi 1 cara pasang iklan marketplace facebook
 
Tutorialbinafanpage
TutorialbinafanpageTutorialbinafanpage
Tutorialbinafanpage
 
F-Marketing 2010
F-Marketing 2010F-Marketing 2010
F-Marketing 2010
 
Optimasi Social Media .pptx
Optimasi Social Media .pptxOptimasi Social Media .pptx
Optimasi Social Media .pptx
 
Facebook untuk bisnis
Facebook untuk bisnisFacebook untuk bisnis
Facebook untuk bisnis
 
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook Page
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook PageMengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook Page
Mengoptimalkan Facebook Campaign dengan Facebook Page
 
Social Media Marketing Strategy
Social Media Marketing StrategySocial Media Marketing Strategy
Social Media Marketing Strategy
 
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)
Teknik mengubah ide sederhana jadi tulisan penghasil uang (final)
 
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook Marketing
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook MarketingGo Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook Marketing
Go Online 2 - Melejitkan Omset Dengan Facebook Marketing
 
Pelatihan Sosmed Modul 2: Platform
Pelatihan Sosmed Modul 2: Platform Pelatihan Sosmed Modul 2: Platform
Pelatihan Sosmed Modul 2: Platform
 
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...
cara melakukan marketing digital dengan memanfaatkan sosial media dan interne...
 
5 tahap cuan dari internet
5 tahap cuan dari internet5 tahap cuan dari internet
5 tahap cuan dari internet
 
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docx
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docxprakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docx
prakarya KASIH KIRANA xi ips 1.docx
 
Step by Step Facebook the Next Level
Step by Step Facebook the Next LevelStep by Step Facebook the Next Level
Step by Step Facebook the Next Level
 
Facebook jualan
Facebook jualanFacebook jualan
Facebook jualan
 
Media sosial Facebook
Media sosial FacebookMedia sosial Facebook
Media sosial Facebook
 
Instagram Basic
Instagram BasicInstagram Basic
Instagram Basic
 
Manajemen Social Media untuk Bisnis
Manajemen Social Media untuk BisnisManajemen Social Media untuk Bisnis
Manajemen Social Media untuk Bisnis
 

More from Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (10)

07 cara membangunkan portfolio ppt step by step dr auto ilpkl
07 cara membangunkan portfolio ppt step by step dr auto ilpkl07 cara membangunkan portfolio ppt step by step dr auto ilpkl
07 cara membangunkan portfolio ppt step by step dr auto ilpkl
 
06 panduan penilaian ppt melalui kaedah amali dr auto ilpkl
06 panduan penilaian ppt melalui kaedah amali dr auto ilpkl06 panduan penilaian ppt melalui kaedah amali dr auto ilpkl
06 panduan penilaian ppt melalui kaedah amali dr auto ilpkl
 
05 panduan pembangunan portfolio ppt dr auto ilpkl
05 panduan pembangunan portfolio ppt dr auto ilpkl05 panduan pembangunan portfolio ppt dr auto ilpkl
05 panduan pembangunan portfolio ppt dr auto ilpkl
 
04 panduan perlaksanaan ppt melalui pb ppt dr auto ilpkl
04 panduan perlaksanaan ppt melalui pb ppt dr auto ilpkl04 panduan perlaksanaan ppt melalui pb ppt dr auto ilpkl
04 panduan perlaksanaan ppt melalui pb ppt dr auto ilpkl
 
03 panduan permohonan ppt dr auto ilpkl
03 panduan permohonan ppt dr auto ilpkl03 panduan permohonan ppt dr auto ilpkl
03 panduan permohonan ppt dr auto ilpkl
 
01 manual pengguna skkm dr auto ilpkl
01 manual pengguna skkm dr auto ilpkl01 manual pengguna skkm dr auto ilpkl
01 manual pengguna skkm dr auto ilpkl
 
Ubah Mindset Ubah Kehidupan
Ubah Mindset Ubah KehidupanUbah Mindset Ubah Kehidupan
Ubah Mindset Ubah Kehidupan
 
Iklan e usahawan ilpkl
Iklan e usahawan ilpklIklan e usahawan ilpkl
Iklan e usahawan ilpkl
 
Instagram business
Instagram businessInstagram business
Instagram business
 
Mudahnya bina blog
Mudahnya bina blogMudahnya bina blog
Mudahnya bina blog
 

FB TEKNIK

  • 1. 2018 ABDUL SHOKOR ABD TALIB eUsahawanILPKL 9/20/2018 Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
  • 2. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN BAB 1 FACEBOOK FANPAGE 1 PENGENALAN 1 FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN 2 JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK 2 KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE 4 CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 8
  • 3. 1 BAB 1 FACEBOOK FANPAGE PENGENALAN Facebook ialah aplikasi sosial yang digunakan untuk menghubungkan seseorang dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai, bekas rakan sekerja atau sekolah atau sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Statistik yang dikeluarkan oleh SKMM menunjukkan bilangan pemilik media sosial di Malaysia pada tahun 2016 ialah seramai 21.9 Juta orang, daripada jumlah tersebut 97.3% mendakwa mereka mempunyai akaun Facebook, Instagram (56.1%), Youtube (45.3%) , Twitter (26.6%), Linkedin (9.1%) dan Tumblr (4.8%), jumlah ini semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.15. Berdasarkan dari statistik di atas terbukti Facebook adalah salah satu medium pemasaran yang baik kerana Facebook hampir semua pengguna Internet memiliki akaun Facebook.
  • 4. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN Facebook digunakan oleh entiti perniagaan yang besar dan kukuh untuk menghebahkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kerana Facebook menawarkan kos pengiklanan yang murah dan merupakan alat yang berkesan untuk mengenali dan membina hubungan yang baik dengan prospek. Lazimnya Facebook digunakan oleh entiti perniagaan untuk mempromosikan Blog, video atau bahan promosi yang lain. Facebook turun menyediakan fungsi analisis yang dikenali sebagai Insight yang digunakan untuk mengkaji minat pengguna, bilangan Like, bilangan Dislike, gaya hidup dan tabiat membeli pengguna. Pangkalan data ini penting untuk merancang strategi penjenamaan dan pemasaran produk untuk menghasilkan lead, pertanyaan pembelian dan trafik ke laman web. JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK Facebook menyediakan dua jenis akaun iaitu profil dan Fanpage. Profil merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan peribadi manakala Fanpage pula merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan perniagaan atau organisasi. Perbezaan utama antara profil dan Fanpage seperti yang ialah Facebook profil hanya boleh menerima freind seramai 5000 orang sahaja, manakala tiada had ditetapkan
  • 5. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ untuk fan sesebuah Facebook Fanpage. Post yang disiarkan di dalam sesebuah Facebook Fanpage atau profil hanya boleh dilihat oleh antara 3% hingga 5% freind atau fan sahaja. Untuk menyasarkan kumpulan yang lebih besar dan tersasar penjual perlu membuat iklan dengan menggunakan Fb Ads. Facebook Fanpages membantu perniagaan, jenama dan organisasi berkongsi maklumat dan berhubungan dengan pengguna. Pengguna akan “Like” Facebook Page yang bersesuaian dengan minat mereka. Dengan hanya menekan butang “Like” pada Facebook Fanpages, pengikut sesebuah Facebook Fanpages akan mendapat kemas kini berkaitan aktiviti yang berlaku di Facebook Fanpages berkenaan. Terdapat beberapa jenis Facebook Fanpages yang boleh dibina ia terdiri daripada:  Perniagaan tempatan atau tempat;  Syarikat, organisasi atau institusi;  Jenama atau produk;  Artis, kumpulan muzik atau tokoh;  Hiburan; atau  Komuniti.dan kerja amal.
  • 6. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran yang berbeza. Penjenamaan produk atau perkhidmatan boleh dilakukan dengan membuat posting berbentuk maklumat, gambar, video dan cerita. Penjenamaan boleh berlaku dengan cara;  Membawa pengguna ke blog perniagaan anda;  Menarik lebih banyak trafik ke laman web;  Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan produk atau perkhidmatan anda; dan  Mempromosikan budaya organisasi anda. KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE Berikut adalah beberapa kelebihan penggunaan Fanpage untuk mempromosikan perniagaan menggunakan Facebook: 1. Facebook Fanpage membenarkan lebih dari seorang pentadbir dilantik untuk menguruskan sesuatu akaun, jika salah seorang pentadbir yang dilantik berhenti, tugas mengemas kini Fanpage boleh diambil alih oleh pentadbir yang lain.
  • 7. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ 2. Facebook Fanpage dikelaskan sebagai laman umum, Facebook Fanpage akan disenaraikan di dalam enjin pencarian seperti Google dan Yahoo. 3. Facebook Fanpage dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.16. Pembahagian kategori ini akan memudahkan usaha mencari maklumat. 4. Pemilik profil perlu memberi keizinan untuk seseorang menjadi rakan kepada sesebuah Facebook profil, sebaliknya dengan menggunakan Facebook Fanpage sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dengan tanpa memerlukan kebenaran dari pentadbir. CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK Rajah dibawah menunjukkan kitaran perniagaan menggunakan Facebook. Proses ini bermula dengan penjual membuat post di dalam Facebook Fanpage perniagaan mereka. Untuk menyebarkan luaskan sesuatu iklan atau promosi penjual perlu berkongsi post tersebut kepada seramai mungkin pengguna dengan menggunakan kaedah berbayar atau organik (percuma). Diantara kaedah pemasaran pemasaran percuma di Facebook ia berkongsi post di dalam group Facebook yang mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama.
  • 8. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ KOMUNITI DIGITAL Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah komuniti. Dalam dunia nyata bilangan ahli di dalam sesebuah komuniti adalah terhad dan dipengaruhi seperti oleh faktor seperti lokasi, umur, bahasa, pendidikan, pekerjaan, minat dan sebagainya. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti digital boleh terdiri daripada: 1. Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan sepejabat. 2. Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line). 3. Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian. Ahli di dalam sesebuah komuniti boleh berkembang dengan cepat disebabkan oleh multiplier effect. Multiplier effect ialah keadaan di mana ahli komuniti menjadi semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan. Komuniti yang ramai keahliannya boleh digunakan oleh usahawan sebagai platform untuk memasarkan produk/perkhidmatan kepada golongan sasar yang lebih besar dengan kos yang murah dan mudah.
  • 9. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
  • 10. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE PENGENALAN Facebook Fanpage ialah laman media sosial yang disediakan oleh Facebook untuk membolehkan organisasi berasaskan keuntungan atau organisasi bukan berasaskan keuntungan atau orang perseorangan membuka laman yang boleh digunakan untuk mengumpulkan sekumpulan orang untuk tujuan tertentu. Antara kelebihan menggunakan Facebook Fanpage untuk mempromosikan perniagaan ialah Facebook Fanpage dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat iklan berbayar yang dikenali sebagai Fb Ads. Buku ini hanya akan membincangkan mengenai kaedah membina Facebook Fanpage sahaja. Kaedah menjalankan iklan dengan menggunakan Fb Ads akan dikongsi di dalam buku yang lain.
  • 11. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 1. Log masuk ke profil Facebook anda. 2. Buka Facebook profile dan klik Create Page. 3. Untuk membina Fanpage perniagaan pergi ke Business or Brand dan klik Get Started.
  • 12. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ 4. Isikan nama halaman perniagaan Facebook serta kategori perniagaan. Klik Continue. 5. Masukkan Profile Picture.
  • 13. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ 6. Masukkan Cover Photo. 7. Tahniah! Fanpage anda telah tercipta. 8. Klik pada About untuk edit maklumat perniagaan.
  • 14. Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/ 9. Tambah maklumat seperti laman web, emel dan nombor telefon. 10. Edit butang “Call to Action (CTA)” untuk memudahkan prospek menghubungi anda dengan klik pada Add a Button. 11. Kini anda telah bersedia untuk memulakan perniagaan on line anda. Jom...