SlideShare a Scribd company logo
1
PENGENALAN
PERDANA MENTERI DI MALAYSIA
Perdana Menteri Malaysia memegang jawatan yang tertingga sebagai ketua
pemerintah negara. Beliau dibantu oleh jemaah menteri yang dikenali sebagai
kabinet. Perdana Mentari dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan fakta dan
beliau adalah ketua parti politik yang memegang pilihanraya.
Perdana Menteri mempunyai beberapa kuasa. Pertama, ia berhak melantik
anggota kabinet untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu. Kedua, beliau
menjalankan tugas negara dan mendapat kerjasama serta sokongan anggota
kabinetnya. Beliau juga berhak memecat anggota kabinetnya. Ketiga, beliau kerap
mengadakan rundingan dengan ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong
untukmelaporkan kepadanya keputusan-keputusan sidang kabinet serta lain-lain
perkara yang perlu perhatian daripada baginda.
Di samping itu, beliau berhak menasihat baginda untuk membubarkan
parlimen untuk mengadakan pilihanraya. Perdana Menteri dan anggota kabinetnya
juga mengadakan pilihanraya. Perdana Menteri dan anggota kabinetnya juga
berfungsi sebagai wakil negara semasa menghadiri persidangan antarabangsa.
2
1. PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903-1990)
Bapa kemerdekaan Malaysia
1.1 BIODATA
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan anak ke-20 kepada Sultan
Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24. Bonda YTM Tunku ialah Che'
Menjalara anak kepada Luang Nara Borirak, Ketua Mataban, di Thailand.
YTM Tunku memulakan persekolahan rasmi ketika berumur enam tahun,
mula-mula di Sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English School.
Ketika berumur sepuluh tahun YTM Tunku Abdul Rahman telah dihantar ke Bangkok
untuk tinggal bersama kakanda sulungnya YTM Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah
Debsurin. Pada tahun 1915, setelah YTM Tunku Yusuf pulang ke rahmatullah YTM
Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free
School.
YTM Tunku Abdul Rahman telah melanjutkan pengajian di St. Catherine
College, Universiti Cambridge pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah. Di
sanalah Tunku pertama kali mengalami diskriminasi kaum. Permohonannya untuk
tinggal di dalam kolej itu ditolak disebabkan warna kulit. Kemudian, setelah diketahui
beliau adalah anak raja, beliau ditawarkan tempat tinggal di kolej itu, tetapi
berdasarkan prinsip, beliau telah menolak tawaran itu dan tinggal di bilik sewa
sepanjang kursusnya.
3
Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan
Sejarah dari Universiti Cambridge pada tahun 1925. Pada tahun 1926, dengan sifat
kepimpinan dan semangat kebangsaan yang mula berkobar-kobar, Tunku telah
mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain dan beliau dilantik menjadi
Setiausaha pertamanya.
Pada tahun 1947, didorong oleh keazaman yang kuat YTM Tunku Abdul
Rahman ke England untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Beliau
berjaya mendapat kelayakan undang-undang dan pulang ke Kedah. Pada tahun 1949
YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah dan pada 26 Ogos 1951 YTM Tunku Abdul
Rahman telah menggantikan Dato' Onn Jaafar menjadi Yang di Pertua UMNO.
Semasa menjadi Presiden UMNO, YTM Tunku Abdul Rahman telah berusaha
menyelesaikan masalah politik di Tanah Melayu dengan mendapatkan kerjasama
daripada semua kaum dan hasilnya telah tertubuh Parti Perikatan yang terdiri
daripada UMNO, MCA, dan MIC.
Setelah pilihanraya umum yang pertama diadakan di negara ini pada bulan
Julai 1955, di mana Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada jumlah 52 buah
kerusi yang dipertandingkan, YTM Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua
Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke
London untuk berbincang dengan Kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan
untuk Tanah Melayu. Rundingan ini berjaya mendapat persetujuan British dan tarikh
31 Ogos 1957 telah ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.
Pada tahun 1961, dalam satu majlis makan tengah hari dengan wartawan
asing di Singapura, YTM Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa Tanah
Melayu akan mengadakan satu persefahaman dengan Britain, Singapura, Sabah dan
Sarawak untuk menubuhkan negara Malaysia. Penubuhan Malaysia yang terdiri
daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah
diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagaimanapun Singapura meninggalkan
Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Pada 22 September 1970, YTM Tunku Abdul Rahman dalam keadaan teramat
sedih kerana Tragedi 13 Mei 1969, meletakkan jawatan dan Tun Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Tunku bukan setakat terkenal sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan
dermawan, malahan Tunku juga memiliki keperibadian yang sangat menyenangkan.
Beliau selalu merendah diri dan tidak pernah berlagak warak.
Tunku bersikap baik tanpa mengira bangsa dan agama, bersemangat waja dan
sentiasa mengutamakan kepentingan negara. Beliau tidak pernah sesekali
mencemuh dan menghina orang lain, jauh sekali bersikap takbur dan angkuh. Inilah
4
ciri-ciri kepimpinan yang dituntut dalam Islam yang jelas terserlah pada diri Tunku.
Fitrah alam, setiap yang hidup pasti akan mati. Pada 6 Disember 1990 sewaktu
berusia 87 tahun, seluruh negara berdukacita kerana pergilah sudah pemimpin yang
sangat disegani dan tokoh nasionalisme Melayu yang sangat berwibawa. Bapa
Malaysia ini telah dikebumikan dengan penuh istiadat di tanah perkuburan
keluarganya di Kedah selaku menghormati permintaan beliau sendiri.
Sesungguhnya jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman tidak mungkin akan
terbalas. Tanpa perjuangan beliau dan bantuan rakan-rakannya, mungkin hari ini kita
masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia.
1.2 JASA DAN KEJAYAAN
Penglibatan beliau secara tidak langsung dalam parti UMNO telah membawa
kepada perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku
kekal sebagai perdana menteri sehingga beliau mengambil keputusan untuk bersara
pada tahun 1970.
Pada tahun 1957, Tunku telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala
Merdeka yang mana ia terbuka kepada semua negara kecuali Israel. Selain itu,
Tunku turut mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha
untuk memperkayakan warisan negara.
Sebagai perdana menteri, Tunku bertindak melancarkan beberapa polisi baru,
antara yang sangat memberi kesan adalah Dasar Ekonomi Baru. Tunku juga
melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti membina Masjid Negara,
Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan.
Di peringkat antarabangsa pula, Tungku mengilhamkan penubuhan Association
of Southeast Asia (ASA) melalui pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan
Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini kemudiannya digantikan dengan
perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 dengan membabitkan lebih banyak
negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Tunku dalam masa yang sama menentang keras dasar apartied di Afrika Selatan
sehingga negara itu disingkirkan keahliannya daripada Komenwel melalui
Persidangan Komenwel di London.
Tunku sangat terkenal sebagai seorang pemimpin yang bersikap harmonis dan
5
mencintai kedamaian. Beliau merupakan pembina bangsa dan tidak pernah
mengenal erti putus asa dalam usaha menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang
terdiri daripada pelbagai etnik.
Hasil usaha yang tidak pernah mengenal jemu dan lelah, Tunku telah berjaya
menyatukan rakyat Tanah Melayu di bawah satu parti politik nasional, dikenali
sebagai Perikatan (kini Barisan Nasional) bagi menentang penjajahan British
sekaligus menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Putera raja yang berjiwa rakyat ini juga merupakan seorang pejuang kemanusiaan
yang unggul. Beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo,
Afrika pada 1961 yang dilanda peperangan saudara.
Di antara sumbangan terpenting Tunku adalah usaha untuk menyelamatkan
negara daripada ancaman komunis sewaktu zaman darurat. Beliau telah memberi
tawaran pengampunan beramai-ramai kepada para pengganas yang menyerah diri.
Ini disusuli pula dengan Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 di antara
pihak PKM dengan pihak kerajaan.
Tunku merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pembentukan
Malaysia pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura tetapi Singapura kemudiannya disingkirkan daripada
Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Seperti mana yang telah diketahui umum, kelahiran UMNO antaranya adalah
bertujuan untuk memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Justeru,
selaku pemimpin nombor satu negara, Tunku banyak melibatkan diri dalam usaha-
usaha mengembangkan Islam. Antaranya adalah meletakkan Islam sebagai agama
rasmi negara ini bermula seawal tahun 1960.
Antara yang dilakukan oleh Tunku termasuklah mengasaskan pertandingan
membaca al-Quran atau disebut sebagai pertandingan tilawah al-Quran. Hari ini,
pertandingan tersebut masih terus dijalankan dengan sambutan yang lebih
menggalakkan daripada segenap negara Islam.
Tunku turut menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau
PERKIM ketika pertubuhan ini ditubuhkan pada 20 Ogos 1960. Atas wawasan dan
6
kerja keras beliau, PERKIM telah muncul sebagai sebuah pertubuhan yang
terkemuka dan dihormati oleh semua negara Islam.
Selaku pemimpin PERKIM, Tunku mengambil inisiatif yang serius dalam
menghulurkan bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui
Kelantan pada tahun 1975. Berbekalkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, Tunku menempatkan sehingga 45,000 orang pelarian di Pengkalan Chepa
dan Cherating.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, pemimpin unggul UMNO yang dermawan ini
juga telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah Darul Aman menggunakan tanah
milik beliau bagi tujuan pembinaan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.
Bangunan ini kemudiannya dinamakan sebagai Darul Aitam Wal Masakin Tunku
Abdul Rahman Putra.
Selain itu, Tunku juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-
negara Islam yang pertama di Jeddah pada 9 Jun 1970 lantaran daripada usaha
beliau membantu kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada
tahun 1969.
Di bawah kepimpinan Tunku, persatuan ini telah berjaya menarik lebih 41
buah negara Islam untuk menyertainya. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan
penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam
kerangka OIC.
Meskipun telah bersara, Tunku masih terus aktif dalam memperjuangkan
Islam. Pada 18 Januari 1980, Tunku dilantik sebagai Presiden yang pertama untuk
Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pasific (RISEAP) oleh
perwakilan-perwakilan di persidangan Negara-negara Islam.
Sesungguhnya jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman tidak mungkin
akan terbalas. Tanpa perjuangan beliau dan bantuan rakan-rakannya, mungkin hari
ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta
dunia. Walaupun telah sekian lama Tunku kembali ke Rahmatullah tetapi bakti yang
ditabur untuk anak bangsa terus dikenang. Al-Fatihah untuk Bapa Kemerdekaan
negara ini…
7
2. PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA
TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN DATO' HAJI HUSSEIN
(11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976)
Bapa Pembangunan Malaysia
2.1 BIODATA
Tokoh ini telah dilahirkan pada 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan. Beliau
dibesarkan di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, Pahang Darul Makmur. Pendidikan
awal yang diterima oleh beliau adalah di Sekolah Melayu Kg. Jambu. Beliau juga
terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.
Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam kelas. Setelah menamatkan
pembelajaran di peringkat rendah, beliau telah melanjutkan pembelajaran di Malay
College Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai MCKK. Berkat usaha yang gigih,
beliau menyambung pembelajarannya di Raffles College Singapore (RCS).
Beliau juga aktif dalam sukan dan berpersatuan semasa berada di MCKK dan RCS.
Beliau memilih bidang perundangan sebagai bidang pengkhususan beliau di
peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah menamatkan pembelajaran beliau di
Lincoln's Inn, London dalam masa 18 bulan sahaja.
Di samping menuntut ilmu di negeri orang, beliau juga mendalami politik di
London. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh
British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak
Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian
dan Malayan Student's Union.
8
Malangnya, beliau terpaksa balik ke Tanah Melayu dan berhenti belajar
disebabkan oleh kepulangan bapanya ke rahmatullah pada April 1950. Kemudian
beliau berkhidmat dengan kerajaan Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan.
Selepas 2 tahun berlalu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha
Kerajaan Negeri. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berjaya dalam
perkhidmatan awam ini dan menunjukkan tanda-tanda kejayaannya dalam
perjuangannya menuntut kemerdekaan.
Kemudian beliau telah menjadi Ketua Pemuda Umno. Beliau telah dilantik sebagai
Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada 1 Februari 1951. Pada tahun
1951, iaitu semasa Tunku Abdul Rahman menjadi yang Dipertua UMNO, beliau
menjadi Timbalan yang Dipertua dalam usia 29 tahun. Beliau juga pernah diberi
kepercayaan untuk menjadi Pemangku MB Pahang selama beberapa bulan pada
tahun 1955.
Semasa beliau menjadi timbalan juga beliau telah menbuat draf-draf untuk
Perlembagaan Tanah Melayu dan ikut serta dalam rombongan menuntut
kemerdekaan daripada pihak British ke London pada tahun 1956 yang mana pada
masa itu negara di dalam jajahan Inggeris. Semasa kemerdekaan umur Tun Abdul
Razak ialah 35 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan beliau telah memegang
beberapa portfolio, di antaranya ialah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tetapi
adalah menjadi kebanggaan Tun Razak semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran
yang pertama. Beliau telah mewujudkan satu panduan falsafah pendidikan yang
bertujuan menyatupadukan rakyat. Penyata itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
9
2.2 JASA DAN KEJAYAAN
Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti
kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan
sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu
serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan.
Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk
membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang
telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Tun Abdul RazakApabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian
Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan
senjata yang moden dan cekap.
Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik
pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya
sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis
disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin
keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas
yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik
sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio
itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta
huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar
bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan
penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti
pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan
10
kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan.
Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang
meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan
Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan.
Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk
membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya
yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan
'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh
Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok
1966 dan Rundingan Manila 1963.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan
keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969,
negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum.
Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan
seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih
pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di
bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang
mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-
Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi.
Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf
hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan
tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu
masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik
dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22.
Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi
11
sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama
yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta
rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah
pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan
perkembangan ekonomi.
Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh
dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun
yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah
wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi
ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan
pada tahun lalu.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung
dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan
mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara
merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah
membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil,
saksama, liberal dan progresif.
Dalam pimpinan itu beliau berpendapat bahawa 'kuasa penuh tak akan
memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat' yang bermaksud satu bentuk
kepimpinan haruslah mendapat sokongan ramai dan harus menerima pelbagai
pendapat terutamanya rakyat. Sebagai Pengarah MAGERAN, beliau telah berjaya
memulihkan keamanan dengan memupuk sifat keharmonian dan muhibbah untuk
rakyat dan telah kembali mewujudkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang
memerintah.
12
3. PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA
TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN (1976–1981)
Bapa Perpaduan Malaysia
3.1 BIODATA
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau
adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang
mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan
pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet
dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar
ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.
Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di
Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas,
pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia
di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.
Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden
Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di
13
Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di
Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan
Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang
Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.
Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya
sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn
telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai
Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah
dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan
Persekutuan.
Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga
menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam.
Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-
3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.
Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh
muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.
Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi
mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti
dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas
pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan
rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau telah menerima desakan
dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam
kegiatan-kegiatan pro-Komunis.
Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam
usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid
Negara.
14
3.2 JASA DAN KEJAYAAN
Penyertaan Tun Hussein Onn dalam kabinet Malaysia bermula pada
September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam
Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga
orang Naib Presiden yang dipilih.
Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr.
Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap
Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh
negara.
Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17
Januari Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO.
Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Tun
Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan
agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.
Sebagai seorang perwira, Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal
keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah
diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu
gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya
cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan
di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang
bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan
(intelligen) yang berjaya.
15
Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang
melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak
kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah
lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Tun Hussein bin
Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Beliau berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar
menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan
Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang
kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan
hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus
mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan
dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi
beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan
ISIS.
Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung
Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali
sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang
kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Tun Hussein Onn kini dikenang
sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam
memupuk perpaduan di negara ini.
16
PENUTUP
Perdana Menteri merupakan tonggak pemerintahan negara yang akan
menentukan perpaduan rakyat berbilang kaum, memastikan keperluan mahu pun
kehendak rakyat dipenuhi, menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan
kejayaan negara dalam setiap aspek baik di dalam negara Malaysia sendiri hingga
lah ke arena antarabangsa.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum, berbangga dan menghargai jasa
dan sumbangan Perdana-perdana Menteri yang terdahulu dan sekarang ini di mana
kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai warga Malaysia di negara yang
berdaulat ini.
17
RUJUKAN
1.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tun-
hussein-bin-dato-onn-1976-1981.html
2.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn
http://1011f1p1.blogspot.com/2010/09/dipetik-dari-tulisan-mohamed-yosri.html
3.Perdana Menteri Malaysia.
http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.com/2009/04/allahyaraham-tun-abdul-
razak.html
4.Sistem Kerajaan Malaysia http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/sistem-kerajaan-
malaysia.html

More Related Content

What's hot

Proses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiaProses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiamunnianwar
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSyazwani Idris
 
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggaraStrategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggarafiro HAR
 
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' Onn
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' OnnSejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' Onn
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' OnnSharandhass Radakrishnan
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraanShaffiq Roslan
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaCk Chan
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Biodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaBiodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaIzny Atikah
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriIeta Yahya
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Usaha menangani ancaman komunis
Usaha menangani ancaman komunis Usaha menangani ancaman komunis
Usaha menangani ancaman komunis sarahzackiron
 

What's hot (20)

Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Proses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysiaProses pembentukan malaysia
Proses pembentukan malaysia
 
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokohSejarah tema 4-sumbangan tokoh
Sejarah tema 4-sumbangan tokoh
 
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggaraStrategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
Strategi pendudukan-jepun-di-asia-tenggara
 
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' Onn
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' OnnSejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' Onn
Sejarah dan Sumbangan Y.A.Bhg. Tun Hussein Bin Dato' Onn
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraan
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Biodataperdanamenterimalaysia
BiodataperdanamenterimalaysiaBiodataperdanamenterimalaysia
Biodataperdanamenterimalaysia
 
Biodata Tokoh
Biodata TokohBiodata Tokoh
Biodata Tokoh
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Tunku abdul rahman
Tunku abdul rahmanTunku abdul rahman
Tunku abdul rahman
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Usaha menangani ancaman komunis
Usaha menangani ancaman komunis Usaha menangani ancaman komunis
Usaha menangani ancaman komunis
 

Similar to Folio perdanamenteri malaysia

Similar to Folio perdanamenteri malaysia (20)

Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra alTunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
malaysian malaysia
malaysian malaysiamalaysian malaysia
malaysian malaysia
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 
Perdana menteri pertama
Perdana menteri pertamaPerdana menteri pertama
Perdana menteri pertama
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahman
 
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN (KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
(KKS)TUNKU ABDUL RAHMAN
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Bapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaanBapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaan
 
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
Rombongan merdeka ( Sejarah Tingkatan 3- Subtopik 5.1)
 
Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Tun Hussein Bin Dato’ Onn
Tun Hussein Bin Dato’ OnnTun Hussein Bin Dato’ Onn
Tun Hussein Bin Dato’ Onn
 
kesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdekakesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdeka
 

More from norhizal

10 surah amalan
10 surah amalan10 surah amalan
10 surah amalannorhizal
 
Haiwan bernafas tahun 4
Haiwan bernafas tahun 4Haiwan bernafas tahun 4
Haiwan bernafas tahun 4norhizal
 
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826norhizal
 
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningUlasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningnorhizal
 
Ulasan jurnal m20132001826 e learning
Ulasan jurnal m20132001826 e learningUlasan jurnal m20132001826 e learning
Ulasan jurnal m20132001826 e learningnorhizal
 

More from norhizal (6)

10 surah amalan
10 surah amalan10 surah amalan
10 surah amalan
 
5. kps
5. kps5. kps
5. kps
 
Haiwan bernafas tahun 4
Haiwan bernafas tahun 4Haiwan bernafas tahun 4
Haiwan bernafas tahun 4
 
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826
Interaksi 8 penulisan dapatan kajian e learning-m20132001826
 
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningUlasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
 
Ulasan jurnal m20132001826 e learning
Ulasan jurnal m20132001826 e learningUlasan jurnal m20132001826 e learning
Ulasan jurnal m20132001826 e learning
 

Folio perdanamenteri malaysia

  • 1. 1 PENGENALAN PERDANA MENTERI DI MALAYSIA Perdana Menteri Malaysia memegang jawatan yang tertingga sebagai ketua pemerintah negara. Beliau dibantu oleh jemaah menteri yang dikenali sebagai kabinet. Perdana Mentari dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan fakta dan beliau adalah ketua parti politik yang memegang pilihanraya. Perdana Menteri mempunyai beberapa kuasa. Pertama, ia berhak melantik anggota kabinet untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu. Kedua, beliau menjalankan tugas negara dan mendapat kerjasama serta sokongan anggota kabinetnya. Beliau juga berhak memecat anggota kabinetnya. Ketiga, beliau kerap mengadakan rundingan dengan ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong untukmelaporkan kepadanya keputusan-keputusan sidang kabinet serta lain-lain perkara yang perlu perhatian daripada baginda. Di samping itu, beliau berhak menasihat baginda untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihanraya. Perdana Menteri dan anggota kabinetnya juga mengadakan pilihanraya. Perdana Menteri dan anggota kabinetnya juga berfungsi sebagai wakil negara semasa menghadiri persidangan antarabangsa.
  • 2. 2 1. PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903-1990) Bapa kemerdekaan Malaysia 1.1 BIODATA YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan anak ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24. Bonda YTM Tunku ialah Che' Menjalara anak kepada Luang Nara Borirak, Ketua Mataban, di Thailand. YTM Tunku memulakan persekolahan rasmi ketika berumur enam tahun, mula-mula di Sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English School. Ketika berumur sepuluh tahun YTM Tunku Abdul Rahman telah dihantar ke Bangkok untuk tinggal bersama kakanda sulungnya YTM Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah Debsurin. Pada tahun 1915, setelah YTM Tunku Yusuf pulang ke rahmatullah YTM Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School. YTM Tunku Abdul Rahman telah melanjutkan pengajian di St. Catherine College, Universiti Cambridge pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah. Di sanalah Tunku pertama kali mengalami diskriminasi kaum. Permohonannya untuk tinggal di dalam kolej itu ditolak disebabkan warna kulit. Kemudian, setelah diketahui beliau adalah anak raja, beliau ditawarkan tempat tinggal di kolej itu, tetapi berdasarkan prinsip, beliau telah menolak tawaran itu dan tinggal di bilik sewa sepanjang kursusnya.
  • 3. 3 Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge pada tahun 1925. Pada tahun 1926, dengan sifat kepimpinan dan semangat kebangsaan yang mula berkobar-kobar, Tunku telah mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain dan beliau dilantik menjadi Setiausaha pertamanya. Pada tahun 1947, didorong oleh keazaman yang kuat YTM Tunku Abdul Rahman ke England untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Beliau berjaya mendapat kelayakan undang-undang dan pulang ke Kedah. Pada tahun 1949 YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah dan pada 26 Ogos 1951 YTM Tunku Abdul Rahman telah menggantikan Dato' Onn Jaafar menjadi Yang di Pertua UMNO. Semasa menjadi Presiden UMNO, YTM Tunku Abdul Rahman telah berusaha menyelesaikan masalah politik di Tanah Melayu dengan mendapatkan kerjasama daripada semua kaum dan hasilnya telah tertubuh Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC. Setelah pilihanraya umum yang pertama diadakan di negara ini pada bulan Julai 1955, di mana Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada jumlah 52 buah kerusi yang dipertandingkan, YTM Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Rundingan ini berjaya mendapat persetujuan British dan tarikh 31 Ogos 1957 telah ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Pada tahun 1961, dalam satu majlis makan tengah hari dengan wartawan asing di Singapura, YTM Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa Tanah Melayu akan mengadakan satu persefahaman dengan Britain, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan negara Malaysia. Penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagaimanapun Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Pada 22 September 1970, YTM Tunku Abdul Rahman dalam keadaan teramat sedih kerana Tragedi 13 Mei 1969, meletakkan jawatan dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tunku bukan setakat terkenal sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan dermawan, malahan Tunku juga memiliki keperibadian yang sangat menyenangkan. Beliau selalu merendah diri dan tidak pernah berlagak warak. Tunku bersikap baik tanpa mengira bangsa dan agama, bersemangat waja dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara. Beliau tidak pernah sesekali mencemuh dan menghina orang lain, jauh sekali bersikap takbur dan angkuh. Inilah
  • 4. 4 ciri-ciri kepimpinan yang dituntut dalam Islam yang jelas terserlah pada diri Tunku. Fitrah alam, setiap yang hidup pasti akan mati. Pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 tahun, seluruh negara berdukacita kerana pergilah sudah pemimpin yang sangat disegani dan tokoh nasionalisme Melayu yang sangat berwibawa. Bapa Malaysia ini telah dikebumikan dengan penuh istiadat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menghormati permintaan beliau sendiri. Sesungguhnya jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman tidak mungkin akan terbalas. Tanpa perjuangan beliau dan bantuan rakan-rakannya, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia. 1.2 JASA DAN KEJAYAAN Penglibatan beliau secara tidak langsung dalam parti UMNO telah membawa kepada perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku kekal sebagai perdana menteri sehingga beliau mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1970. Pada tahun 1957, Tunku telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka yang mana ia terbuka kepada semua negara kecuali Israel. Selain itu, Tunku turut mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha untuk memperkayakan warisan negara. Sebagai perdana menteri, Tunku bertindak melancarkan beberapa polisi baru, antara yang sangat memberi kesan adalah Dasar Ekonomi Baru. Tunku juga melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Di peringkat antarabangsa pula, Tungku mengilhamkan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) melalui pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini kemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 dengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Tunku dalam masa yang sama menentang keras dasar apartied di Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya daripada Komenwel melalui Persidangan Komenwel di London. Tunku sangat terkenal sebagai seorang pemimpin yang bersikap harmonis dan
  • 5. 5 mencintai kedamaian. Beliau merupakan pembina bangsa dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usaha menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil usaha yang tidak pernah mengenal jemu dan lelah, Tunku telah berjaya menyatukan rakyat Tanah Melayu di bawah satu parti politik nasional, dikenali sebagai Perikatan (kini Barisan Nasional) bagi menentang penjajahan British sekaligus menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Putera raja yang berjiwa rakyat ini juga merupakan seorang pejuang kemanusiaan yang unggul. Beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika pada 1961 yang dilanda peperangan saudara. Di antara sumbangan terpenting Tunku adalah usaha untuk menyelamatkan negara daripada ancaman komunis sewaktu zaman darurat. Beliau telah memberi tawaran pengampunan beramai-ramai kepada para pengganas yang menyerah diri. Ini disusuli pula dengan Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 di antara pihak PKM dengan pihak kerajaan. Tunku merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura tetapi Singapura kemudiannya disingkirkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Seperti mana yang telah diketahui umum, kelahiran UMNO antaranya adalah bertujuan untuk memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Justeru, selaku pemimpin nombor satu negara, Tunku banyak melibatkan diri dalam usaha- usaha mengembangkan Islam. Antaranya adalah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini bermula seawal tahun 1960. Antara yang dilakukan oleh Tunku termasuklah mengasaskan pertandingan membaca al-Quran atau disebut sebagai pertandingan tilawah al-Quran. Hari ini, pertandingan tersebut masih terus dijalankan dengan sambutan yang lebih menggalakkan daripada segenap negara Islam. Tunku turut menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau PERKIM ketika pertubuhan ini ditubuhkan pada 20 Ogos 1960. Atas wawasan dan
  • 6. 6 kerja keras beliau, PERKIM telah muncul sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua negara Islam. Selaku pemimpin PERKIM, Tunku mengambil inisiatif yang serius dalam menghulurkan bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Berbekalkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tunku menempatkan sehingga 45,000 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cherating. Tidak terhenti setakat itu sahaja, pemimpin unggul UMNO yang dermawan ini juga telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah Darul Aman menggunakan tanah milik beliau bagi tujuan pembinaan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Bangunan ini kemudiannya dinamakan sebagai Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra. Selain itu, Tunku juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara- negara Islam yang pertama di Jeddah pada 9 Jun 1970 lantaran daripada usaha beliau membantu kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Tunku, persatuan ini telah berjaya menarik lebih 41 buah negara Islam untuk menyertainya. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam kerangka OIC. Meskipun telah bersara, Tunku masih terus aktif dalam memperjuangkan Islam. Pada 18 Januari 1980, Tunku dilantik sebagai Presiden yang pertama untuk Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pasific (RISEAP) oleh perwakilan-perwakilan di persidangan Negara-negara Islam. Sesungguhnya jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman tidak mungkin akan terbalas. Tanpa perjuangan beliau dan bantuan rakan-rakannya, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia. Walaupun telah sekian lama Tunku kembali ke Rahmatullah tetapi bakti yang ditabur untuk anak bangsa terus dikenang. Al-Fatihah untuk Bapa Kemerdekaan negara ini…
  • 7. 7 2. PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN DATO' HAJI HUSSEIN (11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976) Bapa Pembangunan Malaysia 2.1 BIODATA Tokoh ini telah dilahirkan pada 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan. Beliau dibesarkan di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, Pahang Darul Makmur. Pendidikan awal yang diterima oleh beliau adalah di Sekolah Melayu Kg. Jambu. Beliau juga terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam kelas. Setelah menamatkan pembelajaran di peringkat rendah, beliau telah melanjutkan pembelajaran di Malay College Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai MCKK. Berkat usaha yang gigih, beliau menyambung pembelajarannya di Raffles College Singapore (RCS). Beliau juga aktif dalam sukan dan berpersatuan semasa berada di MCKK dan RCS. Beliau memilih bidang perundangan sebagai bidang pengkhususan beliau di peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah menamatkan pembelajaran beliau di Lincoln's Inn, London dalam masa 18 bulan sahaja. Di samping menuntut ilmu di negeri orang, beliau juga mendalami politik di London. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
  • 8. 8 Malangnya, beliau terpaksa balik ke Tanah Melayu dan berhenti belajar disebabkan oleh kepulangan bapanya ke rahmatullah pada April 1950. Kemudian beliau berkhidmat dengan kerajaan Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan. Selepas 2 tahun berlalu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berjaya dalam perkhidmatan awam ini dan menunjukkan tanda-tanda kejayaannya dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan. Kemudian beliau telah menjadi Ketua Pemuda Umno. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada 1 Februari 1951. Pada tahun 1951, iaitu semasa Tunku Abdul Rahman menjadi yang Dipertua UMNO, beliau menjadi Timbalan yang Dipertua dalam usia 29 tahun. Beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Pemangku MB Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. Semasa beliau menjadi timbalan juga beliau telah menbuat draf-draf untuk Perlembagaan Tanah Melayu dan ikut serta dalam rombongan menuntut kemerdekaan daripada pihak British ke London pada tahun 1956 yang mana pada masa itu negara di dalam jajahan Inggeris. Semasa kemerdekaan umur Tun Abdul Razak ialah 35 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan beliau telah memegang beberapa portfolio, di antaranya ialah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tetapi adalah menjadi kebanggaan Tun Razak semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran yang pertama. Beliau telah mewujudkan satu panduan falsafah pendidikan yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Penyata itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
  • 9. 9 2.2 JASA DAN KEJAYAAN Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan. Tun Abdul RazakApabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat. Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat. Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan
  • 10. 10 kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan- Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan. Pada 22 September 1970, Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi
  • 11. 11 sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara. 'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu. Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif. Dalam pimpinan itu beliau berpendapat bahawa 'kuasa penuh tak akan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat' yang bermaksud satu bentuk kepimpinan haruslah mendapat sokongan ramai dan harus menerima pelbagai pendapat terutamanya rakyat. Sebagai Pengarah MAGERAN, beliau telah berjaya memulihkan keamanan dengan memupuk sifat keharmonian dan muhibbah untuk rakyat dan telah kembali mewujudkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.
  • 12. 12 3. PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN (1976–1981) Bapa Perpaduan Malaysia 3.1 BIODATA Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India. Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten. Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di
  • 13. 13 Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO. Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke- 3 menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya. Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis. Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
  • 14. 14 3.2 JASA DAN KEJAYAAN Penyertaan Tun Hussein Onn dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Sebagai seorang perwira, Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.
  • 15. 15 Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Beliau berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS. Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.
  • 16. 16 PENUTUP Perdana Menteri merupakan tonggak pemerintahan negara yang akan menentukan perpaduan rakyat berbilang kaum, memastikan keperluan mahu pun kehendak rakyat dipenuhi, menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan kejayaan negara dalam setiap aspek baik di dalam negara Malaysia sendiri hingga lah ke arena antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum, berbangga dan menghargai jasa dan sumbangan Perdana-perdana Menteri yang terdahulu dan sekarang ini di mana kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai warga Malaysia di negara yang berdaulat ini.
  • 17. 17 RUJUKAN 1.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tun- hussein-bin-dato-onn-1976-1981.html 2.Bapa Perpaduan-Tun Hussein Onn http://1011f1p1.blogspot.com/2010/09/dipetik-dari-tulisan-mohamed-yosri.html 3.Perdana Menteri Malaysia. http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.com/2009/04/allahyaraham-tun-abdul- razak.html 4.Sistem Kerajaan Malaysia http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/sistem-kerajaan- malaysia.html