ICT mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secara rasmi pada tahun 1986 melalui pekeliling perkhidmatan. Pada tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan melaksanakan projek pendidikan berasaskan ICT dan membekalkan komputer kepada sekolah. Sejak tahun 2000, infrastruktur ICT telah diperluaskan ke lebih dari 2,000 sekolah rendah dan menengah.