Novel ini menceritakan perjalanan Kamarul dari seorang pelari muda yang sombong menjadi insaf setelah mendapat kejayaan. Sikap angkuhnya menyebabkan hubungannya dengan rakan dan jurulatih merenggang. Namun beliau akhirnya insaf setelah kemalangan dan berjaya meraih pingat emas dalam Sukan SEA. Novel ini menekankan pentingnya rendah diri walaupun berjaya.
Kesusasteraan Melayu (Novel Pelari Muda)atifhilmey
Novel ini menceritakan perjalanan Kamarul dari seorang pelari yang sombong menjadi insaf setelah kejayaannya. Sikap angkuhnya menyebabkan hubungannya dengan rakan dan jurulatih merenggang. Namun, kecederaan akibat dilanggar menyadarkannya untuk kembali berlatih dengan komitmen. Usahanya membuahkan hasil apabila dia meraih pingat emas dalam Sukan SEA.

Novel ini menceritakan Kamarul, seorang pelajar yang berjaya dalam sukan olahraga dan terpilih mewakili negara. Namun, populariti dan sanjungan membuatnya sombong dan enggan berlatih. Dia insaf setelah dilanggar kereta dan berjaya kembali berlatih di bawah bimbingan jurulatih, Encik Kadir. Kamarul memenangi pingat emas dalam Sukan SEA.
1) Novel ini mengisahkan perjalanan seorang pelari muda bernama Kamarul yang mengalami kesombongan setelah mendapat kejayaan, namun kemudian insaf kembali berkat bimbingan jurulatih dan kawan-kawannya.
2) Kamarul belajar arti disiplin dan kerjasama tim melalui pengalamannya bersama pasukan pelari sekolah dan kontinjen negara.
3) Tema utama adalah pentingnya sikap rendah hati dan ker
Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Kamarul yang sombong setelah mencapai kejayaan dalam sukan, menyebabkan dia tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Dia kemudian dilanggar ketika pulang dari latihan dan insaf setelah dirawat di hospital. Kamarul akhirnya berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan sukan antarabangsa.
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaMuhd Azfar
Novel ini menceritakan tentang Kamarul, seorang pelajar yang menjadi sombong setelah meraih kejayaan dalam sukan. Sikapnya menjadi kurang disiplin dan dia menjauhi diri daripada rakan dan jurulatih. Namun, beliau akhirnya insaf setelah mengalami kemalangan dan berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan sukan antarabangsa. Novel ini mengajar tentang pentingnya disiplin dan bersyukur atas seg
Novel ini menceritakan tentang Kamarul, seorang pelari negara yang sombong setelah mencapai kejayaan. Sikapnya mengecewakan rakan dan jurulatih. Selepas kemalangan, Kamarul insaf dan berazam untuk berlatih dengan lebih komited untuk mencapai kejayaan lagi. Novel ini mengajar tentang pentingnya rendah hati dan berdisplin.
Tugasan cuti akhir semester2 tahun 2018 tigkatan 1 (bm)dinienadhrah
Novel ini menceritakan perjalanan Kamarul sebagai atlet lari yang menghadapi berbagai cabaran untuk mempertahankan prestasinya. Dia mengalami konflik dengan teman dan jurulatihnya akibat sikap angkuh, namun akhirnya belajar dari kesalahannya dan berusaha lebih giat lagi untuk merebut gelar juara di Sukan SEA. Temanya adalah semangat juang anak muda dalam menghadapi rintangan demi men
Novel ini menceritakan Kamarul, seorang pelari muda yang terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA. Dia menjadi sombong setelah terkenal dan tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Akibat teguran dari guru dan kawannya, Kamarul insaf dan berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan. Novel ini menekankan pentingnya insaf dan mendapatkan redho guru untuk berjaya.
Novel ini menceritakan tentang seorang pelajar bernama Kamarul yang menjadi sombong setelah berjaya dalam sukan, namun kemudian insaf setelah mengalami kemalangan. Novel ini mengajar bahaya kesombongan dan pentingnya berterima kasih kepada orang lain.

1. ANALISIS
NOVEL PELARI MUDA
NAMA : SYED MIKHAIL DANISH B. SYED MUZAFAR
KELAS : 1 FARABI
NO. MATRIK : PB180116
CIKGU :PUAN AISAH BINTI MAT
2. SINOPSIS :
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang
berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan
SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua
bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai,
disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada
pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri
daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir.
Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran
Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap
tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan
jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan
Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir
dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan
Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap.
3. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan
Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik.Hasrat Kamarul untuk
mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke
Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul
mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang
Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m
dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di
Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir
dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan
hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia
berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk
dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah
daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
4. Tema novel ini ialah kesombongan seorang remaja apabila mendapat sanjungan
daripada media menyebabkannya tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Hal ini
dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul yang meraih kejayaan cemerlang
dalam sukan MSSM dan seterusnya terpilih dalam Sukan SEA di Brunei. Media
banyak memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia menjadi sombong dan
tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan Encik Kadir. Hubungan dengan
rakannya, Saridah juga renggang gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia
akhirnya insaf apabila prestasinya menurun dan rakan pelatihnya, Sures berjaya
mengalahnya dalam sesi kecerdasan.
TEMA
5. PERSOALAN
1. Hubungan dua jiwa remaja yang ada pasang surut
contohnya Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah
pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul yang angkuh setelah terkenal
menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin.
2. Komitmen jurulatih untuk memastikan pelatih yang dibimbing menjadi juara
contohnya Encik Kadir berterusan melatih Kumar, Sures, dan Rajip untuk memastikan
mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Encik Kadir juga melatih
Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter
dan 400 meter walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan
suka berlatih sendiri.
6. PERSOALAN
3. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap
keluarga sendiri
contohnya Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya; emaknya sibuk
dengan persatuan wanita, ayahnya sibuk dengan hal kerja di pejabat, dan kakaknya
lebih mengutamakan tunangnya, menyebabkan Saridah lebih selesa menghabiskan
masa bersama-sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.
4. Disiplin penentu kejayaan
contohnya Encik Kadir dan atlet Filipina, De Wega menasihati Kamarul tentang
pentingnya disiplin jika ingin menjadi atlet yang berjaya.
7. Kamarul Baharuddin:
Tidak mengenang budi
– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan
Encik Kadir kerana telah bosan.
Buruk sangka
– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari
lapan kali pusing keliling padang untuk
membalas dendam.
Insaf akan kesalahannya
– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar
dengan Encik Kadir dan bersikap sombong
dengan kawan-kawan sekolah setelah dia
dilanggar kereta.
Mak Jah:
Penyayang
– Menyayangi Saridah kerana dia tidak
mempunyai anak perempuan.
Prihatin
– Menasihati Kamarul supaya berbaik-
baik dengan Saridah.
Bertanggungjawab
– Menjaga Kamarul di hospital.
WATAK DAN PERWATAKAN (CONTOH)
8. PLOT
Permulaan
– Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya
dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan
Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
Perkembangan
– Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan
Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya.
Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani
latihan sukan sekolah.
9. Klimaks
– Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh
dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul
melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul
melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan
lalu di bawa ke hospital.
Peleraian
– Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter
dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada
Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
10. TEKNIK PLOT
• Teknik dialog
• Teknik monolog
• Teknik monolog dalaman
• Teknik imbas kembali
• Teknik pemerian
11. LATAR MASA
• Pada waktu siang
LATAR TEMPAT
• Di rumah Kamarul
• Di sekolah
• Di hospital
• Di Pusat Sukan Kampung Pandan
• Di Bangkok
• Di perpustakaan sekolah
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang sombong dan angkuh
apabila mendapat kejayaan dan populariti.
• Masyarakat yang berdisiplin.
• Masyarakat yang tidak menepati janji dan
masa.
• Masyarakat yang lemah kerana cinta.
• Masyarakat yang gigih berusaha.
• Masyarakat atlet yang gigih menjalani
latihan.
• Masyarakat pelajar.
• Masyarakat yang bertanggungjawab.
LATAR
12. Peribahasa
• jauh hati
• kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya
Sinkope
• “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah.
• “Tak bersampul?” kata Juriah sambil
mengeyitkan mata.
Simile
• Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu
punggungnya memecut sekuat tenaga.
• Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
Personifikasi
• Hatinya dicengkam dengan seribu
kemarahan.
• Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-
renek dilanda tempias hujan.
GAYA BAHASA
13. Repetisi
• Mengharapkan emak di rumah, emak lebih
sibuk dengan persatuan wanitanya.
Anafora
• Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu
Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan
aku, kawan-kawan!
Diksi
• Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris.
Antaranya, one, two, three, airport, dan
sorry.
14. Kesopanan
– Kesopanan Saridah yang menambat hati
Mak Jah.
Keyakinan
– Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya
dia dapat mencapai kemenangan dengan
sokongan rakan-rakan dan jurulatihnya.
Mengakui kesalahan diri
– Kamarul sedar akan kesalahan dia terhadap
semua orang yang disakitinya semasa dia
terlantar sakit di hospital.
Hormat-menghormati
– De Wega menghormati Kamarul walaupun
Kamarul muda daripadanya dan telah
mengalahkannya dalam lumba lari.
Pemaaf
– Kamarul dan Saridah memaafkan satu
sama lain.
Amanah
– Sures telah menyampaikan pesanan Encik
Kadir kepada Kamarul.
NILAI
15. Kerajinan
– Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun
tidak datang ke latihan pusat.
Kesabaran
– Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya
akan Kamarul.
Kasih sayang
– Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan
baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul semasa dia terlantar
sakit di hospital.
16. • Kita hendaklah berusaha mengejar
cita-cita.
• Kita hendaklah mempunyai semangat
maju sukan untuk negara.
• Kita hendaklah patuh akan nasihat
jurulatih.
• Kita hendaklah bersyukur setelah
mencapai kejayaan bukan bersikap
sombong dan ego.
• Kita hendaklah memohon maaf
setelah melakukan kesalahan.
• Kita hendaklah memaafkan
kesalahan orang lain.
• Kita hendaklah membantu rakan-
rakan yang menghadapi masalah.
• Kita hendaklah menepati janji setelah
berjanji.
PENGAJARAN
17. • Cerita yang menarik
• Keunikan personaliti watak
• Memberikan inspirasi kepada pembacanya
• Banyak pengajaran didapati
KEISTIMEWAAN NOVEL
18. • Cerita yang pendek
• Klimaks yang bosan
KEKURANGAN NOVEL