SlideShare a Scribd company logo
Monday, December 17, 2012
Pendidikan Seni di Peringkat Sekolah
Beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pihak yang bergiat dalam pendidikan
seni visual samada secara individu mahupun dalam sesebuah institusi, kerajaan dan
badan bukan kerajaan berusaha dengan pelbagai pendekatan dan kaedah untuk
meletakkan mata pelajaran pendidikan seni visual ini ke atas landasan yang benar
agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke
arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan mata pelajaran ini
perlu di jelaskan.
Sebagai contoh, “Art Education” kini kita panggil Dunia Seni Visual iaitu selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi menaik taraf mutu
dan prestasi pendidikan negara standing dengan negara membangun. Oleh itu kita
perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan obkjektif sebenar mata
pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian yang telah dilakukan
terhadap beberapa sekolah rendah di kawasan perak tengah, masih terdapat pelbagai
tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni ini samada tangapan yang berbentuk
positif mahupun negatif. Ini kerana apabila menyebut sahaja tentang pelajaran
pendidikan seni ada yang beranggapan bahawa ianya sebagai suatu aktiviti seni yang
merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar. Ada setengah pihak pula
beranggapan pendidikan seni ini menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk
kraf. Adajuga yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik
yang lebih kepada bidang sejarah iaitu berkaitan tradisi sesetengah masyarakat dan
juga apresiasi seni.
Oleh itu, kesamaran ini perlulah dijelaskan dengan sebaik mungkin. Ini kerana
setiap bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus dan
menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan
yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat
mendukung objektif dan matlamat matapelajaran yang mereka ajar. Kesannya guru
akan menghadapi masalah dari segi menentukan arah objektif dan matlamat mata
pelajaran tersebut dan ianya berubah serta bercangah dengan matlamat yang asal.
Persoalannya, mengapa ramai yang memandang remeh serta tidak
mengendahkan mata pelajaran seni? Seringkali kita mendengar mata pelajaran seni
dipertikaikan. Pada hakikatnya mata pelajaran seni sama seperti mata pelajaran
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang mempunyai kepentingannya tersendiri.
Malah ia membantu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat kini. Ia memberi
info atau maklumat, mengembangkan minat serta kretiviti murid dan secara tidak
langsung ianya memperluaskan pengalaman dan kemahiran murid itu sendiri.
Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan tidak kreatif?
Hakikatnya kreativiti itu boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan
dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman. fotografi, grafik artis,
pereka grafik, pelukis komik, animasi kartun, dan banyak lagi yang ada kaitannya
dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan banyak
membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni visual dan
lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan objektif dan matlamat dalam pelbagai
bidang yang lain serta saling berhubungkait.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai
kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan
pengalaman manusia. Justeru itu, untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu
memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu
masyarakat tidak kira dari bentuk positif mahupun negatif.
Selaian daripada itu, pelajaran pendidikan seni di peringkat sekolah rendah ini
lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan
menyeluruh murid. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan.
dan pendidikan seni kepada murid adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di
samping mereka perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor
mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu
guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini.
Persoalan seterusnya adalah sejauh manakah latihan yang telah dilalui oleh
guru-guru seni ini. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus
pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah? “Siapa saja boleh mengajar
Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi”. Ini merupakan
permasalahan yang sering menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni di sekolah. Dimana mereke sering kali beranggapan sesiapa sahaja
boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru
“berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Adakah ini
benar? Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran seni ini
beransur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah
menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat.
Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu
mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran
lain yang mempunyai banyak potensi.
Hakikatnya guru-guru seperti ini tidak memahami objektif dan matlamat sebenar
pendidikan seni ini. Selagi mata pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih
dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah
konsep serta matlamat mata pelajaran pendidikan seni ini tidak akan hidup di dalam
semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran
pendidikan seni ini.
Apa yang manakutkan kita adalah, selepas sahaja murid-murid mengikuti kelas
mata pelajaran seni ini, apa yang mereka perolehi? Pentingkah mata pelajaran seni
ini? Apakah pengalaman yang mereka lalui serta kemahiran yang mereka perolehi ini
dapat membantu dalam kehidupan mendatang? Untuk menjawab persoalan-
persoalan di atas, kita boleh jadikan objektif dan matlamat pendidikan seni sebangai
landasan ukuran. Disini kita akan dapat menilai betapa pentingnya seseorang guru itu
harus memahami objektif dan matlamat sebenar mata pelajaran seni ini.
Kemudiannya, kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi
kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun
satu sekolah rendah hinggalah ke tahap yang teratas. Selain daripada itu juga, sudah
sampai masanya mata pelajaran seni ini harus memiliki buku rujukan atau sekurang-
kurangnya ada buku panduan. Jika dilihat masa kini, kita kekurangan buku ataupun
bahan rujukan yang diperlukan oleh murid terutasma sekali bagi murid sekolah
rendah. Berbeza dengan mata pelajaran yang lain, di kedai-kedia buku terpapar
pelbagai jenis buku yang bermacam-macam corak, rupa serta penerbitnya. Seolah-
olah setiap penerbit saling berlawan untuk menghasilkan buku yang berkualiti. Tetapi
apa yang terjadi bagi buku rujukan untuk mata pelajaran seni?
Perkara ini berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada
keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam proses
pelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Bukan sekadar itu sahaja, sebagai mata
pelajaran yang tertakluk di dalam sistem persekolahan segala keperluan asas dari
segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah
memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran
Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau mata pelajaran Sains.
Akhir sekali, hanya guru yang layak sahaja boleh mengajar mata pelajaran ini.
Ini kerana mata pelajaran seni ini memerlukan golongan yang mempunyai kepakaran
dari segi pendidikan, pengalaman serta kebolehan yang berkaitan dengan bidang
seni. Ianya bukan sekadar hanya pada minat bahkan pengalaman guru yang sering
berkecimpung dalam industri seni seperti sering berpameran, aktif dalam aktiviti social
dan juga kreatif dalam menyelesaikan masalah adalah sangat membantu melahirkan
murid yang lebih, kraetif, inovatif dan berdaya saing serta dapat memenuhi hasrat dan
impain negara berpandukan landasannya.
Jika dilihat secara keseluruhannya, banyak permasalah dan persoalan yang
timbul berkaitan pendidikan seni visual diperingkat sekolah rendah. Walaupun telah
banyak usaha dan kaedah yang telah diperbaharui dan dijalankan oleh kerajaan dan
juga badan bukan kerajaan. Sedar mahupun tidak, hakikatnya pemikiran ataupun
kepercayaan masyarakat di Malaysia ini memang susah untuk diubah. Hakikatnya
seni memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia pendidikan kita.
Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan
dalam dunia pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa seni telah memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan ketamadunan manusia. Sebagai contoh, kebangkitan
masyarakat Rusia yang telah di serang oleh tentera Nazi Jerman dalam perang dunia
ke-2 pada tahun 1940-1945, apa yang membuatkan masyarakat ketika itu kembali
pulih adalah pentadbiran mereka menaik taraf sistem budaya dan kesenian bagi
membaik pulih semangat masyarakat mereka dalam mengharungi kehidupan
mendatang. Ianya berlaku juga kepada masyarakat di negara Jepun melalui serangan
bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945.
Dimana ketika itu telah mengorbankan sebanyak 140,000 orang di Hiroshima dan
80,000 di Nagasaki. Sejak itu, ribuan telah tewas akibat luka atau sakit yang
berhubungan dengan radiasi yang dikeluarkan oleh bom atom tersebut. Untuk
memulihkan semangat masyarakat mereka ketika itu, sistem budaya dan kesenian
telah memainkan peranan yang sangat penting bagi membaik pulih semangat
mereka. Untuk mengenali bangsa yang berjaya kita haruslah mengenali budaya
kesenian mereka terdahulu yang selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru
itu seni memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pembangunan
negara kita hari ini dan mendatang.
Walaubagaimanapun usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang
dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat
sistem pendidikan negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah
jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan
tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat
memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan, dalam usaha untuk
memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada
generasi muda dengan personaliti sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk
generasi akan datang.
Ini adalah harapannya, manakala realitinya kita haruslah sama-sama membuat
sedikit renungan. Sejauh manakah guru atau kita sebagai pendidik telah
melaksanakan peranan masing-masing untuk merealisasikan harapan itu. Sejauh
manakah kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan
mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran,
supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna
dari perspektif murid termasuk daripada isu-isu yang telah dibangkitkan, mungkin kita
perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi
pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan
dengan lebih kerap lagi ataupun melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil.
Dengan harapan kita dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni visual ini.
Diharapkan melalui pendidikan seni ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat
dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi
faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan antara satu sama lain.
Menyokong pendapat yang mengatakan bahawa seni sebagai agen perubahan
masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga
sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
Posted by Seni Halus UiTM Perak at 9:21 PM

More Related Content

What's hot

Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)
Azah Faridah
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Nija Bachup
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Lily Suzana
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
Cikgu Hayati
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4
share with me
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
FREE FILE DOWNLOAD
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
share with me
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)ong2012
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
I Wayan Redhana
 

What's hot (13)

Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
Panduan pengajaran pend seni visual thn 4
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)Sukatan pelajaran psv (kbsr)
Sukatan pelajaran psv (kbsr)
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
 

Viewers also liked

Zveli Holandieli Mxatvrebi
Zveli Holandieli MxatvrebiZveli Holandieli Mxatvrebi
Zveli Holandieli Mxatvrebi
ninoakofiani
 
Introduction to Eastern American
Introduction to Eastern AmericanIntroduction to Eastern American
Introduction to Eastern American
Eastern American
 
მედია ნინო
მედია ნინომედია ნინო
მედია ნინოninoakofiani
 
საოცარი ზამთარი!
საოცარი ზამთარი!საოცარი ზამთარი!
საოცარი ზამთარი!ninoakofiani
 
SY Intro by Clark Nov 19 2015
SY Intro by Clark  Nov 19 2015SY Intro by Clark  Nov 19 2015
SY Intro by Clark Nov 19 2015
Eastern American
 
Industrial Parks versus Industrial Zones in China
Industrial Parks versus Industrial Zones in ChinaIndustrial Parks versus Industrial Zones in China
Industrial Parks versus Industrial Zones in China
Eastern American
 
Eastern American
Eastern AmericanEastern American
Eastern American
Eastern American
 

Viewers also liked (8)

Tinerii in actiune
Tinerii in actiuneTinerii in actiune
Tinerii in actiune
 
Zveli Holandieli Mxatvrebi
Zveli Holandieli MxatvrebiZveli Holandieli Mxatvrebi
Zveli Holandieli Mxatvrebi
 
Introduction to Eastern American
Introduction to Eastern AmericanIntroduction to Eastern American
Introduction to Eastern American
 
მედია ნინო
მედია ნინომედია ნინო
მედია ნინო
 
საოცარი ზამთარი!
საოცარი ზამთარი!საოცარი ზამთარი!
საოცარი ზამთარი!
 
SY Intro by Clark Nov 19 2015
SY Intro by Clark  Nov 19 2015SY Intro by Clark  Nov 19 2015
SY Intro by Clark Nov 19 2015
 
Industrial Parks versus Industrial Zones in China
Industrial Parks versus Industrial Zones in ChinaIndustrial Parks versus Industrial Zones in China
Industrial Parks versus Industrial Zones in China
 
Eastern American
Eastern AmericanEastern American
Eastern American
 

Similar to Bicara seni 01

Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
zahir muc
 
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAAN
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAANPENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAAN
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAANyos sudarman
 
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
jumN
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
saeful_4h13
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Ahmad NazRi
 
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budayaKelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
endryw1
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
Harliza Nordin
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
Onie Gi
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Ahmad NazRi
 
Artikel batik
Artikel batikArtikel batik
Artikel batikNak Moeda
 
Pameran sekolah
Pameran sekolahPameran sekolah
Pameran sekolah
Yoollan MW
 
Buku guru Seni Budaya kelas VIII
Buku guru Seni Budaya kelas VIIIBuku guru Seni Budaya kelas VIII
Buku guru Seni Budaya kelas VIII
Muhammad Idris
 
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
Randy Ikas
 
Panduan kesenian kab.dompu
Panduan kesenian  kab.dompuPanduan kesenian  kab.dompu
Panduan kesenian kab.dompu
Moh Rangga Eko Trisna
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 

Similar to Bicara seni 01 (20)

Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAAN
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAANPENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAAN
PENGARUH PENGGUNAAN MEDIA BERBASIS TEKNOLOGI TANPA PERENCANAAN
 
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
1117-Article Text-7762-1-10-20221101.pdf
 
Kepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psvKepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psv
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budayaKelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
 
Artikel batik
Artikel batikArtikel batik
Artikel batik
 
Pameran sekolah
Pameran sekolahPameran sekolah
Pameran sekolah
 
Buku guru Seni Budaya kelas VIII
Buku guru Seni Budaya kelas VIIIBuku guru Seni Budaya kelas VIII
Buku guru Seni Budaya kelas VIII
 
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
Buku Guru seni budaya Kelas VIII SMP Kurikulum 2013
 
Panduan kesenian kab.dompu
Panduan kesenian  kab.dompuPanduan kesenian  kab.dompu
Panduan kesenian kab.dompu
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 

Bicara seni 01

  • 1. Monday, December 17, 2012 Pendidikan Seni di Peringkat Sekolah Beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual samada secara individu mahupun dalam sesebuah institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan pelbagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni visual ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan mata pelajaran ini perlu di jelaskan. Sebagai contoh, “Art Education” kini kita panggil Dunia Seni Visual iaitu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi menaik taraf mutu dan prestasi pendidikan negara standing dengan negara membangun. Oleh itu kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan obkjektif sebenar mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian yang telah dilakukan terhadap beberapa sekolah rendah di kawasan perak tengah, masih terdapat pelbagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni ini samada tangapan yang berbentuk positif mahupun negatif. Ini kerana apabila menyebut sahaja tentang pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan bahawa ianya sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar. Ada setengah pihak pula beranggapan pendidikan seni ini menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Adajuga yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik yang lebih kepada bidang sejarah iaitu berkaitan tradisi sesetengah masyarakat dan juga apresiasi seni. Oleh itu, kesamaran ini perlulah dijelaskan dengan sebaik mungkin. Ini kerana setiap bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus dan menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung objektif dan matlamat matapelajaran yang mereka ajar. Kesannya guru akan menghadapi masalah dari segi menentukan arah objektif dan matlamat mata pelajaran tersebut dan ianya berubah serta bercangah dengan matlamat yang asal.
  • 2. Persoalannya, mengapa ramai yang memandang remeh serta tidak mengendahkan mata pelajaran seni? Seringkali kita mendengar mata pelajaran seni dipertikaikan. Pada hakikatnya mata pelajaran seni sama seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang mempunyai kepentingannya tersendiri. Malah ia membantu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat kini. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat serta kretiviti murid dan secara tidak langsung ianya memperluaskan pengalaman dan kemahiran murid itu sendiri. Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan tidak kreatif? Hakikatnya kreativiti itu boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman. fotografi, grafik artis, pereka grafik, pelukis komik, animasi kartun, dan banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni visual dan lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan objektif dan matlamat dalam pelbagai bidang yang lain serta saling berhubungkait. Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru itu, untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat tidak kira dari bentuk positif mahupun negatif. Selaian daripada itu, pelajaran pendidikan seni di peringkat sekolah rendah ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh murid. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. dan pendidikan seni kepada murid adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping mereka perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalan seterusnya adalah sejauh manakah latihan yang telah dilalui oleh guru-guru seni ini. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah? “Siapa saja boleh mengajar
  • 3. Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi”. Ini merupakan permasalahan yang sering menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di sekolah. Dimana mereke sering kali beranggapan sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Adakah ini benar? Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran seni ini beransur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang mempunyai banyak potensi. Hakikatnya guru-guru seperti ini tidak memahami objektif dan matlamat sebenar pendidikan seni ini. Selagi mata pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep serta matlamat mata pelajaran pendidikan seni ini tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran pendidikan seni ini. Apa yang manakutkan kita adalah, selepas sahaja murid-murid mengikuti kelas mata pelajaran seni ini, apa yang mereka perolehi? Pentingkah mata pelajaran seni ini? Apakah pengalaman yang mereka lalui serta kemahiran yang mereka perolehi ini dapat membantu dalam kehidupan mendatang? Untuk menjawab persoalan- persoalan di atas, kita boleh jadikan objektif dan matlamat pendidikan seni sebangai landasan ukuran. Disini kita akan dapat menilai betapa pentingnya seseorang guru itu harus memahami objektif dan matlamat sebenar mata pelajaran seni ini. Kemudiannya, kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap yang teratas. Selain daripada itu juga, sudah sampai masanya mata pelajaran seni ini harus memiliki buku rujukan atau sekurang- kurangnya ada buku panduan. Jika dilihat masa kini, kita kekurangan buku ataupun bahan rujukan yang diperlukan oleh murid terutasma sekali bagi murid sekolah rendah. Berbeza dengan mata pelajaran yang lain, di kedai-kedia buku terpapar
  • 4. pelbagai jenis buku yang bermacam-macam corak, rupa serta penerbitnya. Seolah- olah setiap penerbit saling berlawan untuk menghasilkan buku yang berkualiti. Tetapi apa yang terjadi bagi buku rujukan untuk mata pelajaran seni? Perkara ini berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam proses pelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Bukan sekadar itu sahaja, sebagai mata pelajaran yang tertakluk di dalam sistem persekolahan segala keperluan asas dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau mata pelajaran Sains. Akhir sekali, hanya guru yang layak sahaja boleh mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana mata pelajaran seni ini memerlukan golongan yang mempunyai kepakaran dari segi pendidikan, pengalaman serta kebolehan yang berkaitan dengan bidang seni. Ianya bukan sekadar hanya pada minat bahkan pengalaman guru yang sering berkecimpung dalam industri seni seperti sering berpameran, aktif dalam aktiviti social dan juga kreatif dalam menyelesaikan masalah adalah sangat membantu melahirkan murid yang lebih, kraetif, inovatif dan berdaya saing serta dapat memenuhi hasrat dan impain negara berpandukan landasannya. Jika dilihat secara keseluruhannya, banyak permasalah dan persoalan yang timbul berkaitan pendidikan seni visual diperingkat sekolah rendah. Walaupun telah
  • 5. banyak usaha dan kaedah yang telah diperbaharui dan dijalankan oleh kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Sedar mahupun tidak, hakikatnya pemikiran ataupun kepercayaan masyarakat di Malaysia ini memang susah untuk diubah. Hakikatnya seni memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ketamadunan manusia. Sebagai contoh, kebangkitan masyarakat Rusia yang telah di serang oleh tentera Nazi Jerman dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1940-1945, apa yang membuatkan masyarakat ketika itu kembali pulih adalah pentadbiran mereka menaik taraf sistem budaya dan kesenian bagi membaik pulih semangat masyarakat mereka dalam mengharungi kehidupan mendatang. Ianya berlaku juga kepada masyarakat di negara Jepun melalui serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945. Dimana ketika itu telah mengorbankan sebanyak 140,000 orang di Hiroshima dan 80,000 di Nagasaki. Sejak itu, ribuan telah tewas akibat luka atau sakit yang berhubungan dengan radiasi yang dikeluarkan oleh bom atom tersebut. Untuk memulihkan semangat masyarakat mereka ketika itu, sistem budaya dan kesenian telah memainkan peranan yang sangat penting bagi membaik pulih semangat mereka. Untuk mengenali bangsa yang berjaya kita haruslah mengenali budaya kesenian mereka terdahulu yang selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru itu seni memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pembangunan negara kita hari ini dan mendatang. Walaubagaimanapun usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada
  • 6. generasi muda dengan personaliti sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan datang. Ini adalah harapannya, manakala realitinya kita haruslah sama-sama membuat sedikit renungan. Sejauh manakah guru atau kita sebagai pendidik telah melaksanakan peranan masing-masing untuk merealisasikan harapan itu. Sejauh manakah kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif murid termasuk daripada isu-isu yang telah dibangkitkan, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi ataupun melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil. Dengan harapan kita dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni visual ini. Diharapkan melalui pendidikan seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Menyokong pendapat yang mengatakan bahawa seni sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama. Posted by Seni Halus UiTM Perak at 9:21 PM