SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KURSUS:
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TAJUK:
BAHAGIAN 8
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI:
BEKALAN TENAGA
NAMA PELAJAR:
NUR SHUHADAH BINTI AB LATIF (A154815)
NAMA PENSYARAH:
PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT
PENGENALAN
Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga untuk
memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di
kawasan pegunungan. Agro-industri merupakan kegiatan yang memanfaatkan dan
mentranformasikan hasil pertanian menjadi produk industri untuk meningkatkan nilai hasil
tambahnya. Pengertian agro-industri pertama kali di perkenalkan oleh Austin (1981) iaitu
syarikat yang memproses bahan nabati (bahan yang dari tumbuh-tumbuhan) dan bahan-bahan
dihasilkan daripada haiwan. Proses yang digunakan untuk mengubah dan mengawet bahan-
bahan ini adalah melalui fizikal atau kimia, penyimpanan, pembungkusan, dan pengedaran.
Gambar 1 : Agro-industri.
Kedudukkan bandar kecil tersebut yang berada di kawasan pergunungan menyebabkan
terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang
mengeluarkan wap panas. Oleh itu, sungai-sungai dan juga mata air panas boleh dijadikan
bekalan tenaga semula jadi bagi bandar tersebut untuk menjalankan dan memajukan kegiatan
agro-industrinya. Bekalan tenaga adalah suatu bahan yang diproses untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Bekalan tenaga yang boleh dibina dengan menggunakan aliran air sungai
adalah kuasa hidro manakala bagi bekalan tenaga yang boleh dibina melalui mata air panas
yang mengeluarkan wap panas adalah tenaga geoterma. Selain daripada itu, melalui kegiatan
agro-industri ini juga, tenaga biojisim boleh juga dilakukan bagi mengembangkan dan
memajukan agro-industri mereka.
BEKALAN TENAGA
1) Kuasa Hidro.
Kuasa hidro adalah tenaga elektrik yang dijana melalui pergerakan air yang
bergerak, hujan atau salji cair terutamanya yang berasal daripada bukit atau
gunung-gunung, mewujudkan aliran air sungai dan kemudiannya mengalir ke laut.
Kuasa hidro ini telah menjadi sumber tenaga elektrik sejak abad ke-19 dimana loji
kuasa hidroelektrik yang pertama telah dibina di Niagara Falls pada tahun 1879.
Sistem di sebuah loji hidro yang biasa mempunyai tiga bahagian iaitu sebuah
kilang elektrik dimana elektrik dihasilkan, sebuah empangan yang boleh dibuka
dan ditutup untuk mengawal aliran air dan takungan dimana air boleh disimpan.
Gambar 2: Loji hidroelektrik
Dengan pembinaan loji hidroelektik ini dibandar kecil tersebut dengan
menggunakan aliran air sungainya yang deras mampu membekalkan tenaga
elektrik dibahagian kilang yang menghasilkan produk agro-industri dan juga dapat
menjana tenaga elektrik di bandar tersebut. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan
bergantung kepada sejauh mana aliran air jatuh dan bagaimana pergerakan aiar
yang banyak mengikut sistem. Elektrik yang telah dijana boleh dihantar melalui
jarak jauh ke rumah-rumah penduduk, kilang, dan tempat perniagaan di bandar
kecil serta boleh menyalurkan air kepada pertanian di bandar tersebut.
2) Tenaga Geoterma
Tenaga geoterma adalah tenaga yang wujud dalam bentuk haba dibawah
permukaan bumi. Geo bermaksud bumi manakala terma bermaksud haba. Stesen
penjana elektrik geoterma ini biasanya dibina di kawasan yang mempunyai geiser
yang memancutkan stim dari bahagian dalam bumi. Di stesen penjana ini, paip
dibina dibahagian dalam bumi untuk menyalurkan stim ke bumi dimana tenaga
haba ini memanaskan air kolam di bumi dan menhasilkan stim atau wap panas.
Stim yang keluar dari kerak bumi digunakan untuk menjana tenaga. Kelebihan
menggunakan tenaga geoterma adalah ianya boleh diperbaharui, percuma dan
tidak mencemarkan persekitaran.
Gambar 3: Tenaga Geoterma.
Kewujudan mata air panas yang mengeluarkan wap di bandar kecil tersebut
boleh menjana kuasa elektrik melalui pembinaan stesen penjana elektrik geoterma.
Dengan pembinaan dan penjanaan kuasa elektrik ini boleh memberikan tenaga
elektrik kepada bandar tersebut kerana pembinaan tenaga geoterma ini percuma
dan tidak mencemarkan alam sekitar. Selain daripada itu, kolam air panas juga
boleh dibina melalui tenaga geoterma ini dan tenaga geoterma ini menyimpan dan
membekalkan tenaga dalam kapasiti yang besar.
3) Tenaga Biojisim.
Biojisim merupakan tenaga yang dihasilkan daripada benda-benda hidup
yang reput seperti hasil daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan
yang dihasilkan ini kebiasaanya digunakan sebagai bahan api. Contohnya dalam
industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan bagi
memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya.
Gambar 4: Tenaga Biojisim
Dibandar kecil ini, tenaga biojisim boleh digunakan untuk pembakaran
hasil pertanian bagi menghasilkan produk industri. Dengan menggunakan bahan
semula jadi dan bahan lebihan pertanian boleh menjimatkan kos untuk pembakaran
untuk membeli bahan api seperti arang dan petroleum. Pengurangan kos ini
mampu meningkatkan pendapatan agro-industri kerana hanya mengitar semula
bahan buangan hasil pertanian. Selain daripada itu, hasil pertanian yang di jadikan
tenaga biojisim ini boleh juga dijual dan dihasilkan sebagai produk keluaran
bandar ini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi
bandar.
KESIMPULAN
Pembinaan bekalan tenaga daripada alam semula jadi di bandar secara tidak langsung
dapat meningkatkan dan memajukan agro-industri dan ekonomi bandar tersebut kerana dapat
menjimatkan kos, dapat mengeluarkan produk sendiri di samping dapat menjaga persekitaran
di bandar tersebut kerana bekalan-bekalan tenaga tersebut tidak mencermarkan alam sekitar.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Tugasan 8 bekalan tenaga
Tugasan 8 bekalan tenagaTugasan 8 bekalan tenaga
Tugasan 8 bekalan tenaga
 
Tenaga yang boleh diperbaharui
Tenaga yang boleh diperbaharuiTenaga yang boleh diperbaharui
Tenaga yang boleh diperbaharui
 
BEKALAN TENAGA
BEKALAN TENAGABEKALAN TENAGA
BEKALAN TENAGA
 
(8) bekalan tenaga
(8) bekalan tenaga(8) bekalan tenaga
(8) bekalan tenaga
 
Bekalan Tenaga
Bekalan TenagaBekalan Tenaga
Bekalan Tenaga
 
Lmcp 1532 tugasan 8
Lmcp 1532 tugasan 8Lmcp 1532 tugasan 8
Lmcp 1532 tugasan 8
 
Tugasan 8
Tugasan 8Tugasan 8
Tugasan 8
 
TUGASAN 8 PERANCANGAN BANDAR MAPAN(BEKALAN TENAGA)
TUGASAN 8 PERANCANGAN BANDAR MAPAN(BEKALAN TENAGA)TUGASAN 8 PERANCANGAN BANDAR MAPAN(BEKALAN TENAGA)
TUGASAN 8 PERANCANGAN BANDAR MAPAN(BEKALAN TENAGA)
 
Task 8(BEKALAN TENAGA)
Task 8(BEKALAN TENAGA)Task 8(BEKALAN TENAGA)
Task 8(BEKALAN TENAGA)
 
Tugasan 8 a170837
Tugasan 8 a170837Tugasan 8 a170837
Tugasan 8 a170837
 
Pembangunan bandar mampan task 8
Pembangunan bandar mampan task 8Pembangunan bandar mampan task 8
Pembangunan bandar mampan task 8
 
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
 
Bekalan tenaga
Bekalan tenagaBekalan tenaga
Bekalan tenaga
 
Tugasan 8 Bekalan Tenaga
Tugasan 8 Bekalan TenagaTugasan 8 Bekalan Tenaga
Tugasan 8 Bekalan Tenaga
 
Tugasan 8 tenaga boleh diperbaharui
Tugasan 8 tenaga boleh diperbaharuiTugasan 8 tenaga boleh diperbaharui
Tugasan 8 tenaga boleh diperbaharui
 
Bekalan Tenaga
Bekalan TenagaBekalan Tenaga
Bekalan Tenaga
 
Tugasan 8 (pbm) pp
Tugasan 8 (pbm) ppTugasan 8 (pbm) pp
Tugasan 8 (pbm) pp
 
Giam Kai Yan-A165881-Tugasan 8
Giam Kai Yan-A165881-Tugasan 8Giam Kai Yan-A165881-Tugasan 8
Giam Kai Yan-A165881-Tugasan 8
 
Tugasan 8 Tenaga yang boleh Diperbaharui
Tugasan 8 Tenaga yang boleh Diperbaharui Tugasan 8 Tenaga yang boleh Diperbaharui
Tugasan 8 Tenaga yang boleh Diperbaharui
 

Viewers also liked (15)

La Historia de Guatemala
La Historia de GuatemalaLa Historia de Guatemala
La Historia de Guatemala
 
CAVADA LOGISTICS ENGLISH
CAVADA LOGISTICS ENGLISHCAVADA LOGISTICS ENGLISH
CAVADA LOGISTICS ENGLISH
 
Bahagian 11
Bahagian 11Bahagian 11
Bahagian 11
 
Bahagian 12 bangi-kajang 30 tahun akan datang
Bahagian 12  bangi-kajang 30 tahun akan datangBahagian 12  bangi-kajang 30 tahun akan datang
Bahagian 12 bangi-kajang 30 tahun akan datang
 
Bahagian 9
Bahagian 9Bahagian 9
Bahagian 9
 
Profesorado de segunda enseñanza en pedagogía con orientación en dirección y ...
Profesorado de segunda enseñanza en pedagogía con orientación en dirección y ...Profesorado de segunda enseñanza en pedagogía con orientación en dirección y ...
Profesorado de segunda enseñanza en pedagogía con orientación en dirección y ...
 
ANU CV (1)
ANU CV (1)ANU CV (1)
ANU CV (1)
 
Actitudes positivas en las profesiones
Actitudes positivas en las profesionesActitudes positivas en las profesiones
Actitudes positivas en las profesiones
 
ANU CV (1)
ANU CV (1)ANU CV (1)
ANU CV (1)
 
My openning film idea
My openning film ideaMy openning film idea
My openning film idea
 
Lmcp1532
Lmcp1532Lmcp1532
Lmcp1532
 
Project 1 - Social Media Strategy
Project 1 - Social Media StrategyProject 1 - Social Media Strategy
Project 1 - Social Media Strategy
 
Soical media clark
Soical media clarkSoical media clark
Soical media clark
 
ROH
ROHROH
ROH
 
Ppt administrasi pendidikan
Ppt administrasi pendidikanPpt administrasi pendidikan
Ppt administrasi pendidikan
 

Similar to Tenaga yang boleh diperbaharui

Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
Kumpulan 2   penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baruKumpulan 2   penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
Razali Samad
 
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
nurshahida94
 

Similar to Tenaga yang boleh diperbaharui (20)

Aktiviti 8
Aktiviti 8Aktiviti 8
Aktiviti 8
 
Aktiviti 8
Aktiviti 8Aktiviti 8
Aktiviti 8
 
Tenagabaru
TenagabaruTenagabaru
Tenagabaru
 
A159317 tugasan 8
A159317 tugasan 8A159317 tugasan 8
A159317 tugasan 8
 
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 8
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 8Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 8
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 8
 
Tenaga baharu
Tenaga baharuTenaga baharu
Tenaga baharu
 
Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
Kumpulan 2   penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baruKumpulan 2   penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru
 
Tugasan 8
Tugasan 8Tugasan 8
Tugasan 8
 
Tugasan 8 bekalan tenaga
Tugasan 8 bekalan tenagaTugasan 8 bekalan tenaga
Tugasan 8 bekalan tenaga
 
Tugasan 8 chua wen qin (a166063)
Tugasan 8 chua wen qin (a166063)Tugasan 8 chua wen qin (a166063)
Tugasan 8 chua wen qin (a166063)
 
A165144 tenaga boleh diperbaharui
A165144  tenaga boleh diperbaharuiA165144  tenaga boleh diperbaharui
A165144 tenaga boleh diperbaharui
 
Tugasan 8 lmcp 1532 pembangunan bandar mapan
Tugasan 8 lmcp 1532 pembangunan bandar mapanTugasan 8 lmcp 1532 pembangunan bandar mapan
Tugasan 8 lmcp 1532 pembangunan bandar mapan
 
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
Lmcp1532 pembangunan mapan tugasan 8
 
Nurizzati mohd ridzuan a155044 t8
Nurizzati mohd ridzuan a155044 t8Nurizzati mohd ridzuan a155044 t8
Nurizzati mohd ridzuan a155044 t8
 
Work 8
Work 8Work 8
Work 8
 
Tenaga boleh diperbaharui
Tenaga boleh diperbaharuiTenaga boleh diperbaharui
Tenaga boleh diperbaharui
 
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
Tugasan 8: Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Tugasan 8: Tenaga Yang Boleh DiperbaharuiTugasan 8: Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
Tugasan 8: Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
 
TASK 8 NOORHADILA ABD WAHID
TASK 8 NOORHADILA ABD WAHIDTASK 8 NOORHADILA ABD WAHID
TASK 8 NOORHADILA ABD WAHID
 
Task 8 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
Task 8 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUITask 8 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
Task 8 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
 

Recently uploaded (7)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 

Tenaga yang boleh diperbaharui

  • 1. KURSUS: LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TAJUK: BAHAGIAN 8 TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI: BEKALAN TENAGA NAMA PELAJAR: NUR SHUHADAH BINTI AB LATIF (A154815) NAMA PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT
  • 2. PENGENALAN Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Agro-industri merupakan kegiatan yang memanfaatkan dan mentranformasikan hasil pertanian menjadi produk industri untuk meningkatkan nilai hasil tambahnya. Pengertian agro-industri pertama kali di perkenalkan oleh Austin (1981) iaitu syarikat yang memproses bahan nabati (bahan yang dari tumbuh-tumbuhan) dan bahan-bahan dihasilkan daripada haiwan. Proses yang digunakan untuk mengubah dan mengawet bahan- bahan ini adalah melalui fizikal atau kimia, penyimpanan, pembungkusan, dan pengedaran. Gambar 1 : Agro-industri. Kedudukkan bandar kecil tersebut yang berada di kawasan pergunungan menyebabkan terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Oleh itu, sungai-sungai dan juga mata air panas boleh dijadikan bekalan tenaga semula jadi bagi bandar tersebut untuk menjalankan dan memajukan kegiatan agro-industrinya. Bekalan tenaga adalah suatu bahan yang diproses untuk menghasilkan tenaga elektrik. Bekalan tenaga yang boleh dibina dengan menggunakan aliran air sungai adalah kuasa hidro manakala bagi bekalan tenaga yang boleh dibina melalui mata air panas yang mengeluarkan wap panas adalah tenaga geoterma. Selain daripada itu, melalui kegiatan agro-industri ini juga, tenaga biojisim boleh juga dilakukan bagi mengembangkan dan memajukan agro-industri mereka.
  • 3. BEKALAN TENAGA 1) Kuasa Hidro. Kuasa hidro adalah tenaga elektrik yang dijana melalui pergerakan air yang bergerak, hujan atau salji cair terutamanya yang berasal daripada bukit atau gunung-gunung, mewujudkan aliran air sungai dan kemudiannya mengalir ke laut. Kuasa hidro ini telah menjadi sumber tenaga elektrik sejak abad ke-19 dimana loji kuasa hidroelektrik yang pertama telah dibina di Niagara Falls pada tahun 1879. Sistem di sebuah loji hidro yang biasa mempunyai tiga bahagian iaitu sebuah kilang elektrik dimana elektrik dihasilkan, sebuah empangan yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengawal aliran air dan takungan dimana air boleh disimpan. Gambar 2: Loji hidroelektrik Dengan pembinaan loji hidroelektik ini dibandar kecil tersebut dengan menggunakan aliran air sungainya yang deras mampu membekalkan tenaga elektrik dibahagian kilang yang menghasilkan produk agro-industri dan juga dapat menjana tenaga elektrik di bandar tersebut. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan bergantung kepada sejauh mana aliran air jatuh dan bagaimana pergerakan aiar yang banyak mengikut sistem. Elektrik yang telah dijana boleh dihantar melalui jarak jauh ke rumah-rumah penduduk, kilang, dan tempat perniagaan di bandar kecil serta boleh menyalurkan air kepada pertanian di bandar tersebut.
  • 4. 2) Tenaga Geoterma Tenaga geoterma adalah tenaga yang wujud dalam bentuk haba dibawah permukaan bumi. Geo bermaksud bumi manakala terma bermaksud haba. Stesen penjana elektrik geoterma ini biasanya dibina di kawasan yang mempunyai geiser yang memancutkan stim dari bahagian dalam bumi. Di stesen penjana ini, paip dibina dibahagian dalam bumi untuk menyalurkan stim ke bumi dimana tenaga haba ini memanaskan air kolam di bumi dan menhasilkan stim atau wap panas. Stim yang keluar dari kerak bumi digunakan untuk menjana tenaga. Kelebihan menggunakan tenaga geoterma adalah ianya boleh diperbaharui, percuma dan tidak mencemarkan persekitaran. Gambar 3: Tenaga Geoterma. Kewujudan mata air panas yang mengeluarkan wap di bandar kecil tersebut boleh menjana kuasa elektrik melalui pembinaan stesen penjana elektrik geoterma. Dengan pembinaan dan penjanaan kuasa elektrik ini boleh memberikan tenaga elektrik kepada bandar tersebut kerana pembinaan tenaga geoterma ini percuma dan tidak mencemarkan alam sekitar. Selain daripada itu, kolam air panas juga boleh dibina melalui tenaga geoterma ini dan tenaga geoterma ini menyimpan dan membekalkan tenaga dalam kapasiti yang besar.
  • 5. 3) Tenaga Biojisim. Biojisim merupakan tenaga yang dihasilkan daripada benda-benda hidup yang reput seperti hasil daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan yang dihasilkan ini kebiasaanya digunakan sebagai bahan api. Contohnya dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya. Gambar 4: Tenaga Biojisim Dibandar kecil ini, tenaga biojisim boleh digunakan untuk pembakaran hasil pertanian bagi menghasilkan produk industri. Dengan menggunakan bahan semula jadi dan bahan lebihan pertanian boleh menjimatkan kos untuk pembakaran untuk membeli bahan api seperti arang dan petroleum. Pengurangan kos ini mampu meningkatkan pendapatan agro-industri kerana hanya mengitar semula bahan buangan hasil pertanian. Selain daripada itu, hasil pertanian yang di jadikan tenaga biojisim ini boleh juga dijual dan dihasilkan sebagai produk keluaran bandar ini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi bandar. KESIMPULAN Pembinaan bekalan tenaga daripada alam semula jadi di bandar secara tidak langsung dapat meningkatkan dan memajukan agro-industri dan ekonomi bandar tersebut kerana dapat menjimatkan kos, dapat mengeluarkan produk sendiri di samping dapat menjaga persekitaran di bandar tersebut kerana bekalan-bekalan tenaga tersebut tidak mencermarkan alam sekitar.