Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru

5,385 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
5,385
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
98
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kumpulan 2 penggunaan tenaga yang diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru

  1. 1. DIPERBAHARUI BUKANLAHSESUATU YANG BARU, MALAHTELAH BERFUNGSI SEJAK 125TAHUN YANG LALU DENGANPENGUNAAN KAYU SEBAGAISUMBER TENAGA. Jelaskan sumbangan-sumbangan tenaga ini dalam konteks kehidupan manusia
  2. 2. Tenaga suria Tenaga suria adalah sinaran – sinaran Matahari atau radiasi suria yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk memanaskan air di rumah atau bangunan dan memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan – bangunan lain. Contohnya, banyak bangunan di negara Singapura telah memasang panel solar di atas bumbung untuk membekalkan sebahagian elektrik kepada bangunan tersebut.
  3. 3. Kegunaan Tenaga Angin Dalam mempertimbangkan pengunaan sumber- sumber tenaga yang dapat diperbaharu di negara- negara membangun dan kawasan luar bandar di negara maju, tenaga angin dapat dianggap sebagai alternatif kepada enjin disel. Dari aspek ekonomi, tenaga angin lebih menguntungkan negara bagi penukaran tenaga terutama di kawasan luar bandar. Prinsip tenaga angin dapat dipergunakan di kawasan luar bandar adalah seperti yang berikut: o Untuk mengepam air dan untuk menghasilkan udara termampat; o Untuk menjana elektrik; o Menyediakan tenaga untuk peranti mekanik.
  4. 4. Tenaga Angin Di Malaysia Pada masa ini tenaga angin di Malaysia belum dibangunkan secara komersial memandangkan potensinya dianggarkan hanya di antara 350 hingga 500 PJ. Pada tahun 1994 penggunaan tenaga angin sekitar 1260 MJ. Satu stesen turbin angin telah dibina di Pulau Layang-Layang di Malaysia Timur untuk tujuan eksperimen.
  5. 5. Kegunaan Kuasa Geotermal Kuasa geotermal dapat digunakan untuk dua tujuan iaitu: untuk penggunaan haba secara langsung dan secara tidak langsung iaitu untuk menjana elektrik.
  6. 6. Penggunaan Langsung Sumber hidrotermal yang bersuhu rendah dan sederhana (20°-150 °C) digunakan untuk membekalkan pemanasan langsung bagi sektor perumahan, komersial dan industri. Penggunaan ini termasuk untuk memanaskan ruang, air, pemanasan rumah hijau, pemanasan akuakultur, pembasuhan kain baju, penyahidratan makanan, pemprosesan tekstil dan lain-lain. Penggunaan jenis ini terdapat di Iceland, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan banyak lagi negara lain. Di Iceland, kebanyakan pemanasan untuk sektor domestik menggunakan sistem pemanasan daerah daripada geotermal.
  7. 7.  Pengunnaan langsung sistem geotermal biasanya mengandungi satu kemudahan pengeluaran (contohnya satu kolam) untuk membawa air panas ke permukaan bumi, satu sistem mekanikal (seperti pempaipan, penukar haba, pam dan pengawal) untuk menghantarkan tenaga haba ke tempat yang diperlukan dan sistem pembuangan (seperti kolam suntikan atau kolam simpanan) untuk menerima bendalir yang telah disejukkan. Penukar haba biasanya perlu digunakan kerana kewujudan garam dan kandungan pepejal.
  8. 8.  Pam haba sering digunakan sebagai penghantar tenaga. Pam haba geotermal ialah satu peralatan yang berfungsi dengan prinsip yang sama seperti peti sejuk tetapi beroperasi secara songsang. Peralatan ini mempunyai kelebihan kerana secara relatif suhu di dalam bumi adalah tetap dan dengan mengunakannya sebagai sumber tenaga alat ini dapat digunakan untuk tujuan sama ada pemanasan ataupun penyejukan. Pada musim panas, haba dikeluarkan dari bangunan yang akan di sejukkan dan dibuang ke bumi. Pada musim sejuk pula haba dikeluarkan dari dalam bumi dan dipam ke dalam bangunan. Sistem ini telah digunakan secara meluas di Switzerland dan negara-negara Scandinavia. Menerusi pam haba geothermal semua sumber geotermal dengan suhu serendah 20 °C pun dapat digunakan.
  9. 9.  penggunaan sumber geotermal secara langsung telah terbukti teknologi dan kematangannya, serta ia juga didapat boleh berjaya secara komersial bagi berbagai-bagai penggunaan. Penggunaan sumber tenaga ini boleh menghasilkan penjimatan bersih kos tenaga untuk pelanggan di sektor perumahan mahupun untuk operasi komersial.
  10. 10. Penjana Elektrik Suhu yang tinggi daripada sumber geotermal dapat digunakan untuk menjana elektrik. Pada masa ini terdapat lebih daripada 8GW elektrik telah dijana dengan menggunakan sumber geotermal di seluruh dunia. Terdapat juga bermacam-macam teknologi penukaran tenaga yang menggunakan sumber geotermal. Hal ini termasuklah wap kering, wap kilat dan sistem kitar perduaan. Elekrik daripada geotermal dapat digunakan sebagai sumber tenaga utama dan juga bagi saat keperluan yang lebih banyak sebagaimana yang diperlukan di sesuatu kawasan atau negara. Elektrik daripada geotermal boleh bersaing dengan sumber-sumber tenaga lazim
  11. 11. Kegunaan tanaga hidro(Kegunaan Skala Kecil) Negara-negara sedang membangun mempunyai potensi yang sangat besar bagi pembinaan tenaga hidro. Benua Afrika, Asia dan Amerika Selatan mempunyai nilai potensi untuk menjana sehingga 1.4 juta megawatts yang keupayaannya ialah empat kali lebih besar daripada yang ada di AmerikaUtara. Tenaga hidro skala kecil (sehingga 1 megawatt), dengan kelebihan atau kebaikan yang berganda-ganda sebagai satu bentuk tenaga yang tidak memusat, kos rendah, dan tenaga yang boleh diharap, ialah pertimbangan utama oleh banyak negara untuk mencapai pembekalan tenaga secara berdikari. Kuasa hidro skala kecil dapat menyediakan keperluan elektrik bagi kawasan luar bandar dan tempat-tempat yang agak terpencil, juga dapat menggantikan penggunaan sumber
  12. 12. Kegunaan tanaga hidroPenggunaan Skala Mikro projek hidro elektrik mikro adalah yang mempunyai kuasa penjanaan kurang daripada 0.1 megawatt. Baru-baru ini di Pakistan lebih daripada 40 kawasan kampung-kampung telah dibekali elektrik oleh loji hidro mikro untuk mesin- mesin pemprosesan pertanian, woksyop, dan untuk membekalkan elektrik bagi keperluan asas umum. Di Nepal lebih daripada 100 loji hidro mikro telah dipasang di kawasan-kawasan terpencil. Kuasa yang dijana telah menjimatkan masa pemprosesan hasil pertanian menjadi satu per dua puluh daripada sebelum sistem ini diperkenalkan. Pada amnya hampir 50 negara membangun di dunia telah secara aktif memperkenalkan dan membangunkan kuasa hidro kecil atau mikro .
  13. 13. Loji Kuasa Larian-Air-Sungai Loji hidro elektrik larian air sungai menggunakan kuasa aliran air sungai tanpa menimbulkan gangguan kepada aliran air sungai. Biasanya sistem ini dibina di atas empangan kecil yang hanya memerlukan air dalam jumlah yang sedikit. Dalam banyak kes malah takungan air tidak diperlukan, oleh sebab itu projek larian air sungai tidak mempengaruhi kualiti air seperti menyebabkan suhu yang lebih tinggi, kadar oksigen yang rendah, mengurangkan pengeluaran makanan, pemendapan, menaikkan fosforus dannitrogen, atau pereputan produk yang
  14. 14. TENAGA BIOMAS Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga
  15. 15.  Sekian terima kasih.

×