SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
TAJUK ARTIKAL
WAJIB LULUS SEJARAH BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran
Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini
bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka
mengenai sejarah negara.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat
pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang
mendapat tumpuan. Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan
usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik.
"Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat
meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah
negara.
"Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini
sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara,
langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul
perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan
SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
Wilayah di sini, hari ini. Pada 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat
peperiksaan SPM mulai 2013.
PENDAHULUAN
Semangat cinta akan tanah air atau patriotisme dalam kalangan remaja dan mereka yang lahir
selepas merdeka dikatakan semakin luntur. Isu politik yang dipesongkan serta yang menolak
sejarah juga menjadi penyebab lunturnya semangat patriotisme. Perubahan ini sebenarnya
mencerminkan kurangnya tumpuan kepada soal patriotisme yang tidak semestinya bergantung
pada wahana sejarah semata-mata, tetapi juga kepada politik, pendidikan, ekonomi dan konsep
hidup dalam negara Malaysia sendiri. Sebuah bangsa yang kuat akan sentiasa mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan negaranya. Semangat cinta negara ini mesti dididik, semangat ini
tidak akan datang dengan sendirinya tanpa pemahaman jalur sejarah negara.
PANDANGAN DAN CADANGAN
Dalam keadaan negara kita masa kini dan cabaran masyarakat muda yang kurang memahami
kedudukan sejarah negara, maka saya amat bersetuju dan menyokong penuh pengumuman yang
dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu subjek Sejarah wajib
lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Hal ini adalah rentetan yang pernah
disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek Sejarah diwajibkan di
sekolah rendah. Profesor Madya Dr. Shakila Yacob pula mencadangkan agar diambil satu
pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran Sivik dan Kajian
Tempatan dengan pengajian sosial yang mengkaji masyarakat termasuk sejarah, sivik, geografi
dan ekonomi. Dengan itu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan
menggantikan KBSR yang akan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah pada
tahun 2014.
Kepentingan subjek itu seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah
hingga peringkat menengah dengan pelaksanaan yang lebih efektif. Justeru, subjek Sejarah perlu
diberi tempat yang setaraf dengan bahasa Melayu. Dengan itu, subjek Sejarah bukan sahaja
menjadi subjek teras tetapi sekurang-kurangnya perlu lulus untuk mendapat sijil SPM.
Sekiranya, salah satu tidak lulus maka pelajar tidak layak mendapat sijil SPM.
Subjek sejarah juga boleh menjadi prasyarat kepada lepasan SPM untuk kemasukan ke
institusi pengajian tinggi awam, malahan ia juga boleh diambil kira dalam permohonan ke
jawatan Perkhidmatan Awam. Walaupun cadangan ini mungkin menimbulkan bantahan, tetapi
kita harus melihat kepentingannya kepada negara.
Dalam melaksanakannya, perlulah dititikberatkan tentang memahami latar belakang
negara. Hal ini termasuklah perlembagaan, pembinaan sistem politik, sistem beraja, struktur
kaum, agama, sosial budaya, bahasa dan sebagainya. Keduanya, menghormati hak setiap
warganegara, terutamanya pemahaman kontrak sosial yang membawa kepada situasi menang-
menang. Contohnya, kaum bumiputera mendapat hak istimewa tetapi kaum lain mendapat
kerakyatan dan hak sebagai warganegara.
Di samping itu, perlu wujud rasionalisasi hubungan antara kaum. Maklumat dan fakta
yang dipelajari dalam sejarah boleh mewujudkan pemikiran yang rasional antara kaum. Ini
kerana sekiranya kita faham hak sebagai warganegara dan hak yang dijamin dalam
perlembagaan, maka kita tidak perlu rasa curiga antara kaum. Ini amat penting kerana sejak
kebelakangan ini, ada pihak yang mula membangkitkan isu sensitif dan berunsur perkauman.
Menurut Dr. Shakila, sejarah dapat membangunkan common values dalam usaha
melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia
yang bersatu sebagaimana matlamat wawasan 2020. Oleh itu, kefahaman sejarah boleh
membantu pelajar menganalisis dan memahami perkembangan kontemporari atau politik masa
kini, ideologi dan identiti sesuatu masyarakat. Melalui pembelajaran Sejarah, kita berupaya
membina integrasi nasional menerusi pemahaman murid mengenai sejarah dan tamadun bangsa.
RUJUKAN
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_27/Wajib-lulus-Sejarah-bukan-
untuk-membebankan#ixzz30rZTEtcS

More Related Content

What's hot

Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014windy jadmiko
 
Profil smk kesehatan utama insani
Profil smk kesehatan utama insaniProfil smk kesehatan utama insani
Profil smk kesehatan utama insaniTri Ady K
 
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBM
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBMEkspose kepala SDN Gunungpuyuh CBM
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBMHeru Supanji
 
Rakerwil muhammdiyah 2018
Rakerwil muhammdiyah 2018Rakerwil muhammdiyah 2018
Rakerwil muhammdiyah 2018asholahuddin
 
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2norsuria mohd sidik
 
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...Guss No
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019gajahduduk12
 
Sesi 2. Profil Pendidikan di Indonesia
Sesi 2.   Profil Pendidikan di IndonesiaSesi 2.   Profil Pendidikan di Indonesia
Sesi 2. Profil Pendidikan di IndonesiaDaniel Saroengoe
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
KKN Setiawargi Tasikmalaya
KKN Setiawargi TasikmalayaKKN Setiawargi Tasikmalaya
KKN Setiawargi TasikmalayaAat Nursaidah
 

What's hot (20)

Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014Strategi menuju adiwiyata dindik2014
Strategi menuju adiwiyata dindik2014
 
Teks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program paTeks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program pa
 
Profil smk kesehatan utama insani
Profil smk kesehatan utama insaniProfil smk kesehatan utama insani
Profil smk kesehatan utama insani
 
Kirim berita
Kirim beritaKirim berita
Kirim berita
 
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBM
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBMEkspose kepala SDN Gunungpuyuh CBM
Ekspose kepala SDN Gunungpuyuh CBM
 
Rakerwil muhammdiyah 2018
Rakerwil muhammdiyah 2018Rakerwil muhammdiyah 2018
Rakerwil muhammdiyah 2018
 
Ucapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 MajalahUcapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 Majalah
 
Kertas kerja hafazan al quran
Kertas kerja hafazan al quranKertas kerja hafazan al quran
Kertas kerja hafazan al quran
 
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
Teks ucapan perasmian bantuan 2015 (2) copy 2
 
Teks budaya
Teks budayaTeks budaya
Teks budaya
 
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...
Sambutan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Peringatan Hari Guru Nasiona...
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019
 
Panduan mpls 2018
Panduan mpls 2018Panduan mpls 2018
Panduan mpls 2018
 
Sesi 2. Profil Pendidikan di Indonesia
Sesi 2.   Profil Pendidikan di IndonesiaSesi 2.   Profil Pendidikan di Indonesia
Sesi 2. Profil Pendidikan di Indonesia
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Pidato Mendikbud Hardiknas 2016
Pidato Mendikbud Hardiknas  2016Pidato Mendikbud Hardiknas  2016
Pidato Mendikbud Hardiknas 2016
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
Bullying pornografi
Bullying pornografiBullying pornografi
Bullying pornografi
 
KKN Setiawargi Tasikmalaya
KKN Setiawargi TasikmalayaKKN Setiawargi Tasikmalaya
KKN Setiawargi Tasikmalaya
 

Similar to Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARFazHani Faz
 
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docxNorazlima Limat
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Fara Ziela
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...Sherly Jewinly
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Rizky Faisal
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4nasuhashaufi
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationTai Erh
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Kaladevi Kalippan
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Kirthana Sivaraman
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Mohd Junal Seman
 

Similar to Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan (20)

MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
 
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx
180921623 nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-1-docx
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
 
Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4Dsk sejarah thn 4
Dsk sejarah thn 4
 
DSK SEJARAH TAHUN 4
DSK SEJARAH TAHUN 4 DSK SEJARAH TAHUN 4
DSK SEJARAH TAHUN 4
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 
Dokumen kurikulum 2013
Dokumen kurikulum 2013Dokumen kurikulum 2013
Dokumen kurikulum 2013
 
Proposal T.A. WANIMBO
Proposal T.A. WANIMBOProposal T.A. WANIMBO
Proposal T.A. WANIMBO
 
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
Catatan akhir tahun 2013 “kapitalisme liberalisme pembunuh rakyat, sekularism...
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sejarah tahun 4
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Sp kbsm sej
Sp kbsm sejSp kbsm sej
Sp kbsm sej
 

Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

  • 1. TAJUK ARTIKAL WAJIB LULUS SEJARAH BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang mendapat tumpuan. Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik. "Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah negara. "Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di sini, hari ini. Pada 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan SPM mulai 2013.
  • 2. PENDAHULUAN Semangat cinta akan tanah air atau patriotisme dalam kalangan remaja dan mereka yang lahir selepas merdeka dikatakan semakin luntur. Isu politik yang dipesongkan serta yang menolak sejarah juga menjadi penyebab lunturnya semangat patriotisme. Perubahan ini sebenarnya mencerminkan kurangnya tumpuan kepada soal patriotisme yang tidak semestinya bergantung pada wahana sejarah semata-mata, tetapi juga kepada politik, pendidikan, ekonomi dan konsep hidup dalam negara Malaysia sendiri. Sebuah bangsa yang kuat akan sentiasa mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negaranya. Semangat cinta negara ini mesti dididik, semangat ini tidak akan datang dengan sendirinya tanpa pemahaman jalur sejarah negara. PANDANGAN DAN CADANGAN Dalam keadaan negara kita masa kini dan cabaran masyarakat muda yang kurang memahami kedudukan sejarah negara, maka saya amat bersetuju dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu subjek Sejarah wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Hal ini adalah rentetan yang pernah disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek Sejarah diwajibkan di sekolah rendah. Profesor Madya Dr. Shakila Yacob pula mencadangkan agar diambil satu pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran Sivik dan Kajian Tempatan dengan pengajian sosial yang mengkaji masyarakat termasuk sejarah, sivik, geografi dan ekonomi. Dengan itu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggantikan KBSR yang akan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah pada tahun 2014. Kepentingan subjek itu seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah hingga peringkat menengah dengan pelaksanaan yang lebih efektif. Justeru, subjek Sejarah perlu diberi tempat yang setaraf dengan bahasa Melayu. Dengan itu, subjek Sejarah bukan sahaja menjadi subjek teras tetapi sekurang-kurangnya perlu lulus untuk mendapat sijil SPM. Sekiranya, salah satu tidak lulus maka pelajar tidak layak mendapat sijil SPM.
  • 3. Subjek sejarah juga boleh menjadi prasyarat kepada lepasan SPM untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam, malahan ia juga boleh diambil kira dalam permohonan ke jawatan Perkhidmatan Awam. Walaupun cadangan ini mungkin menimbulkan bantahan, tetapi kita harus melihat kepentingannya kepada negara. Dalam melaksanakannya, perlulah dititikberatkan tentang memahami latar belakang negara. Hal ini termasuklah perlembagaan, pembinaan sistem politik, sistem beraja, struktur kaum, agama, sosial budaya, bahasa dan sebagainya. Keduanya, menghormati hak setiap warganegara, terutamanya pemahaman kontrak sosial yang membawa kepada situasi menang- menang. Contohnya, kaum bumiputera mendapat hak istimewa tetapi kaum lain mendapat kerakyatan dan hak sebagai warganegara. Di samping itu, perlu wujud rasionalisasi hubungan antara kaum. Maklumat dan fakta yang dipelajari dalam sejarah boleh mewujudkan pemikiran yang rasional antara kaum. Ini kerana sekiranya kita faham hak sebagai warganegara dan hak yang dijamin dalam perlembagaan, maka kita tidak perlu rasa curiga antara kaum. Ini amat penting kerana sejak kebelakangan ini, ada pihak yang mula membangkitkan isu sensitif dan berunsur perkauman. Menurut Dr. Shakila, sejarah dapat membangunkan common values dalam usaha melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu sebagaimana matlamat wawasan 2020. Oleh itu, kefahaman sejarah boleh membantu pelajar menganalisis dan memahami perkembangan kontemporari atau politik masa kini, ideologi dan identiti sesuatu masyarakat. Melalui pembelajaran Sejarah, kita berupaya membina integrasi nasional menerusi pemahaman murid mengenai sejarah dan tamadun bangsa. RUJUKAN http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_27/Wajib-lulus-Sejarah-bukan- untuk-membebankan#ixzz30rZTEtcS