SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
 SELAMAT DATANG DEWAN PERSIDANGAN


 MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI


 PARLIMEN PATANI DALAM BUANGAN
TARIKH : 28 RABIUAL AWAL 1434 / 9HB FEBRUARI 2013
LOKASI : BANGUNAN MCOBA KUALA LUMPUR
P E R S E J A R A H A N N E G A R A PA TA N I
        K E B A N G K I TA N , P E N J A J A H A N
                      DA N
    P E R J UA N G A N P E M B E B A S A N




 MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI
                      (M.P.R.M.P)
LATARBELAKANG NEGARA PATANI :
                  Negara Patani adalah sebuah Negara yang terletak dalam
                   lingkungan Gugusan Pulau-pulau Melayu ( Malay Archepilago)
                   di Asia Tenggara (South East Asia) yang meliputi seluruh
                   Nusantara Indonesia, Brunei, Philipina, Madagaska Malaysia dan
                   Patani.


                  Negara Patani bermula dari Segenting Kra (Ithmus of Kra)
                   bersempadankan Negara Burma (Myanmar), Negara Siam (Thai)
                   Ayutthaya) di sebelah Utara dan di sebelah Baratnya
                   bersempadankan Laut Andaman dan Laut Selat Melaka dan
                   Negeri-Negeri Perlis, Kedah, Perak dan di sebelah Selatannya
                   Negeri Kelantan (Malaysia) , manakala di sebelah Timurnya
                   bersempadankan Laut China Selatan.


                  Penduduk asalnya adalah terdiri dari Bangsa Melayu Patani
                   dalam kelompok Bangsa Melayu       serumpun yang besar yang
                   mempunyai lebih dari 200 juta Ummat dengan Negara Patani
                   menyumbangkan seramai 3 juta orang.
K E S A N P E N JA JA H A N S I A M
             K E ATA S N YA

 Kini, anda lebih mengenali Patani dengan panggilan Selatan
Thailand (South Thailand) daripada mengenalinya sebagai sebuah
Negara Patani yang mempunyai sejarahnya yang panjang.


 Justeru itu, kajian dari sudut sejarah, geografi dan pasarana
masyarakatnya yang amat unik dan masih mewarisi nilai-nilai tradisi
dan budayanya yang tersendiri, menjadi satu keperluan untuk tujuan
tersebut
K E P E N D U D U K A N DA N P E RW I L AYA H A N
                      N E G A R A PA TA N I

    Kini di 14 Wilayah-wilayah Patani Selatan Thailand didiami oleh pelbagai bangsa dengan jumlah penduduknya mencapai 15
juta orang. Kira-kira 5 juta   tinggal di 5 wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun. Komposisi kaum/bangsa di 5
wilayah ini dianggarkan 80% Melayu, 12% Siam, 6% China dan 1.5% India/Pakistan dan 0.5% lain-lain etnik.


    Manakala di 9 wilayah lain iaitu Chomphon, Raknong, Suratthani, Trang, Krabi, Nakhorn Sri Thammarat, Phuket, Phangnga dan
Phatthelung; komposisi kaum dianggarkan : Melayu dan/atau Thai Muslim 35%, Siam Buddhist 30%, China 20%, Pakistan/India
0.7% lain-lain etnik (Burma, Laus & Kembodia, Eropah) 8%.


    Selepas Kerajaan Melayu Patani ditakluki dan dijajah oleh Kerajaan Siam Ayuthaya, Penjajah Siam secara perlahan-lahan telah
menukarkan nama-nama


    semua 14 wilayah ini dengan nama-nama baru atau diadoptasikan dari nama-nama asal Melayu : Chomphon (Chupak);
Raknong (Renong); Krabi (Gerbi); Surathani (Surat/Chahaya); Trang (Terang); Nakhon Sri Thammarat (Legor); Phuket (Bukit);
Phatthalung (Bedelong); Songkhla (Sanggora); Satun (Setul); Pattani (Patani); Yala (Jala); Narathiwat (Menara).
DA S A R A S S I M I L A S I DA N
                      PENGHAPUSAN ETNIK :

 Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi
dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara
dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.


 Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya
melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang
dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan
politik pembebasan.


 Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka
bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan
pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.
DA S A R A S S I M I L A S I DA N
                      PENGHAPUSAN ETNIK :

 Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi
dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara
dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.


 Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya
melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang
dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan
politik pembebasan.


 Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka
bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan
pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.
K E R A J A A N K E S U L TA N A N M E L A Y U D I
                              PA TA N I :

   Menuntut catatan sejarah Asia Tenggara dan Sejarah Dunia , menjelaskan bahawa sejak abad Kedua dan Ketiga lagi
telah wujud sebuah Kerajaan Melayu sebelum Islam yng berpusat di Patani dengan nama Negara Langkasuka. Daerah
pemerintahannya meliputi seluruh utara Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) dari Segenting Kera (Ithmus of Kra)
sehingga ke selatan bersempadankan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, (Malaysia sekarang).


   Setelah pemerintahan Langkasuka menerima Islam dalam Abad 10, maka sebutan nama Negara Langkasuka digantikan
dengan nama Kerajaan Melayu Islam Patani atau panggilan ringkasnya Negara Patani. Ini dibuktikan dari kesan peninggalan
Batu Nesan bertulisan Kufi di perkuburan tua Kota Marhum di Tanjung Budi bertarikh 1039 Masehi.


   Pusat pemerintahan Kerajaan Patani pada waktu itu berperanan sebagai pusat pertukaran barangan dan perdagangan
(Barter Trade) antara Negara Timur dan Barat. Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah Negara terkenal ,
termaju dan teragung di Rantau ini disamping Negara Pasai (Acheh sekarang).


   Ini juga membuktikan kewujudan Negara Patani mendahului Kerajaan Melayu Melaka, yang hanya wujud dalam tahun
1411 Masehi.
T I N DA K A N P R OV O K A T I F K E R A J A A N AY U T T H AYA
            ( T H A I L A N D ) T E R H A DA P N E G A R A PA T A N I :



 Keadaan Negara Patani yang masyhor dan strategic ini telah menimbulkan irihati (jealous)
Kerajaan Siam Ayutthaya untuk bertindak dan menguasai Negara Patani menghantar Tentera
Lautnya ke Perairan Patani bagi menggugat keamanan dan kemajuan perdagangan serta
mengganggu kedatangan kapal dagangan dari luar memasuki pelabuhan Negara Patani.



 Dengan itu berlakulah peperangan antara kedua-dua Negara dalam tahun 1603; 1632 dan
1633 dengan kekalahan teruk di pihak Siam. Keadaan ini amat mengecewakan Kerajaan Siam
dan menjadi api dendam kesumat yang berpanjangan.
DASAR PEMENCILAN ATYUTTHYA                                            TERHADAP
                        PA TA N I :



 Bagi tujuan meneruskan usaha dan niat untuk menghancurkan Kerajaan Patani, Kerajaan Siam
Ayutthaya melancarkan beberapa strategi baru bagi melemahkan Kerajaan Patani untuk tujuan
penaklukannya kemudian. Antara lain ialah :
         1)   menyerang dan menakluki wilayah-wilayah Utara Negara Patani, yang dianggap lemah, dimana
              kekuatan ketenteraan pusat tidak begitu utuh dan menyeluruh. Dengan itu bermulalah
              penaklukan satu demi satu wilayah seperti Chomphon, Raknong, Suratthani dan lain-lain sehingga
              ke Legor ( Nakhorn Sri Thammarat) menjadi mangsa kepada pencerobohan tersebut.
         2)   memencilkan Negara Patani dengan mengganggu gugat Negara-negara jiran untuk tidak membuat
              perhubungan Negara Patani dengan ancaman perang terhadap mereka.


 Strategi itu begitu berkesan dan berjaya sehingga pelabuhan dan pusat perdagangan Negara
Patani telah kehilangan daya saing dengan pelabuhan Negara lain seperti Melaka,(Malaysia) yang
jatuh ketangan Penjajah Portugis (Portugal), dalam tahun 1511 dan Batavi (Indonesia) jatuh
kepada Belanda (Dutch). Keagungan Negara Patani dan pelabuhan serta kekuatannya telah kian
menurun dan kekuatan pertahanan menjadi goyah dan tercabar serta dicabar.
K E J A T U H A N K E R A J A A N PA TA N I & T I N D A K A N
                        BALAS DENDAM SIAM :



 Berdasarkan fakta sejarah , Kerajaan Melayu dikalahkan oleh Kerajaan Siam Ayutthaya pada
tahun 1786 iaitu kira-kira 183 tahun setelah usahanya gagal dalam bebarapa kali percubaan
serangan ke atas Negara Patani sejak tahun 1603.


 Angkatan Tentera Siam dibawah pimpinan Praya Klahom telah berjaya mendarat kan
tenteranya, lalu berlakulah peperangan yang amat sengit didarat dan laut dengan diketuai sendiri
oleh Sultan Mohamad yang menduduki takhta selepas kemangkatan Sultan Emas Chayam dalam
tahun 17865. Dalam peperangan ini (1786) baginda Sultan telah mangkat syahid.


 Serentak dengan kekalahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani ini, maka bermulalah
tindakan balas dendam yang bersifat pencabulan, kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat
Melayu Patani.
P E R M U L A A N K UA S A T H A I L A N D             KE     A TA S
                             N E G A R A PA TA N I :


 Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1787 Kerajaan Siam Ayutthaya telah meletakkan
Negara Patani di bawah kuasa pentadbiran Raja Nakhorn Sri Thammarat ( Legor) dan telah
melantik Tengku Lamidin seorang kerabat di Raja Patani sebagai raja boneka dengan
mengangkat sumpah untuk taat setia dan patuh kepada pemerintahan Kerajaan Ayutthaya serta
menghantar “ Bunga Ufti” sekali dalam masa 3 tahun sebagai tanda bersetuju bernaung di
bawahnya.


 Sebagai tanda menunjukkan kuasanya, Kerajaan Thailand telah membuat beberapa
penyusunan semula wilayah-wilayah , maka daerah-daerah dalam wilayah Patani telah
dirombak . Daerah Tiba (Thepa), Chenak (Channak), Sanggora (Songkhla), Bedelung (Pathalung)
dikeluarkan dari wilayah Patani lalu diletakkan atau dimasukkan kedalam Wilayah Nakhorn
Sri Thammarat (Legor).
P E M B E R O N TA K A N                        1789 ; 1808;                   &      IMPLIKASINYA

    Pada tahun 1789 , Tengku Lamidin mengetuai gerakan pemberontakan bersama rakyat menentang kuasa-kuasa pentadbiran Kerajaan
Ayutthaya yang dipeturunkan kepada Raja Nahkorn Sri Thammarat. Pada peringkat awalnya, pemberontakan ini amat berjaya sehingga dapat
menguasai semula seluruh daerah Patani yang diserahkan kepada Raja Legor/ Nakhorn dan menguasai semula seluruh system pentadbiran dan
institusi Negara Patani. Setelah tiga tahun memerintah dan mempertahan kedaulatannya, Kerajaan Patani di bawah Sultan Lamidin telah
dikalahkan pada tahun 1791 dan Negara Patani sekali lagi jatuh ke tangan Kerajaan Siam Ayutthaya. Manakala Sultan Lamidin turut terbunuh
dalam peperangan.


    Sebagai implikasi dari kekalahan Negara Patani kali ke 2 ini, Kerajaan Siam telah mengaplikasikan system Pesuruhjaya (Commissioner
System ) disamping seorang Raja/Sultan yang dilantik . Raja Datuk Pengkalan telah dilantik sebagai Sultan dalam era kedua kejatuhan Negara
Patani.. Dalam tahun yang sama , Daerah Songkhla telah naik taraf menjadi wilayah baru di luar Wilayah Patani dan Wilayah
Nakhorn Sri Thammarat serta berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran baru kepada Kerajaan       Siam.


    Dalam tahun 1808, satu lagi pemberontakan menentang Kerajaan Ayutthya dan mengejutkan Pentadbiran Siam di Songkhla apabila
Sultan Datuk Pengkalan yang dilantik bangun bersama rakyatnya membebaskan semula Negara Patani dari penjajah Siam (Thai) dan dalam
tahun 1810 mereka kecundang untuk kesekian kalinya. Akibat dari kekalahan ini, Sultan sendiri terbunuh manakala pembesar lain telah
ditangkap dan tawan, sesetengahnya berpindah membawa diri ke pendalaman atau berhijrah ke Negeri-negeri Melayu jirannya.
PERLAKSANAAN DASAR PECAH-P ECAH                                        &
                        P E R I N TA H :


 Negara Patani telah dipecahkan kepada 14 wilayah kecil iaitu Pattani; Nongchik; Yala; Raman;
Yaring; Teluban dan Legeh, dengan melantik beberapa Raja-Raja memerintah wilayah-wilayah kecil ini
dengan diberi mentadbir dalam urusan adat istiadat dan hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan
sahaja. Raja-Raja ini ditentukan tempuh kedudukan mereka selama mana mereka patuh dan taat
kepada Kerajaan Thai.


 Manakala 7 wilayah kecil yang lain diletak terus di bawah pemerintahan yang berpusat di
Songkhla. Seperti Narathiwat, Satun; dan Songkhla sendiri.


 Tindakan begini dibuat dengan tujuan untuk melupuskan kedaulatan Raja-Raja dan merupakan
satu proses awal untuk menjadikan semua wilayah Negara Patani sebagai sebahagian dari kawasan
daerah kepunyaan Negara Thai
P E M B E R O N TA K A N                     TA H U N         1832   :


 Semua Raja-Raja di 7 wilayah yang dahulunya dipecah-pecahkan kembali bersatu menentang penjajah Thai .
Gerakan ini berjaya menguasai semula semua daerah dan wilayah dan terus mara sehingga hampir ke pusat
pentadbiran Siam di Songkhla. Kekurangan kelengkapan senjata api dan masalah logistik merupakan penyebab utama
kegagalan mereka dalam setiap peperangan yang mereka hadapi. Orang-orang Patani telah dikalahkan dengan teruk
apabila bantuan 4 ketumbukan tentera dari Bangkok tiba di pelabuhan Songkhla dengan peralatan senjata yang lebih
baik seperti senapang dan meriam. Kekalahan kali ini merupakan peperangan terakhir yang dipelopori oleh Raja-raja
Melayu Patani, manakala Kerajaan Siam secara berterusan memperketatkan penguasaannya ke atas Negara Patani.
                   1.   Raja   Wilayah   Pattani   dinamakan   Praya Wichit Pakdi,
                   2.   Raja   Wilayah   Nngchik       “       Praya Phichar Phibul
                   3.   Raja   Wilayah   Teluban        “      Praya Ratna Pakdi
                   4.   Raja   Wilayah   Yala          “       Praya Narongrit Pakdi
                   5.   Raja   Wilayah   Legeh         “        Praya Pupa Pakdi
                   6.   Raja   Wilayah   Yaring        “        Praya Pipit Pakdi
                   7. Raja Wilayah Raman               “
LANGKAH                PENGHAPUSAN RAJA-RAJA                                     MELAYU
                                     PA TA N I 1 9 0 2 :
 Sultan Sulaiman Shariffaddin Patani telah mangkat dalam tahun 1899, Tengku Abdul Qadir Qamaruddin telah
ditabalkan sebagai Sultan Patani, yang mana baginda merupakan sultan terakhir di Patani.

 1902 menjadi tahun perlaksanaan untuk menghapuskan keseluruhan hak yang masih tinggal kepada Raja-Raja
Melayu

 Pihak Thai telah menyatukan semula ketujuh-tujuh negeri kecil Patani dan diletakkan di bawah satu pemerintahan
pusat yang dipanggil “Bariwen”. Perlantikan seorang Pesuruhjaya Thai untuk mengepalai pentadbiran baru di situ,
tetapi masih diletakkan di bawah pengurusan dan penguasaan Pesuruhjaya Tinggi Siam yang berpejabat di Sanggora
(Songkhla).

 Bangkok telah menghantar seorang pegawai kanannya ke Patani untuk memujuk atau jika perlu memaksa Raja-
Raja berkenaan untuk melepaskan semua hak dan kuasa kepada Raja Thai. Sebagai balasan, Raja-Raja itu serta
keluarganya dijanjikan pampasan dan wang persaraan untuk sepanjang hayat, dengan syarat perbendaharaan dan
kewangan negeri-negeri berkenaan diserahkan kepada Raja Siam.
Pada tahun 1899, Raja Patani Sultan Abdul Qadir Qamaruddin menaiki takhta negeri Pattani
selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Sulaiman Sharifaddin. Sultan Qamaruddin sama
sekali tidak dapat menerima semua saranan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Raja
Siam. Baginda dapat merasakan segala tipudaya dan helah serta niat jahat penjajah Siam
untuk melenyapkan segala saki baki kedaulatan dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu dan
bertujuan menipu orang-orang Melayu dan menelan negeri-negeri Melayu pada akhirnya.

Sultan Qamaruddin telah membuat bantahan dan menuduh Thailand untuk :

1.   cuba menghapus segala bentuk tradisi Melayu dan Islam yang berhubung kait dengan
     undang-undang Syariah, keadilan, jenayah, muamalat, pembahagian harta pusaka dan lain-
     lain.
2.   cuba memperkenal dan mengamalkan pengajaran agama Buddha kepada umat Melayu
     Islam Patani.
3.   membatalkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat.
4.   membiarkan perlakuan jenayah seks orang- orang Siam terhadap perempuan Islam .
5.   perlantikan Pesuruhjaya Siam ke Patani bertujuan untuk melaksanakan kutipan cukai
     secara paksa kepada rakyat.
6.   campurtangan Pesuruhjaya Siam dalam urusan pungutan cukai pintu atau kepala yang
     dibuat untuk tujuan menghantar Bunga Ufti ke Bangkok.
7.   Pesuruhjaya Siam telah mengenakan cukai garam secara paksa.

More Related Content

What's hot

Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaan
Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaanPenggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaan
Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaanYABES HULU
 
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan MajapahitKerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan MajapahitRafika N. Septikasari
 
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)client7
 
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraBab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraNipafrutican
 
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melakanieda79iman
 
Bab 5 kegemilangan kerajaan melaka
Bab 5 kegemilangan kerajaan melakaBab 5 kegemilangan kerajaan melaka
Bab 5 kegemilangan kerajaan melakaNorhayati Saffie
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
Kerajaan Isam di indonesia Komplit
Kerajaan Isam di indonesia KomplitKerajaan Isam di indonesia Komplit
Kerajaan Isam di indonesia KomplitImron Sanjaya
 
kerajaan majapahit
kerajaan majapahitkerajaan majapahit
kerajaan majapahitYeni Rahayu
 
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesia
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesiaPeninggalan sejarah bercorak islam di indonesia
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesiaNasrullah Sulaiman
 
Kerajaan Majapahit
Kerajaan MajapahitKerajaan Majapahit
Kerajaan MajapahitVionitaVf
 
Kerajaan majapahit
Kerajaan majapahitKerajaan majapahit
Kerajaan majapahitAmalisa Icha
 
History kerajaan kutai
History  kerajaan kutaiHistory  kerajaan kutai
History kerajaan kutaiFloSihombing
 

What's hot (20)

Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaan
Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaanPenggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaan
Penggalian nilai nilai pancasila di masa kerajaan
 
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan MajapahitKerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit
Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit
 
Kerajaan Majapahit (9)
Kerajaan Majapahit (9)Kerajaan Majapahit (9)
Kerajaan Majapahit (9)
 
Makalah kerajaan 2
Makalah kerajaan 2Makalah kerajaan 2
Makalah kerajaan 2
 
Hieronimus zonnwells
Hieronimus zonnwellsHieronimus zonnwells
Hieronimus zonnwells
 
Nota hbg luar1
Nota hbg luar1Nota hbg luar1
Nota hbg luar1
 
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
 
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraBab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
 
Presentasi demak
Presentasi demakPresentasi demak
Presentasi demak
 
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
 
Bab 5 kegemilangan kerajaan melaka
Bab 5 kegemilangan kerajaan melakaBab 5 kegemilangan kerajaan melaka
Bab 5 kegemilangan kerajaan melaka
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Kerajaan Isam di indonesia Komplit
Kerajaan Isam di indonesia KomplitKerajaan Isam di indonesia Komplit
Kerajaan Isam di indonesia Komplit
 
kerajaan majapahit
kerajaan majapahitkerajaan majapahit
kerajaan majapahit
 
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesia
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesiaPeninggalan sejarah bercorak islam di indonesia
Peninggalan sejarah bercorak islam di indonesia
 
Bab 3 f4
Bab 3 f4Bab 3 f4
Bab 3 f4
 
T4 bab 3[1]
T4 bab 3[1]T4 bab 3[1]
T4 bab 3[1]
 
Kerajaan Majapahit
Kerajaan MajapahitKerajaan Majapahit
Kerajaan Majapahit
 
Kerajaan majapahit
Kerajaan majapahitKerajaan majapahit
Kerajaan majapahit
 
History kerajaan kutai
History  kerajaan kutaiHistory  kerajaan kutai
History kerajaan kutai
 

Similar to Persejarahan negara patani

Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxRelaHaspiranza
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Cg Sue
 
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)maghfiraputeri
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxNugrohoPriyo4
 
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayu
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayuKehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayu
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayuMuhammad Rauf
 
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan Melayu
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan MelayuKehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan Melayu
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan MelayuMuhammad Rauf
 
Majalah surat-bulan-4-2018-m
Majalah surat-bulan-4-2018-mMajalah surat-bulan-4-2018-m
Majalah surat-bulan-4-2018-mBulia Binmunkar
 
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Maluku
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan MalukuKerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Maluku
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Malukuvaniatalita1
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaOddy Syaputra
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaOddy Syaputra
 
Kerajaan Singasari dan Banten
Kerajaan Singasari dan BantenKerajaan Singasari dan Banten
Kerajaan Singasari dan BantenbellaAArindy
 
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdf
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdfCoklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdf
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdfAlexanderErwinNugroh
 
Kerajaan Maluku,Papua,dan Nusatenggara
Kerajaan Maluku,Papua,dan NusatenggaraKerajaan Maluku,Papua,dan Nusatenggara
Kerajaan Maluku,Papua,dan NusatenggaraDiennisa Thahira
 
Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia ayu larissa
 
Kerajaan ternate dan tidore
Kerajaan ternate dan tidoreKerajaan ternate dan tidore
Kerajaan ternate dan tidoreMhd Canales
 
Geografi Regional Dunia (Thailand)
Geografi Regional Dunia (Thailand)Geografi Regional Dunia (Thailand)
Geografi Regional Dunia (Thailand)Alawiyahipeh
 

Similar to Persejarahan negara patani (20)

Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
Majalah surat-10-2018-m
Majalah surat-10-2018-mMajalah surat-10-2018-m
Majalah surat-10-2018-m
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3
 
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)
Sejarah Wajib - Kerajaan Majapahit (Kelas X)
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayu
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayuKehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayu
Kehidupan ekonomi, sosial, politik dan budaya kerajaan melayu
 
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan Melayu
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan MelayuKehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan Melayu
Kehidupan Ekonomi, Sosial, Budaya dan Politik Kerajaan Melayu
 
Majalah surat-bulan-4-2018-m
Majalah surat-bulan-4-2018-mMajalah surat-bulan-4-2018-m
Majalah surat-bulan-4-2018-m
 
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Maluku
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan MalukuKerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Maluku
Kerajaan Banjar, Gowa-Tallo, dan Maluku
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di Jawa
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di Jawa
 
Kerajaan Singasari dan Banten
Kerajaan Singasari dan BantenKerajaan Singasari dan Banten
Kerajaan Singasari dan Banten
 
SEJARAH KELAS X K13
SEJARAH KELAS X K13SEJARAH KELAS X K13
SEJARAH KELAS X K13
 
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdf
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdfCoklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdf
Coklat dan Putih Klasik Tugas Sejarah Presentasi_20240125_105648_0000 (1).pdf
 
Kerajaan Maluku,Papua,dan Nusatenggara
Kerajaan Maluku,Papua,dan NusatenggaraKerajaan Maluku,Papua,dan Nusatenggara
Kerajaan Maluku,Papua,dan Nusatenggara
 
Kerajaan mataram islam
Kerajaan mataram islamKerajaan mataram islam
Kerajaan mataram islam
 
Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia
 
Kerajaan ternate dan tidore
Kerajaan ternate dan tidoreKerajaan ternate dan tidore
Kerajaan ternate dan tidore
 
Mid
MidMid
Mid
 
Geografi Regional Dunia (Thailand)
Geografi Regional Dunia (Thailand)Geografi Regional Dunia (Thailand)
Geografi Regional Dunia (Thailand)
 

Persejarahan negara patani

  • 1.  SELAMAT DATANG DEWAN PERSIDANGAN  MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI  PARLIMEN PATANI DALAM BUANGAN TARIKH : 28 RABIUAL AWAL 1434 / 9HB FEBRUARI 2013 LOKASI : BANGUNAN MCOBA KUALA LUMPUR
  • 2. P E R S E J A R A H A N N E G A R A PA TA N I K E B A N G K I TA N , P E N J A J A H A N DA N P E R J UA N G A N P E M B E B A S A N MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI (M.P.R.M.P)
  • 3. LATARBELAKANG NEGARA PATANI :  Negara Patani adalah sebuah Negara yang terletak dalam lingkungan Gugusan Pulau-pulau Melayu ( Malay Archepilago) di Asia Tenggara (South East Asia) yang meliputi seluruh Nusantara Indonesia, Brunei, Philipina, Madagaska Malaysia dan Patani.  Negara Patani bermula dari Segenting Kra (Ithmus of Kra) bersempadankan Negara Burma (Myanmar), Negara Siam (Thai) Ayutthaya) di sebelah Utara dan di sebelah Baratnya bersempadankan Laut Andaman dan Laut Selat Melaka dan Negeri-Negeri Perlis, Kedah, Perak dan di sebelah Selatannya Negeri Kelantan (Malaysia) , manakala di sebelah Timurnya bersempadankan Laut China Selatan.  Penduduk asalnya adalah terdiri dari Bangsa Melayu Patani dalam kelompok Bangsa Melayu serumpun yang besar yang mempunyai lebih dari 200 juta Ummat dengan Negara Patani menyumbangkan seramai 3 juta orang.
  • 4. K E S A N P E N JA JA H A N S I A M K E ATA S N YA  Kini, anda lebih mengenali Patani dengan panggilan Selatan Thailand (South Thailand) daripada mengenalinya sebagai sebuah Negara Patani yang mempunyai sejarahnya yang panjang.  Justeru itu, kajian dari sudut sejarah, geografi dan pasarana masyarakatnya yang amat unik dan masih mewarisi nilai-nilai tradisi dan budayanya yang tersendiri, menjadi satu keperluan untuk tujuan tersebut
  • 5. K E P E N D U D U K A N DA N P E RW I L AYA H A N N E G A R A PA TA N I  Kini di 14 Wilayah-wilayah Patani Selatan Thailand didiami oleh pelbagai bangsa dengan jumlah penduduknya mencapai 15 juta orang. Kira-kira 5 juta tinggal di 5 wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun. Komposisi kaum/bangsa di 5 wilayah ini dianggarkan 80% Melayu, 12% Siam, 6% China dan 1.5% India/Pakistan dan 0.5% lain-lain etnik.  Manakala di 9 wilayah lain iaitu Chomphon, Raknong, Suratthani, Trang, Krabi, Nakhorn Sri Thammarat, Phuket, Phangnga dan Phatthelung; komposisi kaum dianggarkan : Melayu dan/atau Thai Muslim 35%, Siam Buddhist 30%, China 20%, Pakistan/India 0.7% lain-lain etnik (Burma, Laus & Kembodia, Eropah) 8%.  Selepas Kerajaan Melayu Patani ditakluki dan dijajah oleh Kerajaan Siam Ayuthaya, Penjajah Siam secara perlahan-lahan telah menukarkan nama-nama  semua 14 wilayah ini dengan nama-nama baru atau diadoptasikan dari nama-nama asal Melayu : Chomphon (Chupak); Raknong (Renong); Krabi (Gerbi); Surathani (Surat/Chahaya); Trang (Terang); Nakhon Sri Thammarat (Legor); Phuket (Bukit); Phatthalung (Bedelong); Songkhla (Sanggora); Satun (Setul); Pattani (Patani); Yala (Jala); Narathiwat (Menara).
  • 6. DA S A R A S S I M I L A S I DA N PENGHAPUSAN ETNIK :  Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.  Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan politik pembebasan.  Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.
  • 7. DA S A R A S S I M I L A S I DA N PENGHAPUSAN ETNIK :  Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.  Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan politik pembebasan.  Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.
  • 8. K E R A J A A N K E S U L TA N A N M E L A Y U D I PA TA N I :  Menuntut catatan sejarah Asia Tenggara dan Sejarah Dunia , menjelaskan bahawa sejak abad Kedua dan Ketiga lagi telah wujud sebuah Kerajaan Melayu sebelum Islam yng berpusat di Patani dengan nama Negara Langkasuka. Daerah pemerintahannya meliputi seluruh utara Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) dari Segenting Kera (Ithmus of Kra) sehingga ke selatan bersempadankan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, (Malaysia sekarang).  Setelah pemerintahan Langkasuka menerima Islam dalam Abad 10, maka sebutan nama Negara Langkasuka digantikan dengan nama Kerajaan Melayu Islam Patani atau panggilan ringkasnya Negara Patani. Ini dibuktikan dari kesan peninggalan Batu Nesan bertulisan Kufi di perkuburan tua Kota Marhum di Tanjung Budi bertarikh 1039 Masehi.  Pusat pemerintahan Kerajaan Patani pada waktu itu berperanan sebagai pusat pertukaran barangan dan perdagangan (Barter Trade) antara Negara Timur dan Barat. Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah Negara terkenal , termaju dan teragung di Rantau ini disamping Negara Pasai (Acheh sekarang).  Ini juga membuktikan kewujudan Negara Patani mendahului Kerajaan Melayu Melaka, yang hanya wujud dalam tahun 1411 Masehi.
  • 9. T I N DA K A N P R OV O K A T I F K E R A J A A N AY U T T H AYA ( T H A I L A N D ) T E R H A DA P N E G A R A PA T A N I :  Keadaan Negara Patani yang masyhor dan strategic ini telah menimbulkan irihati (jealous) Kerajaan Siam Ayutthaya untuk bertindak dan menguasai Negara Patani menghantar Tentera Lautnya ke Perairan Patani bagi menggugat keamanan dan kemajuan perdagangan serta mengganggu kedatangan kapal dagangan dari luar memasuki pelabuhan Negara Patani.  Dengan itu berlakulah peperangan antara kedua-dua Negara dalam tahun 1603; 1632 dan 1633 dengan kekalahan teruk di pihak Siam. Keadaan ini amat mengecewakan Kerajaan Siam dan menjadi api dendam kesumat yang berpanjangan.
  • 10. DASAR PEMENCILAN ATYUTTHYA TERHADAP PA TA N I :  Bagi tujuan meneruskan usaha dan niat untuk menghancurkan Kerajaan Patani, Kerajaan Siam Ayutthaya melancarkan beberapa strategi baru bagi melemahkan Kerajaan Patani untuk tujuan penaklukannya kemudian. Antara lain ialah : 1) menyerang dan menakluki wilayah-wilayah Utara Negara Patani, yang dianggap lemah, dimana kekuatan ketenteraan pusat tidak begitu utuh dan menyeluruh. Dengan itu bermulalah penaklukan satu demi satu wilayah seperti Chomphon, Raknong, Suratthani dan lain-lain sehingga ke Legor ( Nakhorn Sri Thammarat) menjadi mangsa kepada pencerobohan tersebut. 2) memencilkan Negara Patani dengan mengganggu gugat Negara-negara jiran untuk tidak membuat perhubungan Negara Patani dengan ancaman perang terhadap mereka.  Strategi itu begitu berkesan dan berjaya sehingga pelabuhan dan pusat perdagangan Negara Patani telah kehilangan daya saing dengan pelabuhan Negara lain seperti Melaka,(Malaysia) yang jatuh ketangan Penjajah Portugis (Portugal), dalam tahun 1511 dan Batavi (Indonesia) jatuh kepada Belanda (Dutch). Keagungan Negara Patani dan pelabuhan serta kekuatannya telah kian menurun dan kekuatan pertahanan menjadi goyah dan tercabar serta dicabar.
  • 11. K E J A T U H A N K E R A J A A N PA TA N I & T I N D A K A N BALAS DENDAM SIAM :  Berdasarkan fakta sejarah , Kerajaan Melayu dikalahkan oleh Kerajaan Siam Ayutthaya pada tahun 1786 iaitu kira-kira 183 tahun setelah usahanya gagal dalam bebarapa kali percubaan serangan ke atas Negara Patani sejak tahun 1603.  Angkatan Tentera Siam dibawah pimpinan Praya Klahom telah berjaya mendarat kan tenteranya, lalu berlakulah peperangan yang amat sengit didarat dan laut dengan diketuai sendiri oleh Sultan Mohamad yang menduduki takhta selepas kemangkatan Sultan Emas Chayam dalam tahun 17865. Dalam peperangan ini (1786) baginda Sultan telah mangkat syahid.  Serentak dengan kekalahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani ini, maka bermulalah tindakan balas dendam yang bersifat pencabulan, kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Melayu Patani.
  • 12. P E R M U L A A N K UA S A T H A I L A N D KE A TA S N E G A R A PA TA N I :  Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1787 Kerajaan Siam Ayutthaya telah meletakkan Negara Patani di bawah kuasa pentadbiran Raja Nakhorn Sri Thammarat ( Legor) dan telah melantik Tengku Lamidin seorang kerabat di Raja Patani sebagai raja boneka dengan mengangkat sumpah untuk taat setia dan patuh kepada pemerintahan Kerajaan Ayutthaya serta menghantar “ Bunga Ufti” sekali dalam masa 3 tahun sebagai tanda bersetuju bernaung di bawahnya.  Sebagai tanda menunjukkan kuasanya, Kerajaan Thailand telah membuat beberapa penyusunan semula wilayah-wilayah , maka daerah-daerah dalam wilayah Patani telah dirombak . Daerah Tiba (Thepa), Chenak (Channak), Sanggora (Songkhla), Bedelung (Pathalung) dikeluarkan dari wilayah Patani lalu diletakkan atau dimasukkan kedalam Wilayah Nakhorn Sri Thammarat (Legor).
  • 13. P E M B E R O N TA K A N 1789 ; 1808; & IMPLIKASINYA  Pada tahun 1789 , Tengku Lamidin mengetuai gerakan pemberontakan bersama rakyat menentang kuasa-kuasa pentadbiran Kerajaan Ayutthaya yang dipeturunkan kepada Raja Nahkorn Sri Thammarat. Pada peringkat awalnya, pemberontakan ini amat berjaya sehingga dapat menguasai semula seluruh daerah Patani yang diserahkan kepada Raja Legor/ Nakhorn dan menguasai semula seluruh system pentadbiran dan institusi Negara Patani. Setelah tiga tahun memerintah dan mempertahan kedaulatannya, Kerajaan Patani di bawah Sultan Lamidin telah dikalahkan pada tahun 1791 dan Negara Patani sekali lagi jatuh ke tangan Kerajaan Siam Ayutthaya. Manakala Sultan Lamidin turut terbunuh dalam peperangan.  Sebagai implikasi dari kekalahan Negara Patani kali ke 2 ini, Kerajaan Siam telah mengaplikasikan system Pesuruhjaya (Commissioner System ) disamping seorang Raja/Sultan yang dilantik . Raja Datuk Pengkalan telah dilantik sebagai Sultan dalam era kedua kejatuhan Negara Patani.. Dalam tahun yang sama , Daerah Songkhla telah naik taraf menjadi wilayah baru di luar Wilayah Patani dan Wilayah Nakhorn Sri Thammarat serta berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran baru kepada Kerajaan Siam.  Dalam tahun 1808, satu lagi pemberontakan menentang Kerajaan Ayutthya dan mengejutkan Pentadbiran Siam di Songkhla apabila Sultan Datuk Pengkalan yang dilantik bangun bersama rakyatnya membebaskan semula Negara Patani dari penjajah Siam (Thai) dan dalam tahun 1810 mereka kecundang untuk kesekian kalinya. Akibat dari kekalahan ini, Sultan sendiri terbunuh manakala pembesar lain telah ditangkap dan tawan, sesetengahnya berpindah membawa diri ke pendalaman atau berhijrah ke Negeri-negeri Melayu jirannya.
  • 14. PERLAKSANAAN DASAR PECAH-P ECAH & P E R I N TA H :  Negara Patani telah dipecahkan kepada 14 wilayah kecil iaitu Pattani; Nongchik; Yala; Raman; Yaring; Teluban dan Legeh, dengan melantik beberapa Raja-Raja memerintah wilayah-wilayah kecil ini dengan diberi mentadbir dalam urusan adat istiadat dan hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan sahaja. Raja-Raja ini ditentukan tempuh kedudukan mereka selama mana mereka patuh dan taat kepada Kerajaan Thai.  Manakala 7 wilayah kecil yang lain diletak terus di bawah pemerintahan yang berpusat di Songkhla. Seperti Narathiwat, Satun; dan Songkhla sendiri.  Tindakan begini dibuat dengan tujuan untuk melupuskan kedaulatan Raja-Raja dan merupakan satu proses awal untuk menjadikan semua wilayah Negara Patani sebagai sebahagian dari kawasan daerah kepunyaan Negara Thai
  • 15. P E M B E R O N TA K A N TA H U N 1832 :  Semua Raja-Raja di 7 wilayah yang dahulunya dipecah-pecahkan kembali bersatu menentang penjajah Thai . Gerakan ini berjaya menguasai semula semua daerah dan wilayah dan terus mara sehingga hampir ke pusat pentadbiran Siam di Songkhla. Kekurangan kelengkapan senjata api dan masalah logistik merupakan penyebab utama kegagalan mereka dalam setiap peperangan yang mereka hadapi. Orang-orang Patani telah dikalahkan dengan teruk apabila bantuan 4 ketumbukan tentera dari Bangkok tiba di pelabuhan Songkhla dengan peralatan senjata yang lebih baik seperti senapang dan meriam. Kekalahan kali ini merupakan peperangan terakhir yang dipelopori oleh Raja-raja Melayu Patani, manakala Kerajaan Siam secara berterusan memperketatkan penguasaannya ke atas Negara Patani. 1. Raja Wilayah Pattani dinamakan Praya Wichit Pakdi, 2. Raja Wilayah Nngchik “ Praya Phichar Phibul 3. Raja Wilayah Teluban “ Praya Ratna Pakdi 4. Raja Wilayah Yala “ Praya Narongrit Pakdi 5. Raja Wilayah Legeh “ Praya Pupa Pakdi 6. Raja Wilayah Yaring “ Praya Pipit Pakdi 7. Raja Wilayah Raman “
  • 16. LANGKAH PENGHAPUSAN RAJA-RAJA MELAYU PA TA N I 1 9 0 2 :  Sultan Sulaiman Shariffaddin Patani telah mangkat dalam tahun 1899, Tengku Abdul Qadir Qamaruddin telah ditabalkan sebagai Sultan Patani, yang mana baginda merupakan sultan terakhir di Patani.  1902 menjadi tahun perlaksanaan untuk menghapuskan keseluruhan hak yang masih tinggal kepada Raja-Raja Melayu  Pihak Thai telah menyatukan semula ketujuh-tujuh negeri kecil Patani dan diletakkan di bawah satu pemerintahan pusat yang dipanggil “Bariwen”. Perlantikan seorang Pesuruhjaya Thai untuk mengepalai pentadbiran baru di situ, tetapi masih diletakkan di bawah pengurusan dan penguasaan Pesuruhjaya Tinggi Siam yang berpejabat di Sanggora (Songkhla).  Bangkok telah menghantar seorang pegawai kanannya ke Patani untuk memujuk atau jika perlu memaksa Raja- Raja berkenaan untuk melepaskan semua hak dan kuasa kepada Raja Thai. Sebagai balasan, Raja-Raja itu serta keluarganya dijanjikan pampasan dan wang persaraan untuk sepanjang hayat, dengan syarat perbendaharaan dan kewangan negeri-negeri berkenaan diserahkan kepada Raja Siam.
  • 17. Pada tahun 1899, Raja Patani Sultan Abdul Qadir Qamaruddin menaiki takhta negeri Pattani selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Sulaiman Sharifaddin. Sultan Qamaruddin sama sekali tidak dapat menerima semua saranan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Raja Siam. Baginda dapat merasakan segala tipudaya dan helah serta niat jahat penjajah Siam untuk melenyapkan segala saki baki kedaulatan dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu dan bertujuan menipu orang-orang Melayu dan menelan negeri-negeri Melayu pada akhirnya. Sultan Qamaruddin telah membuat bantahan dan menuduh Thailand untuk : 1. cuba menghapus segala bentuk tradisi Melayu dan Islam yang berhubung kait dengan undang-undang Syariah, keadilan, jenayah, muamalat, pembahagian harta pusaka dan lain- lain. 2. cuba memperkenal dan mengamalkan pengajaran agama Buddha kepada umat Melayu Islam Patani. 3. membatalkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat. 4. membiarkan perlakuan jenayah seks orang- orang Siam terhadap perempuan Islam . 5. perlantikan Pesuruhjaya Siam ke Patani bertujuan untuk melaksanakan kutipan cukai secara paksa kepada rakyat. 6. campurtangan Pesuruhjaya Siam dalam urusan pungutan cukai pintu atau kepala yang dibuat untuk tujuan menghantar Bunga Ufti ke Bangkok. 7. Pesuruhjaya Siam telah mengenakan cukai garam secara paksa.