Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Asas Pengurusan Islam
1. Sijil Pengajian Islam
Soalan Tugasan (Kerja Kursus)
(SPI 1230)
1.0 Pengenalan
Setiap pelajar yang mengambil kursus SPI 1230 (Asas Pengurusan Islam) dikehendaki
melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Setiap tugasan hendaklah dilaksanakan oleh sekumpulan
pelajar yang terdiri daripada 2 orang. Tugasan ini mewakili 30% daripada keseluruhan markah
kursus ini.
2.0 Tujuan dan Objektif
Kursus SPI 1230 ini bertujuan untuk mengetahui hukum Maqasid Syariah dalam melaksanakan
pengurusan secara Islam. Semua perkara tidak terkecuali daripada hukum ini termasuklah di
bidang pengurusan. Untuk mencapai tujuan tugasan ini, pelajar dikehendaki mencari dan
memberikan maklumat, pengetahuan dan kemahiran mengenai fungsi hukum Maqasid Syariah
dalam suatu kerangka konsep pengurusan dan menjelaskan bagaimana fungsi-fungsi pengurusan
seharusnya dilaksanakan.
3.0 Format Tugasan
Tugasan kerja kursus ini mestilah mengandungi komponen-komponen penulisan atau format
tugasan berikut:
-Tajuk
-Pendahuluan
-Latar belakang / Perspektif Kajian
-Tema Kajian
-Tujuan dan Objektif
-Kerangka Konsep Kajian
-Wacana Pemikiran
-Rumusan awal / Hipotesis
-Triangulasi & Penyataan Konsensus
-Rumusan Akhir
-Rujukan
2. 4.0 Format Penulisan Tugasan:
4.1 Penulisan kertas kerja tidak melebihi 20 muka surat.
4.2 Font 11 Times New Roman.
4.3 Langkau 1.5.
4.4 Sediakan kulit muka hadapan yang mengandungi tajuk tugasan, nama ahli-ahli kumpulan
beserta nombor matriks serta nama pensyarah.
4.5 Tarikh hantar tugasan adalah seminggu sebelum Peperiksaan Akhir.