Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kodaly
1. Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik
Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan
muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan
pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan
penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa
ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak
menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan
dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.
Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak
dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan
beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa,
latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta
muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan
pengalaman ingatan visual.
Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan
bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang
mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya
untuk mencipta muzik mereka sendiri.
Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan
muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa.
Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1)
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka
bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu
perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau
perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.
Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.
Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan
simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan
antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak “melihat” pic samada
ianya menaik atau menurun.
John Curwen (1816-1880) lahir
di Yorkshire England pengasas
isyarat tangan Tonik Solfa
1
2. Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu
tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-
lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit.
Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling
asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula diperingkat ini juga, mereka
diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik
muzik.
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.
Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan
bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan
bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.
2