1. Aku bukan wanita jalang
Yang menjual tubuh diranjang
Ranjangku tidak pernah goncang
Malam maupun siang
Aku bukan wanita pedagang cinta
Kerana cintaku hanya untuk DIA
Aku hanya berbagi sayang
Kerana sayang aku tak rasa terbuang
Aku wanita pengongsi rasa
Berkongsi apa sahaja yang lelaki damba
Bergulat dengan perasaan
Bukan dengan sentuhan
Menyatu kasih dalam alammaya
Mencentus ilham membara
Menjadi kuntuman-kuntuman indah
Mekar di ladang sastera
Aku wanita penyantun rasa
Tanpa menyentuh raga
SUHADIS
AdunGrafik NOSAISKANDAR
2.
3. NOSAISKANDAR
Hati yang tersungkur dan terluka
Merobek malam menoreh seribu duka
Kukepakkan sayap-sayap patahku
Mengikuti hembusan angin yang berlalu
Menghembuskan rindu….
Disudut hati yang beku…
yang retak, hancur bagai serpihan cermin
Berserakan ….
Sebelum hilang di terpa angin…
Sambil terduduk lemah….
Ku cuba kembali mengais sisa hati
Bercampur baur dengan debu
Ingin ku rengkuh…
Ku gapai kepingan di sudut hati…
Hanya bayangan yang ku dapat….
Ia menghilang saat mentari turun
dari peraduannya
Tak sanggup ku kepakkan kembali sayap ini
Ia telah patah..
Tertusuk duri-duri yang tajam….
Hanya bisa meratap….
Merintih..
Mencuba menggapai sebuah pegangan