Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
paperwork android 9 unitLATEST (9).docx
1. SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR
08110 BEDONG
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA MEMOHON PEMASANGAN ANDROID TV DI DALAM KELAS
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Singkir merupakan tempat para pelajar menimba pelbagai
ilmu pengetahuan dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun. Bagi memastikan segala
ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada pelajar dapat diolahkan maka
penggunaan teknologi yang baru dan terkini boleh menarik minat pelajar. Salah
satunya ialah penggunaan Android TV di dalam bilik darjah. Selain itu, ia
merupakan satu medium yang boleh menarik minat murid untuk belajar
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Ini merupakan satu kaedah baru yang sememangnya mampu memberi peluang
kepada guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berkesan serta dapat
menarik minat dan fokus murid. Ini adalah sebagai salah satu usaha pihak
sekolah bagi memastikan penggunaan IT seiring dengan keadaan semasa serta
dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini
adalah bersesuaian kerana SK Singkir merupakan sebuah sekolah yang terlibat
dalam Transformasi Sekolah ( TS25 ) kohort 2 dan merupakan sekolah
STEMEC bagi negeri Kedah.
2.0 RASIONAL
Berikut merupakan rasional penggunaan Android TV :
2.1 Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada.
2.1.1 9 unit televisyen Android t TV dijadikan sebagai gantian kepada
penggunaan projektor LCD yang kebanyakannya sudah rosak
2.1.2 penyediaan projektor LCD yang memakan masa dan juga sering
menimbulkan masalah teknikal
2. 2.2 Penggunaan Pendrive USB.
2.2.1 Penggunaan pendrive USB yang mudah di mana hanya perlu
dicucuk pada Android TV dan guru boleh terus mengajar
( penjimatan masa )
2.2.2 Tidak perlu membawa laptop kerana guru hanya perlu
menyimpan bahan atau maklumat PdPc yang akan digunakan di
dalam pendrive sahaja
2.2.3 Selain itu, penggunaan Phone atau table phone boleh disambung
terus ke Android TV
3.0 TUJUAN
3.1 Keperluan pelajar
Disebabkan hampir semua projektor LCD suatu masa dahulu sudah
rosak, maka dengan adanya Android TV ini, dapat menampung
kekurangan yang ada
3.2 Sebagai satu alat bantu mengajar guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
3.3 Mempelbagaikan kaedah PdPc yang bersifat interaktif
4.0 SASARAN
4.1 6 buah Android TV untuk kegunaan pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6, 1
buah untuk kegunaan murid pra sekolah, 1 buah untuk kelas pemulihan
dan 1 buah untuk kegunaan pejabat bagi memaparkan info-info am
sekolah kepada pelawat-pelawat
5.0 ANGGARANKOS
BIL PERKARA HARGA 1
UNIT ( RM )
JUMLAH ( RM ) CATATAN
1 Android TV 1400 1400 x 9 unit 12600
2 Bracket & Pemasangan 200 200 x 9 unit 1800
JUMLAH
KESELURUHAN
RM 14400
6.0 SUMBERKEWANGAN
Pihak sekolah dan PIBGakan cuba mendapatkan sumbangan daripada :
Bekas pelajar sekolah SK Singkir ( alumni )
Syarikat-syarikat / NGO
3. Ahli korporat
Lain-lain
7.0 PENUTUP
Adalah diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini
untuk kemajuan para pelajar dan juga sekolah ini.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
______________________ ________________________
MAHADIBINMOHAMAD
Setiausaha PIBGSK SINGKIR
Disahkan oleh :
______________________