3. Pengenalan
Echo Sounder adalah alat yang digunakan untuk
mengukur kedalaman dasar laut atau bawah air dengan
menggunakan sifat gelombang akustik. Prinsip asas
echo-sounder adalah mengukur masa perjalanan dua
arah antara gelombang akustik yang dipancarkan di
permukaan laut dan dipantulkan kembali oleh dasar
laut.
4. Kebanyakan echosounder mempunyai multi-frekuensi,
yang bermaksud bahawa frekuensi rendah (biasanya
sekitar 24 kHz) dapat dipancarkan pada masa yang
sama dengan frekuensi tinggi (biasanya sekitar 200
kHz). Oleh kerana kedua-dua frekuensi itu adalah
berlainan, kedua-dua isyarat yang kembali tidak saling
mengganggu antara satu sama lain.
Terdapat banyak kelebihan echosounder multi-frekuensi,
termasuk kemampuan untuk mengenal pasti lapisan
tumbuh-tumbuhan atau lapisan lumpur lembut di atas
lapisan batu.
5. Kebanyakan kerja-kerja hidrografi adalah menggunakan
transduser 200 kHz, yang sesuai untuk kerja di kawasan
nearshore hingga kedalaman 100 meter. Kawasan yang
lebih dalam memerlukan transduser frekuensi yang lebih
rendah iaitu frekuensi yang biasa digunakan untuk
kawasan air dalam adalah 33 kHz dan 24 kHz.
12. Kegunaan
• Topografi dasar laut
• Kerja-kerja penambakan atau korekan
dasar laut
• Navigasi kapal
• Perikanan
• Kajian geologi
• Pergerakan sedimen