Assalamualaikum & Salam Kedah Serata-rata, Kami memperkenalkan syarikat kami sempena strategi tahun 2015 untuk mengembangkan empayar syarikat dalam memberi perkhidmatan dan pengurusan majlis kepada para pelanggan yang di hormati. Qeddah Events telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini telah pun mempunyai kekuatan jaringan perniagaan yang kukuh serta berpengalaman dalam mengendalikan sebarang program mahupun majlis berprofil tinggi. Kami menyediakan perkhidmatan dari merancang,melakar dan melaksanakan setiap projek yang diberikan kepada kami. Dalam memastikan Pulangan Pelaburan ( ROI ) untuk projek berkaitan pelancaran,perasmian dan penjenamaan,kami mempunyai jalinan rapat dengan pihak media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Kami selalunya akan menjadi orang dibelakang tabir dalam sesuatu projek demi memberi impak kepada setiap pelanggan yang melantik kami. Antara projek berimpak yang pernah dikendalikan oleh kami seperti Karnival Usahawan Desa Peringkat Zon Utara, Malaysia International Paintball Competition The Sultan Of Kedah Cup, Malaysia International Weeding Festival dan beberapa acara kecil yang anda boleh lihat di laman portal kami http://www.qeddah.weebly.com. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi saya terus di talian tertera di bawah. Kami juga menyediakan perkhidmatan dalam apa jua bidang berkaitan pengurusan acara. Segala tindakan susulan dan budibicara pihak tuan terhadap email kami, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Muaturun Profil Syarikat Qeddah Klik Sini >>> Yang Benar, MOHD FAIROSE BIN MOHD YAACOB [ TAMTAM ] Event Manager 010-776 9363 QEDDAH EVENTS No.114 Jalan 25 Taman Petani Jaya 08000 Sungai Petani Kedah Darulaman Tel | 04-424 2236 Email | qeddahevent@gmail.com Portal | www.qeddahapps.weebly.com