Unit kawalan perubatan swasta pengenalan proses kerja
1. Unit Kawalan Perubatan Swasta
PENGENALAN
Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertanggungjawab ke atas pemantauan dan pendaftaran fasiliti -fasiliti
kesihatan swasta di negeri Negeri Sembilan spertimana diperuntukkan dalam Akta Kemudahahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta yang disediakan adalah berkualiti,cekap dan
telus berlandaskan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan akta-akta lain yang
berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
- Menyelaras semua aktiviti pendaftaran klinik perubatan dan pergigian swasta
- Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan dengan pelesenan kemudahan swasta
- Menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan untuk semua kemudahan swasta di negeri Negeri Sembilan
- Menyelaras semua aduan berkaitan kemudahan swasta di negeri Negeri Sembilan
PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTA & KLINIK PERGIGIAN SWASTA
- Di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586), semua klinik
perubatan swasta dan klinik pergigian swasta (Seksyen 4 Akta 586) perlu didaftarkan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia sekali sahaja sepanjang hayatpremis melainkan ada pindaan hak milik atau pertukaran
premis.
- Bayaran fee untuk pendaftaran klinik ialah sebanyak RM 1,500.00 di mana RM 500 adalah untuk fee
pemprosesan dan RM1,000 bagi fee pengeluaran.
- Adalah menjadi satau kesalahan jika klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta tidak mendaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika sabitkesalahan bolehdikenakan denda tidak melebihi RM
300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendaftaran boleh dibuatdengan 2 cara :
Garispanduan bagi pendaftaran klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta boleh melayari laman web
Bahagian Amalan Perubatan,Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:- http://medicalprac.moh.gov.my
a. Manual
- Menggunakan Borang A yang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan,Tingkat12,Wisma
Persekutuan,Jalan Gambut,25000 Kuantan, Negeri Sembilan.
b. Online
- Dengan melayari laman web berikut - http://medpcs.moh.gov.my
PERLESENAN
- Semua jenis kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta seperti di bawah ini perlu mendapat
kelulusan dan lesen untuk menubuhkan dan menyenggarakan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan
Swasta,Bahagian Amalan Perubatan,Kementerian Kesihatan Malaysia.
- UKAPS Negeri hanya menguruskan permohonan pembaharuan lesen (2 tahun sekali)
2. - Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Tahun
1998 (Akta 586), jika premis beroperasi tanpa lesen mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 5 dalam akta yang
sama,memperuntukkan denda tidak melebihi RM 300,000 atau dipenjarakan selama enam tahun atau
kedua-duanya
PENGUATKUASAAN AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
(AKTA 586)
- Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)
- Menjalankan pemeriksaan berkala dengan tujuan untuk memantau semua kemudahan dan perkhidmatan
jagaan kesihatan swasta selaras dengan peruntukan dalam Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)
- Menjalankan siasatan ke atas aduan-aduan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan
Aktiviti Penguatkuasaan
Pemeriksaan premis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
Pemantauan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Risikan
Serbuan dan lain-lain