SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Perutusan Hari Guru Tahun 2012
by ROSLAN on MAY 16, 2012

  TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN
  PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS
                  PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
 TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam 1Malaysia.


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, MB Perak;
Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I;
Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timb. Menteri Pelajaran II;
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
Malaysia;
Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan
Pelajaran                                  Negeri                                    Perak
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia,
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia,               Pengarah-Pengarah                  Pelajaran               Negeri,
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para
pendidik yang saya hormati sekalian.
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin dan kurnia-Nya,
dapat kita sama-sama berkumpul di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak pada hari ini
sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan
sumbangan para guru, warga Kementerian Pelajaran dan semua insan yang bergelar
pendidik di negara kita. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri
DiRaja Dr. Haji Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak atas kesudian kerajaan negeri
Perak menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Guru yang ke-41 pada tahun ini.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,


2. Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari
sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan
samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020
menyinsing. Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng
untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar.


3. Sepanjang perjalanan kita melalui liku zaman transformasi, bukan sedikit cabaran yang
bakal kita hadapi. Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk
melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah,
pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya
memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan
kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status
sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan
saksama.


4. Lantaran itu, kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti
pendidikan negara secara menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan
pendidikan yang berkualiti untuk rakyat adalah satusatunya wadah bagi melahirkan modal
insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal
insan inilah yang akan memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak
merekalah letaknya harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana
dengan lebih pesat dan mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita
bersama.


5. Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara telah kita mulakan. Sejak tiga tahun
yang lalu, kita telah melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada
pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Alhamdulillah, berkat kegigihan para guru di
segenap pelusuk negara dan sokongan padu seluruh warga Kementerian, kita telah
menempa kejayaan yang membanggakan. Dalam tempoh yang singkat, kadar penyertaan
murid pra-sekolah berjaya kita tingkatkan, sasaran penguasaan literasi dan numerasi murid
mampu kita capai, bilangan sekolah berprestasi tinggi bertambah dan bai’ah dengan
pengetua dan guru besar terlaksana. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua
guru dan warga kementerian yang telah menggerakkan seluruh kudrat dan ikhtiar untuk
meningkatkan kemerlangan pendidikan negara.


Saudara dan saudari yang saya hormati,
6. Kita pastinya berbangga dengan kejayaan besar yang dicipta oleh guru-guru kita. Selama
lebih lima dekad berada di persada pendidikan negara, guru-guru kita telah memberi
sumbangan yang amat bermakna kepada kemajuan dan pembangunan yang kita kecapi
hari ini. Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan
adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan
sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih
daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara
perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan
bakti para guru. Justeru, tidak ada sesiapapun yang boleh memandang rendah dan
memperleceh peranan serta sumbangan besar para guru terhadap kemajuan yang dicapai
oleh negara kita hari ini.


7. Sementara kita menghargai segala jasa guru, kita tidak mengambil sikap mudah
berpuashati dengan pencapaian sedia ada. Dalam menghadapi persaingan global yang
semakin sengit, kita tahu bahawa sistem dan amalan pendidikan di negara kita perlu
ditransformasi. Kualiti guru-guru kita perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu
ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah
perlu ditambahbaik, sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan lebih
cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan
kualitinya secara bersepadu.


8. Sehubungan itu, Kementerian telah memulakan proses Kajian Semula Pendidikan
Negara. Satu laporan awal yang menggariskan aspek-aspek utama yang perlu diberi
perhatian telahpun disediakan oleh kumpulan pakar. Kita juga telah memulakan proses
Dialog Nasional Pendidikan Negara untuk mempelawa pandangan dan saranan daripada
seluruh rakyat, tentang cara bagaimana kita boleh meningkatkan mutu dan tahap
pendidikan negara kita agar setanding dengan negara-negara maju. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengundang guru-guru menyertai dialog pendidikan negara dan tanpil
dengan idea-idea bernas untuk meningkatkan mutu pendidikan kita.


9. Apatah lagi, aspek paling penting dalam proses kajian semula pendidikan ini ialah kualiti
guru. Hanya guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Saya
percaya, guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan dapat
mengemukakan saranan terbaik tentang bagaimana kualiti guru, termasuk kualiti pengajaran
dan pembelajaran, dapat kita tingkatkan.


GURU BERKUALITI, GURU BERINOVASI
Saudara dan saudari yang saya hormati,


10. Dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu
dan inovasi, maka pada hemat saya, guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi.
Izinkan saya memberi sedikit huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan guru
berinovasi. Pada pengamatan saya, guru berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan
untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara
kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Dalam konteks
ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni
kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai. Ketika berada di dalam bilik
darjah, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, tetapi sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk
mencari kaedah dan pendekatan baru yang lebih berkesan. Yang penting, objektif
pembelajaran dicapai.


11. Selanjutnya, seorang guru berinovasi juga akan memberi tumpuan kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang boleh merangsang daya fikir dan daya kreativiti murid.
Keutamaan guru berinovasi ialah untuk memastikan murid berupaya menggunakan ilmu
yang diajar di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan,
tetapi untuk membolehkan mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi di dunia
nyata. Bermaksud, guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran
pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk
mengasah kebijaksanaan berfikir. Seterusnya, guru berinovasi juga berupaya menilai
pencapaian dan potensi murid secara holistik, serta sentiasa mengambil langkah proaktif
untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya mereka dapat bersaing di dunia yang
semakin mencabar.


12. Ini bermakna, guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran
yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah,
dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka
untuk bersaing di alam nyata. Untuk itu, guru berinovasi akan sentiasa menggunakan
pelbagai kaedah dan cara untuk mengasah daya fikir, daya kreativiti dan daya tahan murid,
dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia.
Sekiranya semua guru di negara kita adalah guru berinovasi, saya yakin matlamat kita untuk
melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan
akan tercapai.
KEJAYAAN GURU DAN SEKOLAH BERINOVASI
13. Keyakinan saya berasaskan kepada fakta bahawa pada masa ini di sekolah-sekolah kita
di segenap ceruk tanah air, terdapat mutiara inovasi yang bergemerlipan. Antaranya, murid
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya telah merangkul pingat emas dalam
Pertandingan World Robotic Olympiad di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu pada bulan
November tahun lalu. Kejayaan ini membuktikan pendidikan berteraskan kreativiti dan
inovasi mampu melahirkan murid yang berjaya menempa kecemerlangan di peringkat
antarabangsa. Tahniah saya ucapkan kepada murid dan guru SMK USJ 4, Subang Jaya.


14. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Harris Ganae bin Nanar dari Sekolah
Menengah Sains Kepala Batas yang berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori Modul
Pengajaran Terbaik dalam pertandingan ASEAN Camp for Gifted In Science pada tahun
2011. Cikgu Harris juga patut dipuji kerana hasil inovasi beliau, Sekolah Menengah Sains
Kepala Batas telah meraih banyak kejayaan dalam Pertandingan Rekacipta di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk Pertandingan Inovasi Sains SBP Kelapa Sawit
anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan The Second APEC Conference for the Gifted
In Science di Korea.


15. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Cikgu Khairuddin bin Nasa dan
Cikgu Abdul Razak bin Haron dari Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai
Sumun Perak, yang telah berjaya merangkul Anugerah Guru Inovatif 2012. Semoga
kejayaan anda berdua akan mendorong guru-guru di seluruh negara untuk menjadi guru
berinovasi, bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun ini.


MEMANTAPKAN BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,


16. Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan pembudayaan inovasi di sekolah.
Bermula tahun 2011, Kementerian telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang menekankan aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif sejak
peringkat awal persekolahan. Saya yakin transformasi kurikulum yang dilaksanakan akan
membuka peluang kepada guru untuk mengenalpasti strategi penambahbaikan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. KSSR diharap menjadi landasan kepada
guru untuk menjana pelbagai kaedah pengajaran dan seterusnya mengatasi masalah murid
lemah menerusi teknik pembelajaran secara intervensi.
17. Kementerian Pelajaran juga telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think. Program ini adalah antara
pendekatan baru yang sesuai diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan pena’akulan
dalam kalangan murid. Program ini telah dirintis di sepuluh buah sekolah dan diharapkan
dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.


18. Selain itu, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka
Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk membudayakan inovasi dan
kreativiti dalam kalangan murid. Melalui pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi
pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif bagi melahirkan
modal insan yang inovatif. Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan
digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara
meningkatkan     keupayaan      daya     saing    negara     yang     diukur    berdasarkan
kemampuan rakyat untuk berinovasi.
MEMARTABAT PROFESYEN KEGURUAN
19. Usaha membudayakan inovasi di sekolah tidak akan tercapai tanpa guru-guru yang
berkualiti. Oleh itu, Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kualiti guru melalui
sokongan dasar, latihan dan insentif. Dalam hubungan ini, Kementerian komited untuk
mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru
siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015. Sehingga kini, program
pensiswazahan guru telah berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang
disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.


20. Biarpun mengharap dedikasi guru yang tidak terhingga dalam mendidik anak bangsa,
kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru yang terbeban dengan
pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah. Oleh
itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang
melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban
tugas guru. Antaranya, Jawatankuasa Kerja ini memperkenalkan Sistem Pengurusan
Sekolah yang merupakan satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan beban
tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. Sistem ini
telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah, dan dijadualkan semua sekolah di
bawah Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem baru ini menjelang tahun 2013.


21. Selain itu, KPM juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu
Tadbir N17 sehingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan Pembantu Tadbir bagi
mengurangkan beban tugas perkeranian guru.              Seterusnya satu   cadangan akan
dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi perluasan penempatan
Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian. Bagi menangani isu beban
tugas guru ini juga, semua Jabatan Pelajaran Negeri telah melaksanakan pemansuhan ujian
dan peperiksaan setara serta menambahbaik pengendalian ujian dan peperiksaan di
peringkat sekolah. Oleh itu, pada tahun ini hanya satu peperiksaan setara sahaja
dibenarkan. Pemansuhan sepenuhnya ujian dan peperiksaan setara akan dikuatkuasakan
mulai tahun 2013, di mana semua ujian akan dijalankan dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran.


22. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan,
peruntukan   tempoh    minimum     kenaikan   pangkat    secara   Time-Based   berasaskan
kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumum oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac
yang lalu. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41, hanya 8 tahun
diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk
gred DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8 tahun diperlukan untuk
naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred
DGA34 ke DGA38.


23. Lanjutan pengumuman YAB Perdana Menteri, seramai 390 orang guru telah dinaikkan
ke gred DG54, manakala 676 orang ke gred DG52, 3,938 orang ke gred DG48 dan 19,805
orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred
DGA38, manakala 2,639 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32.
Dianggarkan seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831
orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan dipertimbangkan untuk
kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai 1 Jun 2012
sehingga 31 Disember 2012. Guru-guru boleh membuat semakan di laman web
Kementerian Pelajaran mulai hari ini.


24. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan
memartabatkan profesion keguruan, saya ingin memaklumkan bahawa proses kenaikan
pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah
dilaksanakan oleh Kementerian. Setakat ini seramai 854 orang Pengetua telah dinaikkan
pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 orang Penolong Kanan telah dinaikkan pangkat dari
DG44 ke DG48. Kenaikan pangkat ini melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang
merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011, dan yang
memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010. Tarikh kuatkuasa kenaikan
pangkat ini adalah pada 1 Januari 2012. Baki penyandang jawatan Pengetua dari gred
DG48 ke DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred
DG44 ke Gred DG48 seramai 2,655 orang akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun
2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


25. Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan 934 juta ringgit, iaitu satu jumlah besar yang
membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam
membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap agar peluang
kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk
meningkatkan prestasi.


Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,


26. Saya yakin guru berinovasi akan dapat mentransformasi pengajaran dan pembelajaran
bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja. Saya
berharap guru juga sentiasa memelihara kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti
supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada murid dan masyarakat.


27. Untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat diterima dengan sebaiknya oleh murid, saya
amat berharap agar guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi bertindak sebagai
murabbi yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi murid supaya mereka
dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Maka, guru menggalas amanah
yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia. Tajdid
pendidikan akan terhasil apabila guru dapat membangun jiwa, membina akal dan
membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia.


28. Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. Justeru,
saya bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan
semua insan yang bergelar pendidik, baik yang berada di sekolah, di institut pendidikan
guru, di kolej-kolej matrikulasi, di institusi pengajian tinggi, di institusi-institusi latihan atau di
mana jua anda berada, samada yang masih berkhidmat atau telah bersara. Saya
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan
anda semua dalam menggalas amanah mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat
martabat nusa. Kepada guru-guru pesan saya, sayangilah murid anda, dan kepada murid
nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru anda.
Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 Tahun 2012.


Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu!


Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
Incoming search terms:
apakah syarat kenaikan pangkat time-based dari dg 52 ke dg 54 untuk pensyarah di ipg,
pemikiran kritis peringkat rendah, perutusan hari guru 2012 menteri pendidikan, perutusan
muhyiddin yassin hari guru 2012, perutusan ucapan sempena hari guru 2012

More Related Content

What's hot

Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 20191 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019Nor Ain Wahab
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakatPendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakattuti Oktaviani
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1Fasyah Tutor
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
contoh makalah pendidikan
contoh makalah pendidikancontoh makalah pendidikan
contoh makalah pendidikanfenty_febriani
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...YouTuber,G-Vecom
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 

What's hot (17)

Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
Buku program
Buku programBuku program
Buku program
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 20191 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019
1 buku panduan_pd_p_bahasa_melayu 2019
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakatPendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Smartarabiconlinecom
SmartarabiconlinecomSmartarabiconlinecom
Smartarabiconlinecom
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
contoh makalah pendidikan
contoh makalah pendidikancontoh makalah pendidikan
contoh makalah pendidikan
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 

Similar to Perutusan hari guru tahun 2012

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014Mages Panjaman
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangMohamad Bakar
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Chon Seong Hoo
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Khoiri Nurrahmani
 

Similar to Perutusan hari guru tahun 2012 (20)

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Tugas tik4
Tugas tik4Tugas tik4
Tugas tik4
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
 

Perutusan hari guru tahun 2012

  • 1. Perutusan Hari Guru Tahun 2012 by ROSLAN on MAY 16, 2012 TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41 TEMA: “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, MB Perak; Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I; Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timb. Menteri Pelajaran II; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri, Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama berkumpul di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak pada hari ini sebagai tanda pengiktirafan dan terima kasih kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru, warga Kementerian Pelajaran dan semua insan yang bergelar pendidik di negara kita. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Haji Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak atas kesudian kerajaan negeri Perak menjadi tuan rumah sambutan Perayaan Hari Guru yang ke-41 pada tahun ini. GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 2. Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan
  • 2. samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing. Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar. 3. Sepanjang perjalanan kita melalui liku zaman transformasi, bukan sedikit cabaran yang bakal kita hadapi. Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. 4. Lantaran itu, kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk rakyat adalah satusatunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal insan inilah yang akan memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak merekalah letaknya harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana dengan lebih pesat dan mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita bersama. 5. Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara telah kita mulakan. Sejak tiga tahun yang lalu, kita telah melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Alhamdulillah, berkat kegigihan para guru di segenap pelusuk negara dan sokongan padu seluruh warga Kementerian, kita telah menempa kejayaan yang membanggakan. Dalam tempoh yang singkat, kadar penyertaan murid pra-sekolah berjaya kita tingkatkan, sasaran penguasaan literasi dan numerasi murid mampu kita capai, bilangan sekolah berprestasi tinggi bertambah dan bai’ah dengan pengetua dan guru besar terlaksana. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan warga kementerian yang telah menggerakkan seluruh kudrat dan ikhtiar untuk meningkatkan kemerlangan pendidikan negara. Saudara dan saudari yang saya hormati,
  • 3. 6. Kita pastinya berbangga dengan kejayaan besar yang dicipta oleh guru-guru kita. Selama lebih lima dekad berada di persada pendidikan negara, guru-guru kita telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada kemajuan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini. Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru. Justeru, tidak ada sesiapapun yang boleh memandang rendah dan memperleceh peranan serta sumbangan besar para guru terhadap kemajuan yang dicapai oleh negara kita hari ini. 7. Sementara kita menghargai segala jasa guru, kita tidak mengambil sikap mudah berpuashati dengan pencapaian sedia ada. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit, kita tahu bahawa sistem dan amalan pendidikan di negara kita perlu ditransformasi. Kualiti guru-guru kita perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah perlu ditambahbaik, sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan lebih cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan kualitinya secara bersepadu. 8. Sehubungan itu, Kementerian telah memulakan proses Kajian Semula Pendidikan Negara. Satu laporan awal yang menggariskan aspek-aspek utama yang perlu diberi perhatian telahpun disediakan oleh kumpulan pakar. Kita juga telah memulakan proses Dialog Nasional Pendidikan Negara untuk mempelawa pandangan dan saranan daripada seluruh rakyat, tentang cara bagaimana kita boleh meningkatkan mutu dan tahap pendidikan negara kita agar setanding dengan negara-negara maju. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang guru-guru menyertai dialog pendidikan negara dan tanpil dengan idea-idea bernas untuk meningkatkan mutu pendidikan kita. 9. Apatah lagi, aspek paling penting dalam proses kajian semula pendidikan ini ialah kualiti guru. Hanya guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan yang berkualiti. Saya percaya, guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan dapat mengemukakan saranan terbaik tentang bagaimana kualiti guru, termasuk kualiti pengajaran dan pembelajaran, dapat kita tingkatkan. GURU BERKUALITI, GURU BERINOVASI
  • 4. Saudara dan saudari yang saya hormati, 10. Dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, maka pada hemat saya, guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Izinkan saya memberi sedikit huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan guru berinovasi. Pada pengamatan saya, guru berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai. Ketika berada di dalam bilik darjah, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, tetapi sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah dan pendekatan baru yang lebih berkesan. Yang penting, objektif pembelajaran dicapai. 11. Selanjutnya, seorang guru berinovasi juga akan memberi tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh merangsang daya fikir dan daya kreativiti murid. Keutamaan guru berinovasi ialah untuk memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajar di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan, tetapi untuk membolehkan mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi di dunia nyata. Bermaksud, guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Seterusnya, guru berinovasi juga berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik, serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya mereka dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar. 12. Ini bermakna, guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di alam nyata. Untuk itu, guru berinovasi akan sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk mengasah daya fikir, daya kreativiti dan daya tahan murid, dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia. Sekiranya semua guru di negara kita adalah guru berinovasi, saya yakin matlamat kita untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai.
  • 5. KEJAYAAN GURU DAN SEKOLAH BERINOVASI 13. Keyakinan saya berasaskan kepada fakta bahawa pada masa ini di sekolah-sekolah kita di segenap ceruk tanah air, terdapat mutiara inovasi yang bergemerlipan. Antaranya, murid Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya telah merangkul pingat emas dalam Pertandingan World Robotic Olympiad di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu pada bulan November tahun lalu. Kejayaan ini membuktikan pendidikan berteraskan kreativiti dan inovasi mampu melahirkan murid yang berjaya menempa kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Tahniah saya ucapkan kepada murid dan guru SMK USJ 4, Subang Jaya. 14. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Harris Ganae bin Nanar dari Sekolah Menengah Sains Kepala Batas yang berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori Modul Pengajaran Terbaik dalam pertandingan ASEAN Camp for Gifted In Science pada tahun 2011. Cikgu Harris juga patut dipuji kerana hasil inovasi beliau, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah meraih banyak kejayaan dalam Pertandingan Rekacipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk Pertandingan Inovasi Sains SBP Kelapa Sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan The Second APEC Conference for the Gifted In Science di Korea. 15. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Cikgu Khairuddin bin Nasa dan Cikgu Abdul Razak bin Haron dari Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun Perak, yang telah berjaya merangkul Anugerah Guru Inovatif 2012. Semoga kejayaan anda berdua akan mendorong guru-guru di seluruh negara untuk menjadi guru berinovasi, bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun ini. MEMANTAPKAN BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 16. Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan pembudayaan inovasi di sekolah. Bermula tahun 2011, Kementerian telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif sejak peringkat awal persekolahan. Saya yakin transformasi kurikulum yang dilaksanakan akan membuka peluang kepada guru untuk mengenalpasti strategi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. KSSR diharap menjadi landasan kepada guru untuk menjana pelbagai kaedah pengajaran dan seterusnya mengatasi masalah murid lemah menerusi teknik pembelajaran secara intervensi.
  • 6. 17. Kementerian Pelajaran juga telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think. Program ini adalah antara pendekatan baru yang sesuai diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan pena’akulan dalam kalangan murid. Program ini telah dirintis di sepuluh buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 18. Selain itu, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan murid. Melalui pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif bagi melahirkan modal insan yang inovatif. Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi. MEMARTABAT PROFESYEN KEGURUAN 19. Usaha membudayakan inovasi di sekolah tidak akan tercapai tanpa guru-guru yang berkualiti. Oleh itu, Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kualiti guru melalui sokongan dasar, latihan dan insentif. Dalam hubungan ini, Kementerian komited untuk mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015. Sehingga kini, program pensiswazahan guru telah berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. 20. Biarpun mengharap dedikasi guru yang tidak terhingga dalam mendidik anak bangsa, kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah. Oleh itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru. Antaranya, Jawatankuasa Kerja ini memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah yang merupakan satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan beban tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. Sistem ini telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah, dan dijadualkan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem baru ini menjelang tahun 2013. 21. Selain itu, KPM juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir N17 sehingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan Pembantu Tadbir bagi
  • 7. mengurangkan beban tugas perkeranian guru. Seterusnya satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi perluasan penempatan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian. Bagi menangani isu beban tugas guru ini juga, semua Jabatan Pelajaran Negeri telah melaksanakan pemansuhan ujian dan peperiksaan setara serta menambahbaik pengendalian ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Oleh itu, pada tahun ini hanya satu peperiksaan setara sahaja dibenarkan. Pemansuhan sepenuhnya ujian dan peperiksaan setara akan dikuatkuasakan mulai tahun 2013, di mana semua ujian akan dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. 22. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumum oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac yang lalu. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41, hanya 8 tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk gred DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8 tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke DGA38. 23. Lanjutan pengumuman YAB Perdana Menteri, seramai 390 orang guru telah dinaikkan ke gred DG54, manakala 676 orang ke gred DG52, 3,938 orang ke gred DG48 dan 19,805 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 2,639 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32. Dianggarkan seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012. Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini. 24. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan, saya ingin memaklumkan bahawa proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian. Setakat ini seramai 854 orang Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 orang Penolong Kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48. Kenaikan pangkat ini melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011, dan yang
  • 8. memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010. Tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat ini adalah pada 1 Januari 2012. Baki penyandang jawatan Pengetua dari gred DG48 ke DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 seramai 2,655 orang akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 25. Bagi melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan 934 juta ringgit, iaitu satu jumlah besar yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap agar peluang kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 26. Saya yakin guru berinovasi akan dapat mentransformasi pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja. Saya berharap guru juga sentiasa memelihara kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada murid dan masyarakat. 27. Untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat diterima dengan sebaiknya oleh murid, saya amat berharap agar guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi bertindak sebagai murabbi yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi murid supaya mereka dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Maka, guru menggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia. Tajdid pendidikan akan terhasil apabila guru dapat membangun jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia. 28. Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. Justeru, saya bagi pihak kerajaan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan semua insan yang bergelar pendidik, baik yang berada di sekolah, di institut pendidikan guru, di kolej-kolej matrikulasi, di institusi pengajian tinggi, di institusi-institusi latihan atau di mana jua anda berada, samada yang masih berkhidmat atau telah bersara. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan anda semua dalam menggalas amanah mulia mendidik anak bangsa dan mengangkat martabat nusa. Kepada guru-guru pesan saya, sayangilah murid anda, dan kepada murid nasihat saya, hormatilah dan hargailah jasa guru anda.
  • 9. Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 Tahun 2012. Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu! Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia Incoming search terms: apakah syarat kenaikan pangkat time-based dari dg 52 ke dg 54 untuk pensyarah di ipg, pemikiran kritis peringkat rendah, perutusan hari guru 2012 menteri pendidikan, perutusan muhyiddin yassin hari guru 2012, perutusan ucapan sempena hari guru 2012