SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
1
GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN HOSPITAL KLUSTER
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
1. TUJUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan umum dan sebagai rujukan
bagi semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital-hospital tentang
pelaksanaan Hospital Kluster.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenalpasti untuk
pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem Kesihatan. Inisiatif ini
merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi bagi Transformasi
Perkhidmatan Awam yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Inisiatif ini juga adalah salah satu Key Performance Indicator YB
Menteri Kesihatan bagi tahun 2016 dan 10 Priority Programs YB Menteri
Kesihatan bagi peluasan Hospital Kluster 2016-2020.
2.2 Hospital Kluster melibatkan kolaborasi beberapa hospital KKM, berpakar
dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan
geografi yang berdekatan di mana hospital hospital ini selaras dari segi
aliran perkhidmatan dan pesakit. Hospital-hospital tersebut digabungkan di
bawah satu tadbir urus dan berfungsi sebagai sebuah kluster. Sesebuah
kluster akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada semua pesakit
yang berada di dalam liputan rangkaian kesemua hospital yang terlibat dan
kesemua sumber manusia, fasiliti, dan lain-lain kemudahan dikongsi di
antara kesemua hospital di dalam kluster tersebut.
2.3 Inisiatif pelaksanaan Hospital Kluster telah dicadangkan pada tahun 2011
oleh Kumpulan Kerja Teknikal Perkhidmatan Sekunder dan Tertiari sebagai
sebahagian daripada Transformasi Sistem Kesihatan. Penyusunan semula
hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah Kluster
adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan. Projek Rintis di tiga buah negeri telah diluluskan oleh Ketua
2
Pengarah Kesihatan pada 9 November 2012 dan telah mendapat
persetujuan Mesyuarat Khas KPK pada November 2013. Seterusnya
pelaksanaan konsep hospital kluster telah diluluskan untuk dilaksanakan di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perancangan Kementerian
Kesihatan (JPKK) Bil 1/2014 Bertarikh 2 April 2014.
2.4 Projek Rintis Hospital Kluster telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 di
tiga (3) buah negeri iaitu Pahang, Melaka dan Sabah. Bermula tahun 2016
KKM mula memperluaskan inisiatif ini dengan mensasarkan pelaksanaan
tiga (3) Hospital Kluster baru setiap tahun. Sehingga 2017, 10 Kluster telah
dibentuk dengan 36 buah hospital terlibat di seluruh negara.
2.5 Bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster struktur tadbir urus,
pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan, akaun,
perolehan, aset dan hasil yang lebih khusus perlu diwujudkan dan telah
dibincangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hospital Kluster
yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan
(TKPKP) pada 16 April 2015. Satu bengkel melibatkan pelbagai Bahagian
dan Hospital Kluster telah dilaksanakan bagi membentuk cadangan yang
bersesuaian.
2.6 Cadangan ini seterusnya telah dibentangkan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Hospital Kluster bilangan 1/ 2016 pada 10 Ogos
2016 yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, telah memutuskan agar tadbir
urus dan struktur organisasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan
kewangan, akaun, perolehan, aset dan hasil yang bersesuaian dengan
Konsep Hospital Kluster digunapakai dalam pelaksanaan Hospital Kluster.
2.7 Susulan daripada itu beberapa siri bengkel dan mesyuarat melibatkan wakil
dari pelbagai Bahagian dan Hospitall Kluster telah dijalankan bagi
membentuk satu Garis Panduan. Seterusnya Cadangan Struktur Tadbir
Urus dan Pengurusan Sumber Manusia Hospital Kluster telah dibentangkan
dan dipersetujui untuk dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) Bil 2 tahun 2017 pada 8 Ogos 2017.
3
3. VISI HOSPITAL KLUSTER
Hospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital bagi membentuk satu
organisasi yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan
kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan berfokuskan
keperluan dan kehendak komuniti setempat.
4. MISI HOSPITAL KLUSTER
Satu kelompok hospital-hospital yang bersama-sama:
4.1 Komited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara
menyeluruh dan berkualiti dengan kos yang berpatutan melalui
perkhidmatan yang disepadukan berdasarkan keperluan dan kehendak
komuniti setempat bagi meningkatkan kemudahan mendapatkan rawatan
yang lebih saksama.
4.2 Komited kepada falsafah perkongsian organisasi melalui pembentukkan
budaya korporat dan penjenamaan organisasi melalui pelaksanaan
perkongsian nilai-nilai yang membentuk kejayaan ke arah visi yang
seragam.
4.3 Komited dalam melaksanakan penggunaan tenagakerja kesihatan yang
lebih adil dan saksama di dalam kluster serta pembentukan tenagakerja
yang terlatih, cekap, berintegriti dan komited dalam melaksanakan visi
organisasi.
4.4 Pengurusan dan pentadbiran Hospital Kluster akan turut difokuskan kepada
keperluan komuniti setempat serta pencapaian matlamat bersama. Dalam
waktu yang sama hospital-hospital akan melaksanakan perkhidmatan
berdasarkan keperluan pesakit secara individu. Kedua-duanya
digabungkan bagi meningkatkan kualiti, kesamarataan dan keterangkuman
rakyat untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan rawatan kesihatan.
4
5. OBJEKTIF HOSPITAL KLUSTER
Objektif pelaksanaan Hospital Kluster adalah seperti berikut:
5.1.1 Mengukuhkan integrasi dalam penyampaian penjagaan perubatan
dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui
pengoperasian hospital secara perkongsian beberapa hospital.
5.1.2 Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan
kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah”
kepada masyarakat tempatan.
5.1.3 Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan
kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
5.1.4 Mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam
melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti melalui peningkatan
jaringan dan kesinambungan latihan dan pengajaran di dalam
Hospital Kluster.
5.1.5 Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan
meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja.
5.1.6 Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui
perkongsian dan pengoptimuman sumber-sumber di Hospital-
Hospital di dalam Kluster bagi meningkatkan kualiti penjagaan
perkhidmatan.
5.1.7 Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan
mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber
sediada dan mengelakkan pembaziran.
5.1.8 Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui
penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam Kluster.
6. PRINSIP-PRINSIP BAGI PEMBENTUKKAN HOSPITAL KLUSTER
Berikut adalah prinsip-prinsip bagi perancangan dan pengoperasian
Hospital Kluster:
5
6.1 Pendekatan Kluster secara menyeluruh
Tadbir urus klinikal dan kepimpinan dengan pendekatan
berdasarkan bukti-bukti atau data-data yang fokus kepada kluster
secara holistik.
6.2 Keselamatan dan Kualiti
Penyusunan semula dan pembentukkan perkhidmatan mestilah
melalui budaya yang mengutamakan keselamatan pesakit dan
peningkatan kualiti perkhidmatan.
6.3 Bersesuaian
Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan mestilah bersesuaian
dan responsif kepada keperluan komuniti di dalam Kluster.
Pelaksanaan turut merangkumi pemindahan pesakit akut yang lebih
lancar dan seragam dan turut melibatkan perkhidmatan Kesihatan
Primer di komuniti.
6.4 Kebolehcapaian kepada rawatan
Kebolehcapaian kepada rawatan adalah fokus kepada rawatan yang
lebih dekat dengan tempat tinggal pesakit
6.5 Pembahagian Sumber yang lebih rasional
Pembahagian sumber mestilah berdasarkan perkongsian dan
dilaksanakan mengikut perancangan perkhidmatan di setiap hospital
di dalam Kluster. Ini boleh dilaksanakan melalui pelaburan dalam
perkhidmatan yang lebih kos efektif dengan penggunaan teknologi
yang bersesuaian dan pemilihan keutamaan perkhidmatan yang
lebih telus.
6.6 Pengagihan Tenagakerja
Pengekalan tenagakerja professional yang berkemahiran di dalam
Kluster perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan di setiap
hospital di dalam Kluster dapat diselaraskan.
6.7 Latihan dan Penyelidikan
Latihan kemahiran klinikal dan penyelidikan disepadukan ke dalam
Kluster.
6
7. SKOP DAN FUNGSI HOSPITAL KLUSTER
Hospital Kluster telah dilaksanakan berdasarkan skop dan fungsi berikut
yang menekankan prinsip hospital-hospital bertindak sebagai satu entiti
dalam penyampaian perkhidmatan perubatan.
7.1 Struktur Tadbir Urus yang baru merangkumi polisi, operasi,
perancangan dan kawalan fungsi Hospital Kluster.
7.1.1 Struktur Tadbir Urus Hospital Kluster adalah menggunakan struktur
tadbir urus yang baru, bagi melaksanakan hospital kluster.
Mesyuarat Pemandu Hospital Kluster bilangan 1/ 2016 pada 10 Ogos
2016 telah memutuskan struktur organisasi Kluster digunapakai
sebagai struktur rasmi Hospital Kluster. Dalam sesebuah Kluster,
akan terdapat satu Hospital Induk (Lead Hospital) yang akan
mengetuai Kluster tersebut, manakala hospital-hospital lain (Non-
Lead Hospital) pula adalah di bawah Hospital Induk.
7.1.2 Struktur organisasi rasmi Hospital Kluster menetapkan Pengarah
Hospital Induk sebagai Pengarah Hospital Kluster atau Ketua
Kluster. Setiap Kluster Hospital akan ditadbir oleh Cluster
Management Comittee (CMC) manakala Governing Body (GB)
memantau prestasi setiap Kluster (Lampiran 1)
7.2 Halatuju pelaksanaan Hospital Kluster adalah penyampaian
perkhidmatan hospital yang berkualiti, selamat dan bersepadu
melibatkan semua hospital di dalam kluster melalui sistem
pengurusan perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien.
7.2.1 CMC yang diketuai oleh Ketua Kluster memainkan peranan utama
dalam menentukan dan memastikan visi, misi dan objektif Hospital
Kluster berjalan lancar.
7.2.2 CMC turut melaksanakan pengurusan pentadbiran hospital kluster,
menentukan halatuju dan perkembangan penyampaian
perkhidmatan secara kluster, mengenalpasti, merancang dan
melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disepadukan di
dalam kluster.
7
7.2.3 Pelaksanaan perkhidmatan secara pengoptimuman sumber-sumber
di antara hospital-hospital di dalam kluster juga ditentukan oleh CMC.
Ini termasuklah pengoptimuman kepakaran klinikal dan penggunaan
tenaga kerja mahir di dalam kluster bagi meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan.
7.2.4 Pembangunan Hospital Kluster termasuk keperluan perolehan
peralatan, aset dan pembangunan fizikal serta pembangunan
sumber-sumber lain turut ditentukan oleh CMC.
7.3 Membentuk dan menyusun semula penyampaian perkhidmatan
klinikal yang lebih cekap berdasarkan “patient centred care”.
7.3.1 Sistem Hospital Kluster menerapkan penyampaian penjagaan
berdasarkan “patient centred care” bagi memastikan perkhidmatan
yang komprehensif, berterusan dan lancar dapat diberikan.
7.3.2 Perancangan perawatan turut memberi tumpuan kepada penjagaan
yang sesuai mengikut keperluan perkhidmatan dan teknologi di
samping dapat mengoptimumkan penggunaan sumber. Pengurusan
perkhidmatan yang memerlukan pendekatan kluster adalah seperti
pelan rawatan susulan, penyeragaman dalam pendaftaran rekod dan
sistem maklumat hospital di antara hospital-hospital di dalam kluster.
7.4 Pembangunan sumber manusia dan latihan berasaskan pendekatan
kluster bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan Kluster
7.4.1 Pembangunan tenaga kerja termasuklah latihan dan pengajaran
serta penyelidikan bagi perkhidmatan klinikal dilaksanakan secara
bersepadu di dalam kluster bagi memastikan adanya lebih ramai
kakitangan perubatan yang cekap dan dapat memberikan penjagaan
yang berkualiti di dalam kluster. Oleh itu perancangan dan
pelaksanaan latihan anggota dilaksanakan dengan melibatkan
keperluan pembangunan sumber manusia di semua hospital di
dalam kluster.
7.5 Sistem Pengurusan Maklumat Kluster dibentuk bagi memastikan
penyampaian maklumat dan data serta pengukuran bagi peningkatan
kualiti adalah berdasarkan Kluster.
8
7.5.1 Semua data dan statistik pesakit di dalam Hospital Kluster
diselaraskan dan dikongsi bersama oleh semua hospital-hospital
tersebut.
7.5.2 Sistem pengurusan pesakit kluster adalah sejajar dengan
perkhidmatan yang diberikan di dalam kluster bagi memastikan
kesinambungan maklumat dikongsi di dalam kluster pada setiap
masa.
9
8. PELAKSANAAN TADBIR URUS DAN STRUKTUR ORGANISASI
HOSPITAL KLUSTER
8.1 Pendahuluan
8.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan
Negeri (JKN) akan memantau pelaksanaan Hospital Kluster agar
sentiasa mengikut peraturan dan polisi sedia ada.
8.1.2 Hospital Induk untuk sesebuah kluster terdiri daripada Hospital
Berpakar atau Hospital Negeri. Sekiranya terdapat lebih daripada
satu Hospital Berpakar, pemilihan hospital untuk dijadikan Hospital
Induk adalah berdasarkan heiraki tertinggi dalam senarai Hospital
Berpakar yang terdapat di dalam setiap kluster.
8.1.3 Struktur pentadbiran Pusat Tanggung Jawab(PTJ) Hospital Kluster
adalah seperti berikut;
i.JKN kekal sebagai PTJ 1
ii.Hospital Induk atau Lead Hospital (LH) kekal sebagai PTJ2
Hospital Kluster.
iii.Hospital-hospital lain atau Non-Lead Hospital (NLH) ditukar
kepada PTJ3 Hospital Kluster.
8.2 Governing Body (GB)
8.2.1 Governing Body (GB) perlu ditubuhkan dan ahli-ahli Governing Body
(GB) dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri bagi setiap Hospital
Kluster. Bagi negeri-negeri yang mempunyai lebih daripada satu
Hospital Kluster, Governing Body (GB) perlu dibentuk mengikut
bilangan Hospital Kluster yang dilaksanakan. Struktur GB adalah
seperti di Lampiran 1.
8.2.2 Ahli Jawatankuasa Governing Body terdiri daripada:
I. Pengarah Kesihatan Negeri sebagai Pengerusi GB
II. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) sebagai
Timbalan Pengerusi GB.
III. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)
IV. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
V. Pengarah Hospital Kluster sebagai wakil Kluster
10
VI. 5 wakil direktorat Cluster Medical and Dental Advisory
Committee (CMDAC) mewakili direktorat masing-masing
mengikut keperluan setiap cluster;
i. Perkhidmatan Pembedahan
ii. Perkhidmatan Perubatan
iii. Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi dan Paediatrik
iv. Perkhidmatan Sokongan Klinikal
v. Kualiti dan Keselamatan
8.2.3 Terma rujukan GB adalah:
i. Mencadangkan calon dan melantik Ketua Kluster setelah
mendapat kelulusan KKM (Bahagian Perkembangan
Perubatan)
ii. Ahli-ahli GB dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri
iii. Melantik ahli jawatankuasa CMC
iv. Memantau hal ehwal tadbir urus dan prestasi pelaksanaan
Hospital Kluster
8.2.4 Penglibatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan
Awam) dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) dan lain-lain
adalah mengikut keperluan.
8.2.5 Unit Kluster di Jabatan Kesihatan Negeri perlu ditubuhkan dan Unit
dan berperanan sebagai sekretariat mesyuarat GB.
8.2.6 Jika Kluster melibatkan lebih daripada satu hospital berpakar,
pemilihan wakil CMDAC bagi Kluster tersebut ditentukan melalui
Jawatankuasa CMDAC direktorat yang berkaitan seperti di Lampiran
3.
8.2.7 Keahlian Ahli Jawatankuasa GB adalah bagi tempoh 2 tahun, dan
akan bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kuorum bagi
sesuatu mesyuarat hendaklah dua pertiga daripada jumlah anggota,
melainkan kuorum terkurang dibenarkan oleh Pengerusi GB.
11
8.2.8 Keahlian Ahli Lembaga Pelawat (ALP) boleh dipertimbangkan
selepas tiga tahun pelaksanaan Hospital Kluster.
8.3 Cluster Management Committee (CMC)
8.3.1 Cluster Management Committee (CMC) perlu dibentuk untuk
menguruskan operasi harian hospital-hospital di dalam Kluster.
8.3.2 Ketua Kluster akan dicadangkan oleh GB dikalangan Pengarah-
Pengarah Hospital di dalam Kluster dengan kelulusan KKM untuk
dilantik oleh Pengarah kesihatan Negeri.
8.3.3 Dua orang Pengarah Hospital Lain-Lain (Non-Lead) akan dilantik
sebagai Timbalan Pengarah Hospital Kluster oleh GB secara bergilir
bagi tempoh dua tahun.
8.3.4 Sekiranya Kluster mempunyai lebih daripada dua hospital lain-lain
(Non-Lead), Pengarah- Pengarah hospital tersebut akan menjadi ahli
di dalam CMC.
8.3.5 Ahli- ahli Jawatankuasa CMC terdiri daripada;
i. Ketua-ketua Jabatan dan unit yang terlibat dengan
perkhidmatan yang diklusterkan.
ii. Wakil Kejururawatan Hospital Induk
iii. Wakil Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital Induk
iv. Wakil Farmasi Hospital Induk
v. Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Induk
vi. Timbalan Pengarah Satu (1) Hospital Induk
vii. Wakil-wakil unit / jabatan lain dilantik mengikut keperluan
viii. Ahli jawatankuasa Cluster Medical and Dental Advisory
Committee (CMDAC) seperti yang telah ditetapkan oleh GB
mengikut keperluan.
Struktur organisasi CMC adalah seperti di Lampiran 2.
12
8.3.6 CMC bertanggungjawab menyelia dan memantau perkhidmatan
yang disepadu (Integrated services) serta tidak disepadukan
(coordinated Services) di dalam Kluster secara keseluruhan
8.3.7 Unit Kluster di Lead Hospital adalah sekretariat mesyuarat CMC.
8.3.8 Kekerapan mesyuarat CMC sekurang-kurangnya setiap tiga bulan
bergantung kepada keperluan. Kuorum bagi sesuatu mesyuarat
hendaklah dua pertiga daripada jumlah anggota, melainkan kuorum
terkurang dibenarkan oleh Ketua Kluster.
8.3.9 Jawatankuasa Hospital Kluster bagi Perkhidmatan- perkhidmatan
seperti pengurusan, kualiti, perolehan dan aset, latihan dan
kompetensi, pengurusan sumber manusia dan lain-lain perlu
ditentukan dan dibentuk oleh CMC berdasarkan keperluan
pengoperasian kluster bagi menyokong dan mengukuhkan
pelaksanaan hospital kluster. Contoh jawatankuasa seperti di
Lampiran 4.
8.4 Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Services)
8.4.1 Definisi Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Services) adalah
perkhidmatan yang dijalankan sebagai satu jabatan di dalam Kluster;
melibatkan Hospital Induk dan lain-lain hospital yang diketuai oleh
Ketua Jabatan di Hospital Induk.
8.4.2 Bagi Kluster yang mempunyai lebih daripada satu hospital berpakar,
Ketua Jabatan bagi perkhidmatan bersepadu akan ditentukan oleh
CMC.
8.4.3 Penentuan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan disepadukan
hendaklah ditentukan oleh CMC berdasarkan keperluan
pelaksanaan perkhidmatan, kemampuan sumber-sumber di semua
hospital yang terlibat dan peratusan beban kerja perkhidmatan
13
tersebut yang tinggi di hospital–hospital lain (Non-Lead) yang
bersesuaian untuk disepadukan.
8.4.4 Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dikembangkan ke Hospital-
Hospital lain (Non-Lead) di dalam Kluster tetapi tidak disatukan di
dalam satu jabatan akan dikategorikan sebagai perkhidmatan yang
dikoordinasikan.
8.4.5 Carta organisasi Perkhidmatan Bersepadu (Integrated services)
adalah seperti di lampiran 5.
8.5 Carta Organisasi Hospital Kluster
8.5.1 Setiap Hospital Kluster mempunyai struktur organisasi Hospital
Kluster yang dikongsi bersama di antara hospital-hospital di dalam
Kluster. Carta asal atau sedia ada setiap hospital tidak berubah.
8.5.2 Perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan sebagai satu Jabatan
di dalam Kluster dan dikategorikan sebagai Perkhidmatan
Bersepadu (Integrated services) akan berada di bawah satu jabatan
atau unit melibatkan semua hospital di dalam kluster yang
menjalankan perkhidmatan yang diintegrasikan tersebut. Di dalam
carta organisasi, perkhidmatan ini akan dilihat sebagai gabungan
satu jabatan merentasi lebih daripada satu hospital. Contoh Carta
Organisasi Hospital Kluster seperti di Lampiran 6 dan lampiran 7.
8.5.3 Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tidak diintegrasikan akan
kekal seperti sedia ada di hospital masing-masing.
8.6 Jawatankuasa Hospital Kluster (Hospital Cluster Committee)
8.6.1 Bagi memastikan perkhidmatan yang efektif dan efisien
Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu bagi Hospital Kluster perlu
ditentukan untuk ditubuhkan oleh CMC. Lampiran 5 adalah contoh
cadangan struktur jawatankuasa yang perlu ditubuhkan.
14
8.6.2 Jawatankuasa-jawatankuasa Hospital Kluster yang perlu ditubuhkan
adalah termasuk pengurusan kewangan, kualiti, perolehan dan aset,
latihan dan kompetensi, pengurusan sumber manusia,
perkhidmatan-perkhidmatan klinikal dan lain-lain mengikut keperluan
setiap Kluster.
8.6.3 Lantikan pengerusi bagi Jawatankuasa Hospital Kluster ditentukan
oleh CMC.
8.6.4 Ahli Jawatankuasa mestilah terdiri daripada wakil dari semua
Hospital di dalam Kluster.
8.6.5 Setiap Jawatankuasa bertanggungjawab merancang pelaksanaan
setiap perkara berdasarkan perancangan secara Kluster dengan
menggunakan data-data dan maklumat yang dianalisa dan diteliti
melibatkan semua hospital di dalam Kluster. Jawatankuasa-
Jawatankuasa Hospital Kluster ini akan merancang,
mengkoordinasi, melaksana, mengurus dan memantau prestasi
pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa masing-masing dan melaporkan
kepada CMC secara berkala.
8.7 Unit Kluster
8.7.1 Unit Kluster perlu ditubuhkan di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan
di setiap Hospital Kluster.
8.7.2 Unit Kluster perlu ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya seorang
Pegawai Perubatan bergantung kepada beban tugas di Unit Kluster
masing-masing menggunakan jawatan sedia ada.
8.7.3 Terma rujukan Unit Kluster peringkat Jabatan Kesihatan Negeri;
i. Sebagai sekretariat GB
ii. Memantau perkembangan dan prestasi semua Kluster bagi
peringkat Jabatan Kesihatan Negeri.
15
8.7.4 Terma rujukan Unit Kluster peringkat Hospital Kluster;
i. Sebagai sekretariat kepada CMC
ii. Menyelaras perancangan perkembangan perkhidmatan-
perkhidmatan di dalam Kluster.
iii. Menyelaras pemantauan prestasi Perkhidmatan-Perkhidmatan
yang diperluaskan di dalam Kluster.
iv. Mengumpul dan menyelaras laporan pencapaian
jawatankuasa-jawatankuasa hospital kluster yang telah dilantik
oleh CMC.
v. Mengumpul dan menghantar laporan pencapaian Hospital
Kluster kepada Unit Kluster JKN dan KKM secara berkala
vi. Memantau pelaksanaan penyelidikan tindakan (Action
Research)
16
9. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN LAPORAN PENILAIAN
PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI PERKHIDMATAN YANG
DISEPADUKAN (INTEGRATED)
9.1 Pengurusan cuti
9.1.1 Bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan di Hospital Induk,
permohonan cuti pegawai disokong oleh Pakar di Hospital Induk dan
diluluskan oleh Ketua Jabatan Hospital Induk mengikut disiplin
masing-masing.
9.1.2 Manakala bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan di hospital lain
(Non-Lead), permohonan cuti disokong oleh Ketua Jabatan di
Hospital Induk (Lead Hospital) mengikut disiplin dan diluluskan oleh
Pengarah Hospital (Non-Lead).
9.1.3 Bagi kelulusan cuti di bawah bidang kuasa JKN dan KKM, ianya
masih tertakluk kepada peraturan/ketetapan sedia ada.
9.2 Pengurusan Latihan Dan Kompetensi
9.2.1 Pengurusan latihan dan kompetensi pegawai dalam perkhidmatan
kluster akan dikendalikan oleh Ketua Perkhidmatan/Disiplin Hospital
Induk. Perancangan latihan dan pembangunan kompetensi pegawai
dilaksanakan oleh Ketua Perkhidmatan Hospital Induk.
9.2.2 Semua permohonan kursus dan pencalonan peserta akan diselaras
dan diluluskan oleh Ketua Perkhidmatan Hospital Induk. Semua
tuntutan berkaitan latihan akan dibayar oleh PTJ masing-masing.
17
9.3 Pengurusan tuntutan tugas atas panggilan (oncall) dan perjalanan
9.3.1 Pengurusan tugas atas panggilan (On Call)
i. Keperluan on call di dalam kluster adalah berdasarkan kepada
keperluan perkhidmatan yang dijalankan. Permohonan
daripada Ketua Jabatan (Head Of Department) Hospital Kluster
perlu dikemukakan kepada Cluster Medical Advisory
Committee (CMAC). CMAC akan meneliti, mencadangkan dan
memanjangkan kepada Cluster Management Committee
(CMC) untuk kelulusan.
ii. Keperluan On Call terhadap skop / disiplin / Jabatan Klinikal
daripada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan (MO)
adalah bergantung kepada keputusan daripada Cluster
Management Commitee(CMC).
iii. Tuntutan on call adalah merujuk kepada tatacara pembayaran
tuntutan on call sedia ada yang telah dilaksanakan.
9.4 Pengurusan LNPT
9.4.1 Pengurusan LNPT Pegawai Perubatan bagi Perkhidmatan
Bersepadu (Integrated Service)
i. Pegawai Penilai Pertama (PPP) ialah Ketua Jabatan / Ketua Unit
yang menyelia pergerakan / aktiviti anggota yang melaksanakan
perkhidmatan bersepadu di Kluster berkenaan. Oleh itu Pegawai
Perubatan Hospital lain (Non-Lead) akan dinilai oleh Pakar atau
Ketua Jabatan dari Hospital Induk.
ii. Pegawai Penilai Kedua (PPK) ialah Pengarah Hospital dimana
pegawai ditempatkan di hospital- hospital di dalam kluster
tersebut.
18
iii. Akauntabiliti Penilaian Prestasi dipertanggungjawabkan kepada
Ketua Jabatan Perkhidmatan Bersepadu di Hospital Induk (Lead
Hospital) dan juga Pengarah Hospital di mana anggota
berkenaan bertugas
Contoh Senario 1
Pegawai Perubatan (Doktor A) dari Hospital Semporna (Non Lead Hospital)
Telah ditempatkan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau (Hospital
Induk) dalam tempoh minima tiga bulan, maka LNPT bagi Doktor A adalah:
Pegawai Penilai Pertama – Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau
Pegawai Penilai Kedua – Pengarah Hospital Tawau / Timbalan Pengarah Klinikal
Contoh Senario 2
Pegawai Perubatan Doktor B dari Hospital Tawau (Hospital Induk)
Telah ditempatkan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Semporna (Non
Lead Hospital) dalam tempoh minima tiga bulan, maka LNPT bagi Doktor B adalah:
Pegawai Penilai Pertama – Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau
Pegawai Penilai Kedua – Pengarah Hospital Semporna
9.4.2 Pengurusan LNPT Pegawai Perubatan bagi Perkhidmatan yang
tidak bersepadu (koordinasi) akan mengikut aliran LNPT sedia ada
di hospital masing-masing.
9.4.3 Pengurusan LNPT bagi Ketua Kluster adalah:
Pegawai Penilai Pertama – Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Perubatan)
Pegawai Penilai Kedua - Pengarah Kesihatan Negeri
9.4.4 Pengurusan LNPT bagi Timbalan Ketua Kluster dan Pengarah
hospital lain (Non-Lead) adalah:
Pegawai Penilai Pertama - Ketua Kluster
Pegawai Penilai Kedua - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
(Perubatan)
19
9.5 Pengurusan Tatatertib
9.5.1 Pengawasan terhadap pematuhan kepada peraturan penjawat
awam sedia ada adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan di
mana pegawai itu ditempatkan. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan
kepada mana-mana peraturan yang ditetapkan, Ketua
Jabatan/Pegawai Penyelia bertanggungjawab sepenuhnya untuk
melaporkan ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan. Sekiranya terdapat kegagalan untuk melaporkan
ketidakpatuhan, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas
Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia di mana pegawai itu bertugas.
9.5.2 Bagi pegawai yang perjawatannya di Hospital Induk tetapi
ditempatkan /bertugas di hospital lain (Non Lead), tindakan
melaporkan ketidakpatuhan adalah di bawah tanggungjawab
Pegawai Penyelia di hospital lain (Non Lead) dan laporan perlu
dikemukakan kepada Ketua Jabatan dimana perjawatan pegawai
ditempatkan dan sebaliknya.
10. Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai Di Hospital
Kluster
Semua permohonan pertukaran dan penempatan pegawai perlu mematuhi
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil. 1 Tahun 2012.
10.1 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat
Kementerian Kesihatan Malaysia
i. Jawatankuasa penempatan dan pertukaran di peringkat KKM
akan membuat pertimbangan dan kelulusan untuk
menempatkan seseorang pegawai berdasarkan keperluan
sesuatu permohonan pengisian dari Jabatan Kesihatan Negeri
(JKN) di mana permohonan tersebut perlu ada justifikasi dari
CMC hospital.
ii. Surat penempatan dan pertukaran bagi pegawai akan
dikeluarkan dari KKM ke JKN dengan penempatan ke
Hospital Kluster yang telah dikenalpasti. Penempatan
20
sebenar di Kluster akan ditentukan oleh CMC melalui
Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Hospital
Kluster.
10.2 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat
Jabatan Kesihatan Negeri
10.2.1 Semua permohonan penempatan dan pertukaran pegawai untuk
hospital kluster perlu disokong oleh JKN sebelum dihantar ke KKM.
Permohonan pengisian perlu mempunyai justifikasi dari CMC
Hospital.
10.2.2 Semua penempatan dan pertukaran pegawai yang diterima dari KKM
perlu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan
dan Pertukaran di peringkat negeri dan pegawai akan ditempatkan
ke Hospital Kluster yang ditetapkan.
10.3 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat
Hospital Kluster
10.3.1 Semua permohonan pengisian penempatan dan pertukaran pegawai
perlu disemak dan mendapat kelulusan CMC Hospital Kluster
berdasarkan keperluan dan perjawatan yang dikenalpasti dari Ketua
Jabatan.
10.3.2 Penempatan dan pertukaran pegawai yang diterima dari JKN perlu
dibentangkan dan diluluskan oleh CMC Hospital Kluster. Kaedah
penempatan pegawai yang bertukar masuk ke Kluster akan
ditentukan oleh CMC. Penempatan pegawai adalah berdasarkan
keperluan serta justifikasi yang dikemukakan oleh Ketua
Jabatan/Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Hospital
Kluster.
10.4 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat
Jabatan
10.4.1 Ketua Jabatan perlu mengenalpasti keperluan perjawatan dan
pengisian dan mengemukakan permohonan ke CMC Hospital.
10.4.2 Semua pegawai baru yang ditempatkan di jabatan yang berkenaan
perlu diberi latihan (attachment) ditentukan oleh Ketua Jabatan
21
masing-masing sebelum pegawai ditempatkan di penempatan
sebenar.
10.4.3 Ketua Jabatan akan menentukan penempatan pegawai mengikut
kepentingan perkhidmatan bagi memastikan kelancaran
perkhidmatan.
10.5 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia
10.5.1 CMC perlu membentuk Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia
Hospital Kluster bagi menyelaras semua urusan permohonan dan
pertukaran pegawai yang terlibat dengan kluster dan melantik
urusetia yang bersesuaian bagi menguruskan mesyuarat dan
jawatankuasa ini.
10.5.2 Jawatankuasa ini turut bertanggungjawab menyelaras keperluan
bilangan pegawai bagi melaksanakan kluster.
10.5.3 Wakil Unit Sumber Manusia setiap hospital di dalam kluster perlu
terlibat di dalam jawatankuasa ini.
10.5.4 Jawatankuasa ini akan melapor kepada CMC.
10.6 Tanggungawab pegawai
10.6.1 Setiap pegawai yang terlibat dalam kluster hospital perlu memohon
sokongan Ketua Jabatan untuk sebarang pertukaran. Sebarang
rayuan pertukaran dan penempatan perlu mendapatkan justifikasi
dan sokongan untuk dipertimbangkan.
22
Lampiran 1
STRUKTUR GOVERNING BODY
Pengarah Kesihatan
Negeri (PKN)
Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri
Pengurusan
Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri
Farmasi
5 Wakil Direktorat
CMDAC
(berdasarkan
keperluan)
Direktorat
Perubatan
Direktorat
Pembedahan
Direktorat
Obstetrik & Ginekologi
Direktorat
Perkhidmatan Sokongan
Klinikal
Direktorat Kualiti dan
Keselamatan
Ketua
Kluster
Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri
(TPKNP)
Wakil Unit Kluster
23
Lampiran 2
STRUKTUR CLUSTER MANAGEMENT COMMITTEE
Ketua
Kluster
Ketua-ketua Jabatan
Perkhidmatan yang
diklusterkan
Ketua Penyelia
Jururawat Hospital
Induk
Ketua Penyelia
Penolong Pegawai
Perubatan Hospital
Induk
Timbalan Pengarah
Pengurusan Hospital
Induk
Timbalan Pengarah
Kanan Hospital Induk
Wakil Direktorat
CMDAC
(berdasarkan
keperluan)
Direktorat
Perubatan
Direktorat
Pembedahan
Direktorat
Obstetrik &
Ginekologi
Direktorat
Perkhidmatan
Sokongan Klinikal
Direktorat Kualiti
dan Keselamatan
Pengarah Hospital
lain (sekiranya lebih
daripada 3 hospital)
Ketua Jabatan
Farmasi Hospital
Induk
Ketua Unit
Kejuruteraan
Hospital Induk
Timbalan Ketua
Kluster I
Timbalan Ketua
Kluster II
Unit Kluster
24
Lampiran 3
CONTOH CARTA CLUSTER MEDICAL AND DENTAL ADVISORY COMMITTEE (CMDAC)
* H1 – Hospital 1
* H2 – Hospital 2
* H3 – Hospital 3
* HOD – Head of Department
Head of Cluster Medical
Advisory Committee
Head HC.
Medical
Directorate
Headf HC
Medical Service
HOD M H1
HOD M H2
HOD M H3
Head HC PSY
Service
HOD PSY H1
HOD PSY H2
HOD PSY H3
Head HC
Surgical
Directorate
Head HC
Surgical Service
HOD Surgical
H1
HOD Surgical
H2
HOD Surgical
H3
Head HC Ortho
Service
HOD Ortho H1
HOD Ortho H2
HOD Ortho H3
Head HC Opthal
Service
HOD Ophtal H1
HOD Ophtal H2
HOD Ophtal H3
Head HC ORL
service
HOD ORL H1
HOD ORL H2
HOD ORL H3
Head HC O&G and
Paeds Directorate
Head HC Clinical Support
Directorate
Head HC Pathology
Service
HOD Pathology H1
HOD Pathology H2
HOD Pathology H3
Head Radiology
Service
HOD Radiology H1
HOD Radiology H2
HOD Radiology H3
25
Lampiran 4
CONTOH CARTA JAWATANKUASA HOSIPTAL CLUSTER (HOSPITAL CLUSER COMMITTEES)
Cluster
Management
Committee
Jawatankuasa
Fungsi Kluster
Jawatankuasa
Perkembangan
Perkhidmatan
Kluster
Jawatankuasa
Komunikasi
Kluster
Jawatankuasa
Kualiti dan
Keselamatan
Kluster
Jawatankuasa
Klinikal Kluster
Direktorat
Perubatan
Direktorat
Pembedahan
Direktorat
Obstetrik &
Ginekologi
Direktorat
Sokongan
Klinikal
Jawatankuasa
Pengurusan
Kluster
Jawatankuasa
Kewangan
Kluster
Jawatankuasa
Perolehan dan
Aset Kluster
Jawatankuasa
Pengurusan
Sumber
Manusia
Kluster
Jawatankuasa
Pembangunan
Kluster
26
Lampiran 5
CONTOH CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN BERSEPADU HSOPITAL KLUSTER
Ketua Jabatan /Unit
Perkhidmatan Bersepadu
Hospital Kluster
(contoh; Kecemasan dan
Trauma / Perubatan)
Jabatan/Unit Hospital Induk
(Lead Hospital)
(contoh; Kecemasan dan
Trauma / Perubatan)
Jabatan/Unit Hospital Lain (Non
Lead) 1
(contoh; Kecemasan dan
Trauma / Perubatan)
Jabatan/Unit Hospital Lain (Non
Lead) 11
(contoh; Kecemasan dan
Trauma / Perubatan)
27
LAMPIRAN 6
CONTOH CARTA ORGANISASI HOSPITAL KLUSTER
INTEGRATED SERVICE
28
Lampiran 7
CONTOH CARTA FUNGSI HOSPITAL KLUSTER
Cluster
Management
Committee
Klinikal
BERSEPADU
Jabatan
Kecemasan dan
Trauma
Jabatan
Perubatan
KOORDINASI
Jabatan
Orthopaedik
Jabatan
Pembedahan
Sokongan
Klinikal
BERSEPADU
Jabatan Patologi
Jabatan Farmasi
KOORDINASI
Jabatan
Radiologi
Jabatan
pendidikan
Kesihatan
Pengurusan
BERSEPADU
Pembangunan
Sumber Manusia
KOORDINASI
Teknologi
maklumat
Kewangan

More Related Content

What's hot

Teras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmTeras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmLee Oi Wah
 
Slide Pengecualian.pdf
Slide Pengecualian.pdfSlide Pengecualian.pdf
Slide Pengecualian.pdfEddyPeter
 
Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3An Nur
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelolaben683958sia
 
Senarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkSenarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkhkdt
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan msbh57
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan msbh57
 
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019AnisNatasha8
 
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraeshamh
 
Basic principle of medicolegal management in emergency department
Basic principle of medicolegal management in emergency departmentBasic principle of medicolegal management in emergency department
Basic principle of medicolegal management in emergency departmentLee Oi Wah
 
Pakej penajaan dan faedah
Pakej penajaan dan faedahPakej penajaan dan faedah
Pakej penajaan dan faedahMohAmad HakIm
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018Chon Seong Hoo
 
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITI
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITIMemo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITI
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITIAhmad Turmizi Mohd Khalil
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmSurat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmMuhammad Mukhlis
 
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdf
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdfKERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdf
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdfSahrizalAmir1
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanMat Yus
 
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanKod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanLee Oi Wah
 
1.surat makluman tarikh program
1.surat makluman tarikh program1.surat makluman tarikh program
1.surat makluman tarikh programLow CheeXiang
 

What's hot (20)

Teras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmTeras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkm
 
Slide Pengecualian.pdf
Slide Pengecualian.pdfSlide Pengecualian.pdf
Slide Pengecualian.pdf
 
Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
 
Senarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkSenarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppk
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan
 
Keusahawanan
KeusahawananKeusahawanan
Keusahawanan
 
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
 
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
 
Basic principle of medicolegal management in emergency department
Basic principle of medicolegal management in emergency departmentBasic principle of medicolegal management in emergency department
Basic principle of medicolegal management in emergency department
 
Pakej penajaan dan faedah
Pakej penajaan dan faedahPakej penajaan dan faedah
Pakej penajaan dan faedah
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN 2018
 
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITI
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITIMemo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITI
Memo Makluman Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO Kolej UNITI
 
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpmSurat jemputan program jom ke sekolah skpm
Surat jemputan program jom ke sekolah skpm
 
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdf
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdfKERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdf
KERTAS-KERJA-SAMBUTAN-HARI-RAYA-AIDILFITRI-5.pdf
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
 
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanKod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
 
Program charity
Program charity Program charity
Program charity
 
1.surat makluman tarikh program
1.surat makluman tarikh program1.surat makluman tarikh program
1.surat makluman tarikh program
 

Similar to Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia

Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptxILKKM SG BULOH
 
Kertas kerja mmd 2013 i
Kertas kerja mmd 2013 iKertas kerja mmd 2013 i
Kertas kerja mmd 2013 iArDah ZyEd
 
G panduan kurikulum
G panduan kurikulumG panduan kurikulum
G panduan kurikulumMohd Rizal
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSfarahinyaziz
 
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdfBUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdfInthumathiGovindasam
 
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidLaporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidAzriRamli4
 
Presentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptPresentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptEsmarAHamidKenoh
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahpriya devi
 
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Hilmi Ahmad
 
Pembantu pegawai perubatan
Pembantu pegawai perubatanPembantu pegawai perubatan
Pembantu pegawai perubatansakura rena
 
Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015EyesWideOpen2008
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERMuhammad Nasrullah
 

Similar to Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia (15)

Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
 
Kertas kerja mmd 2013 i
Kertas kerja mmd 2013 iKertas kerja mmd 2013 i
Kertas kerja mmd 2013 i
 
Kerjaya jururawat
Kerjaya jururawatKerjaya jururawat
Kerjaya jururawat
 
G panduan kurikulum
G panduan kurikulumG panduan kurikulum
G panduan kurikulum
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
 
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdfBUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
 
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidLaporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
 
Mi ne 1
Mi ne 1Mi ne 1
Mi ne 1
 
Nurses act
Nurses actNurses act
Nurses act
 
Presentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptPresentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.ppt
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
 
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
 
Pembantu pegawai perubatan
Pembantu pegawai perubatanPembantu pegawai perubatan
Pembantu pegawai perubatan
 
Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015Plan Strategik KKM 2011-2015
Plan Strategik KKM 2011-2015
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
 

Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia

  • 1. 1 GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN HOSPITAL KLUSTER KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan umum dan sebagai rujukan bagi semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital-hospital tentang pelaksanaan Hospital Kluster. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Hospital Kluster merupakan inisiatif yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan di bawah program Transformasi Sistem Kesihatan. Inisiatif ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi bagi Transformasi Perkhidmatan Awam yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Inisiatif ini juga adalah salah satu Key Performance Indicator YB Menteri Kesihatan bagi tahun 2016 dan 10 Priority Programs YB Menteri Kesihatan bagi peluasan Hospital Kluster 2016-2020. 2.2 Hospital Kluster melibatkan kolaborasi beberapa hospital KKM, berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berdekatan di mana hospital hospital ini selaras dari segi aliran perkhidmatan dan pesakit. Hospital-hospital tersebut digabungkan di bawah satu tadbir urus dan berfungsi sebagai sebuah kluster. Sesebuah kluster akan menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada semua pesakit yang berada di dalam liputan rangkaian kesemua hospital yang terlibat dan kesemua sumber manusia, fasiliti, dan lain-lain kemudahan dikongsi di antara kesemua hospital di dalam kluster tersebut. 2.3 Inisiatif pelaksanaan Hospital Kluster telah dicadangkan pada tahun 2011 oleh Kumpulan Kerja Teknikal Perkhidmatan Sekunder dan Tertiari sebagai sebahagian daripada Transformasi Sistem Kesihatan. Penyusunan semula hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah Kluster adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Projek Rintis di tiga buah negeri telah diluluskan oleh Ketua
  • 2. 2 Pengarah Kesihatan pada 9 November 2012 dan telah mendapat persetujuan Mesyuarat Khas KPK pada November 2013. Seterusnya pelaksanaan konsep hospital kluster telah diluluskan untuk dilaksanakan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perancangan Kementerian Kesihatan (JPKK) Bil 1/2014 Bertarikh 2 April 2014. 2.4 Projek Rintis Hospital Kluster telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 di tiga (3) buah negeri iaitu Pahang, Melaka dan Sabah. Bermula tahun 2016 KKM mula memperluaskan inisiatif ini dengan mensasarkan pelaksanaan tiga (3) Hospital Kluster baru setiap tahun. Sehingga 2017, 10 Kluster telah dibentuk dengan 36 buah hospital terlibat di seluruh negara. 2.5 Bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster struktur tadbir urus, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan, akaun, perolehan, aset dan hasil yang lebih khusus perlu diwujudkan dan telah dibincangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hospital Kluster yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan (TKPKP) pada 16 April 2015. Satu bengkel melibatkan pelbagai Bahagian dan Hospital Kluster telah dilaksanakan bagi membentuk cadangan yang bersesuaian. 2.6 Cadangan ini seterusnya telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Hospital Kluster bilangan 1/ 2016 pada 10 Ogos 2016 yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, telah memutuskan agar tadbir urus dan struktur organisasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan, akaun, perolehan, aset dan hasil yang bersesuaian dengan Konsep Hospital Kluster digunapakai dalam pelaksanaan Hospital Kluster. 2.7 Susulan daripada itu beberapa siri bengkel dan mesyuarat melibatkan wakil dari pelbagai Bahagian dan Hospitall Kluster telah dijalankan bagi membentuk satu Garis Panduan. Seterusnya Cadangan Struktur Tadbir Urus dan Pengurusan Sumber Manusia Hospital Kluster telah dibentangkan dan dipersetujui untuk dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) Bil 2 tahun 2017 pada 8 Ogos 2017.
  • 3. 3 3. VISI HOSPITAL KLUSTER Hospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital bagi membentuk satu organisasi yang sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan berfokuskan keperluan dan kehendak komuniti setempat. 4. MISI HOSPITAL KLUSTER Satu kelompok hospital-hospital yang bersama-sama: 4.1 Komited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dan berkualiti dengan kos yang berpatutan melalui perkhidmatan yang disepadukan berdasarkan keperluan dan kehendak komuniti setempat bagi meningkatkan kemudahan mendapatkan rawatan yang lebih saksama. 4.2 Komited kepada falsafah perkongsian organisasi melalui pembentukkan budaya korporat dan penjenamaan organisasi melalui pelaksanaan perkongsian nilai-nilai yang membentuk kejayaan ke arah visi yang seragam. 4.3 Komited dalam melaksanakan penggunaan tenagakerja kesihatan yang lebih adil dan saksama di dalam kluster serta pembentukan tenagakerja yang terlatih, cekap, berintegriti dan komited dalam melaksanakan visi organisasi. 4.4 Pengurusan dan pentadbiran Hospital Kluster akan turut difokuskan kepada keperluan komuniti setempat serta pencapaian matlamat bersama. Dalam waktu yang sama hospital-hospital akan melaksanakan perkhidmatan berdasarkan keperluan pesakit secara individu. Kedua-duanya digabungkan bagi meningkatkan kualiti, kesamarataan dan keterangkuman rakyat untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan rawatan kesihatan.
  • 4. 4 5. OBJEKTIF HOSPITAL KLUSTER Objektif pelaksanaan Hospital Kluster adalah seperti berikut: 5.1.1 Mengukuhkan integrasi dalam penyampaian penjagaan perubatan dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui pengoperasian hospital secara perkongsian beberapa hospital. 5.1.2 Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah” kepada masyarakat tempatan. 5.1.3 Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. 5.1.4 Mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti melalui peningkatan jaringan dan kesinambungan latihan dan pengajaran di dalam Hospital Kluster. 5.1.5 Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja. 5.1.6 Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan pengoptimuman sumber-sumber di Hospital- Hospital di dalam Kluster bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan. 5.1.7 Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sediada dan mengelakkan pembaziran. 5.1.8 Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam Kluster. 6. PRINSIP-PRINSIP BAGI PEMBENTUKKAN HOSPITAL KLUSTER Berikut adalah prinsip-prinsip bagi perancangan dan pengoperasian Hospital Kluster:
  • 5. 5 6.1 Pendekatan Kluster secara menyeluruh Tadbir urus klinikal dan kepimpinan dengan pendekatan berdasarkan bukti-bukti atau data-data yang fokus kepada kluster secara holistik. 6.2 Keselamatan dan Kualiti Penyusunan semula dan pembentukkan perkhidmatan mestilah melalui budaya yang mengutamakan keselamatan pesakit dan peningkatan kualiti perkhidmatan. 6.3 Bersesuaian Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan mestilah bersesuaian dan responsif kepada keperluan komuniti di dalam Kluster. Pelaksanaan turut merangkumi pemindahan pesakit akut yang lebih lancar dan seragam dan turut melibatkan perkhidmatan Kesihatan Primer di komuniti. 6.4 Kebolehcapaian kepada rawatan Kebolehcapaian kepada rawatan adalah fokus kepada rawatan yang lebih dekat dengan tempat tinggal pesakit 6.5 Pembahagian Sumber yang lebih rasional Pembahagian sumber mestilah berdasarkan perkongsian dan dilaksanakan mengikut perancangan perkhidmatan di setiap hospital di dalam Kluster. Ini boleh dilaksanakan melalui pelaburan dalam perkhidmatan yang lebih kos efektif dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan pemilihan keutamaan perkhidmatan yang lebih telus. 6.6 Pengagihan Tenagakerja Pengekalan tenagakerja professional yang berkemahiran di dalam Kluster perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan di setiap hospital di dalam Kluster dapat diselaraskan. 6.7 Latihan dan Penyelidikan Latihan kemahiran klinikal dan penyelidikan disepadukan ke dalam Kluster.
  • 6. 6 7. SKOP DAN FUNGSI HOSPITAL KLUSTER Hospital Kluster telah dilaksanakan berdasarkan skop dan fungsi berikut yang menekankan prinsip hospital-hospital bertindak sebagai satu entiti dalam penyampaian perkhidmatan perubatan. 7.1 Struktur Tadbir Urus yang baru merangkumi polisi, operasi, perancangan dan kawalan fungsi Hospital Kluster. 7.1.1 Struktur Tadbir Urus Hospital Kluster adalah menggunakan struktur tadbir urus yang baru, bagi melaksanakan hospital kluster. Mesyuarat Pemandu Hospital Kluster bilangan 1/ 2016 pada 10 Ogos 2016 telah memutuskan struktur organisasi Kluster digunapakai sebagai struktur rasmi Hospital Kluster. Dalam sesebuah Kluster, akan terdapat satu Hospital Induk (Lead Hospital) yang akan mengetuai Kluster tersebut, manakala hospital-hospital lain (Non- Lead Hospital) pula adalah di bawah Hospital Induk. 7.1.2 Struktur organisasi rasmi Hospital Kluster menetapkan Pengarah Hospital Induk sebagai Pengarah Hospital Kluster atau Ketua Kluster. Setiap Kluster Hospital akan ditadbir oleh Cluster Management Comittee (CMC) manakala Governing Body (GB) memantau prestasi setiap Kluster (Lampiran 1) 7.2 Halatuju pelaksanaan Hospital Kluster adalah penyampaian perkhidmatan hospital yang berkualiti, selamat dan bersepadu melibatkan semua hospital di dalam kluster melalui sistem pengurusan perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien. 7.2.1 CMC yang diketuai oleh Ketua Kluster memainkan peranan utama dalam menentukan dan memastikan visi, misi dan objektif Hospital Kluster berjalan lancar. 7.2.2 CMC turut melaksanakan pengurusan pentadbiran hospital kluster, menentukan halatuju dan perkembangan penyampaian perkhidmatan secara kluster, mengenalpasti, merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disepadukan di dalam kluster.
  • 7. 7 7.2.3 Pelaksanaan perkhidmatan secara pengoptimuman sumber-sumber di antara hospital-hospital di dalam kluster juga ditentukan oleh CMC. Ini termasuklah pengoptimuman kepakaran klinikal dan penggunaan tenaga kerja mahir di dalam kluster bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. 7.2.4 Pembangunan Hospital Kluster termasuk keperluan perolehan peralatan, aset dan pembangunan fizikal serta pembangunan sumber-sumber lain turut ditentukan oleh CMC. 7.3 Membentuk dan menyusun semula penyampaian perkhidmatan klinikal yang lebih cekap berdasarkan “patient centred care”. 7.3.1 Sistem Hospital Kluster menerapkan penyampaian penjagaan berdasarkan “patient centred care” bagi memastikan perkhidmatan yang komprehensif, berterusan dan lancar dapat diberikan. 7.3.2 Perancangan perawatan turut memberi tumpuan kepada penjagaan yang sesuai mengikut keperluan perkhidmatan dan teknologi di samping dapat mengoptimumkan penggunaan sumber. Pengurusan perkhidmatan yang memerlukan pendekatan kluster adalah seperti pelan rawatan susulan, penyeragaman dalam pendaftaran rekod dan sistem maklumat hospital di antara hospital-hospital di dalam kluster. 7.4 Pembangunan sumber manusia dan latihan berasaskan pendekatan kluster bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan Kluster 7.4.1 Pembangunan tenaga kerja termasuklah latihan dan pengajaran serta penyelidikan bagi perkhidmatan klinikal dilaksanakan secara bersepadu di dalam kluster bagi memastikan adanya lebih ramai kakitangan perubatan yang cekap dan dapat memberikan penjagaan yang berkualiti di dalam kluster. Oleh itu perancangan dan pelaksanaan latihan anggota dilaksanakan dengan melibatkan keperluan pembangunan sumber manusia di semua hospital di dalam kluster. 7.5 Sistem Pengurusan Maklumat Kluster dibentuk bagi memastikan penyampaian maklumat dan data serta pengukuran bagi peningkatan kualiti adalah berdasarkan Kluster.
  • 8. 8 7.5.1 Semua data dan statistik pesakit di dalam Hospital Kluster diselaraskan dan dikongsi bersama oleh semua hospital-hospital tersebut. 7.5.2 Sistem pengurusan pesakit kluster adalah sejajar dengan perkhidmatan yang diberikan di dalam kluster bagi memastikan kesinambungan maklumat dikongsi di dalam kluster pada setiap masa.
  • 9. 9 8. PELAKSANAAN TADBIR URUS DAN STRUKTUR ORGANISASI HOSPITAL KLUSTER 8.1 Pendahuluan 8.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan memantau pelaksanaan Hospital Kluster agar sentiasa mengikut peraturan dan polisi sedia ada. 8.1.2 Hospital Induk untuk sesebuah kluster terdiri daripada Hospital Berpakar atau Hospital Negeri. Sekiranya terdapat lebih daripada satu Hospital Berpakar, pemilihan hospital untuk dijadikan Hospital Induk adalah berdasarkan heiraki tertinggi dalam senarai Hospital Berpakar yang terdapat di dalam setiap kluster. 8.1.3 Struktur pentadbiran Pusat Tanggung Jawab(PTJ) Hospital Kluster adalah seperti berikut; i.JKN kekal sebagai PTJ 1 ii.Hospital Induk atau Lead Hospital (LH) kekal sebagai PTJ2 Hospital Kluster. iii.Hospital-hospital lain atau Non-Lead Hospital (NLH) ditukar kepada PTJ3 Hospital Kluster. 8.2 Governing Body (GB) 8.2.1 Governing Body (GB) perlu ditubuhkan dan ahli-ahli Governing Body (GB) dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri bagi setiap Hospital Kluster. Bagi negeri-negeri yang mempunyai lebih daripada satu Hospital Kluster, Governing Body (GB) perlu dibentuk mengikut bilangan Hospital Kluster yang dilaksanakan. Struktur GB adalah seperti di Lampiran 1. 8.2.2 Ahli Jawatankuasa Governing Body terdiri daripada: I. Pengarah Kesihatan Negeri sebagai Pengerusi GB II. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) sebagai Timbalan Pengerusi GB. III. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) IV. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) V. Pengarah Hospital Kluster sebagai wakil Kluster
  • 10. 10 VI. 5 wakil direktorat Cluster Medical and Dental Advisory Committee (CMDAC) mewakili direktorat masing-masing mengikut keperluan setiap cluster; i. Perkhidmatan Pembedahan ii. Perkhidmatan Perubatan iii. Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi dan Paediatrik iv. Perkhidmatan Sokongan Klinikal v. Kualiti dan Keselamatan 8.2.3 Terma rujukan GB adalah: i. Mencadangkan calon dan melantik Ketua Kluster setelah mendapat kelulusan KKM (Bahagian Perkembangan Perubatan) ii. Ahli-ahli GB dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri iii. Melantik ahli jawatankuasa CMC iv. Memantau hal ehwal tadbir urus dan prestasi pelaksanaan Hospital Kluster 8.2.4 Penglibatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) dan lain-lain adalah mengikut keperluan. 8.2.5 Unit Kluster di Jabatan Kesihatan Negeri perlu ditubuhkan dan Unit dan berperanan sebagai sekretariat mesyuarat GB. 8.2.6 Jika Kluster melibatkan lebih daripada satu hospital berpakar, pemilihan wakil CMDAC bagi Kluster tersebut ditentukan melalui Jawatankuasa CMDAC direktorat yang berkaitan seperti di Lampiran 3. 8.2.7 Keahlian Ahli Jawatankuasa GB adalah bagi tempoh 2 tahun, dan akan bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kuorum bagi sesuatu mesyuarat hendaklah dua pertiga daripada jumlah anggota, melainkan kuorum terkurang dibenarkan oleh Pengerusi GB.
  • 11. 11 8.2.8 Keahlian Ahli Lembaga Pelawat (ALP) boleh dipertimbangkan selepas tiga tahun pelaksanaan Hospital Kluster. 8.3 Cluster Management Committee (CMC) 8.3.1 Cluster Management Committee (CMC) perlu dibentuk untuk menguruskan operasi harian hospital-hospital di dalam Kluster. 8.3.2 Ketua Kluster akan dicadangkan oleh GB dikalangan Pengarah- Pengarah Hospital di dalam Kluster dengan kelulusan KKM untuk dilantik oleh Pengarah kesihatan Negeri. 8.3.3 Dua orang Pengarah Hospital Lain-Lain (Non-Lead) akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Hospital Kluster oleh GB secara bergilir bagi tempoh dua tahun. 8.3.4 Sekiranya Kluster mempunyai lebih daripada dua hospital lain-lain (Non-Lead), Pengarah- Pengarah hospital tersebut akan menjadi ahli di dalam CMC. 8.3.5 Ahli- ahli Jawatankuasa CMC terdiri daripada; i. Ketua-ketua Jabatan dan unit yang terlibat dengan perkhidmatan yang diklusterkan. ii. Wakil Kejururawatan Hospital Induk iii. Wakil Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital Induk iv. Wakil Farmasi Hospital Induk v. Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Induk vi. Timbalan Pengarah Satu (1) Hospital Induk vii. Wakil-wakil unit / jabatan lain dilantik mengikut keperluan viii. Ahli jawatankuasa Cluster Medical and Dental Advisory Committee (CMDAC) seperti yang telah ditetapkan oleh GB mengikut keperluan. Struktur organisasi CMC adalah seperti di Lampiran 2.
  • 12. 12 8.3.6 CMC bertanggungjawab menyelia dan memantau perkhidmatan yang disepadu (Integrated services) serta tidak disepadukan (coordinated Services) di dalam Kluster secara keseluruhan 8.3.7 Unit Kluster di Lead Hospital adalah sekretariat mesyuarat CMC. 8.3.8 Kekerapan mesyuarat CMC sekurang-kurangnya setiap tiga bulan bergantung kepada keperluan. Kuorum bagi sesuatu mesyuarat hendaklah dua pertiga daripada jumlah anggota, melainkan kuorum terkurang dibenarkan oleh Ketua Kluster. 8.3.9 Jawatankuasa Hospital Kluster bagi Perkhidmatan- perkhidmatan seperti pengurusan, kualiti, perolehan dan aset, latihan dan kompetensi, pengurusan sumber manusia dan lain-lain perlu ditentukan dan dibentuk oleh CMC berdasarkan keperluan pengoperasian kluster bagi menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan hospital kluster. Contoh jawatankuasa seperti di Lampiran 4. 8.4 Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Services) 8.4.1 Definisi Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Services) adalah perkhidmatan yang dijalankan sebagai satu jabatan di dalam Kluster; melibatkan Hospital Induk dan lain-lain hospital yang diketuai oleh Ketua Jabatan di Hospital Induk. 8.4.2 Bagi Kluster yang mempunyai lebih daripada satu hospital berpakar, Ketua Jabatan bagi perkhidmatan bersepadu akan ditentukan oleh CMC. 8.4.3 Penentuan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan disepadukan hendaklah ditentukan oleh CMC berdasarkan keperluan pelaksanaan perkhidmatan, kemampuan sumber-sumber di semua hospital yang terlibat dan peratusan beban kerja perkhidmatan
  • 13. 13 tersebut yang tinggi di hospital–hospital lain (Non-Lead) yang bersesuaian untuk disepadukan. 8.4.4 Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dikembangkan ke Hospital- Hospital lain (Non-Lead) di dalam Kluster tetapi tidak disatukan di dalam satu jabatan akan dikategorikan sebagai perkhidmatan yang dikoordinasikan. 8.4.5 Carta organisasi Perkhidmatan Bersepadu (Integrated services) adalah seperti di lampiran 5. 8.5 Carta Organisasi Hospital Kluster 8.5.1 Setiap Hospital Kluster mempunyai struktur organisasi Hospital Kluster yang dikongsi bersama di antara hospital-hospital di dalam Kluster. Carta asal atau sedia ada setiap hospital tidak berubah. 8.5.2 Perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan sebagai satu Jabatan di dalam Kluster dan dikategorikan sebagai Perkhidmatan Bersepadu (Integrated services) akan berada di bawah satu jabatan atau unit melibatkan semua hospital di dalam kluster yang menjalankan perkhidmatan yang diintegrasikan tersebut. Di dalam carta organisasi, perkhidmatan ini akan dilihat sebagai gabungan satu jabatan merentasi lebih daripada satu hospital. Contoh Carta Organisasi Hospital Kluster seperti di Lampiran 6 dan lampiran 7. 8.5.3 Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tidak diintegrasikan akan kekal seperti sedia ada di hospital masing-masing. 8.6 Jawatankuasa Hospital Kluster (Hospital Cluster Committee) 8.6.1 Bagi memastikan perkhidmatan yang efektif dan efisien Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu bagi Hospital Kluster perlu ditentukan untuk ditubuhkan oleh CMC. Lampiran 5 adalah contoh cadangan struktur jawatankuasa yang perlu ditubuhkan.
  • 14. 14 8.6.2 Jawatankuasa-jawatankuasa Hospital Kluster yang perlu ditubuhkan adalah termasuk pengurusan kewangan, kualiti, perolehan dan aset, latihan dan kompetensi, pengurusan sumber manusia, perkhidmatan-perkhidmatan klinikal dan lain-lain mengikut keperluan setiap Kluster. 8.6.3 Lantikan pengerusi bagi Jawatankuasa Hospital Kluster ditentukan oleh CMC. 8.6.4 Ahli Jawatankuasa mestilah terdiri daripada wakil dari semua Hospital di dalam Kluster. 8.6.5 Setiap Jawatankuasa bertanggungjawab merancang pelaksanaan setiap perkara berdasarkan perancangan secara Kluster dengan menggunakan data-data dan maklumat yang dianalisa dan diteliti melibatkan semua hospital di dalam Kluster. Jawatankuasa- Jawatankuasa Hospital Kluster ini akan merancang, mengkoordinasi, melaksana, mengurus dan memantau prestasi pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa masing-masing dan melaporkan kepada CMC secara berkala. 8.7 Unit Kluster 8.7.1 Unit Kluster perlu ditubuhkan di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan di setiap Hospital Kluster. 8.7.2 Unit Kluster perlu ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya seorang Pegawai Perubatan bergantung kepada beban tugas di Unit Kluster masing-masing menggunakan jawatan sedia ada. 8.7.3 Terma rujukan Unit Kluster peringkat Jabatan Kesihatan Negeri; i. Sebagai sekretariat GB ii. Memantau perkembangan dan prestasi semua Kluster bagi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri.
  • 15. 15 8.7.4 Terma rujukan Unit Kluster peringkat Hospital Kluster; i. Sebagai sekretariat kepada CMC ii. Menyelaras perancangan perkembangan perkhidmatan- perkhidmatan di dalam Kluster. iii. Menyelaras pemantauan prestasi Perkhidmatan-Perkhidmatan yang diperluaskan di dalam Kluster. iv. Mengumpul dan menyelaras laporan pencapaian jawatankuasa-jawatankuasa hospital kluster yang telah dilantik oleh CMC. v. Mengumpul dan menghantar laporan pencapaian Hospital Kluster kepada Unit Kluster JKN dan KKM secara berkala vi. Memantau pelaksanaan penyelidikan tindakan (Action Research)
  • 16. 16 9. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI PERKHIDMATAN YANG DISEPADUKAN (INTEGRATED) 9.1 Pengurusan cuti 9.1.1 Bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan di Hospital Induk, permohonan cuti pegawai disokong oleh Pakar di Hospital Induk dan diluluskan oleh Ketua Jabatan Hospital Induk mengikut disiplin masing-masing. 9.1.2 Manakala bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan di hospital lain (Non-Lead), permohonan cuti disokong oleh Ketua Jabatan di Hospital Induk (Lead Hospital) mengikut disiplin dan diluluskan oleh Pengarah Hospital (Non-Lead). 9.1.3 Bagi kelulusan cuti di bawah bidang kuasa JKN dan KKM, ianya masih tertakluk kepada peraturan/ketetapan sedia ada. 9.2 Pengurusan Latihan Dan Kompetensi 9.2.1 Pengurusan latihan dan kompetensi pegawai dalam perkhidmatan kluster akan dikendalikan oleh Ketua Perkhidmatan/Disiplin Hospital Induk. Perancangan latihan dan pembangunan kompetensi pegawai dilaksanakan oleh Ketua Perkhidmatan Hospital Induk. 9.2.2 Semua permohonan kursus dan pencalonan peserta akan diselaras dan diluluskan oleh Ketua Perkhidmatan Hospital Induk. Semua tuntutan berkaitan latihan akan dibayar oleh PTJ masing-masing.
  • 17. 17 9.3 Pengurusan tuntutan tugas atas panggilan (oncall) dan perjalanan 9.3.1 Pengurusan tugas atas panggilan (On Call) i. Keperluan on call di dalam kluster adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan yang dijalankan. Permohonan daripada Ketua Jabatan (Head Of Department) Hospital Kluster perlu dikemukakan kepada Cluster Medical Advisory Committee (CMAC). CMAC akan meneliti, mencadangkan dan memanjangkan kepada Cluster Management Committee (CMC) untuk kelulusan. ii. Keperluan On Call terhadap skop / disiplin / Jabatan Klinikal daripada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan (MO) adalah bergantung kepada keputusan daripada Cluster Management Commitee(CMC). iii. Tuntutan on call adalah merujuk kepada tatacara pembayaran tuntutan on call sedia ada yang telah dilaksanakan. 9.4 Pengurusan LNPT 9.4.1 Pengurusan LNPT Pegawai Perubatan bagi Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Service) i. Pegawai Penilai Pertama (PPP) ialah Ketua Jabatan / Ketua Unit yang menyelia pergerakan / aktiviti anggota yang melaksanakan perkhidmatan bersepadu di Kluster berkenaan. Oleh itu Pegawai Perubatan Hospital lain (Non-Lead) akan dinilai oleh Pakar atau Ketua Jabatan dari Hospital Induk. ii. Pegawai Penilai Kedua (PPK) ialah Pengarah Hospital dimana pegawai ditempatkan di hospital- hospital di dalam kluster tersebut.
  • 18. 18 iii. Akauntabiliti Penilaian Prestasi dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan Perkhidmatan Bersepadu di Hospital Induk (Lead Hospital) dan juga Pengarah Hospital di mana anggota berkenaan bertugas Contoh Senario 1 Pegawai Perubatan (Doktor A) dari Hospital Semporna (Non Lead Hospital) Telah ditempatkan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau (Hospital Induk) dalam tempoh minima tiga bulan, maka LNPT bagi Doktor A adalah: Pegawai Penilai Pertama – Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau Pegawai Penilai Kedua – Pengarah Hospital Tawau / Timbalan Pengarah Klinikal Contoh Senario 2 Pegawai Perubatan Doktor B dari Hospital Tawau (Hospital Induk) Telah ditempatkan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Semporna (Non Lead Hospital) dalam tempoh minima tiga bulan, maka LNPT bagi Doktor B adalah: Pegawai Penilai Pertama – Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tawau Pegawai Penilai Kedua – Pengarah Hospital Semporna 9.4.2 Pengurusan LNPT Pegawai Perubatan bagi Perkhidmatan yang tidak bersepadu (koordinasi) akan mengikut aliran LNPT sedia ada di hospital masing-masing. 9.4.3 Pengurusan LNPT bagi Ketua Kluster adalah: Pegawai Penilai Pertama – Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Pegawai Penilai Kedua - Pengarah Kesihatan Negeri 9.4.4 Pengurusan LNPT bagi Timbalan Ketua Kluster dan Pengarah hospital lain (Non-Lead) adalah: Pegawai Penilai Pertama - Ketua Kluster Pegawai Penilai Kedua - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)
  • 19. 19 9.5 Pengurusan Tatatertib 9.5.1 Pengawasan terhadap pematuhan kepada peraturan penjawat awam sedia ada adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan di mana pegawai itu ditempatkan. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada mana-mana peraturan yang ditetapkan, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaporkan ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Sekiranya terdapat kegagalan untuk melaporkan ketidakpatuhan, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia di mana pegawai itu bertugas. 9.5.2 Bagi pegawai yang perjawatannya di Hospital Induk tetapi ditempatkan /bertugas di hospital lain (Non Lead), tindakan melaporkan ketidakpatuhan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Penyelia di hospital lain (Non Lead) dan laporan perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan dimana perjawatan pegawai ditempatkan dan sebaliknya. 10. Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai Di Hospital Kluster Semua permohonan pertukaran dan penempatan pegawai perlu mematuhi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil. 1 Tahun 2012. 10.1 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia i. Jawatankuasa penempatan dan pertukaran di peringkat KKM akan membuat pertimbangan dan kelulusan untuk menempatkan seseorang pegawai berdasarkan keperluan sesuatu permohonan pengisian dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di mana permohonan tersebut perlu ada justifikasi dari CMC hospital. ii. Surat penempatan dan pertukaran bagi pegawai akan dikeluarkan dari KKM ke JKN dengan penempatan ke Hospital Kluster yang telah dikenalpasti. Penempatan
  • 20. 20 sebenar di Kluster akan ditentukan oleh CMC melalui Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Hospital Kluster. 10.2 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri 10.2.1 Semua permohonan penempatan dan pertukaran pegawai untuk hospital kluster perlu disokong oleh JKN sebelum dihantar ke KKM. Permohonan pengisian perlu mempunyai justifikasi dari CMC Hospital. 10.2.2 Semua penempatan dan pertukaran pegawai yang diterima dari KKM perlu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran di peringkat negeri dan pegawai akan ditempatkan ke Hospital Kluster yang ditetapkan. 10.3 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat Hospital Kluster 10.3.1 Semua permohonan pengisian penempatan dan pertukaran pegawai perlu disemak dan mendapat kelulusan CMC Hospital Kluster berdasarkan keperluan dan perjawatan yang dikenalpasti dari Ketua Jabatan. 10.3.2 Penempatan dan pertukaran pegawai yang diterima dari JKN perlu dibentangkan dan diluluskan oleh CMC Hospital Kluster. Kaedah penempatan pegawai yang bertukar masuk ke Kluster akan ditentukan oleh CMC. Penempatan pegawai adalah berdasarkan keperluan serta justifikasi yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan/Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Hospital Kluster. 10.4 Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai di peringkat Jabatan 10.4.1 Ketua Jabatan perlu mengenalpasti keperluan perjawatan dan pengisian dan mengemukakan permohonan ke CMC Hospital. 10.4.2 Semua pegawai baru yang ditempatkan di jabatan yang berkenaan perlu diberi latihan (attachment) ditentukan oleh Ketua Jabatan
  • 21. 21 masing-masing sebelum pegawai ditempatkan di penempatan sebenar. 10.4.3 Ketua Jabatan akan menentukan penempatan pegawai mengikut kepentingan perkhidmatan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan. 10.5 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia 10.5.1 CMC perlu membentuk Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Hospital Kluster bagi menyelaras semua urusan permohonan dan pertukaran pegawai yang terlibat dengan kluster dan melantik urusetia yang bersesuaian bagi menguruskan mesyuarat dan jawatankuasa ini. 10.5.2 Jawatankuasa ini turut bertanggungjawab menyelaras keperluan bilangan pegawai bagi melaksanakan kluster. 10.5.3 Wakil Unit Sumber Manusia setiap hospital di dalam kluster perlu terlibat di dalam jawatankuasa ini. 10.5.4 Jawatankuasa ini akan melapor kepada CMC. 10.6 Tanggungawab pegawai 10.6.1 Setiap pegawai yang terlibat dalam kluster hospital perlu memohon sokongan Ketua Jabatan untuk sebarang pertukaran. Sebarang rayuan pertukaran dan penempatan perlu mendapatkan justifikasi dan sokongan untuk dipertimbangkan.
  • 22. 22 Lampiran 1 STRUKTUR GOVERNING BODY Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pengurusan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi 5 Wakil Direktorat CMDAC (berdasarkan keperluan) Direktorat Perubatan Direktorat Pembedahan Direktorat Obstetrik & Ginekologi Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal Direktorat Kualiti dan Keselamatan Ketua Kluster Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (TPKNP) Wakil Unit Kluster
  • 23. 23 Lampiran 2 STRUKTUR CLUSTER MANAGEMENT COMMITTEE Ketua Kluster Ketua-ketua Jabatan Perkhidmatan yang diklusterkan Ketua Penyelia Jururawat Hospital Induk Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital Induk Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Induk Timbalan Pengarah Kanan Hospital Induk Wakil Direktorat CMDAC (berdasarkan keperluan) Direktorat Perubatan Direktorat Pembedahan Direktorat Obstetrik & Ginekologi Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal Direktorat Kualiti dan Keselamatan Pengarah Hospital lain (sekiranya lebih daripada 3 hospital) Ketua Jabatan Farmasi Hospital Induk Ketua Unit Kejuruteraan Hospital Induk Timbalan Ketua Kluster I Timbalan Ketua Kluster II Unit Kluster
  • 24. 24 Lampiran 3 CONTOH CARTA CLUSTER MEDICAL AND DENTAL ADVISORY COMMITTEE (CMDAC) * H1 – Hospital 1 * H2 – Hospital 2 * H3 – Hospital 3 * HOD – Head of Department Head of Cluster Medical Advisory Committee Head HC. Medical Directorate Headf HC Medical Service HOD M H1 HOD M H2 HOD M H3 Head HC PSY Service HOD PSY H1 HOD PSY H2 HOD PSY H3 Head HC Surgical Directorate Head HC Surgical Service HOD Surgical H1 HOD Surgical H2 HOD Surgical H3 Head HC Ortho Service HOD Ortho H1 HOD Ortho H2 HOD Ortho H3 Head HC Opthal Service HOD Ophtal H1 HOD Ophtal H2 HOD Ophtal H3 Head HC ORL service HOD ORL H1 HOD ORL H2 HOD ORL H3 Head HC O&G and Paeds Directorate Head HC Clinical Support Directorate Head HC Pathology Service HOD Pathology H1 HOD Pathology H2 HOD Pathology H3 Head Radiology Service HOD Radiology H1 HOD Radiology H2 HOD Radiology H3
  • 25. 25 Lampiran 4 CONTOH CARTA JAWATANKUASA HOSIPTAL CLUSTER (HOSPITAL CLUSER COMMITTEES) Cluster Management Committee Jawatankuasa Fungsi Kluster Jawatankuasa Perkembangan Perkhidmatan Kluster Jawatankuasa Komunikasi Kluster Jawatankuasa Kualiti dan Keselamatan Kluster Jawatankuasa Klinikal Kluster Direktorat Perubatan Direktorat Pembedahan Direktorat Obstetrik & Ginekologi Direktorat Sokongan Klinikal Jawatankuasa Pengurusan Kluster Jawatankuasa Kewangan Kluster Jawatankuasa Perolehan dan Aset Kluster Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Kluster Jawatankuasa Pembangunan Kluster
  • 26. 26 Lampiran 5 CONTOH CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN BERSEPADU HSOPITAL KLUSTER Ketua Jabatan /Unit Perkhidmatan Bersepadu Hospital Kluster (contoh; Kecemasan dan Trauma / Perubatan) Jabatan/Unit Hospital Induk (Lead Hospital) (contoh; Kecemasan dan Trauma / Perubatan) Jabatan/Unit Hospital Lain (Non Lead) 1 (contoh; Kecemasan dan Trauma / Perubatan) Jabatan/Unit Hospital Lain (Non Lead) 11 (contoh; Kecemasan dan Trauma / Perubatan)
  • 27. 27 LAMPIRAN 6 CONTOH CARTA ORGANISASI HOSPITAL KLUSTER INTEGRATED SERVICE
  • 28. 28 Lampiran 7 CONTOH CARTA FUNGSI HOSPITAL KLUSTER Cluster Management Committee Klinikal BERSEPADU Jabatan Kecemasan dan Trauma Jabatan Perubatan KOORDINASI Jabatan Orthopaedik Jabatan Pembedahan Sokongan Klinikal BERSEPADU Jabatan Patologi Jabatan Farmasi KOORDINASI Jabatan Radiologi Jabatan pendidikan Kesihatan Pengurusan BERSEPADU Pembangunan Sumber Manusia KOORDINASI Teknologi maklumat Kewangan