SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Cerpen Usia Emas
oleh: Abdullah Hussain
Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya
yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di
daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh
kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan
penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Hal ini
menimbulkan persoalan kepada pengarang.Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai
nilai yang harus dibanggakan?
Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa petikan ayat
al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya.Anugerah warga emas adalah
tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut berasal usul daripada budaya
hidup masyarakat luar yang ghairah denganpemberian award termasuk kepada orang tua yang
sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata
tiada memberi manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tua bukan
sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke
atas rohnya.
Tema
Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh
warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih sayang jauh lebih penting
daripada pemberian anugerah.
Persoalan
 Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan dan
pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai iktibar.
Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa surah
antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah al-Ahfat. Kesemua
petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupanmanusia yang antara
lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)
 Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormati dan
mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama.
Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-Isra yang
mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah
memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)
 Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yangmenjalinkan
ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-
menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda
ingatan yang berkekalan.(hlm 121)
 Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu
akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang.
Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya,terbukti sejak
zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari
pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)
 Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikut dengan
budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditiru biar pun
ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharum
menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya
masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada
tuhan.(hlm.122)
 Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah ruang
untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri
sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari
dia akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio taisyo, mandi serta
berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat
kerja. (hlm. 119-120)
 Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankan dengan
penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan sebagai
guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)
 persoalan tentang warga emas. Sering kali usia seseorang yang melewati usia warga
emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidak sanggup
untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya keikhlasan anak-
anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani ibubapa yang sudah
tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak Jepun enggan
memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantarorang tua ke
rumah kebajikan. (hlm. 123-124)
Aspek Watak dan Perwatakan:
 A.Watak Cikgu Baharum
 1.Aspek Latarbelakang:
o Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSItetapi
gagal (118)
o Lahir pada tanggal 25 Mac
o Berusia 80 tahun
o Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)
o Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanyadisiarkan
oleh Warta Malaya (singapura)
o Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)
o Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.
 2.Aspek Fizikal:
o Tinggi
o Maskulin
o Tegak (Macam tentera)
3.Perwatakan:
 3.1Berterus terang
 3.2Tidak munafik (tidak berpura-pura)
 3.3Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak
mempunyai ramai kawan.
 3.4Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya luas meliputi
pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik, ekonomi, bahasa dan
sastera (121)
 3.5Setia kawan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering menziarahi
penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.
 3.6Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila memperkatakan
sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan ,
contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh
warga emas hanya kerana dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat
70 surah an-Nahl.
 3.7Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan.,
buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia warga emas,
termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan
senaman radiotaiso.
 3.8Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang agak lewat
petang. Bagi beliau kerja awal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang yang rajin dan
kerajinan akan membawa kejayaan.
 3.9Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut digunakan
bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihan buktinya dia akan
menyuruh para pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga
disuruh kencing ditandas. (120-121)
Watak Penulis:
 Latar belakang
 Seorang penulis
 Berusia 80 tahun
 Mempunyai seorang isteri
Perwatakan:
 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi poskad untuk
bertanya khabar berita.
 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapat berita
kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solattahajud dan berzikir.
 Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabila membandingkan tulisan
jawi cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar
ayam(118)
 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-Pengarang selalu merujuk
pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.
 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah satu kehilangan
baginya
Nilai:
 Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikgu Baharum
amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang serta masih
diberi kesihatan yang baik.(116)
 Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah menjelaskan
kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah
SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah sentiasa berdoa
selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)
 Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawal mungkin, CikguBaharum
melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)
 Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-Quran
sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya dia merujuk
surah al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya anak-anak
mengambil berat tentang ibubapa.(123)
 Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkan supaya
berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia sebagaimana
yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)
 Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah ibadat-
ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerimaberita
kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)
 Percaya pada Takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah
kematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah
ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah
ditakdirkan oleh Allah (126)
 Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk menguji
kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian Cikgu
Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)

More Related Content

What's hot

Prosa: taj us salatin
Prosa: taj us salatinProsa: taj us salatin
Prosa: taj us salatinAinNabila18
 
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunJimmy Mogolid
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suami
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suamiNorma – norma yang baik dalam perhubungan suami
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suamiHafizulhelmi Hanafi
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Nurul Atikah
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Nazira M
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisShahrilAiman
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19NanaAsyi
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGZakira Hafizah
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 

What's hot (20)

Prosa: taj us salatin
Prosa: taj us salatinProsa: taj us salatin
Prosa: taj us salatin
 
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
Ciri ciri masyarakat maritim di jepun (stpm sej sem 1)
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
 
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suami
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suamiNorma – norma yang baik dalam perhubungan suami
Norma – norma yang baik dalam perhubungan suami
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM Majlis
 
Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 

Viewers also liked

Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMASTugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMASaimezayu
 
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakPemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakArby Nurul Trisnawati
 
Taklimat dwen ptwen (kpm)
Taklimat dwen ptwen (kpm)Taklimat dwen ptwen (kpm)
Taklimat dwen ptwen (kpm)Mohd Noor Noor
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMKacang Pistachio
 

Viewers also liked (8)

Masa tua
Masa tuaMasa tua
Masa tua
 
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMASTugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
 
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakPemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
 
Warga emas
Warga emasWarga emas
Warga emas
 
Taklimat dwen ptwen (kpm)
Taklimat dwen ptwen (kpm)Taklimat dwen ptwen (kpm)
Taklimat dwen ptwen (kpm)
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 

usia emas

  • 1. Cerpen Usia Emas oleh: Abdullah Hussain Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang.Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan? Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya.Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah denganpemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tua bukan sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas rohnya. Tema Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih sayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah. Persoalan  Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan dan pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai iktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa surah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah al-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupanmanusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)  Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)
  • 2.  Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yangmenjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah- menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan.(hlm 121)  Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya,terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)  Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikut dengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditiru biar pun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122)  Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah ruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawal jam 5.00 pagi melakukan senaman radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)  Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankan dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)  persoalan tentang warga emas. Sering kali usia seseorang yang melewati usia warga emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidak sanggup untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya keikhlasan anak- anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani ibubapa yang sudah tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak Jepun enggan memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantarorang tua ke rumah kebajikan. (hlm. 123-124)
  • 3. Aspek Watak dan Perwatakan:  A.Watak Cikgu Baharum  1.Aspek Latarbelakang: o Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSItetapi gagal (118) o Lahir pada tanggal 25 Mac o Berusia 80 tahun o Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda) o Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanyadisiarkan oleh Warta Malaya (singapura) o Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik) o Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.  2.Aspek Fizikal: o Tinggi o Maskulin o Tegak (Macam tentera) 3.Perwatakan:  3.1Berterus terang  3.2Tidak munafik (tidak berpura-pura)  3.3Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak mempunyai ramai kawan.  3.4Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya luas meliputi pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik, ekonomi, bahasa dan sastera (121)  3.5Setia kawan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering menziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.  3.6Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila memperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan , contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya kerana dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-Nahl.  3.7Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan., buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia warga emas, termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radiotaiso.  3.8Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang agak lewat petang. Bagi beliau kerja awal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang yang rajin dan kerajinan akan membawa kejayaan.
  • 4.  3.9Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut digunakan bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihan buktinya dia akan menyuruh para pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga disuruh kencing ditandas. (120-121) Watak Penulis:  Latar belakang  Seorang penulis  Berusia 80 tahun  Mempunyai seorang isteri Perwatakan:  Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi poskad untuk bertanya khabar berita.  Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapat berita kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solattahajud dan berzikir.  Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabila membandingkan tulisan jawi cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar ayam(118)  Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-Pengarang selalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.  Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah satu kehilangan baginya Nilai:  Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikgu Baharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang serta masih diberi kesihatan yang baik.(116)  Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah menjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah sentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)  Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawal mungkin, CikguBaharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)  Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya dia merujuk surah al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya anak-anak mengambil berat tentang ibubapa.(123)
  • 5.  Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkan supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)  Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah ibadat- ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerimaberita kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)  Percaya pada Takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah kematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah ditakdirkan oleh Allah (126)  Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk menguji kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)