Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Presentation1
1. Faktor utama
Mengimbangkan jumlah dan kadar
pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri
anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah
dan Brunei
2. Antara perkara yang paling diperdebatkan
ialah mengenai kemasukan Singapura ke
dalam Malaysia.
Dalam soal ini, parti UMNO tidak bersetuju
kerana mempertimbangkan mengenai soal
imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu
dan bukan Melayu di Tanah Melayu.
3. Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO juga
merasa ragu-ragu mengenai keadaan politik
di Singapura pada masa itu yang agak
kekirian kerana ia telah dipengaruhi oleh
parti Barisan Sosialis.
Oleh demikian, penggabungan dengan
Singapura merupakan sesuatu yang agak
bertentangan dengan dasar kerajaan Tanah
Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis
dan pro-Barat.
4. Dato’ Senu Abdul Rahman, Duta Tanah Melayu ke
Indonesia menyatakan bahawa penduduk
Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh
dikelaskan sebagai Melayu.
Oleh yang demikian, kemasukan negeri-negeri
tersebut tidak akan menggugat kedudukan orang
Melayu sebagai majoriti.
Tambahan pula, sememangnya wujud persamaan
dari segi ras dan kebudayaan dalam kalangan
penduduk di wilayah Borneo dengan Tanah
Melayu yang merupakan sebahagian dari rumpun
Melayu yang mendiami Nusantara
5. Tunku masih mempertimbangkan soal
kemasukan Singapura dari aspek kesannya
kepada komposisi penduduk di negara ini.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah
ini, maka Sabah dan Sarawak perlu diajak
untuk sama-sama menganggotai Malaysia.
Ini kerana dengan kemasukan Singapura
akan mewujudkan ketidakseimbangan dari
segi komposisi kaum di negara ini nanti.
6. Melayu dan
Bumiputera yang
lain
Cina Lain-lain Jumlah
Malaya dan
Singapura
3 322 534 3 424 351 977 802 7 724 681
Borneo 872 853 355 491 54 383 1 282 827
Jumlah 4 195 387
(46.6%)
3 779 842
(41.9%)
1 032 185
(11.5%)
9 007 514
(100%)
7. Faktor utama
Menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-
negeri anggota di samping untuk memajukan
negeri-ngeri yang belum membangun seperti
Sabah dan Sarawak.