Beberapa dokumen menyinggung tentang isu-isu masyarakat yang sering dibincangkan melalui media massa. Isu-isu tersebut memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk mencari penyelesaian demi kesejahteraan bersama.
1. Pendahuluan Karangan Umum
Contoh 1
‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ Isu ………………………..semakin kerap dipaparkan melalui media massa. Hal ini
menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta
mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan ……………………………………………………….. menjadi
barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan ………………………………………………… berlaku?
Contoh 2
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ……………………………………, isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa.
………………………….sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu,langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus
dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti.
Contoh 3
Isu …………………………………………………….. sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak
perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah …………………………………………. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi
untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Contoh 4
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang ………………………………………………… melalui dada-dada
akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai
pihak telah mengambil …………………………………..yang semakin serius ini. Peribahasa ‘Sediakan paying sebelum hujan’ wajar dijadikan
pedoman individu dalam mengatasi masalah ini.
Contoh 5
Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu
…………………………..telah menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini
bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah.
Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang
………………………………………………..