Syarahan ini membahas tentang pentingnya sikap sabar dalam menghadapi musibah. Ada empat poin utama yang disampaikan: (1) Sabar adalah bagian dari iman dan dapat meningkatkan keimanan, (2) Ujian adalah nikmat dari Allah dan harus dihadapi dengan sabar, (3) Sabar dan redha adalah sikap yang dianjurkan ketika menghadapi takdir, (4) Syukur dan sabar tidak dapat dipisahkan, karena dengan b
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
SABAR_MUSIBAH
1. SYARAHAN UNTUK PELAJAR PPKI (BP/BD) SEKOLAH MENENGAH
5. BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana nikmat dan
rahmatnya dapat kita berkumpul pada pagi ini.
Yang dimuliakan, Pengacara Majlis, Barisan Panel Hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa seterusnya warga dewan yang
dirahmati Allah s.w.t. Tampilnya saya disini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk Bersabar Dalam Menghadapi Musibah.
Terlebih dahulu, izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk
syarahan saya pada hari ini.
Sabar adalah suatu sikap menahan emosi dan keinginan, serta bertahan
dalam situasi sulit dengan tidak mengeluh.[1]
Sabar merupakan
kemampuan mengendalikan diri yang juga dipandang sebagai sikap yang
mempunyai nilai tinggi dan mencerminkan kekukuhan jiwa orang yang
memilikinya.
2. Manakala perkataan musibah pula adalah merujuk kepada kejadian atau
peristiwa yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan seseorang itu.
Islam membuktikan kepada kita bahawa Sabar mampu menjadi benteng
iman ketika menghadapi musibah daripada Allah s.w.t.
Hadirin yang dihormati sekelian;
Hujah saya yang pertama, Sabar Sebahagian Dari Iman.
Sabar merupakan salah satu jalan meningkatkan keimanan kepada Allah
s.w.t, apatah lagi apabila kita ditimpa musibah dan bencana. Oleh itu,
kita disarankan agar tidak mengadu apa yang dideritai pada selain Allah
dan menyerahkan kepadaNya semata-mata.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Az-Zumar: potongan ayat 10
Maksudnya : “Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah dicukupkan
pahala mereka tanpa batas”
3. Begitulah ganjaran bagi mereka yang terus bersabar kerana Allah
semata-mata. Namun, masih ramai yang tergelincir daripada landasan
agama apabila menghadapi musibah yang menimpa.
Ini kita dapat lihat semasa negara dikejutkan dengan sebuah kapal
terbang MH370 yang tiba tiba hilang semasa melakukan penerbangan.
Maka muncullah bomoh buah kelapa dengan teropng ajaibnya serta
beberapa ritual yang boleh merosakkan akidah kita.
Jelas sekali dalam menghadapi dugaan dan ujian, kesabaran mampu
memimpin kita untuk terus berada dilandasan yang benar.
Hadirin sekalian,
Hujah saya yang kedua, Ujian Itu Nikmat Allah.
Kadangkala kita diuji dengan sesuatu nikmat yang Allah berikan kepada
kita tiba-tiba diambil kembali seperti jatuh miskin ataupun sakit. Maka
saat ini jiwa kita diruntun untuk berusaha bersabar dengan ujian
tersebut.
Sabda Nabi S.A.W “ Sesiapa yang berusaha untuk sabar, maka
Allah akan berikan kesabaran kepadanya (Mutafaq Alaih).
4. Justeru, dalam menghadapi musibah wabak penyakit Covid-19 yang
sedang melanda dunia khususnya Negara Malaysia,sememangnya kita
diuji dengan kehilangan dan kematian orang-orang yang tersayang.
Oleh itu, hadapilah ujian-ujian tersebut dengan cara kita berusaha
mencari jalan penyelesaiannya secara bijaksana dan mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t dan mengikut semua saranan pihak kerajaan seperti
menjaga SOP, duduk di rumah dan juga mengambil vaksin untuk
melindungi diri kita dan keluarga.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Hujah saya yang ketiga, Sabar dan Redha .
Dalam mencipta bahagia dunia dan akhirat, kita hendaklah menanam
rasa redha dan sabar dalam menghadapi takdir Allah SWT.
Kita dianjurkan agar menahan lisan dari keluh kesah yang boleh
membangkitkan kemarahan kita terhadap takdir Allah. Allah SWT
tidak akan menimpakan ujian dan dugaan hidup diluar kemampuan para
hambaNya.
5. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi : ayat 28.
“Dan bersabarlah kamu bersama orang yang menyeru Tuhannya pada
waktu pagi dan senja dengan mengharapkan keredhaanNya”.
Mungkin ada diantara kita yang hidupnya sebatang kara selepas
kematian ibubapa. Sepertimana yang terjadi kepada Nabi S.A.W tatkala
kehilangan kedua ibubapa dan Allah mengangkat martabat Rasulullah
oleh kerana kesabaran dan rasa redhanya terhadap musibah yang
dihadapi.
Kita janganlah bersangka buruk terhadap Allah s.w.t Ketika diuji dan
beranggapan bahawa kita adalah orang yang paling malang, kerana setiap
ujian yang ditimpakan kepada diri kita pasti ada hikmahnya.
6. Hadirin dan hadirat sekalian.
Hujah saya yang keempat , Bersyukur dan bersabar tidak dapat
dipisahkan.
Syukur dan sabar adalah sifat yang tidak boleh dipisahkan kerana
dengan bersyukur dengan Qada’ dan Qadar Alllah , maka kita menjadi
orang yang lebih bersabar.
Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis “Orang makan yang
bersyukur adalah seperti orang berpuasa yang bersabar”
Hadith Riwayat Ahmad.
Kita sekarang diuji dengan keamanan, namun terdapat negara seperti
Palestin sedang bergelut mempertahankan negara mereka daripada
serangan Israel. Mereka sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan
negara dan kedaulatan Islam walaupun hanya berbekalkan ketulan batu.
Mereka langsung tidak beranjak meninggalkan negara mereka. Berpuluh
tahun mereka bersabar menentang kejahatan Yahudi. Laknatullah
ditanah suci Baitul Maqdis.
Kesimpulannya, sabar yang bertunjangkan syukur menjadi benteng
utama dalam kita menghadapi musibah dan ujian daripada Allah s.w.t.
Sebenarnya musibah yang kita alami dapat menghapuskan dosa-dosa
kita.
7. Dengan ini, saya akhiri syarahan saya dengan ungkapan
“sabar itu adalah seperti sesuatu yang pahit dirasakan, tetapi
hasilnya lebih manis daripada madu.
Sekian Wabilahitaufiq Walhidayah Wasalamualikum
Warahmatullahiwabarakatuh.