Qistina sedang memikirkan hubungannya dengan kekasihnya Qayyum yang tidak menghubunginya selama dua bulan sejak Qayyum melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Dia bingung dengan masa depannya sendiri mengingat keputusan akademiknya yang lemah berbanding Qayyum. Qistina bersiap untuk pergi ke bandar bersama rakannya Maria untuk mencari pekerjaan sementara menunggu panggilan ke universiti. Mereka mener
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
~ Tr ying to making a n ovel
1. Bayu angin menyapa lembut rambut Qistina.Dia sedang memikirkan tentang hubungannya dengan
Qayyum.Semua orang yang mengenali dirinya juga mengenali Qayyum,kekasihnya.Dia bingung mengapa
Qayyum tidak menghubungi dirinya selama 2 bulan setelah mereka berpisah kerana Qayyum berjaya
melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang kedoktoran.Terselit perasaan bangga di hatinya
tetapi dia juga malu kerana dia hanya seorang perempuan kampung yang hanya mampu melakukan
kerja-kerja kampung sedangkan kekasihnya seorang yang berpendidikan tinggi.Sedang asyik dia
mengelamun,dia dikejutkan dengan sergahan rakan baiknya,Maria.”Kau ni kenapa ? Teringatkan
Qayyum ke ? “ aju Maria.”Eh ,taklah ! Aku sedang memikirkan apa yang hendak aku lakukan selepas
ini.Dengan keputusan yang tak seberapa ni,aku nak kerja apa ? “ tanya Qistina pula.Maria menggaru
kepalanya yang tidak gatal .Bingung memikirkan nasib dirinya dan sahabat baiknya Qistina.Mereka
sama-sama memperoleh keputusan yang tidak seberapa.Hanya cukup-cukup makan sahaja.Kini mereka
menunggu panggilan ke universiti.Semua universiti telah mereka minta.”Harap-harap dapatlah apa yang
kita minta yer Nina”,”Insyaallah,dengan izin Allah .”Setelah itu,mereka terdengar panggilan ibu
Qistina,Puan Katrina.”Nina sayang,mari turun.Kita nak makan malam dah ni.Hidangan dah siap.Tolong
panggilkan jugak papamu itu.Nanti dia terlelap pulak .” teriak Puan Katrina.”Baik mama.” Balas Qistina
pula.
Pagi itu,Qistina bersiap-siap untuk ke bandar bersama Maria.Dia ingin bekerja sementara menunggu
panggilan ke Universiti.Dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang Qayyum.Dengan bekerja,dia
berharap dia dapat melupakan buat sementara waktu yang dianggap seperti gantung tidak
bertali.”Maria ! Cepatla sikit . Aku nak masuk tandas pulak ni .Nanti kita terlambat.”tempik
Qistina.”Kejap la Nina.Aku sakit perut ni.”balas Maria pula.”Patutla tandas bau semacam jer. Kau buang
rupanya”Qistina sempat berjenaka tetapi jenakanya tidak berbalas .Setelah 15 minit
menunggu,terjengul muka Maria di depan pintu bilik air.”Ha kau, punye lama kau masuk tandas.Nape ?
Kau sakit ke? “tanya Qistina.”Taklah aku cuma sakit perut jer .”balas Maria.”Oo ingatkan sakit .Kalau kau
ada apa-apa masalah,jangan segan yer Maria.Aku sanggup bantu kau dalam apa jua keadaan.”terharu
Maria dengan kata-kata rakan baiknya itu Qistina.Mereka telah berkawan sejak kecil lagi.Kemana-mana
pun,mereka sering bersama.Tidak hairanlah orang kampung mereka menggelar mereka ‘Gadis
Belangkas’.Qistina masuk ke bilik mandi tanpa mempedulikan bunyi telefon Sony Ericsson Xperia
nya.Timbul tanda tanya di kepala Maria siapakah yang menghubungi gerangan rakan baiknya itu.Lalu,dia
membelek telefon rakan baiknya itu.Terdapat mesej daripada kekasih
Qistina,Qayyum.”Assalamualaikum.Awak tengah buat ape tu ? Maafla lama saya tidak menghubungi
awak.Awak sihat?