SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Norma Baharu Majlis Penutupan Sambutan Bulan
Kemerdekaan, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa
Seramai 130 orang murid dengan 50 orang daripadanya adalah murid Pasekolah dan 80 orang
murid penerima hadiah hadir menjayakan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan, Bulan Pusat
Sumber dan Bulan Bahasa yang diadakan di Dewan Kantin Sekolah Kluster Kecemerlangan
(SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Bombalai Melayu (M) Tawau yang telah dianjurkan oleh
Persatuab Kelab Rukun Negara dibawah Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Pusat Sumber
Al-Biruni, unit-unit Bahasa dibawah Unit Kurikulum, Unit Bimbingan Kaunseling dan Pra
Sekolah. Sambutan kali ini menampilkan para hadiran dengan tema Busana Melayu dan Etnik
Bumiputera Sabah.
Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) Pn. Masniah Rasimin.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran majlis kali ini. Sambutan sebegini
perlu diteruskan sungguhpun dalam norma baharu bagi memupuk rasa cinta kepada negara.
Menurut beliau selaku guru beliau bertanggungjawab memastikan agar murid-murid menjadi
warganegara yang berguna kepada negara kelak. Ini kerana anak-anak adalah aset penting
bagi sesebuah negara yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
Terdahulu dalam temubual bersama, Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah
menyampaikan ucapan maaf kerana tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini disebabkan
terlibat mengetuai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) daerah Tawau khasnya. Menurut
beliau Sungguhpun pelbagai kekangan yang dihadapi akibat Pandemik COVID19 ini, usaha
pihak sekolah sebagai medium penyampaian ilmu harus diteruskan dengan memastikan
pematuhan Standard Operation Plan (SOP) pada tahap maksimum. Tambah beliau segala
perancangan awal persekolahan 2020 tetap diteruskan dengan norma dan budaya yang
berbeza.
Menurut Penyelaras program Guru Perpustakaan Media (GPM) Julianah Jimin
pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang bulan bermula 5 Ogos yang lalu hingga 14
September ini. Antara pengisian Bulan Kemerdekaan adalah acara pelancaran Bulan
Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster, Teka Silangkata, Quizizz dan
Kahoot Sejarah, Video Nyanyian Irama Malaysia, dan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra
Sekolah.
Selain itu, menerusi Bulan Bahasa pula telah dipertandingkan Deklamasi Sajak,
Penyampaian Puisi Syair, Pertandingan Tulisan Cantik, Pertandingan Tulisan Jawi dan Kuiz
Agama Islam. Manakala menerusi Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) pula, diadakan
Pertandingan Pengurusan Kelas Abad ke-21 dan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL) bagi Panitia Terbaik. Menurut beliau Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) Hasliza Hamid
adalah Penyelaras Bersama program kali ini.
Penolong Kanan Ko-kurikulum Safari Adinin menyatakan bahawa antara matlamat
program adalah untuk memberi manfaat dan memupuk semangat patriotisme dalam diri
setiap pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama
antara unit-unit yang terlibat. Apa yang penting aktiviti sebegini akan dapat mencungkil bakat
terpendam seterusnya memupuk minda positif melalui pengalaman kemerdekaan yang
mereka raikan.
Pada majlis tersebut Johan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra sekolah telah
dimenangi oleh adik Adam Zuhairy Bin Ahmad (5 tahun) dengan busana suku Bugis manakala
tempat kedua dianugerahkan kepada Muhammad Harraz Sufyan Bin Muhammad Asraf 6
tahun dengan penampilan pakaian kaum Sing manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh
Nur Fitri Qalissyah Binti Jafri@Afiq (6 tahun)dengan memperagakan baju Punjabi masyarakat
India.
Paling menarik apabila gimik penangguhan dengan menyemburkan cecair bewarna
pada permukaan kain yang telah dicanting logo Malaysia Prihatin yang disempurnakan oleh
barisan pentadbir sekolah yang hadir. Seni Kreatif ini telah disediakan oleh unit Prasekolah.
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh PK1 Masniah
Rasimin, PK KOKUM Safari Adinin dan GPM Julianah Jimin. Para pemenang menerima hamper
dan trofi. Dalam majlis itu Panitia Sains tampil sebagai Pengurusan PBL Panitia Terbaik tahun
2020 yang diwakili oleh Ketua Panitia Sains Pn. Sinawati binti Dandang. Panitia Sains
mendapat wang tunai sebanyak RM200.00 atas penganugerahan tersebut.
Sebelum program berakhir PK1 turut menyempurnakan Gimik Pelancaran Siber Kafe
dan Ruang (Profesional Learning Center (PLC) Pusat Sumber Al-Biruni dan Pelancaran Minggu
Sain. Sebaik majlis bersurai, murid-murid dan guru-guru dijamukan makanan tengahari di bilik
masing-masing.
(Artikel sumbangan Julianah Jimin)
Kaptur :
1. Penyelaras bersama program Julianah Jimin(kanan) dan Hasliza Hamid (kiri)
2. Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah.
3. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan ucapan penangguhan program.
4. Bergambar bersama dari kiri Hasliza Hamid, Julianah Jimin, PK KOKUM Safari Adinin, PK1
Masniah Rasimin dan Jurianty Idris sebaik selesai gimik penangguhan.
5. Bergambar kenangan bersama Para peserta pertandingan peragaan pakaian Pra
sekolah.
6. Guru-guru mengayakan busana Melayu mengikut tema.
7. PK KOKUM Safari Adinin menyampaian hadiah kepada Johan peragaan pakaian Pra
sekolah adik Adam Zuhairy Bin Ahmad dengan pakaian baju "Bodo" masyarakat
Bugis.
8. Julianah Jimin menyampaikan hadiah kepada wakil kelas 6 Titanium iaitu Johan
Pengurusan Kelas Berinfo Abad ke-21
9. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan hadiah Pengurusan PBL Terbaik kepada Ketua
Panitia Sains Sinawati Dandang.
10. Murid-murid yang hadir memakai penutup muka dengan penjarakan fizikal 1 meter
antara murid.
11. Pk1 Masniah Rasimin menyempurnakan Gimik Pelancaran Pelancaran Siber Kafe dan
Ruang PLC Pusat Sumber Al-Biruni.
12. Bergambar bersama (dari kanan) PK KOKUM Safari Adinin, GPM Julianah Jimin, GBK
Hasliza Hamid, PK1 Masniah Rasimin, Sinawati Dandang dan Sumarni Kadiran.
13. Gambar Pelancaran yang lalu dengan pakaian Unit Beruniform Kokurikulum. Barisan
guru-guru dari kanan Arman Amboalang, Rahim Larose, Roslan Balama, Sabril
Baco,Mohd Rozainizam Usnie, Mohd. Khairul Aidilkhidir Rozali dan Azlan Haris.

More Related Content

Similar to teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx

Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Stephanie Unsil
 
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdfKERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdfPPDMIRICM23KPM
 
Kertas kerja program Ziarah Cakna
Kertas kerja program Ziarah CaknaKertas kerja program Ziarah Cakna
Kertas kerja program Ziarah CaknaSiti Idayu Bakri
 
Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018Syahir Abdullah
 
Dokumentasi perjumpaan ibu bapa
Dokumentasi perjumpaan ibu bapaDokumentasi perjumpaan ibu bapa
Dokumentasi perjumpaan ibu bapakalthom6
 
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docxKERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docxaminyusoff2
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016Stephanie Unsil
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018ammani jeya pirathaba
 
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsrKertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsrsoulmoon
 
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxKERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxZamri Morshidi
 
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018Kertas Kerja Hari Merdeka 2018
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018muhammad hilmi
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 

Similar to teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx (20)

Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdfKERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
 
Kertas kerja program Ziarah Cakna
Kertas kerja program Ziarah CaknaKertas kerja program Ziarah Cakna
Kertas kerja program Ziarah Cakna
 
Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018
 
Dokumentasi perjumpaan ibu bapa
Dokumentasi perjumpaan ibu bapaDokumentasi perjumpaan ibu bapa
Dokumentasi perjumpaan ibu bapa
 
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docxKERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
 
Kk bj raya
Kk bj rayaKk bj raya
Kk bj raya
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan SK SKarok | Ogos 2016
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
 
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsrKertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
Kertas kerja bengkel menjawab soalan upsr
 
CONTOH BUKU PROGRAM
CONTOH BUKU PROGRAMCONTOH BUKU PROGRAM
CONTOH BUKU PROGRAM
 
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxKERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
 
HARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.docHARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.doc
 
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018Kertas Kerja Hari Merdeka 2018
Kertas Kerja Hari Merdeka 2018
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Elazzharcamp
ElazzharcampElazzharcamp
Elazzharcamp
 

More from julianahjimin

Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docx
Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docxPerancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docx
Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docxjulianahjimin
 
Surat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaSurat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapajulianahjimin
 
Takwim induk pusat sumber 2018
Takwim induk pusat sumber 2018Takwim induk pusat sumber 2018
Takwim induk pusat sumber 2018julianahjimin
 
Surat panggilan meeting bil 2 2018
Surat panggilan meeting bil 2 2018Surat panggilan meeting bil 2 2018
Surat panggilan meeting bil 2 2018julianahjimin
 
Surat kiriman tak rasmi.
Surat kiriman tak rasmi.Surat kiriman tak rasmi.
Surat kiriman tak rasmi.julianahjimin
 
Rph bm ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )
Rph bm  ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )Rph bm  ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )
Rph bm ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )julianahjimin
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragajulianahjimin
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragajulianahjimin
 

More from julianahjimin (9)

Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docx
Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docxPerancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docx
Perancangan tahunan kelab_rukun_negara_21docx
 
2. pecahan
2. pecahan2. pecahan
2. pecahan
 
Surat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaSurat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapa
 
Takwim induk pusat sumber 2018
Takwim induk pusat sumber 2018Takwim induk pusat sumber 2018
Takwim induk pusat sumber 2018
 
Surat panggilan meeting bil 2 2018
Surat panggilan meeting bil 2 2018Surat panggilan meeting bil 2 2018
Surat panggilan meeting bil 2 2018
 
Surat kiriman tak rasmi.
Surat kiriman tak rasmi.Surat kiriman tak rasmi.
Surat kiriman tak rasmi.
 
Rph bm ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )
Rph bm  ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )Rph bm  ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )
Rph bm ( 16)tahun 3 b(23 27.04.2018 )
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahraga
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahraga
 

teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx

  • 1. Norma Baharu Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa Seramai 130 orang murid dengan 50 orang daripadanya adalah murid Pasekolah dan 80 orang murid penerima hadiah hadir menjayakan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa yang diadakan di Dewan Kantin Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Bombalai Melayu (M) Tawau yang telah dianjurkan oleh Persatuab Kelab Rukun Negara dibawah Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Pusat Sumber Al-Biruni, unit-unit Bahasa dibawah Unit Kurikulum, Unit Bimbingan Kaunseling dan Pra Sekolah. Sambutan kali ini menampilkan para hadiran dengan tema Busana Melayu dan Etnik Bumiputera Sabah. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) Pn. Masniah Rasimin. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran majlis kali ini. Sambutan sebegini perlu diteruskan sungguhpun dalam norma baharu bagi memupuk rasa cinta kepada negara. Menurut beliau selaku guru beliau bertanggungjawab memastikan agar murid-murid menjadi warganegara yang berguna kepada negara kelak. Ini kerana anak-anak adalah aset penting bagi sesebuah negara yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Terdahulu dalam temubual bersama, Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah menyampaikan ucapan maaf kerana tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini disebabkan terlibat mengetuai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) daerah Tawau khasnya. Menurut beliau Sungguhpun pelbagai kekangan yang dihadapi akibat Pandemik COVID19 ini, usaha pihak sekolah sebagai medium penyampaian ilmu harus diteruskan dengan memastikan pematuhan Standard Operation Plan (SOP) pada tahap maksimum. Tambah beliau segala perancangan awal persekolahan 2020 tetap diteruskan dengan norma dan budaya yang berbeza. Menurut Penyelaras program Guru Perpustakaan Media (GPM) Julianah Jimin pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang bulan bermula 5 Ogos yang lalu hingga 14 September ini. Antara pengisian Bulan Kemerdekaan adalah acara pelancaran Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster, Teka Silangkata, Quizizz dan Kahoot Sejarah, Video Nyanyian Irama Malaysia, dan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra Sekolah. Selain itu, menerusi Bulan Bahasa pula telah dipertandingkan Deklamasi Sajak, Penyampaian Puisi Syair, Pertandingan Tulisan Cantik, Pertandingan Tulisan Jawi dan Kuiz Agama Islam. Manakala menerusi Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) pula, diadakan Pertandingan Pengurusan Kelas Abad ke-21 dan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi Panitia Terbaik. Menurut beliau Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) Hasliza Hamid adalah Penyelaras Bersama program kali ini.
  • 2. Penolong Kanan Ko-kurikulum Safari Adinin menyatakan bahawa antara matlamat program adalah untuk memberi manfaat dan memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama antara unit-unit yang terlibat. Apa yang penting aktiviti sebegini akan dapat mencungkil bakat terpendam seterusnya memupuk minda positif melalui pengalaman kemerdekaan yang mereka raikan. Pada majlis tersebut Johan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra sekolah telah dimenangi oleh adik Adam Zuhairy Bin Ahmad (5 tahun) dengan busana suku Bugis manakala tempat kedua dianugerahkan kepada Muhammad Harraz Sufyan Bin Muhammad Asraf 6 tahun dengan penampilan pakaian kaum Sing manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Nur Fitri Qalissyah Binti Jafri@Afiq (6 tahun)dengan memperagakan baju Punjabi masyarakat India. Paling menarik apabila gimik penangguhan dengan menyemburkan cecair bewarna pada permukaan kain yang telah dicanting logo Malaysia Prihatin yang disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah yang hadir. Seni Kreatif ini telah disediakan oleh unit Prasekolah. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh PK1 Masniah Rasimin, PK KOKUM Safari Adinin dan GPM Julianah Jimin. Para pemenang menerima hamper dan trofi. Dalam majlis itu Panitia Sains tampil sebagai Pengurusan PBL Panitia Terbaik tahun 2020 yang diwakili oleh Ketua Panitia Sains Pn. Sinawati binti Dandang. Panitia Sains mendapat wang tunai sebanyak RM200.00 atas penganugerahan tersebut. Sebelum program berakhir PK1 turut menyempurnakan Gimik Pelancaran Siber Kafe dan Ruang (Profesional Learning Center (PLC) Pusat Sumber Al-Biruni dan Pelancaran Minggu Sain. Sebaik majlis bersurai, murid-murid dan guru-guru dijamukan makanan tengahari di bilik masing-masing. (Artikel sumbangan Julianah Jimin) Kaptur : 1. Penyelaras bersama program Julianah Jimin(kanan) dan Hasliza Hamid (kiri) 2. Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah. 3. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan ucapan penangguhan program. 4. Bergambar bersama dari kiri Hasliza Hamid, Julianah Jimin, PK KOKUM Safari Adinin, PK1 Masniah Rasimin dan Jurianty Idris sebaik selesai gimik penangguhan. 5. Bergambar kenangan bersama Para peserta pertandingan peragaan pakaian Pra sekolah. 6. Guru-guru mengayakan busana Melayu mengikut tema.
  • 3. 7. PK KOKUM Safari Adinin menyampaian hadiah kepada Johan peragaan pakaian Pra sekolah adik Adam Zuhairy Bin Ahmad dengan pakaian baju "Bodo" masyarakat Bugis. 8. Julianah Jimin menyampaikan hadiah kepada wakil kelas 6 Titanium iaitu Johan Pengurusan Kelas Berinfo Abad ke-21 9. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan hadiah Pengurusan PBL Terbaik kepada Ketua Panitia Sains Sinawati Dandang. 10. Murid-murid yang hadir memakai penutup muka dengan penjarakan fizikal 1 meter antara murid. 11. Pk1 Masniah Rasimin menyempurnakan Gimik Pelancaran Pelancaran Siber Kafe dan Ruang PLC Pusat Sumber Al-Biruni. 12. Bergambar bersama (dari kanan) PK KOKUM Safari Adinin, GPM Julianah Jimin, GBK Hasliza Hamid, PK1 Masniah Rasimin, Sinawati Dandang dan Sumarni Kadiran. 13. Gambar Pelancaran yang lalu dengan pakaian Unit Beruniform Kokurikulum. Barisan guru-guru dari kanan Arman Amboalang, Rahim Larose, Roslan Balama, Sabril Baco,Mohd Rozainizam Usnie, Mohd. Khairul Aidilkhidir Rozali dan Azlan Haris.