SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
P E N Y A K I T
A I D S
I G : j e b a t j m 2 0 2 0
JALINAN MASYARAKAT
JABATAN SEJARAH
UNIVERSITI MALAYA 19/20
DISEDIAKAN OLEH :
Punca-Punca Aids
1. AMALAN TINGKAH LAKU ATAU GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT.
Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah kekurangan kesedaran
tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat.
Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan
remaja yang tidak berfikiran matang. Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah
mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Golongan yang
kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu melakukan hubungan seks dengan
orang ramai tanpa memikirkan kesudahannya.
Selain itu, mereka juga melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak mempunyai
ikatan perkahwinan yang sah. Misalnya, kegiatan pelacuran dan homoseksual telah pun
menjadi gejala sosial yang tidak bermoral. Akibat daripada amalan-amalan tersebut, penyakit
AIDS dapat merebak secara meluas kerana virus HIV akan dijangkiti melalui hubungan seks
yang tidak terkawal. Jika seseorang pembawa HIV, maka sesiapa yang melakukan hubungan
seks dengannya akan terdedah kepada bahaya HIV dan kadar jangkitan terhadap penyakit
tersebut adalah tinggi.
Sebagai bukti sokongan, satu kajian telah dilaksanakan pada tahun 1996 ke atas 4347 remaja
termasuk 885 remaja yang sedang menjalani pemulihan di pusat-pusat Serenti. Kajian ini
menyingkap pengetahuan remaja tentang AIDS, nilai, personaliti dan beberapa tingkah laku
yang memungkinkan mereka terdedah kepada HIV. Di kalangan remaja awam peratusan
yang pernah mencuba dan kerap mengambil dadah adalah rendah iaitu di sekitar 5 peratus
sahaja berbanding dengan 95 peratus remaja pelatih. Apabila dilihat kepada tingkah laku
merokok pula, 34 peratus remaja awam pernah merokok sementara sejumlah 99 peratus
remaja pelatih pernah merokok.
Kajian ini juga mendapati dengan jelas hubungan positif yang signifikan antara merokok
dengan mengambil dadah (r =27 di kalangan remaja awam dan r=32 di kalangan remaja
pelatih). Keputusan ujian korelasi ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap
menghisap rokok juga mempunyai kecenderungan yang kerap untuk menghisap dadah.
Pengaruh ini lebih kuat di kalangan remaja pelatih berbanding dengan remaja awam.
Berhubung dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin pula, 6 peratus daripada
remaja awam mengaku pernah atau kerap melakukannya. Peratusan di kalangan di kalangan
remaja pelatih adalah lebih tinggi iaitu 54 peratus. Apabila diselidik adalah gaya hidup
mereka akan memudahkan mereka dijangkiti AIDS, 45 peratus remaja pelatih dan 32 peratus
remaja awam mengakui bahawa gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkiti
AIDS.
Ujian korelasi yang dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara tingkah laku seks sebelum kahwin dengan gaya hidup mudah dijangkiti
AIDS dengan r=18 di kalangan remaja pelatih dan r=12 di kalangan remaja awam. Penemuan
ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin
mempunyai kecenderungan bergaya hidup yang tidak sihat sehingga memungkinkan mereka
dijangkiti AIDS.
Selain daripada itu, ujian korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif
antara tingkah laku mengambil dadah dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin (r
=19 di kalangan remaja pelatih dan r=23 di kalangan awam). Ini menunjukkan bahawa
remaja yang kuat menagih dadah juga berkemungkinan kerap melakukan hubungan seks
sebelum kahwin. Mengambil dadah juga didapati menyumbang secara positif ke arah bergaya
hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .14 di kalangan pelatih dan r = .09 di kalangan remaja
awam).
Selaras dengan huraian penemuan yang dinyatakan di atas, terbuktilah bahawa antara empat
tingkah laku yang menjadi fokus kajian ini mempunyai hubung kait. Tingkah laku merokok
menyumbang ke arah tingkah laku mengambil dadah. Begitu juga tingkah laku mengambil
dadah menyumbang ke arah kecenderungan melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan
juga bergaya hidup yang tidak sihat yang memungkinkan jangkitan AIDS. Persoalan
pengaruh tingkah laku itu besar atau kecil ia tidak seharusnya menjadi persoalan, kerana telah
terbukti bahawa ia menyumbang secara signifikan kepada fenomena AIDS.
2. PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN
Punca kedua ialah masalah perkongsian jarum suntikan dalam kalangan remaja. Seperti yang
dibincangkan, AIDS adalah lanjutan daripada virus HIV maka penyebab HIV mempunyai
kaitan dengan punca AIDS.
Oleh itu, jarum yang telah dicemarkan oleh seorang penyakit HIV kemudian digunakan pada
penyakit lain dengan jarum yang samakan menyebabkan penyakit yang sihat dijangkiti HIV.
Hal ini dipanggil penyebaran AIDS melalui perkongsian jarum suntikan yang sudah dicemari
oleh darah pembawa HIV. Kejadian tersebut berlaku terutama dalam kalangan penagih dadah
yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan baru daripada pembekal dadah.
Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.
Jadi, mereka mudah terdedah kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang mengandungi HIV
akan dipindahkan ke tubuh orang lain melalui perkongsian jarum suntikan. Berkenaan dengan
masalah ini, setiap hari hampir 7,500 orang dijangkiti HIV dan 5,500 meninggal dunia akibat
Aids. Di Malaysia, kira-kira 18 kes baru dilaporkan setiap hari, menjadikan jumlah kes Aids
meningkat kepada 80,000 pesakit sejak ia mula dilaporkan pada 1986. Perkara yang
menyedihkan ialah 70 peratus daripadanya adalah yang menagih dadah melalui suntikan.
3. MASALAH KEKURANGAN PENDEDAHAN MEDIA DAN PENGETAHUAN AIDS
Kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada masalah
berlaku dan punca peningkatan bilangan pesakit AIDS. Informasi tentang penyakit AIDS
memang ada dibekalkan kepada rakyat. Persoalannya adalah berapakah peratus pendedahan
media dan pengetahuan yang sanggup atau diterima oleh remaja.
Berdasarkan kajian, pendedahan media untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah
sederhana iaitu purata sektor pendedahan 18.5 berbanding dengan skor maksimal 27 begitu
juga dengan pengetahuan remaja tentang AIDS. Secara umum, remaja lebih berpengetahuan
tentang punca jangkitan AIDS dengan skor pengetahuan 2.0 untuk remaja awam dan 1.6
untuk remaja pelatih, daripada skor maksimum 3. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang
pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah iaitu skor pengetahuan 1.6 untuk remaja
awam dan 1.5 untuk remaja pelatih daripada skor maksimum 3.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, didapati remaja yang berpendidikan rendah adalah
golongan yang mempunyai pengetahuan AIDS yang paling rendah. Pengetahuan tentang
AIDS meningkat selaras dengan peningkatan umur remaja yang dikaji. Maklumat yang sering
remaja peroleh melalui sumber maklumat adalah AIDS membawa maut, AIDS merbahaya,
AIDS sukar diubati, cara jangkitan AIDS, dan cara mencegah AIDS. Maklumat utama
tentang AIDS yang diperoleh ini secara langsung mempengaruhi tanggapan remaja terhadap
AIDS. Apabila diselidik tentang anggapan mereka majoriti daripada remaja menyatakan
AIDS adalah kematian, AIDS adalah penyakit yang tidak ada penawar, AIDS penyakit
merbahaya dan perasaan takut.
Berhubung dengan maklumat tentang AIDS yang paling remaja diperlukan, keputusan kajian
ini mendapati dua maklumat utama yang dinyatakan iaitu pertamanya maklumat tentang cara
pencegahan dan keduanya maklumat bagaimana AIDS boleh dijangkiti. Remaja menyatakan
maklumat tersebut penting untuk diperoleh kerana ia akan membuatkan mereka lebih berhati-
hati di masa hadapan. Di samping itu mereka juga menyatakan bahawa maklumat tersebut
berguna kepada mereka kerana mereka percaya bahawa ia dapat membantu menjauhkan diri
daripada jangkitan AIDS.
Kajian ini menunjukkan bahawa remaja menerima banyak maklumat tentang AIDS melalui
media massa seperti televisyen, akhbar, dan risalah/poster/pameran. Apabila diselidik apakah
maklumat lanjut yang mereka perlukan tentang AIDS, dan apakah sumber maklumat yang
akan mereka rujuk, majoriti mereka mengatakan mereka akan merujuk kepada doktor dan
kakitangan hospital, guru dan ibu bapa atau risalah/poster/pameran.
Jelas kelihatan bahawa sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah
berbeza dengan sumber maklumat AIDS yang ingin dirujuk oleh remaja. Persoalan
kenapakah sumber peribadi lebih diutamakan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang AIDS? Kajian ini mendapati bahawa ciri-ciri sumber yang arif dan
berpengalaman, maklumat yang lengkap, dan maklumat yang mudah diperoleh adalah antara
kriteria utama yang diberikan perhatian apabila merujuk untuk mendapatkan maklumat
tentang AIDS.
Kajian ini juga meninjau sejauh mana remaja terlihat dalam aktiviti tentang pendidikan AIDS
yang dijalankan di negara ini. Hanya 22 peratus remaja awam dan 25 peratus remaja pelatih
yang mengatakan mereka pernah terlibat. Keterlibatan mereka sekadar mendengar ceramah
tentang AIDS, mengambil bahagian dalam acara sukan dan kempen AIDS, memberi nasihat
kepada orang lain, menampal poster, dan juga menyertai peraduan menulis esei.
Satu perkara yang mungkin di luar dugaan kepada pengamal pendidikan AIDS ialah
pengetahuan tentang AIDS tidak banyak membantu perubahan tingkah laku. Kajian ini
menunjukkan bahawa pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan
tingkal laku negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS
4. AMALAN SEKS BEBAS SECARA TERBUKA
Antara punca utama penyebaran AIDS ialah amalan seks bebas secara terbuka.
Kosmo, salah satu daripada surat khabar terkemuka di Malaysia, melaporkan bahawa 60
peratus berzina kerana pengaruh video lucah. KOSMO juga melaporkan kajian yang dibuat
oleh scorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2010 mendapati
60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah. Pakar Psikologi
Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi
yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh
negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun,
mendapati: "Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan
kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa
malu atau diketahui keluarga."Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak
luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin
banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah" (KOSMO, 60
peratus berzina kerana pengaruh video lucah Oleh Rohani Hidayat Ridwan
roni.ridwan@kosmo. com.my. (KOSMO 19/8/2010). Ajaran Islam sememangnya telah
termaktub mengenai larangan amalan seks bebas tanpa nikah sebagaimana yang digariskan di
dalam al-Quran.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (17:32) Tidak dapat
dinafikan bahawa responden HIV/AIDS tidak mengamalkan suruhan agama dengan baik
kerana menunjukkan walaupun majoriti bersetuju bahawa Islam melarang seks bertukar-tukar
mereka masih melakukan amalan seks bebas itu walau bercanggah dengan Islam. Peratusan
ini menunjukkan bahawa masyarakat mengetahui amalan seks bebas adalah suatu dilarang di
dalam agama dan dapat memudaratkan diri dengan risiko pasangan kerana ia mendatangkan
risiko untuk dijangkiti AIDS tetapi HIV/AIDS.
Amalan seks bebas tanpa nikah yang dilarang di dalam Islam turut merangkumi
amalan-amalan seks lain yang terpesong dari tabii manusia. Telah tergaris di dalam lipatan
sejarah yang mana Allah SWT begitu memurkai kaum Nabi Lut (a.s) kerana amalan liwat
dan homoseks yang dilakukan mercka sehingga Allah SWT mendatangkan azab kepada
kaum tersebut. Amaran ini turut terkandung di dalam al-Quran. Dari Perspektif Remaja
Musim HIVAIDS 43 "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki dengan syahwat, bukan kepada
perempuan; bahkan kamu ini adalah suatu kaum yang telah melampau." (7:81) "Dan kepada
Luth Kami telah berikan hikmah dan ilmu,dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang
telah menimpa penduduk) kota yang telah mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya
mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik." (21:74) Didapati majoriti bersetuju bahawa lelaki
homoseksual dengan pelbagai pasangan berisiko tinggi untuk dijangkiti AIDS. Malahan
majoriti turut bersetuju bahawa jangkitan AIDS boleh berlaku melalui hubungan seks sama
ada homoseksual dan heteroseksual.
5. PENGAMBILAN DADAH
Antara faktor utama penyumbang kepada AIDS iailah melalui perkongsian jarum dan
yang kedua ialah melalui perlakuan seks. Gadis- gadis yang berkahwin dengan penagih boleh
dijangkiti. Lazimnya, golongan penagih memang suka memperdayakan gadis-gadis sehingga
sanggup berkahwin dengan mereka. Paling malang lagi apabila si gadis mengandung.
Penyakit tersebut akan dijangkiti pula kepada anak dalam kandungan. (Komen tentang
perkongsian jarum Oleh Prof. Madya Dato' Dr. Faisal Hj. Ibrahim, Jabatan Kesihatan
Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Faisal, temu
bual 16 Ogos 2011). Selain penycbaran melalui perkongsian jarum suntikan, penagih dadah
yang positif HIV/AIDS turut boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada pasangan
seksualnya. Seorang penagih dadah intravena yang menghidapi AIDS bukan sahaja
berkemungkinan menyebarkan berkongsi jarum dengannya tetapi juga teman seksnya serta
kandungannya. Bayangkan bagaimana hanya seorang penagih dadah yang boleh mencetuskan
tindak balas. berantai dan menambah bilangan pesakit AIDS (Noor Hidayah Ishak, 1997; 66).
Ini diakui oleh majoriti yang bersetuju bahawa pasangan seksual wanita dengan penagih
dadah yang mempunyai virus HIV berisiko tinggi untuk dijangkiti AIDS.
6. IBU POSITIF HIV/AIDS HIV/AIDS
Turut boleh tersebar melalui ibu yang positif HIV/AIDS kepada janin yang sedang
dikandungnya. HIV boleh menular daripada ibu yang dijangkiti kepada bayinya semasa
kehamilan dan persalinan. Mok (1988) menyatakan bahawa kemungkinan besar jangkitan
telah dihantar ke plasenta (transplacentally) sebelum anak lahir. Oleh yang demikian, didapati
semua bayi dilahirkan oleh ibu positif HIV/AIDS tidak menghasilkan antibodi terhadap
HIV/AIDS. Pengerusi Malaysian AIDS Foundation, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman
berkata: “HIV infection among women had increased from 9.4% in 2000 to 19.1% in 2008"
(the star July 14, 2010). Ini menunjukkan kemungkinan penularan jangkitan HIV/AIDS
melalui ibu ke anak adalah besar dan dapat menambah bilangan pesakit. Majoriti bersetuju
bahawa HIV/AIDS boleh berjangkit melalui ibu positif HIV/AIDS.
Dipercayai juga penyebaran penyakit AIDS turut boleh berlaku apabila ibu yang
positif HIV/AIDS memberikan susu ibu kepada bayi. Sebagaimana pernyataan di bawah yang
menerangkan kemungkinan virus HIV yang dapat disalurkan kepada tubuh bayi melalui
penyusuan susu ibu. Dari Perspektif Remoja Musim: “If a woman with AIDS gives birth to a
baby, the baby should not be nursed, as HIV may be found in the milk. Although ingested
virus would undoubtedly be destroyed by the digestive system of the haby, there may be a few
wandering infected white cells in the milk that could pass through the walls of the
gastrointestinal tract (Roth, 1989; 76)”.
RUJUKAN
http://hhhuuuuuuuu.blogspot.com/p/punca-punca-aids.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Kurang_Daya_Tahan_Melawan_Penyakit
http://www.myhealth.gov.my/hiv-human-immunodeficiency-virus-sindrom-kurang-daya-
tahan-melawan-penyakit-aids/
file:///C:/Users/my/Downloads/J_SS_36_Paper-JESOC-vol.-1-JUNE-2015.pdf
file:///C:/Users/my/Downloads/hivaids-2014.pdf
OBJEKTIF KAJIAN
b) Menghuraikan kesan-kesan umum yang terjadi di malaysia apabila penyakit berjangkit menular
dalam tempoh 1900-2000.
I. KESAN PENYAKIT AIDS DARI SEGI EKONOMI
Menurut Fatan Hamamah (2005), peningkatan kes penyakit AIDS di Malaysia semakin
meningkat setiap tahun iaitu 71 kes pada tahun 1993, 223 kes pada tahun 1995 dan seterusnya
bertambah kepada 526 kes pada tahun 1997. Perkara ini berlaku kerana tiada tanda klinikal
diperlihatkan oleh individu yang dijangkiti AIDS terutamanya ketika peringkat awal. Menerusi
pertambahan bilangan kes AIDS di Malaysia, kes penyakit berjangkit tersebut sudah tentu
membawa kepada pelbagai kesan atau implikasi umum di negara kita. Menurut Saadiah Mohamad
(2000), penyakit AIDS telah menyebabkan kesan yang paling jelas dalam aspek sosial mahu pun
ekonomi. Bagi implikasi dari segi ekonomi, ia telah merangkumi kos secara langsung dan tidak
langsung yang ditanggung oleh pesakit, keluarga pesakit serta pihak kerajaan. Pesakit mahu pun
keluarga pesakit perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk ubat-ubatan dan rawatan
yang mampu mengurangkan penyebaran jangkitan pada organ dalaman, meningkatkan kualiti
hidup pesakit AIDS serta memanjangkan jangka hayat mereka. Antara contoh rawatan dan ubat-
ubatan yang digunakan ialah prophylaxis dan Zidovodine atau lebih dikenali dengan AZT. Di
samping itu, mereka turut memerlukan perbelanjaan yang banyak dari segi kos terapi, bil hospital,
kaunseling dan kos penjagaan. Selain itu, kos secara langsung pula terdiri daripada kos yang perlu
dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kos ini melibatkan pembinaan infrastruktur dan infostruktur
perubatan dan tenaga pakar bagi membolehkan tahap kualiti kesihatan di Malaysia berada pada
tahap yang baik. Pada tahun 1993, menurut berlaku penurunan produktiviti dan Keluaran Negara
Kasar (KNK) iaitu sebanyak RM20.95 juta kerana kerajaan Malaysia telah membelanjakannya
bagi sepanjang tahun berikut bertujuan mewujudkan program pendidikan kesihatan untuk
mencegah AIDS. Sekitar bulan Oktober 1991, lebih 16,000 orang kakitangan perubatan dan
kesihatan telah pun diberikan latihan mengenai AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerajaan Malaysia turut menubuhkan 49 buah pusat saringan darah di seluruh negara untuk
menjalankan ujian saringan ke atas semua darah yang diderma supaya tidak tercemar dengan darah
pesakit AIDS. Pembentukan satu pasukan petugas AIDS dan lain-lain jawatankuasa turut
dilakukan untuk menasihati Kementerian Kesihatan mengenai dasar-dasar dan perancangan
strategi untuk pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS. Seterusnya, perbelanjaan kerajaan
turut bertambah apabila pengedaran pelan tindakan perubatan dan kawalan AIDS untuk kegunaan
kakitangan perubatan dan kesihatan diseluruh negara dijalankan. Oleh itu, secara purata dapat kita
lihat bahawa kos dalam merawat dan menangani AIDS sangatlah tinggi berbanding penyakit
lain seperti malaria, demam denggi dan kolera dan perkara ini telah membawa implikasi kepada
ekonomi negara.
II. DISKRIMINASI TERHADAP PESAKIT AIDS
Menurut Goffman (1963), stigma didefinisikan sebagai sifat yang tidak diingini atau
diskriminasi yang dimiliki oleh seseorang individu sekaligus mengurangkan status individu
tersebut di mata masyarakat. Pesakit serta ahli keluarga mengalami masalah diskriminasi apabila
mereka perlu menanggung perasaan malu, disisih dan dipandangg rendah. Kesemua ini bukan
sahaja telah menjejaskan kesejahteraan hidup tetapi juga telah menjadi seperti kos sosial yang
harus ditanggung oleh pesakit dan keluarganya seumur hidup mereka. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia, ia menunjukkan bahawa daripada 15 aduan yang diterima
di negara ini, satu pertiga daripada jumlah aduan tersebut adalah berkenaan dengan diskriminasi
di tempat kerja terhadap pesakit AIDS yang terdiri daripada sektor pekerjaan yang terlibat seperti
sektor pelancongan, hospitaliti dan hiburan, di samping rangkaian hotel antarabangsa, kelab sukan
dan rekreasi serta pusat hiburan. Selain itu, menurut Loh Foon Fong (1997), pesakit AIDS juga
mengalami masalah berikutan ketidakseragaman layanan dan perkhidmatan yang diterima oleh
mereka daripada kakitangan perubatan. Mereka berasa terpinggir kerana kadang kala keperluan
mereka dilengahkan, tidak diutamakan, tidak mengambil kira isu-isu sensitif yang dialami oleh
pesakit dan layanan yang kurang mesra diterima berbanding pesakit lain. Hal ini terbukti bahawa
kesan daripada penyakit berjangkit telah menyebabkan berlakunya diskriminasi terutamanya
terhadap pesakit AIDS. Buktinya, bilangan doktor yang merawat pesakit AIDS kebiasaannya
sangat sedikit berbanding dengan jumlah pesakit AIDS yang ramai. Hal ini terjadi kerana mereka
turut bimbang akan dijangkiti AIDS ketika merawat pesakit AIDS. Namun begitu, sikap sebegini
sewajarnya perlu diubah tidak kira melibatkan masyarakat mahu pun kakitangan perubatan kerana
pesakit AIDS memerlukan sokongan dan bimbingan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Menerusi diskriminasi yang berlaku, wujud segelintir pesakit AIDS yang bertindak
memberhentikan rawatan kerana malu malahan ada yang putus asa untuk meneruskan kehidupan
dengan baik kerana pandangan serong yang dilemparkan oleh masyarakat. Rawatan yang
sepatutnya perlulah diberikan kepada pesakit AIDS supaya kadar penyakit ini mampu berkurang
dan juga bagi mengelakkan jangkitan berlaku kepada orang lain. Dengan itu, masyarakat serta
kakitangan perubatan mempunyai peranan yang besar dalam menangani dan mengurangkan
penyakit AIDS agar dapat melahirkan sebuah negara yang hebat dari segi perkhidmatan kesihatan
sekali gus menjamin kesihatan rakyat Malaysia.
III. KESAN PSIKOLOGI
Kajian yang dilakukan oleh Sikkema, Kochman, DiFranceisco, Kelly dan Hoffmann
(2000) menunjukkan apabila seorang individu melalui pengalaman menghadapi kematian
orang yang rapat termasuk ahli keluarga dan rakan yang menghidap HIV/AIDS, individu
terlibat akan menunjukkan kesan dari segi psikologi. Kesan ini akan dirasakan disebabkan
mereka tidak dapat untuk meluahkan rasa kesedihan dan kehilangan dengan cara yang
sepatutnya. Kesan psikologi yang ditunjukkan termasuk simptom-simptom kemurungan,
masalah psikiatrik secara umum, dan trauma berkaitan dengan kehilangan dan kesedihan yang
mereka lalui. Ahli keluarga biasanya akan mengambil sedikit masa untuk menerima secara
positif pengalaman yang mereka lalui. Daripada beberapa isu yang telah dinyatakan jelas
menunjukkan pesakit AIDS dan ahli keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan
dan trauma disebabkan keadaan mereka masih tidak diterima masyarakat. Bagi kes kematian
AIDS, kesan akan dihadapi oleh ahli keluarga. Jika keadaan ini berterusan dan tiada langkah
bagi mengatasinya diambil, ia akan memberi kesan negatif terutama dalam usaha
mengurangkan kes HIV/AIDS dan pencegahan secara umumnya. Manakala bagi keluarga yang
mengalami kesan daripada kematian AIDS, jika sokongan dan bantuan tidak diberikan malah
mereka diberikan stigma negatif serta diskriminasi, dikhuatiri mereka akan mengambil jalan
singkat bagi mengatasinya seperti terus mengasingkan diri atau langkah lain yang lebih agresif
seperti membunuh diri. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan bagi mengetahui sejauh manakah
isu-isu psikososial ini muncul apabila keluarga berhadapan dengan kematian ahli keluarga
berhubung dengan AIDS.
IV. DISKRIMINASI TERHADAP PROSES PENGENDALIAN JENAZAH.
Berdasarkan cara pengurusan tersebut, secara tidak langsung menunjukkan berlaku
diskriminasi kepada mayat tersebut dan apabila diketahui umum ia akan menimbulkan stigma
terutama kepada keluarga dan simati. Jika dilihat dari sudut nilai kemanusiaan dan juga praktis
kerja sosial, ia turut menyalahi nilai yang sepatutnya. Setiap individu perlu dihormati demi
menjaga maruah dan kehormatan diri mereka. Jika pengurusan jenazah berbentuk diskriminasi
masih diteruskan akan menyebabkan nilai kerahsiaan juga tidak diambilkira seterusnya akan
membuka peluang kepada umum untuk menghukum simati dan keluarga. Hukuman yang
diterima oleh ahli keluarga adalah stigma yang diberikan oleh masyarakat (Wan Muhammad
Wan Mahmood, 2007). Berikutan daripada kaedah pengurusan mayat yang berbeza dengan
mayat yang tidak mempunyai jangkitan HIV/AIDS seterusnya menyebabkan berlaku stigma
dan diskriminasi kepada simati dan juga ahli keluarga. Keadaan ini berlanjutan kepada kesan
psikososial yang terpaksa dialami oleh ahli keluarga. Bagi sesetengah agama atau budaya,
ritual tertentu harus dilaksanakan bagi membolehkan roh simati berada dalam keadaan aman,
bagi menunjukkan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir dan menerima kematian
mereka. Dalam kes mayat HIV/AIDS apabila ritual ini tidak boleh dilaksanakan akan
menyebabkan ahli keluarga merasa terkilan kerana seolah-olah tidak melaksanakan
tanggungjawab mereka, seterusnya akan membawa kesan yang lama. Dalam agama Buddha,
sebelum mayat dibakar atau dikebumikan ahli keluarga dan rakan-rakan digalakkan
memberikan penghormatan terakhir dan upacara ini akan mengambil masa beberapa hari
kerana melibatkan beberapa upacara. Mayat perlu diletakkan di tempat yang sesuai (dewan
kecil) untuk menerima lawatan terakhir ahli keluarga dan kenalan, serta akan dihadiahkan
dengan bunga, lilin, buah-buahan dan hadiah-hadiah yang sesuai. Untuk melakukan upacara
ini mayat perlu diawet terlebih dahulu (Buddha Dharma Education Association Inc, 2007).
Tetapi bagi kematian HIV/AIDS apabila mayat tidak boleh diawet, upacara demikian tidak
boleh dilakukan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa lebih sedih dan bersalah dalam kalangan
ahlikeluarga dan rakan kerana tidak berkesempatan memberikan penghormatan terakhir.
V. KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA
Penyakit AIDS ini juga turut menyebabkan berlakunya keruntuhan intitusi
keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia
(MAM) Datuk Dr Raj Karim seorang wanita yang disahkan sebagai pembawa boleh
mengancam kestabilan institusi kekeluargaan khususnya suri rumah dan kaum ibu kerana
mereka merupakan tonggak rumah tangga. Jika seorang wanita pembawa mempunyai anak
dikhuatiri anak-anak tersebut tidak mendapat kasih sayang yang cukup dan rangsangan
sosial serta contoh yang betul daripada ibu bapa mereka. Persekitaran seperti ini akan
membawa kepada personaliti negatif dalam diri anak-anak. Apa yang lebih menyedihkan
adalah anak kepada positif AIDS ini juga turut disisihkan oleh masyarakat berikutan
kebimbangan bahawa mereka ini akan menyebarkan jangkitan. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan terbit perasaan malu serta rendah diri dalam diri kanak-kanak
tersebut. Bukan sahaja disisihkan oleh masyarakat malahan terdapat segilintir anak kepada
pesakit AIDS ini menjadi yatim piatu seawal usia muda lagi. Selain itu, penyakit AIDS ini
juga turut menjadi penyumbang kepada berlaku penceraian dalam pasangan suami isteri.
Hal ini kerana jika salah seorang daripada pasangan suami isteri menghidap penyakit AIDS
sudah pasti ini akan menimbulkan permasalahan yang besar dalan kekeluargaan. Sebagai
contoh, jika si suami adalah penghidap penyakit AIDS maka ini akan menyebabkan beliau
tidak mempunyai peluang pekerjaan kerana golongan yang menghidap penyakit ini amat
dikeji oleh masyarakat dan akibat daripada tidak mempunyai pekerjaan beliau tidak akan
dapat memberi nafkah yang cukup kepada isteri beliau dan secara tidak langsung ini akan
mendorong si isteri untuk menuntut penceraian dari suaminya. Jelaslah bahawa penyakit
AIDS ini banyak mendatangkan kesan yang amat buruk terutamanya dalam sesebuah
institusi kekeluargaan.
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
OBJEKTIF KAJIAN 3 : MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH
KERAJAAN DAN MASYARAKAT UNTUK MENGAWAL PENULARAN PENYAKIT
BERJANGKIT DI MALAYSIA.
PENGENALAN :
Penyakit AIDS ataupun dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Acquired Immuno
Deficiency Sydrome merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus HIV.
Penyakit AIDS berlaku disebabkan virus HIV atapun Human Immunodeficiency Virus) yang
telah menyerang sistem pertahanan badan manusia. Penyakit AIDS boleh membawa impak
terhadap keadaan dan sosial sesebuah negara. Hal ini kerana penyakit AIDS boleh menjejaskan
kesejahteraan hidup manusia. Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang dijalankan oleh
pihak kerajaan dan masyarakat sebagai langkah ataupun inisiatif untuk mengawal serta
mengurangkan penularan penyakit AIDS daripada semakin bertambah di Malaysia. Kes
penyakit AIDS dan kematian mula dikesan di Malaysia pada tahun 1986. Pada tahun 2009,
terdapat sebanyak 86, 127 kes jangkitan HIV dan 14, 955 kes AIDS. Penyakit AIDS di
Malaysia dikesan telah meningkat pada setiap tahun bermula dari tahun 1993 sehingga tahun
1997. Misalnya, pada tahun 1993, sebanyak 71 kes dilaporkan, seterusnya meningkat kepada
102 kes pada tahun 1994, dan telah meningkat kepada 223 kes pada tahun 1995. Dua tahun
kemudian iaitu pada tahun 1997, penyakit AIDS meningkat kepada 526 kes. Dalam tempoh
lebih kurang selama 8 tahun Malaysia menghadapi kebimbangan disebabkan peningkatan
jumlah penyakit AIDS di dalam kalangan rakyat. Bermula seawal tahun 1980 sehingga tahun
1990, pihak kerajaan khususnya telah mengorak langkah untuk mencegah serta mengawal
penyakit berjangkit terutamanya penyakit AIDS yang berlaku di Malasysia. Terdapat beberapa
langkah efektif bagi mengurangkan penyakit AIDS daripada semakin meningkat dan menular.
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN :
1. KEMPEN ENDING AIDS 2030
Kesihatan Malaysia ataupun KKM telah menjalankan beberapa siri kawalan dan
pencegahan bagi membanteras penyakit AIDS. Antara usaha yang dijalankan ialah
dengan menjalankan KEMPEN ENDING AIDS 2030. Antara usaha yang dijalankan
oleh KKM ialah dengan mengadakan beberapa saringan di penjara dan pusat serenti.
Selain itu, KKM juga menjalankan saringan HIV kepada penderma darah, pesakit TB
dan pesakit STI. Tidak terkecuali, KKM juga menjalankan program mencegah HIV
dengan mewujudkan saringan pra-perkahwinan serta PMTCT iaitu pencegahan HIV
daripada Ibu-ke-Anak. Melalui program tersebut, wanita yang hamil akan membuat
saringan HIV dan sekiranya wanita hamil tersebut disahkan positif HIV, maka wanita
hamil itu akan diberikan rawatan antiretroviral dan bayi juga akan diberi rawatan
profilaksis serta susu formula percuma dalam tempoh dua tahun atas tujuan untuk
mengelakkan transmisi jangkitan daripada ibu kepada anak. Dengan pematuhan
terhadap rawatan antiretroviral yang telah ditetapkan oleh pakar kesihatan seperti
doktor, ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan mengurangkan risiko penularan
virus kepada pasangan seks.
2. PUSAT SERENTI
Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa pusat pemulihan di serata negeri.
Tujuan utama kerajaan menyediakan pusat pemulihan adalah untuk memulihkan
penagih dadah. Rawatan detoksifikasi dan rawatan pemulihan daripada ketagihan serta
sesi kaunseling dan motivasi juga dilakukan supaya dapat memberi kesedaran tentang
bahaya pengambilan dadah secara haram. Hal ini demikian kerana, perkongsian jarum
suntikan dadah merupakan penyumbang utama kepada jangkitan HIV dan seterusnya
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
menyebabkan seseorang berpotensi besar untuk menghidap penyakit AIDS. Selain itu,
terdapat beberapa agensi yang bertanggungjawab dalam usaha untuk membasmi dadah.
Misalnya, dengan usaha Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) yang berada di bawah
Kementerian Dalam Negeri Malaysia yang berperanan dalam mencegah penagihan,
merawat, dan memulihkan penagih serta mencegah penagiha daripada melakukan
penagihan semula. Selain itu, agensi PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia) telah berusaha dengan pihak kerajaan untuk menghapuskan pengeluaran dan
perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan dadah.
3. UNDANG-UNDANG
Kerajaan telah melancarkan undang-undang yang selaras dengan agama Islam. Hal ini
sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit
berbahaya ini. Terdapat hukuman khas di dalam perundangan Islam iaitu hukuman
hudud. Misalnya, hukuman 80 kali sebatan dikenakan kepada penagih dadah dan
hukuman 100 kali sebatan kepada pesalah yang melakukan zina dan buang daerah bagi
yang belum berkahwin. Manakala, hukuman rejam sampai mati dikenakan kepada
pezina yang sudah berkahwin ataupun kesalahan liwat. Selain itu, hukuman qisas
dikenakan kepada seseorang yang memindahkan penyakit AIDS kepada orang lain
dengan sengaja kerana ia dikira sebagai pembunuhan sengaja dengan sebab.
Sebaliknya, bagi kesalahan yang tidak disengajakan seperti menderma darah oleh
pesakit AIDS kepada orang sihat, dan penderma tersebut tanpa mengetahui bahawa
status diri sebagai pembawa HIV, maka pesalah akan dikehendaki membayar diat.
Selain itu, di Malaysia terdapat pelbagai undang-undang telah digubal untuk mengawal
penyebaran penyakit AIDS daripada terus mengancam nyawa manusia. Antaranya
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
ialah, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988), Kanun
Keseksaaan Jenayah (1995) , Akta Dadah Berbahaya (1952), Ujian saringan HIV
kepada bakal pengantin dan sebagainya.
4. PENDIDIKAN
Langkah pengawalan Aids juga boleh dibanteras melalui pendidikan yang mana
masyarakat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai penyakit AIDS agar
usaha untuk membanteras penyakit ini dapat dicapai. Kurangnya pengetahuan
mengenai penyakit AIDS ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat
khususnya mengenai cara penyebaran penyakit ini yang mana seterusnya akan
membantutkan usaha bagi membanteras penyakit ini. Oleh yang demikian, maklumat
terperinci mengenai penyakit ini perlu disampaikan oleh masyarakat melalui apa jua
saluran yang ada dan mereka lebih peka dan bersedia menerima ilmu dengan fikiran
yang terbuka. Hal ini sangat penting agar masyarakat dapat mengubah corak kehidupan
mereka supaya lebih sejahtera. Di Malaysia, pendidikan AIDS disebarkan kepada
masyarakat sama ada secara formal mahupun tidak formal seperti melalui risalah,
poster, media massa elektronik dan bercetak, ceramah-ceramah oleh badan kerajaan
mahupun bukan kerajaan dan sebagainya. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengambil inisiatif
memberi pendedahan mengenai penyakit AIDS kepada murid-murid di sekolah, kolej
mahupun di institusi pendidikan tinggi. Antaranya ialah dengan mewujudkan sudut
pencegahan dadah di sekolah-sekolah , menubuhkan kelab doktor muda di sekolah
rendah dan kelab prostar di sekolah menengah.Di samping itu, pendidikan AIDS turut
diselitkan dalam kursus-kursus perkahwinan dan Pusat Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Oleh yang demikian, jelas di sini bahawa pendidikan yang sempurna oleh ibu
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
bapa sejak kecil dan ilmu pengetahuan mengenai penyakit AIDS ini merupakan langkah
asas dan cara pencegahan paling berkesan untuk membanteras penyakit ini dari terus
berleluasa dan mengancam nyawa manusia.
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH MASYARAKAT :
1. PERUBAHAN GAYA HIDUP SIHAT
Pemakaian kondom yang betul ketika melakukan hubungan seks. Selain itu, masyarakat
mestilah mengelakkan daripada melakukan hubungan seks rambang ataupun
mengadakan hubungan kelamin dengan pelacur ataupun hubungan sejenis. Bagi
individu yang telah dijangkiti dengan penyakit AIDS, dinasihati supaya segera
mendapatkan rawatan antiretroviral awal dan elakkan penularan penyakit kepada
pasangan. Sekiranya, pasangan suami ataupun isteri yang telah berkahwin telah
dijangkiti penyakit AIDS, pasangan tersebut mestilah memakai kondom sewaktu
melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan daripada terjangkiti. Tambahan
pula, individu yang dijangkiti penyakit AIDS mestilah mengelakkan diri daripada
menderma atapun menjalankan transmisi darah dan organ badan. Hal ini demikian
kerana untuk mengelak daripada penyakit AIDS daripada berjangkit kepada individu
lain. Selain itu, masyarakat juga harus mengelakkan perkongsian peralatan peribadi
seperti pisau cukur, berus gigi serta peralatan yang dicemari oleh darah. Hal ini penting
untuk mengelakkan daripada diri terjangkit dengan individu yang menghidap AIDS.
2. PEMANTAUAN AKTIVITI ANAK-ANAK
Ibu bapa merupakan individu terdekat yang bertanggunjawab dalam mencorakkan
keperibadian anak-anak. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi dan memberi perhatian
kepada anak-anak dan tidak terlepas pandang dalam perkembangan anak-anak. Ibu
bapa haruslah memberi pendidikan yang betul kepada anak-anak dan tidak ketinggalan
juga mengenai kesedaran pendidikan seks. Hal ini penting supaya apabila anak-anak
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
menginjak ke usia dewasa, mereka tidak mudah terpedaya dan terlibat dengan masalah
sosial dan budaya hedonisme yang tidak bermoral seperti menghisap dadah dan seks
bebas. Dua aktiviti tersebut merupakan antara aktiviti yang paling tinggi menyebabkan
penularan dan peningkatan jumlah kes penyakit AIDS yang kebanyakkanya menular
teruatamanya dalam kalangan lingkungan usia remaja.
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107)
NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943)
SUMBER
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Manual Islam & HIV/AIDS, http://www.islam.gov.my/e-
penerbitan/59-buku/646-manual-islam-hiv-aids
Journal of Education and Social Sciences, Vol. 1, (June), Faktor Risiko Jangkitan
HIV/AIDS: Isu Moral Atau Hak Individu, https://www.jesoc.com/wp-
content/uploads/2015/07/J_SS_36_Paper-JESOC-vol.-1-JUNE-2015.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia, Ending Aids In Malaysia,
https://www.moh.gov.my/moh/images/gallery/Report/Ending%20AIDS%20in%202020%20(
Final_271115)_printed%20version.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia, HIV atau AIDS, http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/
Laporan Penyelidikan Sari 23 (2005) 153 - 168: , Kemunculan Penyakit Berjangkit dan
Kesannya Terhadap Manusia di Malaysia, https://core.ac.uk/reader/11490180
UM Students' Repository, Kesimpulan Bab 5,
http://studentsrepo.um.edu.my/5266/5/BAB_5.pdf

More Related Content

Similar to Penyakit aids

Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
aizam1205
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
Ida Norini Mahamad Tajudin
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
Ida Norini Mahamad Tajudin
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Jamil A Bakar
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
Arra Asri
 
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMASTugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
aimezayu
 

Similar to Penyakit aids (12)

Proposal prof latif
Proposal prof latifProposal prof latif
Proposal prof latif
 
Zaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010absZaleha yaacobmfp2010abs
Zaleha yaacobmfp2010abs
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various ...
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMASTugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
Tugasan 2 : : PENDERAAN DAN PENGANIYAAN WARGA EMAS
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 

Recently uploaded (7)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 

Penyakit aids

  • 1. P E N Y A K I T A I D S I G : j e b a t j m 2 0 2 0 JALINAN MASYARAKAT JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA 19/20 DISEDIAKAN OLEH :
  • 2. Punca-Punca Aids 1. AMALAN TINGKAH LAKU ATAU GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT. Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Golongan yang kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu melakukan hubungan seks dengan orang ramai tanpa memikirkan kesudahannya. Selain itu, mereka juga melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Misalnya, kegiatan pelacuran dan homoseksual telah pun menjadi gejala sosial yang tidak bermoral. Akibat daripada amalan-amalan tersebut, penyakit AIDS dapat merebak secara meluas kerana virus HIV akan dijangkiti melalui hubungan seks yang tidak terkawal. Jika seseorang pembawa HIV, maka sesiapa yang melakukan hubungan seks dengannya akan terdedah kepada bahaya HIV dan kadar jangkitan terhadap penyakit tersebut adalah tinggi. Sebagai bukti sokongan, satu kajian telah dilaksanakan pada tahun 1996 ke atas 4347 remaja termasuk 885 remaja yang sedang menjalani pemulihan di pusat-pusat Serenti. Kajian ini menyingkap pengetahuan remaja tentang AIDS, nilai, personaliti dan beberapa tingkah laku yang memungkinkan mereka terdedah kepada HIV. Di kalangan remaja awam peratusan yang pernah mencuba dan kerap mengambil dadah adalah rendah iaitu di sekitar 5 peratus sahaja berbanding dengan 95 peratus remaja pelatih. Apabila dilihat kepada tingkah laku merokok pula, 34 peratus remaja awam pernah merokok sementara sejumlah 99 peratus remaja pelatih pernah merokok. Kajian ini juga mendapati dengan jelas hubungan positif yang signifikan antara merokok dengan mengambil dadah (r =27 di kalangan remaja awam dan r=32 di kalangan remaja pelatih). Keputusan ujian korelasi ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap menghisap rokok juga mempunyai kecenderungan yang kerap untuk menghisap dadah. Pengaruh ini lebih kuat di kalangan remaja pelatih berbanding dengan remaja awam. Berhubung dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin pula, 6 peratus daripada remaja awam mengaku pernah atau kerap melakukannya. Peratusan di kalangan di kalangan remaja pelatih adalah lebih tinggi iaitu 54 peratus. Apabila diselidik adalah gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkiti AIDS, 45 peratus remaja pelatih dan 32 peratus remaja awam mengakui bahawa gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkiti AIDS. Ujian korelasi yang dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku seks sebelum kahwin dengan gaya hidup mudah dijangkiti AIDS dengan r=18 di kalangan remaja pelatih dan r=12 di kalangan remaja awam. Penemuan ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin
  • 3. mempunyai kecenderungan bergaya hidup yang tidak sihat sehingga memungkinkan mereka dijangkiti AIDS. Selain daripada itu, ujian korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara tingkah laku mengambil dadah dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin (r =19 di kalangan remaja pelatih dan r=23 di kalangan awam). Ini menunjukkan bahawa remaja yang kuat menagih dadah juga berkemungkinan kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Mengambil dadah juga didapati menyumbang secara positif ke arah bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .14 di kalangan pelatih dan r = .09 di kalangan remaja awam). Selaras dengan huraian penemuan yang dinyatakan di atas, terbuktilah bahawa antara empat tingkah laku yang menjadi fokus kajian ini mempunyai hubung kait. Tingkah laku merokok menyumbang ke arah tingkah laku mengambil dadah. Begitu juga tingkah laku mengambil dadah menyumbang ke arah kecenderungan melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan juga bergaya hidup yang tidak sihat yang memungkinkan jangkitan AIDS. Persoalan pengaruh tingkah laku itu besar atau kecil ia tidak seharusnya menjadi persoalan, kerana telah terbukti bahawa ia menyumbang secara signifikan kepada fenomena AIDS. 2. PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN Punca kedua ialah masalah perkongsian jarum suntikan dalam kalangan remaja. Seperti yang dibincangkan, AIDS adalah lanjutan daripada virus HIV maka penyebab HIV mempunyai kaitan dengan punca AIDS. Oleh itu, jarum yang telah dicemarkan oleh seorang penyakit HIV kemudian digunakan pada penyakit lain dengan jarum yang samakan menyebabkan penyakit yang sihat dijangkiti HIV. Hal ini dipanggil penyebaran AIDS melalui perkongsian jarum suntikan yang sudah dicemari oleh darah pembawa HIV. Kejadian tersebut berlaku terutama dalam kalangan penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan baru daripada pembekal dadah. Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain. Jadi, mereka mudah terdedah kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang mengandungi HIV akan dipindahkan ke tubuh orang lain melalui perkongsian jarum suntikan. Berkenaan dengan masalah ini, setiap hari hampir 7,500 orang dijangkiti HIV dan 5,500 meninggal dunia akibat Aids. Di Malaysia, kira-kira 18 kes baru dilaporkan setiap hari, menjadikan jumlah kes Aids meningkat kepada 80,000 pesakit sejak ia mula dilaporkan pada 1986. Perkara yang menyedihkan ialah 70 peratus daripadanya adalah yang menagih dadah melalui suntikan. 3. MASALAH KEKURANGAN PENDEDAHAN MEDIA DAN PENGETAHUAN AIDS Kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada masalah berlaku dan punca peningkatan bilangan pesakit AIDS. Informasi tentang penyakit AIDS
  • 4. memang ada dibekalkan kepada rakyat. Persoalannya adalah berapakah peratus pendedahan media dan pengetahuan yang sanggup atau diterima oleh remaja. Berdasarkan kajian, pendedahan media untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana iaitu purata sektor pendedahan 18.5 berbanding dengan skor maksimal 27 begitu juga dengan pengetahuan remaja tentang AIDS. Secara umum, remaja lebih berpengetahuan tentang punca jangkitan AIDS dengan skor pengetahuan 2.0 untuk remaja awam dan 1.6 untuk remaja pelatih, daripada skor maksimum 3. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah iaitu skor pengetahuan 1.6 untuk remaja awam dan 1.5 untuk remaja pelatih daripada skor maksimum 3. Jika dilihat daripada sudut pendidikan, didapati remaja yang berpendidikan rendah adalah golongan yang mempunyai pengetahuan AIDS yang paling rendah. Pengetahuan tentang AIDS meningkat selaras dengan peningkatan umur remaja yang dikaji. Maklumat yang sering remaja peroleh melalui sumber maklumat adalah AIDS membawa maut, AIDS merbahaya, AIDS sukar diubati, cara jangkitan AIDS, dan cara mencegah AIDS. Maklumat utama tentang AIDS yang diperoleh ini secara langsung mempengaruhi tanggapan remaja terhadap AIDS. Apabila diselidik tentang anggapan mereka majoriti daripada remaja menyatakan AIDS adalah kematian, AIDS adalah penyakit yang tidak ada penawar, AIDS penyakit merbahaya dan perasaan takut. Berhubung dengan maklumat tentang AIDS yang paling remaja diperlukan, keputusan kajian ini mendapati dua maklumat utama yang dinyatakan iaitu pertamanya maklumat tentang cara pencegahan dan keduanya maklumat bagaimana AIDS boleh dijangkiti. Remaja menyatakan maklumat tersebut penting untuk diperoleh kerana ia akan membuatkan mereka lebih berhati- hati di masa hadapan. Di samping itu mereka juga menyatakan bahawa maklumat tersebut berguna kepada mereka kerana mereka percaya bahawa ia dapat membantu menjauhkan diri daripada jangkitan AIDS. Kajian ini menunjukkan bahawa remaja menerima banyak maklumat tentang AIDS melalui media massa seperti televisyen, akhbar, dan risalah/poster/pameran. Apabila diselidik apakah maklumat lanjut yang mereka perlukan tentang AIDS, dan apakah sumber maklumat yang akan mereka rujuk, majoriti mereka mengatakan mereka akan merujuk kepada doktor dan kakitangan hospital, guru dan ibu bapa atau risalah/poster/pameran. Jelas kelihatan bahawa sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah berbeza dengan sumber maklumat AIDS yang ingin dirujuk oleh remaja. Persoalan kenapakah sumber peribadi lebih diutamakan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AIDS? Kajian ini mendapati bahawa ciri-ciri sumber yang arif dan berpengalaman, maklumat yang lengkap, dan maklumat yang mudah diperoleh adalah antara kriteria utama yang diberikan perhatian apabila merujuk untuk mendapatkan maklumat tentang AIDS.
  • 5. Kajian ini juga meninjau sejauh mana remaja terlihat dalam aktiviti tentang pendidikan AIDS yang dijalankan di negara ini. Hanya 22 peratus remaja awam dan 25 peratus remaja pelatih yang mengatakan mereka pernah terlibat. Keterlibatan mereka sekadar mendengar ceramah tentang AIDS, mengambil bahagian dalam acara sukan dan kempen AIDS, memberi nasihat kepada orang lain, menampal poster, dan juga menyertai peraduan menulis esei. Satu perkara yang mungkin di luar dugaan kepada pengamal pendidikan AIDS ialah pengetahuan tentang AIDS tidak banyak membantu perubahan tingkah laku. Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkal laku negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS 4. AMALAN SEKS BEBAS SECARA TERBUKA Antara punca utama penyebaran AIDS ialah amalan seks bebas secara terbuka. Kosmo, salah satu daripada surat khabar terkemuka di Malaysia, melaporkan bahawa 60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah. KOSMO juga melaporkan kajian yang dibuat oleh scorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2010 mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah. Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun, mendapati: "Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga."Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah" (KOSMO, 60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah Oleh Rohani Hidayat Ridwan roni.ridwan@kosmo. com.my. (KOSMO 19/8/2010). Ajaran Islam sememangnya telah termaktub mengenai larangan amalan seks bebas tanpa nikah sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran. "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (17:32) Tidak dapat dinafikan bahawa responden HIV/AIDS tidak mengamalkan suruhan agama dengan baik kerana menunjukkan walaupun majoriti bersetuju bahawa Islam melarang seks bertukar-tukar mereka masih melakukan amalan seks bebas itu walau bercanggah dengan Islam. Peratusan ini menunjukkan bahawa masyarakat mengetahui amalan seks bebas adalah suatu dilarang di dalam agama dan dapat memudaratkan diri dengan risiko pasangan kerana ia mendatangkan risiko untuk dijangkiti AIDS tetapi HIV/AIDS. Amalan seks bebas tanpa nikah yang dilarang di dalam Islam turut merangkumi amalan-amalan seks lain yang terpesong dari tabii manusia. Telah tergaris di dalam lipatan sejarah yang mana Allah SWT begitu memurkai kaum Nabi Lut (a.s) kerana amalan liwat dan homoseks yang dilakukan mercka sehingga Allah SWT mendatangkan azab kepada kaum tersebut. Amaran ini turut terkandung di dalam al-Quran. Dari Perspektif Remaja
  • 6. Musim HIVAIDS 43 "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki dengan syahwat, bukan kepada perempuan; bahkan kamu ini adalah suatu kaum yang telah melampau." (7:81) "Dan kepada Luth Kami telah berikan hikmah dan ilmu,dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang telah mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik." (21:74) Didapati majoriti bersetuju bahawa lelaki homoseksual dengan pelbagai pasangan berisiko tinggi untuk dijangkiti AIDS. Malahan majoriti turut bersetuju bahawa jangkitan AIDS boleh berlaku melalui hubungan seks sama ada homoseksual dan heteroseksual. 5. PENGAMBILAN DADAH Antara faktor utama penyumbang kepada AIDS iailah melalui perkongsian jarum dan yang kedua ialah melalui perlakuan seks. Gadis- gadis yang berkahwin dengan penagih boleh dijangkiti. Lazimnya, golongan penagih memang suka memperdayakan gadis-gadis sehingga sanggup berkahwin dengan mereka. Paling malang lagi apabila si gadis mengandung. Penyakit tersebut akan dijangkiti pula kepada anak dalam kandungan. (Komen tentang perkongsian jarum Oleh Prof. Madya Dato' Dr. Faisal Hj. Ibrahim, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Faisal, temu bual 16 Ogos 2011). Selain penycbaran melalui perkongsian jarum suntikan, penagih dadah yang positif HIV/AIDS turut boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada pasangan seksualnya. Seorang penagih dadah intravena yang menghidapi AIDS bukan sahaja berkemungkinan menyebarkan berkongsi jarum dengannya tetapi juga teman seksnya serta kandungannya. Bayangkan bagaimana hanya seorang penagih dadah yang boleh mencetuskan tindak balas. berantai dan menambah bilangan pesakit AIDS (Noor Hidayah Ishak, 1997; 66). Ini diakui oleh majoriti yang bersetuju bahawa pasangan seksual wanita dengan penagih dadah yang mempunyai virus HIV berisiko tinggi untuk dijangkiti AIDS. 6. IBU POSITIF HIV/AIDS HIV/AIDS Turut boleh tersebar melalui ibu yang positif HIV/AIDS kepada janin yang sedang dikandungnya. HIV boleh menular daripada ibu yang dijangkiti kepada bayinya semasa kehamilan dan persalinan. Mok (1988) menyatakan bahawa kemungkinan besar jangkitan telah dihantar ke plasenta (transplacentally) sebelum anak lahir. Oleh yang demikian, didapati semua bayi dilahirkan oleh ibu positif HIV/AIDS tidak menghasilkan antibodi terhadap HIV/AIDS. Pengerusi Malaysian AIDS Foundation, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata: “HIV infection among women had increased from 9.4% in 2000 to 19.1% in 2008" (the star July 14, 2010). Ini menunjukkan kemungkinan penularan jangkitan HIV/AIDS melalui ibu ke anak adalah besar dan dapat menambah bilangan pesakit. Majoriti bersetuju bahawa HIV/AIDS boleh berjangkit melalui ibu positif HIV/AIDS. Dipercayai juga penyebaran penyakit AIDS turut boleh berlaku apabila ibu yang positif HIV/AIDS memberikan susu ibu kepada bayi. Sebagaimana pernyataan di bawah yang
  • 7. menerangkan kemungkinan virus HIV yang dapat disalurkan kepada tubuh bayi melalui penyusuan susu ibu. Dari Perspektif Remoja Musim: “If a woman with AIDS gives birth to a baby, the baby should not be nursed, as HIV may be found in the milk. Although ingested virus would undoubtedly be destroyed by the digestive system of the haby, there may be a few wandering infected white cells in the milk that could pass through the walls of the gastrointestinal tract (Roth, 1989; 76)”. RUJUKAN http://hhhuuuuuuuu.blogspot.com/p/punca-punca-aids.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Kurang_Daya_Tahan_Melawan_Penyakit http://www.myhealth.gov.my/hiv-human-immunodeficiency-virus-sindrom-kurang-daya- tahan-melawan-penyakit-aids/ file:///C:/Users/my/Downloads/J_SS_36_Paper-JESOC-vol.-1-JUNE-2015.pdf file:///C:/Users/my/Downloads/hivaids-2014.pdf
  • 8. OBJEKTIF KAJIAN b) Menghuraikan kesan-kesan umum yang terjadi di malaysia apabila penyakit berjangkit menular dalam tempoh 1900-2000. I. KESAN PENYAKIT AIDS DARI SEGI EKONOMI Menurut Fatan Hamamah (2005), peningkatan kes penyakit AIDS di Malaysia semakin meningkat setiap tahun iaitu 71 kes pada tahun 1993, 223 kes pada tahun 1995 dan seterusnya bertambah kepada 526 kes pada tahun 1997. Perkara ini berlaku kerana tiada tanda klinikal diperlihatkan oleh individu yang dijangkiti AIDS terutamanya ketika peringkat awal. Menerusi pertambahan bilangan kes AIDS di Malaysia, kes penyakit berjangkit tersebut sudah tentu membawa kepada pelbagai kesan atau implikasi umum di negara kita. Menurut Saadiah Mohamad (2000), penyakit AIDS telah menyebabkan kesan yang paling jelas dalam aspek sosial mahu pun ekonomi. Bagi implikasi dari segi ekonomi, ia telah merangkumi kos secara langsung dan tidak langsung yang ditanggung oleh pesakit, keluarga pesakit serta pihak kerajaan. Pesakit mahu pun keluarga pesakit perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk ubat-ubatan dan rawatan yang mampu mengurangkan penyebaran jangkitan pada organ dalaman, meningkatkan kualiti hidup pesakit AIDS serta memanjangkan jangka hayat mereka. Antara contoh rawatan dan ubat- ubatan yang digunakan ialah prophylaxis dan Zidovodine atau lebih dikenali dengan AZT. Di samping itu, mereka turut memerlukan perbelanjaan yang banyak dari segi kos terapi, bil hospital, kaunseling dan kos penjagaan. Selain itu, kos secara langsung pula terdiri daripada kos yang perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kos ini melibatkan pembinaan infrastruktur dan infostruktur perubatan dan tenaga pakar bagi membolehkan tahap kualiti kesihatan di Malaysia berada pada tahap yang baik. Pada tahun 1993, menurut berlaku penurunan produktiviti dan Keluaran Negara
  • 9. Kasar (KNK) iaitu sebanyak RM20.95 juta kerana kerajaan Malaysia telah membelanjakannya bagi sepanjang tahun berikut bertujuan mewujudkan program pendidikan kesihatan untuk mencegah AIDS. Sekitar bulan Oktober 1991, lebih 16,000 orang kakitangan perubatan dan kesihatan telah pun diberikan latihan mengenai AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerajaan Malaysia turut menubuhkan 49 buah pusat saringan darah di seluruh negara untuk menjalankan ujian saringan ke atas semua darah yang diderma supaya tidak tercemar dengan darah pesakit AIDS. Pembentukan satu pasukan petugas AIDS dan lain-lain jawatankuasa turut dilakukan untuk menasihati Kementerian Kesihatan mengenai dasar-dasar dan perancangan strategi untuk pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS. Seterusnya, perbelanjaan kerajaan turut bertambah apabila pengedaran pelan tindakan perubatan dan kawalan AIDS untuk kegunaan kakitangan perubatan dan kesihatan diseluruh negara dijalankan. Oleh itu, secara purata dapat kita lihat bahawa kos dalam merawat dan menangani AIDS sangatlah tinggi berbanding penyakit lain seperti malaria, demam denggi dan kolera dan perkara ini telah membawa implikasi kepada ekonomi negara. II. DISKRIMINASI TERHADAP PESAKIT AIDS Menurut Goffman (1963), stigma didefinisikan sebagai sifat yang tidak diingini atau diskriminasi yang dimiliki oleh seseorang individu sekaligus mengurangkan status individu tersebut di mata masyarakat. Pesakit serta ahli keluarga mengalami masalah diskriminasi apabila mereka perlu menanggung perasaan malu, disisih dan dipandangg rendah. Kesemua ini bukan sahaja telah menjejaskan kesejahteraan hidup tetapi juga telah menjadi seperti kos sosial yang harus ditanggung oleh pesakit dan keluarganya seumur hidup mereka. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia, ia menunjukkan bahawa daripada 15 aduan yang diterima di negara ini, satu pertiga daripada jumlah aduan tersebut adalah berkenaan dengan diskriminasi
  • 10. di tempat kerja terhadap pesakit AIDS yang terdiri daripada sektor pekerjaan yang terlibat seperti sektor pelancongan, hospitaliti dan hiburan, di samping rangkaian hotel antarabangsa, kelab sukan dan rekreasi serta pusat hiburan. Selain itu, menurut Loh Foon Fong (1997), pesakit AIDS juga mengalami masalah berikutan ketidakseragaman layanan dan perkhidmatan yang diterima oleh mereka daripada kakitangan perubatan. Mereka berasa terpinggir kerana kadang kala keperluan mereka dilengahkan, tidak diutamakan, tidak mengambil kira isu-isu sensitif yang dialami oleh pesakit dan layanan yang kurang mesra diterima berbanding pesakit lain. Hal ini terbukti bahawa kesan daripada penyakit berjangkit telah menyebabkan berlakunya diskriminasi terutamanya terhadap pesakit AIDS. Buktinya, bilangan doktor yang merawat pesakit AIDS kebiasaannya sangat sedikit berbanding dengan jumlah pesakit AIDS yang ramai. Hal ini terjadi kerana mereka turut bimbang akan dijangkiti AIDS ketika merawat pesakit AIDS. Namun begitu, sikap sebegini sewajarnya perlu diubah tidak kira melibatkan masyarakat mahu pun kakitangan perubatan kerana pesakit AIDS memerlukan sokongan dan bimbingan untuk meneruskan kehidupan mereka. Menerusi diskriminasi yang berlaku, wujud segelintir pesakit AIDS yang bertindak memberhentikan rawatan kerana malu malahan ada yang putus asa untuk meneruskan kehidupan dengan baik kerana pandangan serong yang dilemparkan oleh masyarakat. Rawatan yang sepatutnya perlulah diberikan kepada pesakit AIDS supaya kadar penyakit ini mampu berkurang dan juga bagi mengelakkan jangkitan berlaku kepada orang lain. Dengan itu, masyarakat serta kakitangan perubatan mempunyai peranan yang besar dalam menangani dan mengurangkan penyakit AIDS agar dapat melahirkan sebuah negara yang hebat dari segi perkhidmatan kesihatan sekali gus menjamin kesihatan rakyat Malaysia.
  • 11. III. KESAN PSIKOLOGI Kajian yang dilakukan oleh Sikkema, Kochman, DiFranceisco, Kelly dan Hoffmann (2000) menunjukkan apabila seorang individu melalui pengalaman menghadapi kematian orang yang rapat termasuk ahli keluarga dan rakan yang menghidap HIV/AIDS, individu terlibat akan menunjukkan kesan dari segi psikologi. Kesan ini akan dirasakan disebabkan mereka tidak dapat untuk meluahkan rasa kesedihan dan kehilangan dengan cara yang sepatutnya. Kesan psikologi yang ditunjukkan termasuk simptom-simptom kemurungan, masalah psikiatrik secara umum, dan trauma berkaitan dengan kehilangan dan kesedihan yang mereka lalui. Ahli keluarga biasanya akan mengambil sedikit masa untuk menerima secara positif pengalaman yang mereka lalui. Daripada beberapa isu yang telah dinyatakan jelas menunjukkan pesakit AIDS dan ahli keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan trauma disebabkan keadaan mereka masih tidak diterima masyarakat. Bagi kes kematian AIDS, kesan akan dihadapi oleh ahli keluarga. Jika keadaan ini berterusan dan tiada langkah bagi mengatasinya diambil, ia akan memberi kesan negatif terutama dalam usaha mengurangkan kes HIV/AIDS dan pencegahan secara umumnya. Manakala bagi keluarga yang mengalami kesan daripada kematian AIDS, jika sokongan dan bantuan tidak diberikan malah mereka diberikan stigma negatif serta diskriminasi, dikhuatiri mereka akan mengambil jalan singkat bagi mengatasinya seperti terus mengasingkan diri atau langkah lain yang lebih agresif seperti membunuh diri. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan bagi mengetahui sejauh manakah isu-isu psikososial ini muncul apabila keluarga berhadapan dengan kematian ahli keluarga berhubung dengan AIDS.
  • 12. IV. DISKRIMINASI TERHADAP PROSES PENGENDALIAN JENAZAH. Berdasarkan cara pengurusan tersebut, secara tidak langsung menunjukkan berlaku diskriminasi kepada mayat tersebut dan apabila diketahui umum ia akan menimbulkan stigma terutama kepada keluarga dan simati. Jika dilihat dari sudut nilai kemanusiaan dan juga praktis kerja sosial, ia turut menyalahi nilai yang sepatutnya. Setiap individu perlu dihormati demi menjaga maruah dan kehormatan diri mereka. Jika pengurusan jenazah berbentuk diskriminasi masih diteruskan akan menyebabkan nilai kerahsiaan juga tidak diambilkira seterusnya akan membuka peluang kepada umum untuk menghukum simati dan keluarga. Hukuman yang diterima oleh ahli keluarga adalah stigma yang diberikan oleh masyarakat (Wan Muhammad Wan Mahmood, 2007). Berikutan daripada kaedah pengurusan mayat yang berbeza dengan mayat yang tidak mempunyai jangkitan HIV/AIDS seterusnya menyebabkan berlaku stigma dan diskriminasi kepada simati dan juga ahli keluarga. Keadaan ini berlanjutan kepada kesan psikososial yang terpaksa dialami oleh ahli keluarga. Bagi sesetengah agama atau budaya, ritual tertentu harus dilaksanakan bagi membolehkan roh simati berada dalam keadaan aman, bagi menunjukkan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir dan menerima kematian mereka. Dalam kes mayat HIV/AIDS apabila ritual ini tidak boleh dilaksanakan akan menyebabkan ahli keluarga merasa terkilan kerana seolah-olah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, seterusnya akan membawa kesan yang lama. Dalam agama Buddha, sebelum mayat dibakar atau dikebumikan ahli keluarga dan rakan-rakan digalakkan memberikan penghormatan terakhir dan upacara ini akan mengambil masa beberapa hari kerana melibatkan beberapa upacara. Mayat perlu diletakkan di tempat yang sesuai (dewan kecil) untuk menerima lawatan terakhir ahli keluarga dan kenalan, serta akan dihadiahkan dengan bunga, lilin, buah-buahan dan hadiah-hadiah yang sesuai. Untuk melakukan upacara
  • 13. ini mayat perlu diawet terlebih dahulu (Buddha Dharma Education Association Inc, 2007). Tetapi bagi kematian HIV/AIDS apabila mayat tidak boleh diawet, upacara demikian tidak boleh dilakukan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa lebih sedih dan bersalah dalam kalangan ahlikeluarga dan rakan kerana tidak berkesempatan memberikan penghormatan terakhir. V. KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA Penyakit AIDS ini juga turut menyebabkan berlakunya keruntuhan intitusi keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM) Datuk Dr Raj Karim seorang wanita yang disahkan sebagai pembawa boleh mengancam kestabilan institusi kekeluargaan khususnya suri rumah dan kaum ibu kerana mereka merupakan tonggak rumah tangga. Jika seorang wanita pembawa mempunyai anak dikhuatiri anak-anak tersebut tidak mendapat kasih sayang yang cukup dan rangsangan sosial serta contoh yang betul daripada ibu bapa mereka. Persekitaran seperti ini akan membawa kepada personaliti negatif dalam diri anak-anak. Apa yang lebih menyedihkan adalah anak kepada positif AIDS ini juga turut disisihkan oleh masyarakat berikutan kebimbangan bahawa mereka ini akan menyebarkan jangkitan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan terbit perasaan malu serta rendah diri dalam diri kanak-kanak tersebut. Bukan sahaja disisihkan oleh masyarakat malahan terdapat segilintir anak kepada pesakit AIDS ini menjadi yatim piatu seawal usia muda lagi. Selain itu, penyakit AIDS ini juga turut menjadi penyumbang kepada berlaku penceraian dalam pasangan suami isteri. Hal ini kerana jika salah seorang daripada pasangan suami isteri menghidap penyakit AIDS sudah pasti ini akan menimbulkan permasalahan yang besar dalan kekeluargaan. Sebagai contoh, jika si suami adalah penghidap penyakit AIDS maka ini akan menyebabkan beliau tidak mempunyai peluang pekerjaan kerana golongan yang menghidap penyakit ini amat
  • 14. dikeji oleh masyarakat dan akibat daripada tidak mempunyai pekerjaan beliau tidak akan dapat memberi nafkah yang cukup kepada isteri beliau dan secara tidak langsung ini akan mendorong si isteri untuk menuntut penceraian dari suaminya. Jelaslah bahawa penyakit AIDS ini banyak mendatangkan kesan yang amat buruk terutamanya dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
  • 15. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) OBJEKTIF KAJIAN 3 : MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN MASYARAKAT UNTUK MENGAWAL PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA. PENGENALAN : Penyakit AIDS ataupun dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Acquired Immuno Deficiency Sydrome merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus HIV. Penyakit AIDS berlaku disebabkan virus HIV atapun Human Immunodeficiency Virus) yang telah menyerang sistem pertahanan badan manusia. Penyakit AIDS boleh membawa impak terhadap keadaan dan sosial sesebuah negara. Hal ini kerana penyakit AIDS boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia. Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan masyarakat sebagai langkah ataupun inisiatif untuk mengawal serta mengurangkan penularan penyakit AIDS daripada semakin bertambah di Malaysia. Kes penyakit AIDS dan kematian mula dikesan di Malaysia pada tahun 1986. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 86, 127 kes jangkitan HIV dan 14, 955 kes AIDS. Penyakit AIDS di Malaysia dikesan telah meningkat pada setiap tahun bermula dari tahun 1993 sehingga tahun 1997. Misalnya, pada tahun 1993, sebanyak 71 kes dilaporkan, seterusnya meningkat kepada 102 kes pada tahun 1994, dan telah meningkat kepada 223 kes pada tahun 1995. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1997, penyakit AIDS meningkat kepada 526 kes. Dalam tempoh lebih kurang selama 8 tahun Malaysia menghadapi kebimbangan disebabkan peningkatan jumlah penyakit AIDS di dalam kalangan rakyat. Bermula seawal tahun 1980 sehingga tahun 1990, pihak kerajaan khususnya telah mengorak langkah untuk mencegah serta mengawal penyakit berjangkit terutamanya penyakit AIDS yang berlaku di Malasysia. Terdapat beberapa langkah efektif bagi mengurangkan penyakit AIDS daripada semakin meningkat dan menular.
  • 16. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN : 1. KEMPEN ENDING AIDS 2030 Kesihatan Malaysia ataupun KKM telah menjalankan beberapa siri kawalan dan pencegahan bagi membanteras penyakit AIDS. Antara usaha yang dijalankan ialah dengan menjalankan KEMPEN ENDING AIDS 2030. Antara usaha yang dijalankan oleh KKM ialah dengan mengadakan beberapa saringan di penjara dan pusat serenti. Selain itu, KKM juga menjalankan saringan HIV kepada penderma darah, pesakit TB dan pesakit STI. Tidak terkecuali, KKM juga menjalankan program mencegah HIV dengan mewujudkan saringan pra-perkahwinan serta PMTCT iaitu pencegahan HIV daripada Ibu-ke-Anak. Melalui program tersebut, wanita yang hamil akan membuat saringan HIV dan sekiranya wanita hamil tersebut disahkan positif HIV, maka wanita hamil itu akan diberikan rawatan antiretroviral dan bayi juga akan diberi rawatan profilaksis serta susu formula percuma dalam tempoh dua tahun atas tujuan untuk mengelakkan transmisi jangkitan daripada ibu kepada anak. Dengan pematuhan terhadap rawatan antiretroviral yang telah ditetapkan oleh pakar kesihatan seperti doktor, ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan mengurangkan risiko penularan virus kepada pasangan seks. 2. PUSAT SERENTI Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa pusat pemulihan di serata negeri. Tujuan utama kerajaan menyediakan pusat pemulihan adalah untuk memulihkan penagih dadah. Rawatan detoksifikasi dan rawatan pemulihan daripada ketagihan serta sesi kaunseling dan motivasi juga dilakukan supaya dapat memberi kesedaran tentang bahaya pengambilan dadah secara haram. Hal ini demikian kerana, perkongsian jarum suntikan dadah merupakan penyumbang utama kepada jangkitan HIV dan seterusnya
  • 17. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) menyebabkan seseorang berpotensi besar untuk menghidap penyakit AIDS. Selain itu, terdapat beberapa agensi yang bertanggungjawab dalam usaha untuk membasmi dadah. Misalnya, dengan usaha Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia yang berperanan dalam mencegah penagihan, merawat, dan memulihkan penagih serta mencegah penagiha daripada melakukan penagihan semula. Selain itu, agensi PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) telah berusaha dengan pihak kerajaan untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan dadah. 3. UNDANG-UNDANG Kerajaan telah melancarkan undang-undang yang selaras dengan agama Islam. Hal ini sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit berbahaya ini. Terdapat hukuman khas di dalam perundangan Islam iaitu hukuman hudud. Misalnya, hukuman 80 kali sebatan dikenakan kepada penagih dadah dan hukuman 100 kali sebatan kepada pesalah yang melakukan zina dan buang daerah bagi yang belum berkahwin. Manakala, hukuman rejam sampai mati dikenakan kepada pezina yang sudah berkahwin ataupun kesalahan liwat. Selain itu, hukuman qisas dikenakan kepada seseorang yang memindahkan penyakit AIDS kepada orang lain dengan sengaja kerana ia dikira sebagai pembunuhan sengaja dengan sebab. Sebaliknya, bagi kesalahan yang tidak disengajakan seperti menderma darah oleh pesakit AIDS kepada orang sihat, dan penderma tersebut tanpa mengetahui bahawa status diri sebagai pembawa HIV, maka pesalah akan dikehendaki membayar diat. Selain itu, di Malaysia terdapat pelbagai undang-undang telah digubal untuk mengawal penyebaran penyakit AIDS daripada terus mengancam nyawa manusia. Antaranya
  • 18. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) ialah, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988), Kanun Keseksaaan Jenayah (1995) , Akta Dadah Berbahaya (1952), Ujian saringan HIV kepada bakal pengantin dan sebagainya. 4. PENDIDIKAN Langkah pengawalan Aids juga boleh dibanteras melalui pendidikan yang mana masyarakat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai penyakit AIDS agar usaha untuk membanteras penyakit ini dapat dicapai. Kurangnya pengetahuan mengenai penyakit AIDS ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya mengenai cara penyebaran penyakit ini yang mana seterusnya akan membantutkan usaha bagi membanteras penyakit ini. Oleh yang demikian, maklumat terperinci mengenai penyakit ini perlu disampaikan oleh masyarakat melalui apa jua saluran yang ada dan mereka lebih peka dan bersedia menerima ilmu dengan fikiran yang terbuka. Hal ini sangat penting agar masyarakat dapat mengubah corak kehidupan mereka supaya lebih sejahtera. Di Malaysia, pendidikan AIDS disebarkan kepada masyarakat sama ada secara formal mahupun tidak formal seperti melalui risalah, poster, media massa elektronik dan bercetak, ceramah-ceramah oleh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan dan sebagainya. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengambil inisiatif memberi pendedahan mengenai penyakit AIDS kepada murid-murid di sekolah, kolej mahupun di institusi pendidikan tinggi. Antaranya ialah dengan mewujudkan sudut pencegahan dadah di sekolah-sekolah , menubuhkan kelab doktor muda di sekolah rendah dan kelab prostar di sekolah menengah.Di samping itu, pendidikan AIDS turut diselitkan dalam kursus-kursus perkahwinan dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh yang demikian, jelas di sini bahawa pendidikan yang sempurna oleh ibu
  • 19. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) bapa sejak kecil dan ilmu pengetahuan mengenai penyakit AIDS ini merupakan langkah asas dan cara pencegahan paling berkesan untuk membanteras penyakit ini dari terus berleluasa dan mengancam nyawa manusia.
  • 20. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH MASYARAKAT : 1. PERUBAHAN GAYA HIDUP SIHAT Pemakaian kondom yang betul ketika melakukan hubungan seks. Selain itu, masyarakat mestilah mengelakkan daripada melakukan hubungan seks rambang ataupun mengadakan hubungan kelamin dengan pelacur ataupun hubungan sejenis. Bagi individu yang telah dijangkiti dengan penyakit AIDS, dinasihati supaya segera mendapatkan rawatan antiretroviral awal dan elakkan penularan penyakit kepada pasangan. Sekiranya, pasangan suami ataupun isteri yang telah berkahwin telah dijangkiti penyakit AIDS, pasangan tersebut mestilah memakai kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan daripada terjangkiti. Tambahan pula, individu yang dijangkiti penyakit AIDS mestilah mengelakkan diri daripada menderma atapun menjalankan transmisi darah dan organ badan. Hal ini demikian kerana untuk mengelak daripada penyakit AIDS daripada berjangkit kepada individu lain. Selain itu, masyarakat juga harus mengelakkan perkongsian peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi serta peralatan yang dicemari oleh darah. Hal ini penting untuk mengelakkan daripada diri terjangkit dengan individu yang menghidap AIDS. 2. PEMANTAUAN AKTIVITI ANAK-ANAK Ibu bapa merupakan individu terdekat yang bertanggunjawab dalam mencorakkan keperibadian anak-anak. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi dan memberi perhatian kepada anak-anak dan tidak terlepas pandang dalam perkembangan anak-anak. Ibu bapa haruslah memberi pendidikan yang betul kepada anak-anak dan tidak ketinggalan juga mengenai kesedaran pendidikan seks. Hal ini penting supaya apabila anak-anak
  • 21. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) menginjak ke usia dewasa, mereka tidak mudah terpedaya dan terlibat dengan masalah sosial dan budaya hedonisme yang tidak bermoral seperti menghisap dadah dan seks bebas. Dua aktiviti tersebut merupakan antara aktiviti yang paling tinggi menyebabkan penularan dan peningkatan jumlah kes penyakit AIDS yang kebanyakkanya menular teruatamanya dalam kalangan lingkungan usia remaja.
  • 22. AHLI KUMPULAN : MOHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (AIL190015 / 17203696) NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD JOHAN (AIL190038 / 17204107) NURUL MUNIRAH BINTI MULIADI (AIL190052 / 17206943) SUMBER Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Manual Islam & HIV/AIDS, http://www.islam.gov.my/e- penerbitan/59-buku/646-manual-islam-hiv-aids Journal of Education and Social Sciences, Vol. 1, (June), Faktor Risiko Jangkitan HIV/AIDS: Isu Moral Atau Hak Individu, https://www.jesoc.com/wp- content/uploads/2015/07/J_SS_36_Paper-JESOC-vol.-1-JUNE-2015.pdf Kementerian Kesihatan Malaysia, Ending Aids In Malaysia, https://www.moh.gov.my/moh/images/gallery/Report/Ending%20AIDS%20in%202020%20( Final_271115)_printed%20version.pdf Kementerian Kesihatan Malaysia, HIV atau AIDS, http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/ Laporan Penyelidikan Sari 23 (2005) 153 - 168: , Kemunculan Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap Manusia di Malaysia, https://core.ac.uk/reader/11490180 UM Students' Repository, Kesimpulan Bab 5, http://studentsrepo.um.edu.my/5266/5/BAB_5.pdf