SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Graf diatas menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai kadar nadi yang
berbeza walaupun intensiti yang diberikan adalah sama. Pada ambilan kadar nadi
yang pertama setelah melakukan latiham lompat bintang selama 1 minit, didapati
bahawa kadar denyutan nadi kami berbeza tetapi tidak terlalu ketara. Kami boleh
rumuskan bahawa purata kadar denyutan nadi pada ambilan yang pertama ialah
155 bpm yang mewakali kadar nadi paling tinggi ialah Mohd Azri dan Mohad Nasrun
manakala Kadar Nadi terendah pula ialah Mohammad Ameer iaitu 148 bpm. Ini
kerana keupayaan atlet adalah berbeza dan kadar denyutan nadi mereka juga tidak
sama. Kadar intensiti yang kami gunakan pula ialah sama iaitu 80%.

      Seterusnya , selepas berehat selama 30 saat, kadar denyutan nadi bagi kami
semua telah menurun dengan mendadak. Namun terdapat penurunan yang sedikit
bagi kadar nadi Mohammad Ameer berbanding dengan yang lain iaitu kadar nadinya
pada saat yang ke 45 ialah 144 bpm. Manakala yang lain pula ialah purata 102.7
bpm. Hal ini menunjukkan bahawa berkemungkinan kadar nadi pemulihan
Mohmmad Ameer akan lambat berbanding kami bertiga yang lain. Namun ini
hanyalah anggaran permulaan setelah mengambil bacaan nadi yang ke 45 saat.

      Namun begitu, pada saat yang ke 90 kadar nadi kami mempunyai bacaan
yang tidak sekata yang mewakili bacaan kadar nadi paling tinggi ialah Mohd Nasrun
dan yang terendah pula ialah Mohd Azri. Boleh kami rumuskan bahawa purata kadar
nadi bagi kami ialah 105 bpm. Dalam hal ini, kami telah mendapati bahawa Mohd
Azri mempunyai kadar nadi pemulihan yang agak cepat berbanding yang lain dan
Mohd Nasrun pula kadar nadi pemulihannya agak lambat tetapi masih lagi dalam
keadaan normal. Hal ini mungkin kerana kecerdasan individu yang berbeza-beza
antara kami berempat.

      Selepas itu, pada saat yang ke 135 kadar nadi kami telah menurun lagi tetapi
kadar nadi Mohd Azri kembali menaik iaitu dari 84 bpm kepada 96 bpm. Hal ini
berkemungkinan dia telah mengalami stress atau tekanan semasa melakukan
latihan lompat bintang. Dia juga mungkin terlalu takot kerana ramai yang melihatnya
semasa melakukan latihan lompat bintang. Untuk rumusannya, kadar nadi kami
telah menurun kecuali kadar nadi Mohd Azri seorang sahaja.

      Pada saat yang ke 180 pula, kadar nadi kami semua telah menurun dan tidak
lagi berlaku kenaikan kadar nadi bagi kami berempat. Purata bagi keempat-empat
kadar nadi kami pula ialah 96 bpm yang mewakili kadar nadi paling tinggi ialah
Mohd Nasrun iaitu 132 bpm dan yang terendah pula ialah Mohd Ameer iaitu 76
bpm. Kadar nadi Mohd Azri dan Mohd Aidil pula telah mula menurun dengan kadar
yang sekata yang menunjukkan bahawa kadar denyutan nadi mereka telah mula
menunjukkan kestabilan yang dalam keadaan yang terbaik.

      Seterusnya, pada saat yang 225 kadar nadi Mohammd Ameer telah
mencapai kadar nadi rehatnya iaitu 76 bpm. Manakala yang lain pula masih
menurun dengan sekata untuk mencapai kadar nadi rehat masing-masing. Hal ini
menunjukkan bahawa Mohammad Ameer mempunyai kadar pemulihan yang sangat
cepat berbanding yang lain. Hal ini berlaku mungkin kerana dia mengawal kesihatan
dan pemakanan yang baik disamping mempunyai jantung yang baik. Oleh itu, dia
berpotensi untuk menjadi seorang atlet larian jarak jauh kerana mempunyai kadar
pemulihan nadi yang cepat berbanding yang lain.

      Pada peringkat yang seterusnya, iaitu pada saat yang ke 270 , kadar nadi
kami telah hampir untuk mencapai kadar nadi rehat masing-masing. Namun hanya
Mohd Nasrun sahaja yang kadar nadinya masih agak jauh untuk sampai ke kadar
nadi rehat. Penurunan kadar nadi yang sekata telah ditunjukkan oleh Mohd Azri dan
Mohd Aidil semasa mengambil kadar nadi pada saat yang ke 270.

      Akhirnya, pada saat yang ke 315 ( 5 minit ) Mohd Aidil telah mencapai tahap
nadi rehatnya sendiri iaitu 80 bpm. Namun Mohd Azri dan Mohd Nasrun masih
belum mencapai tahap kadar nadi rehat mereka. Oleh itu, Mohd Aidil mempunyai
kadar nadi pemulihan yang ke-2 cepat berbanding Mohammad Ameer. Dia juga
berpotensi untuk menjadi atlit seperti Mohammad Ameer tetapi untuk jarak yang
sederhana dan bukan jarak yang jauh. Hal ini keranan Mohd Aidil mempunyai kadar
pemulihan nadi yang menurun secara konsisten dan sekata berbanding yang lain.

      Selepas itu, pada saat yang ke 360, Mohd Azri dan Mohd Nasrun telah
mencapai kadar nadi rehat masing-masing iaitu 72 bpm dan 88 bpm. Namun begitu,
kadar pemulihan Mohd Azri adalah lebih baik daripada Mohd Nasrun kerana
penurunan nya adalah lebih ketara berbanding pemulihan kadar nadi Mohd Nasrun.
Oleh itu, Mohd Azri mempunyai kadar pemulihan nadi yang ke 3 cepat anatara kami
berempat dan Mohd Nasrun mempunyai kadar nadi yang paling lambat berbanding
kami yang lain.
Tuntasnya, melalui borang skor dan graf-graf di atas, dapat dirumuskan
bahawa dengan menjalani latihan yang konsisten, atlet dapat meningkatkan
keupayaan, kecergasan serta kadar pulihan atlet. Berdasarkan graf dan analsis yang
telah kami buat juga telah dapat dirumuskan bahawa Mohd Ameer mempunyai
kadar pemulihan nadi yang paling cepat, diikuti oleh Mohd Aidil dan Mohd Azri serta
kadar pemulihan nadi yang paling perlahan pula ialah Mohd Nasrun. Hal ini juga
menunjukkan bahawa Mohd Nasrun perlulah lebih bersenam pada masa lapang dan
mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan jantungnya mempunyai
kadar pemulihan yang cepat. Sementara itu, Mohd Azri dan Mohd Aidil juga
hendaklah terus mengekalkan senaman dan pemakanan yang baik agar kadar
pemulihan nadi mereka menjadi lebih baik berbanding yang diperolehi pada waktu
sekarang.

More Related Content

Viewers also liked

Sistemas De Informacion IV
Sistemas De Informacion IVSistemas De Informacion IV
Sistemas De Informacion IVnattalia_3
 
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015onthitot24h
 
Presentacion Personal
Presentacion Personal Presentacion Personal
Presentacion Personal m_gu3
 
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMO
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMOĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMO
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMOMoplay
 
Kalender Harvest Moon Back to Nature
Kalender Harvest Moon Back to NatureKalender Harvest Moon Back to Nature
Kalender Harvest Moon Back to NatureDiemas Tri Prabowo
 
Summary of journal
Summary of journalSummary of journal
Summary of journalNornaimah
 
Present progressive and present simple pp presentation
Present progressive and present simple pp presentationPresent progressive and present simple pp presentation
Present progressive and present simple pp presentationBlueWicha
 
Instalación y administración del servidor de escuela
Instalación y administración del servidor de escuelaInstalación y administración del servidor de escuela
Instalación y administración del servidor de escuelaEDISON AGUIRRE
 
Writing Sample - Valuation Report
Writing Sample - Valuation ReportWriting Sample - Valuation Report
Writing Sample - Valuation ReportCheng-Jung Lin
 
Analise de SWOT - Parte 2
Analise de SWOT - Parte 2Analise de SWOT - Parte 2
Analise de SWOT - Parte 2Wilson Souza
 
Asimen anatomi& fisiologi 2011
Asimen anatomi& fisiologi 2011Asimen anatomi& fisiologi 2011
Asimen anatomi& fisiologi 2011Pensil Dan Pemadam
 

Viewers also liked (15)

Borang skor
Borang skorBorang skor
Borang skor
 
Proyecto uaii
Proyecto uaiiProyecto uaii
Proyecto uaii
 
Sistemas De Informacion IV
Sistemas De Informacion IVSistemas De Informacion IV
Sistemas De Informacion IV
 
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015
Đề án tuyển sinh ĐH Nông LÂm Bắc Giang năm 2015
 
Presentacion Personal
Presentacion Personal Presentacion Personal
Presentacion Personal
 
Implementasi blue economy untuk kepri
Implementasi blue economy untuk kepriImplementasi blue economy untuk kepri
Implementasi blue economy untuk kepri
 
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMO
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMOĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMO
ĐẤU TRƯỜNG SAGA - GMO
 
Mi ple
Mi pleMi ple
Mi ple
 
Kalender Harvest Moon Back to Nature
Kalender Harvest Moon Back to NatureKalender Harvest Moon Back to Nature
Kalender Harvest Moon Back to Nature
 
Summary of journal
Summary of journalSummary of journal
Summary of journal
 
Present progressive and present simple pp presentation
Present progressive and present simple pp presentationPresent progressive and present simple pp presentation
Present progressive and present simple pp presentation
 
Instalación y administración del servidor de escuela
Instalación y administración del servidor de escuelaInstalación y administración del servidor de escuela
Instalación y administración del servidor de escuela
 
Writing Sample - Valuation Report
Writing Sample - Valuation ReportWriting Sample - Valuation Report
Writing Sample - Valuation Report
 
Analise de SWOT - Parte 2
Analise de SWOT - Parte 2Analise de SWOT - Parte 2
Analise de SWOT - Parte 2
 
Asimen anatomi& fisiologi 2011
Asimen anatomi& fisiologi 2011Asimen anatomi& fisiologi 2011
Asimen anatomi& fisiologi 2011
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Analisis semua graf

  • 1. Graf diatas menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai kadar nadi yang berbeza walaupun intensiti yang diberikan adalah sama. Pada ambilan kadar nadi yang pertama setelah melakukan latiham lompat bintang selama 1 minit, didapati bahawa kadar denyutan nadi kami berbeza tetapi tidak terlalu ketara. Kami boleh rumuskan bahawa purata kadar denyutan nadi pada ambilan yang pertama ialah 155 bpm yang mewakali kadar nadi paling tinggi ialah Mohd Azri dan Mohad Nasrun manakala Kadar Nadi terendah pula ialah Mohammad Ameer iaitu 148 bpm. Ini kerana keupayaan atlet adalah berbeza dan kadar denyutan nadi mereka juga tidak sama. Kadar intensiti yang kami gunakan pula ialah sama iaitu 80%. Seterusnya , selepas berehat selama 30 saat, kadar denyutan nadi bagi kami semua telah menurun dengan mendadak. Namun terdapat penurunan yang sedikit bagi kadar nadi Mohammad Ameer berbanding dengan yang lain iaitu kadar nadinya pada saat yang ke 45 ialah 144 bpm. Manakala yang lain pula ialah purata 102.7 bpm. Hal ini menunjukkan bahawa berkemungkinan kadar nadi pemulihan Mohmmad Ameer akan lambat berbanding kami bertiga yang lain. Namun ini hanyalah anggaran permulaan setelah mengambil bacaan nadi yang ke 45 saat. Namun begitu, pada saat yang ke 90 kadar nadi kami mempunyai bacaan yang tidak sekata yang mewakili bacaan kadar nadi paling tinggi ialah Mohd Nasrun dan yang terendah pula ialah Mohd Azri. Boleh kami rumuskan bahawa purata kadar nadi bagi kami ialah 105 bpm. Dalam hal ini, kami telah mendapati bahawa Mohd Azri mempunyai kadar nadi pemulihan yang agak cepat berbanding yang lain dan Mohd Nasrun pula kadar nadi pemulihannya agak lambat tetapi masih lagi dalam keadaan normal. Hal ini mungkin kerana kecerdasan individu yang berbeza-beza antara kami berempat. Selepas itu, pada saat yang ke 135 kadar nadi kami telah menurun lagi tetapi kadar nadi Mohd Azri kembali menaik iaitu dari 84 bpm kepada 96 bpm. Hal ini berkemungkinan dia telah mengalami stress atau tekanan semasa melakukan latihan lompat bintang. Dia juga mungkin terlalu takot kerana ramai yang melihatnya semasa melakukan latihan lompat bintang. Untuk rumusannya, kadar nadi kami telah menurun kecuali kadar nadi Mohd Azri seorang sahaja. Pada saat yang ke 180 pula, kadar nadi kami semua telah menurun dan tidak lagi berlaku kenaikan kadar nadi bagi kami berempat. Purata bagi keempat-empat
  • 2. kadar nadi kami pula ialah 96 bpm yang mewakili kadar nadi paling tinggi ialah Mohd Nasrun iaitu 132 bpm dan yang terendah pula ialah Mohd Ameer iaitu 76 bpm. Kadar nadi Mohd Azri dan Mohd Aidil pula telah mula menurun dengan kadar yang sekata yang menunjukkan bahawa kadar denyutan nadi mereka telah mula menunjukkan kestabilan yang dalam keadaan yang terbaik. Seterusnya, pada saat yang 225 kadar nadi Mohammd Ameer telah mencapai kadar nadi rehatnya iaitu 76 bpm. Manakala yang lain pula masih menurun dengan sekata untuk mencapai kadar nadi rehat masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa Mohammad Ameer mempunyai kadar pemulihan yang sangat cepat berbanding yang lain. Hal ini berlaku mungkin kerana dia mengawal kesihatan dan pemakanan yang baik disamping mempunyai jantung yang baik. Oleh itu, dia berpotensi untuk menjadi seorang atlet larian jarak jauh kerana mempunyai kadar pemulihan nadi yang cepat berbanding yang lain. Pada peringkat yang seterusnya, iaitu pada saat yang ke 270 , kadar nadi kami telah hampir untuk mencapai kadar nadi rehat masing-masing. Namun hanya Mohd Nasrun sahaja yang kadar nadinya masih agak jauh untuk sampai ke kadar nadi rehat. Penurunan kadar nadi yang sekata telah ditunjukkan oleh Mohd Azri dan Mohd Aidil semasa mengambil kadar nadi pada saat yang ke 270. Akhirnya, pada saat yang ke 315 ( 5 minit ) Mohd Aidil telah mencapai tahap nadi rehatnya sendiri iaitu 80 bpm. Namun Mohd Azri dan Mohd Nasrun masih belum mencapai tahap kadar nadi rehat mereka. Oleh itu, Mohd Aidil mempunyai kadar nadi pemulihan yang ke-2 cepat berbanding Mohammad Ameer. Dia juga berpotensi untuk menjadi atlit seperti Mohammad Ameer tetapi untuk jarak yang sederhana dan bukan jarak yang jauh. Hal ini keranan Mohd Aidil mempunyai kadar pemulihan nadi yang menurun secara konsisten dan sekata berbanding yang lain. Selepas itu, pada saat yang ke 360, Mohd Azri dan Mohd Nasrun telah mencapai kadar nadi rehat masing-masing iaitu 72 bpm dan 88 bpm. Namun begitu, kadar pemulihan Mohd Azri adalah lebih baik daripada Mohd Nasrun kerana penurunan nya adalah lebih ketara berbanding pemulihan kadar nadi Mohd Nasrun. Oleh itu, Mohd Azri mempunyai kadar pemulihan nadi yang ke 3 cepat anatara kami berempat dan Mohd Nasrun mempunyai kadar nadi yang paling lambat berbanding kami yang lain.
  • 3. Tuntasnya, melalui borang skor dan graf-graf di atas, dapat dirumuskan bahawa dengan menjalani latihan yang konsisten, atlet dapat meningkatkan keupayaan, kecergasan serta kadar pulihan atlet. Berdasarkan graf dan analsis yang telah kami buat juga telah dapat dirumuskan bahawa Mohd Ameer mempunyai kadar pemulihan nadi yang paling cepat, diikuti oleh Mohd Aidil dan Mohd Azri serta kadar pemulihan nadi yang paling perlahan pula ialah Mohd Nasrun. Hal ini juga menunjukkan bahawa Mohd Nasrun perlulah lebih bersenam pada masa lapang dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan jantungnya mempunyai kadar pemulihan yang cepat. Sementara itu, Mohd Azri dan Mohd Aidil juga hendaklah terus mengekalkan senaman dan pemakanan yang baik agar kadar pemulihan nadi mereka menjadi lebih baik berbanding yang diperolehi pada waktu sekarang.