SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Huraian terhadap istilah menurut Kamus Dewan adalah: 
Pembangunan 
Perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) 
Usaha atau kegiatan membangun ( memajukan dan mengembangkan). 
Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau 
proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju. 
Warisan 
Harta peninggalan, harta pusaka 
Sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ( Peninggalan ) 
Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen, 
kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan 
datang. 
Menjejaskan 
Melukakan, merosakkan. 
Mendatangkan ( meninggalkan kesan tidak baik atau merosakkan ) 
Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada 
kelukaan dan kerosakan kepada warisan negara. Menurut ‘The World Convention’, warisan boleh 
dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi. 
Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya, Mengapakah pembangunan bandar 
untuk kemajuan ini dikatakan akan menjejaskan warisan negara? 
Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan lebih 
mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui kategori 
warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada tahun 1972, 
membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal,biologikal dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan 
dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari 
pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara. 
Hutan penyimpan khazanah alam semulajadi semakin berkurangan dan terputus-putus 
akibat pembangunan bandar 
Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber 
ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan bandar 
hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal. 
Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa lalu 
negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan Negara sedang membangun 
kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Ini merupakan satu petunjuk 
bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan memusnahkan 
hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka. 
Pembukaan bandar baru Seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain 
menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah 
bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar tanah yang 
berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan keladak akan 
mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat 
terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang. Sejak tahun 1992, kerajaan persekutuan 
membelanjakan RM 760 ribu untuk Mendalamkan sungai Kelang sepanjang 43 kilometer.
Contonhnya petambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan 
pembinaan Leburaya Kuala Lumpur–Karak. Di samping itu juga, pembinaan leburaya turut 
memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah. Fenomena 
ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika 
melintasi leburaya. 
Kualiti air terjejas teruk akibat pembangunan pembangunan bandar 
Air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industri, pertanian, perumahan, perdagangan, 
perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut meningkatkan permintaan air bersih dari 
semasa ke semasa, manakala sumber air bersih semakin berkurangan dan berada di lokasi yang 
jauh. Ini memnyebabkan peruntukan kewangan yang banyak diperlukan untuk mencari bekalan dan 
pengagihannya. Para hadirin sekalian mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang baru-baru 
ini yang merupakan kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak 
mencukupi walaupun terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate, 
Empangan Semenyih dan Empangan Hulu Langat. 
Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan industri, domestik 
dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan pantai. Di beberapa batang 
sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Kelang, menjadi 
seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai telah tepu dan tidak dapat dialirkan. 
Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti perdangangan yang 
pesat di bandar-bandar Pantai Barat Semenanjung Malaysia menyebabkan Selat Melaka menjadi 
satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia. Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali 
minyak, pembuangan sisa minyak dan tumpuhan minyak dari pelanggaran kapal -kapal dagang yang 
melaluinya. Dalam akhbar The News Strait Time 1972, melaporkan pelanggaran kapal tangki minyak 
milik Filipina ( Diego Silang ) telah menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan 
sebahagian tumpahan itu telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau 
yang tentunya menjejaskan ekologi perairan pantai. 
Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air. Rekreasi 
yang bertaraf mewah contohnya pembinaan padang golf 32 lubang mengunakan air sebanyak 1 juta 
liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini pula akan mengalir terus ke saliran utama 
seperti sungai yang membawa kandungan kimia beracun daripada penggunaan baja kimia dan racun 
serangga. 
Adakah kita perlu menunggu kejadian seumpama di Teluk Minamata Jepun Berlaku di negara ini baru 
timbul kesedaran untuk memelihara warisan negara yang terjejas oleh pembangunan bandar. 
Pencemaran udara dan peningkatan suhu akibat pembangunan bandar 
Kita masih beruntung hadirin sekalian kerana masih boleh menyedut udara tanpa dikenakan bayaran. 
Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis tumbuhan penting untuk 
pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana sekiranya udara yang kita sedut 
ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia yang tentunya tidak boleh di terima oleh 
tubuh badan. 
Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitrogen oksida dan 
hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari industri, 
pelupusan sisa domestik dan stesyen janakuasa. 
Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang mengamalkan cara 
hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan rumah ( peti sejuk , penyaman 
udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan menyumbang kepada peningkatan bahan 
cemar di udara seperti plumbum dan CFC ( cloro floro carbon ) yang secara langsung membantu 
proses penipisan ozon. Kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah kerana 
pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon.
Suhu bagi kawasan bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon 
di udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerubu sering berlaku terutama di kawasan bandar. 
Pada tahun 1997 jerubu paling teruk melanda oleh Malaysia dengan IPU ( Indeks Pencemaran Udara 
) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500ppm sebagaimana yang ditetapkan oleh 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( PBB ). Darurat terpaksa diistiharkan di Kuching Sarawak dengan 
menutup beberapa sekolah dan orang ramai terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak 
penglihatan kurang 100 meter dan masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan 
penutupan kedai, penurunan sektor pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan 
pembebihan awan yang menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan 
dijalankan. 
Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas jelas dilihat bahawa pembangunan bandar akan 
menjejaskan warisan negara dari segi warisan alam semulajadi.

More Related Content

What's hot

Task 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Task 6  bandar terjejas dengan pemanasan globalTask 6  bandar terjejas dengan pemanasan global
Task 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalNURAFIFAH128
 
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan
LMCP 1532 Pembangunan Bandar MapanLMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapannurkhaleedaliyana
 
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBAL
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBALTugasan 6 PEMANASAN GLOBAL
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBALalazanizainal
 
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITARPENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITARDORAEMONLINA
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan globalsyhrahj
 
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)AmirulZainal9464
 
Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Jenli Foo
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalAufaRaziff
 
TUGASAN 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
TUGASAN 6:  BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALTUGASAN 6:  BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
TUGASAN 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALchewye97
 
Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Khormay
 
A160994 tugasan 6
A160994 tugasan 6A160994 tugasan 6
A160994 tugasan 6Shu Sian
 
Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalamalinaibrahim3
 
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6hnn mell
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalamirahothman14
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalATIKAHASNAWI
 
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan GlobalTugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Globalamanlaily
 

What's hot (20)

Task 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Task 6  bandar terjejas dengan pemanasan globalTask 6  bandar terjejas dengan pemanasan global
Task 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan
LMCP 1532 Pembangunan Bandar MapanLMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan
LMCP 1532 Pembangunan Bandar Mapan
 
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBAL
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBALTugasan 6 PEMANASAN GLOBAL
Tugasan 6 PEMANASAN GLOBAL
 
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITARPENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
PENGAJIAN MALAYSIA - PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)
Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global (A166301)
 
Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
TUGASAN 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
TUGASAN 6:  BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALTUGASAN 6:  BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
TUGASAN 6: BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
 
Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6Lmcp 1532 tugasan 6
Lmcp 1532 tugasan 6
 
Lmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan globalLmcp1532 pemanasan global
Lmcp1532 pemanasan global
 
A160994 tugasan 6
A160994 tugasan 6A160994 tugasan 6
A160994 tugasan 6
 
Bandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan globalBandar terjejas dengan pemanasan global
Bandar terjejas dengan pemanasan global
 
LMCP 1532
LMCP 1532LMCP 1532
LMCP 1532
 
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6
Lmcp 1532 perancangan bandar dan mapan tugasan 6
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Mikro iklim bandar
Mikro iklim bandarMikro iklim bandar
Mikro iklim bandar
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan global
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan global
 
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan GlobalTugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
Tugasan 6- Bandar Terjejas Dengan Pemanasan Global
 

Similar to Alam sekitar

Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi Rekka Jayagogolan
 
FRESH WATER SUPPLY PROCESS
FRESH WATER SUPPLY  PROCESSFRESH WATER SUPPLY  PROCESS
FRESH WATER SUPPLY PROCESSAzuan Hafifi
 
Tugasan 6: Pemanasan Global
Tugasan 6: Pemanasan GlobalTugasan 6: Pemanasan Global
Tugasan 6: Pemanasan GlobalRevathi97
 
Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajadiedieku
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologihanimbee
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Nur Syafiqah
 
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar MapanTugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapansyirahhamidi
 
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIA
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIAkuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIA
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIAAsmawi Abdullah
 
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalA153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalSITIZALEHAMOHDRIDHUA
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Muhammad Zhahir
 

Similar to Alam sekitar (20)

Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
 
FRESH WATER SUPPLY PROCESS
FRESH WATER SUPPLY  PROCESSFRESH WATER SUPPLY  PROCESS
FRESH WATER SUPPLY PROCESS
 
Pencemaran air
Pencemaran airPencemaran air
Pencemaran air
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Tugasan 6: Pemanasan Global
Tugasan 6: Pemanasan GlobalTugasan 6: Pemanasan Global
Tugasan 6: Pemanasan Global
 
Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit raja
 
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan ManusiaKaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologi
 
Presentation mpw
Presentation mpw Presentation mpw
Presentation mpw
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Contoh
ContohContoh
Contoh
 
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar MapanTugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 2Pembangunan Bandar Mapan
 
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIA
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIAkuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIA
kuliah 11 - PERANAN BANDAR DALAM PEMBANGUNAN DAN IMPAK PEMBANDARAN DI MALAYSIA
 
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalA153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Bab 14
Bab 14Bab 14
Bab 14
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 

Alam sekitar

  • 1. Huraian terhadap istilah menurut Kamus Dewan adalah: Pembangunan Perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) Usaha atau kegiatan membangun ( memajukan dan mengembangkan). Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju. Warisan Harta peninggalan, harta pusaka Sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ( Peninggalan ) Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen, kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan datang. Menjejaskan Melukakan, merosakkan. Mendatangkan ( meninggalkan kesan tidak baik atau merosakkan ) Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada kelukaan dan kerosakan kepada warisan negara. Menurut ‘The World Convention’, warisan boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi. Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya, Mengapakah pembangunan bandar untuk kemajuan ini dikatakan akan menjejaskan warisan negara? Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan lebih mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui kategori warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada tahun 1972, membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal,biologikal dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara. Hutan penyimpan khazanah alam semulajadi semakin berkurangan dan terputus-putus akibat pembangunan bandar Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal. Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa lalu negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan Negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Ini merupakan satu petunjuk bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan memusnahkan hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka. Pembukaan bandar baru Seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang. Sejak tahun 1992, kerajaan persekutuan membelanjakan RM 760 ribu untuk Mendalamkan sungai Kelang sepanjang 43 kilometer.
  • 2. Contonhnya petambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala Lumpur–Karak. Di samping itu juga, pembinaan leburaya turut memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintasi leburaya. Kualiti air terjejas teruk akibat pembangunan pembangunan bandar Air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industri, pertanian, perumahan, perdagangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut meningkatkan permintaan air bersih dari semasa ke semasa, manakala sumber air bersih semakin berkurangan dan berada di lokasi yang jauh. Ini memnyebabkan peruntukan kewangan yang banyak diperlukan untuk mencari bekalan dan pengagihannya. Para hadirin sekalian mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang baru-baru ini yang merupakan kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi walaupun terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate, Empangan Semenyih dan Empangan Hulu Langat. Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan industri, domestik dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan pantai. Di beberapa batang sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Kelang, menjadi seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai telah tepu dan tidak dapat dialirkan. Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti perdangangan yang pesat di bandar-bandar Pantai Barat Semenanjung Malaysia menyebabkan Selat Melaka menjadi satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia. Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali minyak, pembuangan sisa minyak dan tumpuhan minyak dari pelanggaran kapal -kapal dagang yang melaluinya. Dalam akhbar The News Strait Time 1972, melaporkan pelanggaran kapal tangki minyak milik Filipina ( Diego Silang ) telah menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan sebahagian tumpahan itu telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau yang tentunya menjejaskan ekologi perairan pantai. Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air. Rekreasi yang bertaraf mewah contohnya pembinaan padang golf 32 lubang mengunakan air sebanyak 1 juta liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini pula akan mengalir terus ke saliran utama seperti sungai yang membawa kandungan kimia beracun daripada penggunaan baja kimia dan racun serangga. Adakah kita perlu menunggu kejadian seumpama di Teluk Minamata Jepun Berlaku di negara ini baru timbul kesedaran untuk memelihara warisan negara yang terjejas oleh pembangunan bandar. Pencemaran udara dan peningkatan suhu akibat pembangunan bandar Kita masih beruntung hadirin sekalian kerana masih boleh menyedut udara tanpa dikenakan bayaran. Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana sekiranya udara yang kita sedut ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia yang tentunya tidak boleh di terima oleh tubuh badan. Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitrogen oksida dan hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari industri, pelupusan sisa domestik dan stesyen janakuasa. Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang mengamalkan cara hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan rumah ( peti sejuk , penyaman udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan menyumbang kepada peningkatan bahan cemar di udara seperti plumbum dan CFC ( cloro floro carbon ) yang secara langsung membantu proses penipisan ozon. Kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah kerana pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon.
  • 3. Suhu bagi kawasan bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon di udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerubu sering berlaku terutama di kawasan bandar. Pada tahun 1997 jerubu paling teruk melanda oleh Malaysia dengan IPU ( Indeks Pencemaran Udara ) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500ppm sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( PBB ). Darurat terpaksa diistiharkan di Kuching Sarawak dengan menutup beberapa sekolah dan orang ramai terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak penglihatan kurang 100 meter dan masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan penutupan kedai, penurunan sektor pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan pembebihan awan yang menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan dijalankan. Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas jelas dilihat bahawa pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara dari segi warisan alam semulajadi.