SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
SEJARAH
KOMPUTER
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik
(membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan
(maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan
manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
Program (atau aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan
komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada
padanya.
Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas
supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari
zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai
sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan
pada zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat
mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara
supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Ini memandangkan
kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain
itu, terlalu kerap menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat
atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan.
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arah penciptaan komputer yang ada
sekarang iaitu pertamanya sekali sejarah teknik merekod, keduanya sejarah mesin
kad tebuk dan ketiganya sejarah komputer elektronik.
Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran boleh
dibahagikan mengikut zaman iaitu zaman kaedah primitif , zaman kaedah mekanik
dan zaman kaedah elektronik . Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan
sejarah perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusia
menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.
Sebelum 1940, sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang
Sumeria menulis di atas kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atas
SEJARAH KOMPUTER
Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. Orang Greek dan
Romania menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan kayu nipis berlilin.
Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14. Namun pada zaman primitif,
manusia mengiran dengan menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai
atau bilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagai kaedah
digunakan. Satu daripada kaedah-kaedah itu ialah menandakan rekod itu di
permukaan kayu-kayu atau tulang-tulang binatang.
Peranti pengira terawal ialah sempoa ( abakus ) yang dipercayai direka lebih
daripada 3,000 tahun dahulu ( sesetengah buku menyatakan 1,500 tahun ) dalam
budaya Mediterranean kuno. Bagi masyarakat Jepun, abakus dikenali sebagai
'Soroban'. Perkataan 'abakus' bermaksud debu dalam bahasa Semitik. Ia adalah
bahasa yang digunakan oleh penduduk tamadun sekitar lembah Euphrates-Tigris.
Seorang ahli Matematik kurun ke 11 mentakrifkan sebagai "flying so quickly that the
eye could not follow their movement".
Selepas itu, muncul Tetulang Napier yang telah direka oleh ahli Matematik
Scotland bernama John Napier pada tahun 1617. Keupayaan Tetulang Napier ialah
melakukan operasi darab dan bahagi namun pengiraan menggunakan alat ini adalah
lambat. Atas sebab itu pada tahun 1645 pula, Blaise Pascal telah membina mesin
Pascaline iaitu mesin pengira mekanikal yang pertama. Nombor boleh ditambah
atau ditolak dengan memusing roda-roda kecil yang mempunyai angka 0 hingga 9.
Roda bergear gerigi digunakan untuk melaksanakan putaran.
Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner ' telah
direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von
Leibnitz dengan mengubah suai mesin Pascaline. Ini merupakan detik permulaan ke
arah rekaan mesin kira automatik. Alat ini berupaya mengubah operasi aritmetik
yang kompleks kepada beberapa siri langkah yang mudah. Sejarah perkembangan
komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera pada tahun 1804
apabila Joseph-Marie Jacquard telah membangunkan mesin menenun sutera yang
boleh diatur cara yang pertama. Mesin tersebut boleh dikawal dengan satu set
arahan untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Sudah pasti inilah teori
asas di sebalik komputer dan pengkomputeran.
Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa
Komputer' atau 'Arkitek Komputer Moden' telah membina Enjin Perbezaan (Different
Engine) pada tahun 1822. Malangnya pembinaan ciptaan babbge tidak disiapkan
akibat beberapa masalah teknikal. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik
(Analytical Engine) mula dibina. Namun usaha pembinaan ini tidak dapat disiapkan
kerana teknologi pada masa itu tidak mampu menyediakan komponen-komponen
yang jitu. Usaha Babbge dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan
pada tahun 1889, Henry anak lelaki Babbage mereka sebahagian daripada kilang
Enjin Analitik itu.
Pada tahun 1854, ahli matematik berbangsa Inggeris, George Boole telah
mencipta satu bidang algebra. Tahun 1890 pula, Hermann Hollerith telah mencipta
mesin Penjadualan Hollerith. Mesin ini telah digunakan bagi bancian pertama di
Russia. Mesin Hollerith telah menggunakan konsep kad tebuk ciptaan Joseph-Marie
Jacquard. Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang
dibuat daripada komponen-komponen mekanik dan elektonik yang dinamai Mark 1.
Mesin ini boleh menyelesaikan masalah fungsi trigonometri dan pengiraan asas.
Selepas 1940, perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki
dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah
menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini
menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer
kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.
Komputer generasi pertama bermula pada tahun 1951 hingga 1958. Pada
tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah
merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer
tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan
J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator) pada tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300
pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang
dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal
Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama
yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas
oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub
vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan
menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat.
Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak.
Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat
rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara
8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam
“microseconds”
Komputer generasi kedua bermula pada tahun 1959 hinnga 1961. Komputer
generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang memindahkan
signal elektrik melalui resistor bagi menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas.
Transistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang
dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor
ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang
menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan,
cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang
kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan
dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL (1959).
Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara
dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk
cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
Komputer generasi ketiga bermula pada tahun 1965 hingga 1970. Komputer
pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang
mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip
yang murah menyebabkan perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan
harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang
mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip
ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM
360 dan mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz
komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh
mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa
aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini
meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam
“nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana pengguna berhubung
terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan industri perkhidmatan
pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama
seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
Komputer generasi keempat bermula pada tahun 1971 hingga sekarang.
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi
keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi
ketiga cip-cip digunakan untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip
disimpan untuk membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-
a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses
mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital,
mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual
pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM
yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486 (mengandungi
1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta
arahan per saat). Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya
melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5
juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel
Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang
terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan
tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa
bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50
juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer
sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan
satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
Komputer generasi kelima ialah komputer generasi kelima iaitu komputer bagi
generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha
kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih
didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang
paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina
komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem
pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi
lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya
yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dan
mempengaruhi kehidupan seharian kita. Sebenarnya komputer telah diperkenalkan
kepada masyarakat dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer mula
digunakan di Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga Letrik Negara
menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga akaun syarikat.
Tetapi komputer tidak disambut baik pada ketika itu kerana kos komputer yang tinggi
dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang komputer.
Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap
pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak ketara.
Komputer digunakan oleh masyarakat mengikut keperluan masing-masing bukan
sahaja digunakan oleh agensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang awam.
Malaysia sekarang muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia.
Pada tahun 1988, sebuah syarikat tempatan telah memulakan pengeluaran
mikrokomputer serasi IBM - PC yang dinamai ACCENT 2001 - PC. Perkembangan
ini diikuti oleh beberapa buah syarikat tempatan lain dalam pengeluaran PC. Pada
tahun-tahun akan datang, keperluan tenaga mahir dalam komputer akan berlipat
ganda. Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima kerana Malaysia
mempunyai sistem komunikasi yang baik.
Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidan dan sektor
masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan, perdagangan,
hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam; namun tumpuan diberikan
kepada bidang pendidikan. Ini memandangkan kepada 3 sebab utama komputer
digunakan dalam pendidikan iaitu perkembangan teknologi baru telah menawarkan
satu teknologi maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah
ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat kepada para pendidik
dan pelajar. Seterusnya, komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan
maklumat dan pengetahuan. Bukan itu sahaja, para pendidik dan pelajar
memerlukan maklumat dan pengetahuan sebagai kunci kejayaan.
Mengikut pendapat Robert Taylor ( 1980 ), peranan komputer dalam
pendidikan terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE. Sebagai TUTOR,
komputer berperanan sebagai pengajar melalui pendekatan pengajaran berbantukan
komputer. Sebagai TOOL, komputer menjadi alat untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti konteks pengajaran berintergrasikan
komputer. Sebagai TUTEE pula, komputer berperanan sebagai alat yang diajar.
Proses ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada komputer atur cara yang
disediakan sendiri.
Penggunaan komputer memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap
kualiti pembelajaran iaitu memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran
secara lebih efisien dan membenarkan pendidik menyediakan pendekatan
pengajaran baru yang lebih efektif. Seterusnya, memudahkan penggunaan pelbagai
teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti
kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya. Tambahan pula, komputer adalah
media ideal untuk pengajaran individu dan pemulihan.
Dalam keghairahan menikmati pengaplikasian IT, kita juga terdedah kepada
implikasi negatif akibat penyalahgunaan komputer ini. Golongan remaja terutamanya
terdedah kepada budaya negatif ini sehinggakan boleh mempengaruhi corak
kehidupan mereka ke arah yang bertentangan dengan agama dan budaya rakyat
Malaysia. Internet misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari bukan
untuk disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat pelbagai isu yang kurang
menyenangkan. Oleh itu, dalam memperolehi kebaikan kita seharusnya berwaspada
dan bijak menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa kan datang. Ia akan
menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri yang lebih baik dan berguna.
Komputer masa depan boleh menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar
dari kesalahan. Ia juga lebih pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan
yang lebih. Namun ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Tambahan komputer
masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak. Oleh itu, ia akan
menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan menggunakannya dalam
menjalankan tugas harian. Apa yang perlu bagi kita ialah bijak menggunakannya
dan sentiasa bersedia dan berwaspada pada implikasi yang mungkin akan timbul
tanpa diduga.
RUJUKAN
REFLEKSI
Tugasan kerja kursus ini merupakan satu pengalaman yang amat baru
kepada saya kerana ini merupakan kali pertama saya melaksanakan tugasan kerja
kursus mata pelajaran Pendidikan Teknologi yang begitu menarik. Oleh itu, saya
amat berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Abudul Hamid Bin Muhammad
Yaman kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Kerja kursus ini terdiri tajuk sejarah komputer. Pada peringkat
permulaan,saya mencari maklumat dan informasi berkaitan dengan sejarah
komputer. Berkat usaha saya yang gigih, saya berjaya mendapat maklumat dan
artikel-artikel yang berkisar tentang sejarah komputer menerusi beberapa laman web
dan buku Teknologi Pendidikan yang terdapat di pusat sumber.
Selain itu, saya mencari perkembangan sejarah komputer dari pelbagai
sumber. Dari pencarian bahan, saya mendapati bahawa saya mampu mencari
bahan-bahan yang diperlukan tetapi sukar untuk memahami sebahagian
daripadanya kerana sejarah komputer mempunyai banyak benda yang baru dan
juga mengkaji sesuatu tentang komputer. Oleh itu, saya telah meminta bantuan
pensyarah dan rakan-rakan saya untuk membimbing saya.
Tambahan pula, saya juga mencari tentang perkembangan sejarah komputer,
tiga bahagian tentang komputer, sejarah komputer terbahagi kepada lima generasi,
dan kepentingan komputer dari pelbagai sumber. Ilmu pengetahuan yang baru saya
dapat dari pencarian tentang sejarah komputer berikut. Ia amat sukar bagi saya
untuk memahami perkembangan dan lima generasi tentang komputer.
Walaupunbagaimanapun, ia sukar untuk memahami saya mencuba sedaya upaya
untuk memahamikan sejarah komputer tersebut. Dengan ini, saya amat bangga dan
gembira dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang komputer dalam mata
pelajaran Pendidikan Teknologi.
REFLEKSI
Sebagai kesimpulannya, tugasan kerja kursus ini telah memberi banyak
pendedahan kepada saya tentang sejarah komputer. Seterusnya, tugasan kerja
kursus ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan ilmu
Pendidikan Teknologi saya sekaligus membolehkan saya menghayatinya dengan
lebih mendalam. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana dapat berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan bantuan dan kerjasama yang baik dari semua
pihak.
BIBLIOGRAFI
jaimirahman.tripod.com/sejarah.html
ms.wikipedia.org/.../Sejarah_perkembangan_kom...
www.sioloon.com/t12391-sejarah-komputer-dunia
leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm
www.familiazam.com/sejarah_komputer.htm
BIBLIOGRAFI

More Related Content

What's hot

Asas sistem-komputer
Asas sistem-komputerAsas sistem-komputer
Asas sistem-komputerarah1506
 
Slide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputerSlide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputerWakakart
 
Bab 1 pengenalan teknologi maklumat
Bab 1 pengenalan teknologi maklumatBab 1 pengenalan teknologi maklumat
Bab 1 pengenalan teknologi maklumatNur Az
 
Kerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi KomputerKerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi KomputerUzunaky Fadzil
 
Sejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerSejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerHome
 
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFIULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFIEddy Terinisip
 
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-sehariankepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharianainzd78
 
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptxImanuddinZuhri1
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Powerpoint pengajian am(ict)
Powerpoint pengajian am(ict)Powerpoint pengajian am(ict)
Powerpoint pengajian am(ict)kalaiabi
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutputSuriyana Ahmad
 
Multimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangMultimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangArya Aria
 
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)Muhammad Nasrullah
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputeramaniasraf
 
sistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatansistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatanictpermas
 
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docx
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docxFAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docx
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docxMayy Reduan
 

What's hot (20)

Asas sistem-komputer
Asas sistem-komputerAsas sistem-komputer
Asas sistem-komputer
 
Slide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputerSlide pengenalan komputer
Slide pengenalan komputer
 
Nota ict bab 1
Nota ict bab 1Nota ict bab 1
Nota ict bab 1
 
Bab 1 pengenalan teknologi maklumat
Bab 1 pengenalan teknologi maklumatBab 1 pengenalan teknologi maklumat
Bab 1 pengenalan teknologi maklumat
 
Kerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi KomputerKerja Kursu Generasi Komputer
Kerja Kursu Generasi Komputer
 
Sejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputerSejarah perkembangan komputer
Sejarah perkembangan komputer
 
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFIULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
 
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-sehariankepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
kepentingan-ict-dan-komputer-dalam-kehidupan-seharian
 
1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer
 
Peranti komputer
Peranti komputerPeranti komputer
Peranti komputer
 
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx
1 PENTINGNYA INFORMATIKA.pptx
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
BAB 4 Perisian operasi
BAB 4   Perisian operasiBAB 4   Perisian operasi
BAB 4 Perisian operasi
 
Powerpoint pengajian am(ict)
Powerpoint pengajian am(ict)Powerpoint pengajian am(ict)
Powerpoint pengajian am(ict)
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutput
 
Multimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidangMultimedia dalam pelbagai bidang
Multimedia dalam pelbagai bidang
 
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
SISTEM REPRODUKTIF (LELAKI & PEREMPUAN)
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputer
 
sistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatansistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatan
 
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docx
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docxFAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docx
FAEDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.docx
 

Similar to Sejarah komputer 1

Handout sejarah komputer
Handout  sejarah komputerHandout  sejarah komputer
Handout sejarah komputerSendiripunya Ab
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerHayrol Fye Klueze
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Bazlin Ahmad
 
Tmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatTmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatBazlin Ahmad
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969KT Yap
 

Similar to Sejarah komputer 1 (7)

Pengenalan teknologimaklumat
Pengenalan teknologimaklumatPengenalan teknologimaklumat
Pengenalan teknologimaklumat
 
Handout sejarah komputer
Handout  sejarah komputerHandout  sejarah komputer
Handout sejarah komputer
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
 
Tmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatTmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakat
 
Teknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ictTeknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ict
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Sejarah komputer 1

  • 2. Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya. Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas supaya kita boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Ini memandangkan kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu kerap menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan. Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 bahagian untuk menggambarkan pendekatan manusia ke arah penciptaan komputer yang ada sekarang iaitu pertamanya sekali sejarah teknik merekod, keduanya sejarah mesin kad tebuk dan ketiganya sejarah komputer elektronik. Sesetengah buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran boleh dibahagikan mengikut zaman iaitu zaman kaedah primitif , zaman kaedah mekanik dan zaman kaedah elektronik . Walaupun terdapat perbezaan dalam menyatakan sejarah perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu manusia menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data. Sebelum 1940, sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria menulis di atas kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atas SEJARAH KOMPUTER
  • 3. Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. Orang Greek dan Romania menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14. Namun pada zaman primitif, manusia mengiran dengan menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai atau bilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagai kaedah digunakan. Satu daripada kaedah-kaedah itu ialah menandakan rekod itu di permukaan kayu-kayu atau tulang-tulang binatang. Peranti pengira terawal ialah sempoa ( abakus ) yang dipercayai direka lebih daripada 3,000 tahun dahulu ( sesetengah buku menyatakan 1,500 tahun ) dalam budaya Mediterranean kuno. Bagi masyarakat Jepun, abakus dikenali sebagai 'Soroban'. Perkataan 'abakus' bermaksud debu dalam bahasa Semitik. Ia adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk tamadun sekitar lembah Euphrates-Tigris. Seorang ahli Matematik kurun ke 11 mentakrifkan sebagai "flying so quickly that the eye could not follow their movement". Selepas itu, muncul Tetulang Napier yang telah direka oleh ahli Matematik Scotland bernama John Napier pada tahun 1617. Keupayaan Tetulang Napier ialah melakukan operasi darab dan bahagi namun pengiraan menggunakan alat ini adalah lambat. Atas sebab itu pada tahun 1645 pula, Blaise Pascal telah membina mesin Pascaline iaitu mesin pengira mekanikal yang pertama. Nombor boleh ditambah atau ditolak dengan memusing roda-roda kecil yang mempunyai angka 0 hingga 9. Roda bergear gerigi digunakan untuk melaksanakan putaran. Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner ' telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von Leibnitz dengan mengubah suai mesin Pascaline. Ini merupakan detik permulaan ke arah rekaan mesin kira automatik. Alat ini berupaya mengubah operasi aritmetik yang kompleks kepada beberapa siri langkah yang mudah. Sejarah perkembangan komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard telah membangunkan mesin menenun sutera yang boleh diatur cara yang pertama. Mesin tersebut boleh dikawal dengan satu set arahan untuk melaksanakan satu tugasan khusus. Sudah pasti inilah teori asas di sebalik komputer dan pengkomputeran.
  • 4. Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa Komputer' atau 'Arkitek Komputer Moden' telah membina Enjin Perbezaan (Different Engine) pada tahun 1822. Malangnya pembinaan ciptaan babbge tidak disiapkan akibat beberapa masalah teknikal. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik (Analytical Engine) mula dibina. Namun usaha pembinaan ini tidak dapat disiapkan kerana teknologi pada masa itu tidak mampu menyediakan komponen-komponen yang jitu. Usaha Babbge dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry anak lelaki Babbage mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu. Pada tahun 1854, ahli matematik berbangsa Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra. Tahun 1890 pula, Hermann Hollerith telah mencipta mesin Penjadualan Hollerith. Mesin ini telah digunakan bagi bancian pertama di Russia. Mesin Hollerith telah menggunakan konsep kad tebuk ciptaan Joseph-Marie Jacquard. Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen-komponen mekanik dan elektonik yang dinamai Mark 1. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah fungsi trigonometri dan pengiraan asas. Selepas 1940, perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri. Komputer generasi pertama bermula pada tahun 1951 hingga 1958. Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub
  • 5. vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds” Komputer generasi kedua bermula pada tahun 1959 hinnga 1961. Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”. Komputer generasi ketiga bermula pada tahun 1965 hingga 1970. Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana pengguna berhubung
  • 6. terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah. Komputer generasi keempat bermula pada tahun 1971 hingga sekarang. Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on- a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486 (mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC. Komputer generasi kelima ialah komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
  • 7. Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya yang agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer mula digunakan di Malaysia pada tahun 1965 apabila Lembaga Letrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambut baik pada ketika itu kerana kos komputer yang tinggi dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang komputer. Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap pembangunan negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak ketara. Komputer digunakan oleh masyarakat mengikut keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysia sekarang muncul sebagai pengguna yang keempat terbesar di Asia. Pada tahun 1988, sebuah syarikat tempatan telah memulakan pengeluaran mikrokomputer serasi IBM - PC yang dinamai ACCENT 2001 - PC. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah syarikat tempatan lain dalam pengeluaran PC. Pada tahun-tahun akan datang, keperluan tenaga mahir dalam komputer akan berlipat ganda. Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima kerana Malaysia mempunyai sistem komunikasi yang baik. Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidan dan sektor masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan, perdagangan, hiburan, pengangkutan, komunikasi dan sektor awam; namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Ini memandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam pendidikan iaitu perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat kepada para pendidik dan pelajar. Seterusnya, komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan. Bukan itu sahaja, para pendidik dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan sebagai kunci kejayaan. Mengikut pendapat Robert Taylor ( 1980 ), peranan komputer dalam pendidikan terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE. Sebagai TUTOR, komputer berperanan sebagai pengajar melalui pendekatan pengajaran berbantukan
  • 8. komputer. Sebagai TOOL, komputer menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti konteks pengajaran berintergrasikan komputer. Sebagai TUTEE pula, komputer berperanan sebagai alat yang diajar. Proses ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada komputer atur cara yang disediakan sendiri. Penggunaan komputer memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran iaitu memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien dan membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif. Seterusnya, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya. Tambahan pula, komputer adalah media ideal untuk pengajaran individu dan pemulihan. Dalam keghairahan menikmati pengaplikasian IT, kita juga terdedah kepada implikasi negatif akibat penyalahgunaan komputer ini. Golongan remaja terutamanya terdedah kepada budaya negatif ini sehinggakan boleh mempengaruhi corak kehidupan mereka ke arah yang bertentangan dengan agama dan budaya rakyat Malaysia. Internet misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari bukan untuk disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat pelbagai isu yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dalam memperolehi kebaikan kita seharusnya berwaspada dan bijak menggunakan kemudahan yang sedia ada. Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa kan datang. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri yang lebih baik dan berguna. Komputer masa depan boleh menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih. Namun ia mudah digunakan dan lebih praktikal. Tambahan komputer masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak. Oleh itu, ia akan menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan menggunakannya dalam menjalankan tugas harian. Apa yang perlu bagi kita ialah bijak menggunakannya dan sentiasa bersedia dan berwaspada pada implikasi yang mungkin akan timbul tanpa diduga.
  • 11. Tugasan kerja kursus ini merupakan satu pengalaman yang amat baru kepada saya kerana ini merupakan kali pertama saya melaksanakan tugasan kerja kursus mata pelajaran Pendidikan Teknologi yang begitu menarik. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Abudul Hamid Bin Muhammad Yaman kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini terdiri tajuk sejarah komputer. Pada peringkat permulaan,saya mencari maklumat dan informasi berkaitan dengan sejarah komputer. Berkat usaha saya yang gigih, saya berjaya mendapat maklumat dan artikel-artikel yang berkisar tentang sejarah komputer menerusi beberapa laman web dan buku Teknologi Pendidikan yang terdapat di pusat sumber. Selain itu, saya mencari perkembangan sejarah komputer dari pelbagai sumber. Dari pencarian bahan, saya mendapati bahawa saya mampu mencari bahan-bahan yang diperlukan tetapi sukar untuk memahami sebahagian daripadanya kerana sejarah komputer mempunyai banyak benda yang baru dan juga mengkaji sesuatu tentang komputer. Oleh itu, saya telah meminta bantuan pensyarah dan rakan-rakan saya untuk membimbing saya. Tambahan pula, saya juga mencari tentang perkembangan sejarah komputer, tiga bahagian tentang komputer, sejarah komputer terbahagi kepada lima generasi, dan kepentingan komputer dari pelbagai sumber. Ilmu pengetahuan yang baru saya dapat dari pencarian tentang sejarah komputer berikut. Ia amat sukar bagi saya untuk memahami perkembangan dan lima generasi tentang komputer. Walaupunbagaimanapun, ia sukar untuk memahami saya mencuba sedaya upaya untuk memahamikan sejarah komputer tersebut. Dengan ini, saya amat bangga dan gembira dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang komputer dalam mata pelajaran Pendidikan Teknologi. REFLEKSI
  • 12. Sebagai kesimpulannya, tugasan kerja kursus ini telah memberi banyak pendedahan kepada saya tentang sejarah komputer. Seterusnya, tugasan kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan ilmu Pendidikan Teknologi saya sekaligus membolehkan saya menghayatinya dengan lebih mendalam. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana dapat berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan bantuan dan kerjasama yang baik dari semua pihak.