Kepala terbang setinggi 3 meter berjaya dirakam di Gunung Inas, Kedah. Beberapa penduduk tempatan percaya bahawa objek tersebut merupakan ilmu hitam tanglung yang digunakan pada zaman dahulu untuk kekebalan dan kecantikan. Ahli perubatan tradisional menjelaskan bahawa pengamal ilmu tanglung boleh memisahkan kepala dari badan untuk mencari makanan.
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Misteri Kepala Terbang Di Kedah
1. Misteri Kepala Terbang Di Kedah
Kejadian kali ini berlaku di Gunung Inas, Kedah di mana
kepala terbang setinggi 3 meter berjaya di rakam. Tapi yang peliknya kejadian kepala terbang
atau penanggal yang berjaya dirakam ini berlaku di waktu siang..
Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di
ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang
menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar
Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan
sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak
berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung
yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi
golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan
mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam. Kepala
pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu
malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.
1/3
2. “Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.
Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja
kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu
mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera
melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa
menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.
Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap
dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali
mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH
untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH
kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya.
2/3