SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya

                                 PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih
menaruh kepercayaan kepada Datuk K. Rajagobal untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, badan induk tersebut tetap
yakin dengan kredibiliti jurulatih berusia 56 tahun itu dalam membentuk sebuah pasukan yang
mantap.

Terdahulu, masa depan Rajagobal mula mencetuskan tanda tanya selepas skuad kendaliannya
gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 selepas disingkirkan Thailand pada
aksi separuh akhir Khamis lalu.

Bagaimanapun, Azzuddin berkata, para pengkritik khsusunya tidak harus menyalahkan
Rajagobal di atas kegagalan tersebut.

Menurut Azzuddin, Rajagobal yang masih terikat kontrak dengan FAM sehingga Disember
2013, harus diberikan sokongan selain mahu pencapaian bekas jurulatih Selangor dan
Kelantan itu sebelum ini diambil kira oleh semua pihak.

“Takkan hanya satu kegagalan kita hendak buang Rajagobal yang banyak memberikan
sumbangan kepada skuad negara?

“Sebenarnya, kita perlu terus memberikan sokongan kepada jurulatih itu sebagaimana beliau
telah membantu skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki
AFF 2010.

“Sudah adat menang kalah dalam sesuatu pertandingan dan kita harus menyedari bahawa
Harimau Malaya tidak boleh sentiasa berada di atas.

“Rajagobal masih kekal sebagai jurulatih skuad kebangsaan sebagaimana kontraknya akan
berakhir pada Disember 2013 ini,” kata Azzuddin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Azzuddin turut melahirkan keyakinan terhadap Rajagobal yang kini mengalih tumpuan
memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

                                                                                       1/2
“Rajagobal masih memiliki tugas bersama skuad negara yang mana mereka akan beraksi pada
                                   pusingan kelayakan Piala Asia tahun depan.

                                   “Saya yakin dengan pengalaman ketika beraksi pada Piala Suzuki AFF kali ini, beliau akan
                                   melakukan ‘kerja rumah’ sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015,”
                                   katanya.

                                   Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, adalah
                                   tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap Rajagobal.

                                   “Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang
                                   ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai… tidak
                                   seperti sebelum ini.

                                   “Bagaimanapun, beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad negara,”
                                   kata Ahmad Shabery di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

                                   Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya

                                                                                                                         2/2
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

More Related Content

More from frubo

Zikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan OtakZikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan Otakfrubo
 
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2frubo
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwafrubo
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajabfrubo
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Anginfrubo
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453frubo
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahanfrubo
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!frubo
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafatfrubo
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbangfrubo
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikalfrubo
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negarafrubo
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?frubo
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pifrubo
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Matifrubo
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buayafrubo
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyidfrubo
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulanfrubo
 
More from frubo (20)

Zikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan OtakZikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan Otak
 
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajab
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahan
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikal
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pi
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Mati
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buaya
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
 
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 BulanIrma Hasmie Hamil 5 Bulan
Irma Hasmie Hamil 5 Bulan
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya

  • 1. Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menaruh kepercayaan kepada Datuk K. Rajagobal untuk membimbing skuad Harimau Malaya. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, badan induk tersebut tetap yakin dengan kredibiliti jurulatih berusia 56 tahun itu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap. Terdahulu, masa depan Rajagobal mula mencetuskan tanda tanya selepas skuad kendaliannya gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 selepas disingkirkan Thailand pada aksi separuh akhir Khamis lalu. Bagaimanapun, Azzuddin berkata, para pengkritik khsusunya tidak harus menyalahkan Rajagobal di atas kegagalan tersebut. Menurut Azzuddin, Rajagobal yang masih terikat kontrak dengan FAM sehingga Disember 2013, harus diberikan sokongan selain mahu pencapaian bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu sebelum ini diambil kira oleh semua pihak. “Takkan hanya satu kegagalan kita hendak buang Rajagobal yang banyak memberikan sumbangan kepada skuad negara? “Sebenarnya, kita perlu terus memberikan sokongan kepada jurulatih itu sebagaimana beliau telah membantu skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010. “Sudah adat menang kalah dalam sesuatu pertandingan dan kita harus menyedari bahawa Harimau Malaya tidak boleh sentiasa berada di atas. “Rajagobal masih kekal sebagai jurulatih skuad kebangsaan sebagaimana kontraknya akan berakhir pada Disember 2013 ini,” kata Azzuddin kepada Kosmo! Ahad semalam. Azzuddin turut melahirkan keyakinan terhadap Rajagobal yang kini mengalih tumpuan memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015. 1/2
  • 2. “Rajagobal masih memiliki tugas bersama skuad negara yang mana mereka akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Asia tahun depan. “Saya yakin dengan pengalaman ketika beraksi pada Piala Suzuki AFF kali ini, beliau akan melakukan ‘kerja rumah’ sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015,” katanya. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap Rajagobal. “Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai… tidak seperti sebelum ini. “Bagaimanapun, beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad negara,” kata Ahmad Shabery di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya 2/2 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)