Beberapa inovasi kasut yang dijelaskan termasuk kasut Gameboy yang dilengkapi NES untuk bermain game di kaki, kasut dengan dua reka bentuk yang dapat dibuka melalui zip, kasut Transformer yang boleh diubah bentuk, dan kasut yang dilengkapi pemain CD dan pembesar suara.
2. KASUT GAMEBOY
Siapa kata seorang gamer tidak
pandai berfesyen. Kasut yang unik ini
mempunyai dwi fungsi. Kasut ini
didedikasikan untuk semua golongan
yang suka bermain ‘game’. Ianya
dilengkapi dengan NES(Nintendo
Entertainment System).
Kelebihannya khusus kepada gamer
kerana pemakainya boleh mencabut
Gameboy tersebut dan bermain
dengannya. Dalam erti kata lain ia
merupakan kasut hiburan mudah
alih.
3. KASUT PELBAGAI REKA BENTUK
Kasut ini mungkin kelihatan serabut
pada mulanya kerana reka bentuknya
melibatkan penggunaan zip yang
banyak. Namun, jika dilihat dengan
teliti, zip yang paling bawah jika
dibuka, kita akan mendapat dua reka
bentuk yang menarik. Paling berbaloi
kerana kasut tersebut dibeli dengan
hanya satu harga tetapi kita mendapat
dua reka bentuk yang menarik
sekaligus.
4. KASUT TIKUS
Reka bentuk kasut ini amat unik dan
pasti sesuai digayakan ketika
perayaan Halloween. Namun kepada
pemakai wanita, ianya pasti
menggelikan. Ini kerana reka
bentuknya menggunakan tikus yang
sudah mati dan diawet semula.
5. KASUT TRANSFORMER
Kasut ini bukan bersaiz normal,
kerana saiznya telah diubah menjadi
setengah saiz normal kaki manusia.
Kasut ini merupakan keluaran
daripada Nike yang boleh ditukar
bentuknya menjadi Convoy dan
Megatron. Walaupun kasut ini tidak
boleh dipakai, namun pasti hebat jika
kasut transformer ini menjadi salah
satu koleksi peribadi.
6. KASUT BADUT??
Reka bentuk yang selalu dilihat.
Kasut ini sekali pandang seperti
badut. Namun, ianya mempunyai dwi
fungsi, dimana ia juga boleh
dijadikan sarung tangan tinju.
7. KASUT PEMAIN CD
Kasut ini mempunyai keunikannya
yang tersendiri. Ianya dilengkapi
dengan pemain cakera padat dan juga
pembesar suara. Dengannya, lagu
hanya dimainkan dari kaki.
Pemakainya pasti dapat menarik
perhatian orang ramai dengan
keunikannya.
8. KASUT VIDEO KAMERA
Kasut yang dilengkapi dengan video
kamera memang menarik. Ia
merupakan ciptaan yang sangat
berguna untuk perisik-perisik
menjalankan tugas mereka tanpa
disyaki oleh sesiapa dengan mudah.
9. KASUT BAKUL
Kasut ini juga mempunyai dwi
fungsi. Reka bentuknya yang unik,
dengan bakul di bawah, tentu
menjadi satu kelebihan buat
pemakainya. Namun, bakul tersebut
hanya boleh memuatkan barang
dengan kapasiti yang sedikit dan
bersaiz kecil saja.
10. KASUT KAKI MANUSIA
Kasut bereka bentuk pelik. Pasti
sesuai dipakai ketika perayaan
Halloween. Walaubagaimanapun,
untuk sesetengah wanita, kasut ini
agak menggelikan.
11. KASUT KADBOD
Rupa kasut ini tidaklah luar biasa
berbanding kasut lain. Tetapi
bahan bagi menghasilkan kasut
kadbod ini berbeza dengan kasut
yang ada di pasaran. Ia
merupakan idea yang hebat
kerana menggunakan kotak kitar
semula.