Suku Kaum Kadazan atau Dusun adalah etnik terbesar di Sabah yang mendiami kawasan pantai Barat negeri itu. Mereka menganuti agama Islam, Kristian, dan animisme. Tradisi kematian mereka meliputi pemberitahuan kematian dengan gong, pakaian dan barang si mati diletakkan di samping jenazah, dan pengebumian dalam kendi atau keranda yang dilindungi pondok berhias di kubur.
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
Suku Kadazan Sabah tradisi kematian
1. Suku Kaum Kadazan
Suku kaum Kadazan atau Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah.
Mereka selalunya mendiami dan menghuni kawasan pantai Barat Sabah di bandar-
bandar seperti di Kuala Penyu, Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud dan Keningau
serta Ranau, Tambunan dan Kudat. Kebanyakan daripada mereka menganuti agama
Islam atau Kristian , namun masih terdapat segelintir mereka yang masih mengamalkan
animism. Apabila terdapat seseorang yang mengalami sakit yang kritikal dalam
masyarakat mereka, ahli keluarga dan saudara mara akan datang melawat dan
berkumpul sebagai tanda penghormatan terakhir. Bila seseorang menginggal dunia,
lima dan tujuh gong akan dibunyikan untuk memaklumkan musibah tersebut. Si mati
akan dipakaikan pakaian dan dibungkus dengan kain. Semua barang kepunyaannya
akan diletakkan disisi.
Terdapat dua cara pengebumian yang mana cara yang pertama ialah si mati
akan diletakkan di dalam sebuah bekas yang digelar kendi. Cara ini selalunya dilakukan
untuk mereka yang sangat disayangi oleh keluarga dan cara kedua ialah mayat akan
diletakkan ke dalam keranda yang dipanggil samang.
Sebuah pondok kecil didirikan untuk melindungi kubur si mati dari hujan dan
panas. Pondok ini juga dihiasi dekorasi yang berwarna-warni dan ada terukir nama dan
waktu kematiannya. Kesemua barangan si mati diletakkan di atas kubur. Selain itu,
larangan berkaitan kematian juga adalah sangat penting. Pelawat yang menziarahi
tidak dibenarkan pergi ke rumah jiran-jiran si mati apabila si mati masih lagi berada di
dalam rumah begitu juga dengan ahli keluarga si mati. Disamping itu, sebarang majlis
keraian tidak dilakukan selama sebulan. Selepas sebulan, penduduk kampung akan ke
rumah si mati sambil membawa makanan, minuman dan hadiah dan ketika pada masa
inilah baru ahli keluarga dibenarkan keluar dari rumah.