SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
1.       REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.3      REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
b.       Faktor Utama Reka Bentuk
Fungsi

Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta
memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat.


Rupa bentuk

Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik
perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi


Kesesuaian bahan

Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :
        Sesuai dengan kegunaannya
        Mudah didapati
        Kos tidak terlalu mahal
        Keselamatan penggunaannya


Kaedah pembinaan

Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak
melibatkan proses pembinaan yang rumit.


Ketahanan

Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka
bentuk itu dibuatKos




                                                                      1
Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos
bahan dan masa membinanya


Kemasan

Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan
penggunaan sesuatu reka bentuk


Keselamatan


Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan
bahaya kepada pengguna


Nilai komersial


Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial
supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada


c.       Jenis Bahan dan Pengikat
Hasil Pembelajaran
        Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya
        Mengenal pasti jenis-jenis pengikat
        Menyatakan cara penggunaan pengikat

Bahan

Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli
lembut.



PVC( polyvinyl chloride )




2
Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan.
Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan
lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza.


Perspek


Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics.
Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat
papan tanda, kotak lutsinar dan gogal.        Boleh didapati dalam bentuk
kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah
retak dan    tergores.   Klorofom atau   simen   pelarut   digunakan   untuk
mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk
dengan menggunakan haba.


Aluminium


Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu
contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam
pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian
enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan
pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah
dibentuk.


Keluli lembut ( mild steel )


Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat.
Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai
keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk




                                                                        3
bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan
nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan.


Pengikat


Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan
skru benam sendiri ( self-tapping screws).


Ribet ( rivet )


Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet
terdiri daripada :
    a. Menggunakan set ribet
    b. Menggunakan pop ribet




                           Set Ribet & Ribet


Glu panas ( hot melt glue )


Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua
bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini
kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod.



4
Skru benam sendiri ( self-tapping screws)


Skru     ini   mudah    digunakan   untuk   kerja-kerja    pemasangan   dan
penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru
ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak
dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz.




                        Self tapping screw crome & black


d.       Alatan Tangan dan Mesin

Hasil Pembelajaran
        Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
        Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih
        Mengguna dan menyenggara mesin




                                                                        5
Alatan tangan


Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin
getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun.
Pisau Pemotong Perspek


Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.




                          Pemotong Perspek
Penebuk Pusat


Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini
bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi
dijalankan.




                            Penebuk Pusat

Gandin Getah


Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa
meninggalkan kesan.




6
Gandin Getah




                          Proses membentuk




‘Hot Glue Gun’


Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue)
untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan




                                                                   7
pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh
mengakibatkan kecederaan.




                                  Hot Glu Gun


Pengikis


Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda
kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan
alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.




                                Pengikis
‘Rivetter’ ( Hand riveter )




8
Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan
antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal.




     Rivetter dan cara
       penggunaan




                                                                9
Mesin Mudah Alih


Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless
screw driver dan mesin pelelas ( sander ).


Mesin Gergaji Jig Mudah Alih


Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus
pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk
keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan
dilakukan.




                          Mesin Gergaji Jig Mudah Alih




10
‘Cordless screw driver’

Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini
disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru
laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk
melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut
lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh
bateri yang boleh dicas semula.




                      Cordless
                     screwdriver




Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander )


Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Kedua-
dua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas
mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama
telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak.




                            Mesin Pelelas
                             Mudah Alih


                                                                           11
e        Pembinaan

Hasil Pembelajaran
        Mengukur , menanda dan memotong
        Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum

Bahan Pemasangan

Engsel


Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari .
Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang.




                                  Engsel

Bracket

Bracket digunakan untuk memasang tetingkat         dalam almari atau pada
dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan.




                             Braket




12
Penyangkut


Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak
kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding.




                             Penyangkut

Stapler Gun


Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut
dengan menggunakan dawai kokot.




                                                                      13
f        Reka Bentuk Projek

I        Pernyataan Masalah atau Keperluan

Hasil Pembelajaran
        Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan
        Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan
        Mengumpul maklumat dan data
        Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk
         lakaran bebas

1        Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan
     Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu
     tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah
     kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar
     rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun.


     Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu
     tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat
     mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat
     orang ramai.



2.       Bahan-bahan berikut dibekalkan:
        Kayu            600mm x 100mm x 10mm – 2 unit
        Perspek         300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit
        Keluli lembut                               - secukupnya
        Kepingan aluminium                          - secukupnya




14
3.    Mengumpul maklumat dan data

Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh
diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah
serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan.
Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat
ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian.



4.    Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut
      fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti
      berikut:

         Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ?
         Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ?
         Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan
          atas lantai atau meja ?
         Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ?
         Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan
          kukuh ?
         Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ?
         Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ?




                                                                      15
5.    Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam
      bentuk lakaran bebas.


Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan
pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat
menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar
4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya )


                     Contoh pelbagai alternatif sketsa




16
Contoh pelbagai alternatif sketsa


6.   Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai




                                                      17
Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang
boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan
saiz   dan    maklumat     penting    dalam    lakaran    lengkap   apabila
mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru.
Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap
berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting.
Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik
atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali.


Perhatian :
Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod,
manila kad, atau mounting board      berpandukan lukisan kerja yang telah
disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka
bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka
bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini.




                          Lakaran yang telah dipilih
Lukisan Kerja




18
Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih.




ii    Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek




                                                              19
Hasil Pembelajaran
        Menentukan dan merancang pembinaan projek
        Menyediakan jadual kerja
        Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan
        Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
        Menguji dan menilai sendiri projek
        Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti


Perancangan
Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau
projek anda. Antara perancangan yang penting ialah:
a.       Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan.
         Senarai ini diperlukan untuk :
           i.        mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum
                 memulakan kerja
          ii.        mengurangkan pembaziran bahan / kos
          iii.       bekerja dengan lebih sistematik dan terancang


            Bil. Bahan                    Saiz           Kuantiti




                           Contoh borang senarai bahan




20
b.   Mengenal pasti dan menyenaraikan         alatan tangan dan mesin
     yang hendak digunakan.


     Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :
               membuat persediaan awal
               menjimatkan masa


       Bil.             Nama Alatan Tangan / Mesin




               Contoh borang senarai alatan tangan / mesin




c.   Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian
     dengan bahan yang digunakan


d.   Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek




                                                                  21
e.   Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan
     dalam tempoh yang ditetapkan.


     Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :
                 bekerja dengan lebih terancang
                 memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang
                  diperuntukkan.


       Bil.          Aktiviti          Tarikh/Masa        Catatan
        1.    Mengenal pasti masalah        40 minit

        2.     Mengumpul data               40 minit




                        Contoh borang Jadual Kerja

f.   Membuat anggaran kos bahan


     Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat
     belanjawan     dalam     penghasilan     sesuatu   projek    supaya   kos
     pengeluaran dapat dikawal.

       Bil.          Perkara           Kuantiti Kos/unit         Jumlah




                         JUMLAH BESAR


                            Contoh borang pengiraan kos



22
Pembinaan dan pengubahsuaian


Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di
atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan.
Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria
reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat
penilaian reka bentuk.
         Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti
          yang dikehendaki ?
         Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ?
         Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ?
Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu.


iii       Pendokumentasian
Hasil Pembelajaran
         Mengumpul dan merekod maklumat projek
         Mengira kos pengeluaran
         Membuat persembahan projek


Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos
pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah
dibimbing oleh guru.


              Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed




Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat
dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini
disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian
projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap




                                                                        23
berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi
butiran berikut:
      Nama murid
      Tingkatan / Kelas
      Nama Projek / Produk
      Lampiran jika ada


Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada
rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam
semangat yakin diri .




24

More Related Content

What's hot

Rekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekRekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekAminah Abdul Ghani
 
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)Hamidah Hamid
 
Pengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siapPengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siapHafizi Ibrahim
 
1.3 rekabentuk dan penghasilan projek
1.3 rekabentuk dan penghasilan projek1.3 rekabentuk dan penghasilan projek
1.3 rekabentuk dan penghasilan projekroyzamy
 
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEKKH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEKsmrsmart
 
Pengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besiPengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besihazmilplv
 
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)Ayubkhan Kks
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudizulKefli1
 
Enjin- Alatan Tangan
Enjin- Alatan TanganEnjin- Alatan Tangan
Enjin- Alatan Tangancikgu Mar
 

What's hot (18)

Rekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projekRekabentuk & penghasilan projek
Rekabentuk & penghasilan projek
 
Rbt
RbtRbt
Rbt
 
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
 
Pengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siapPengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siap
 
Alatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayuAlatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayu
 
1.3 rekabentuk dan penghasilan projek
1.3 rekabentuk dan penghasilan projek1.3 rekabentuk dan penghasilan projek
1.3 rekabentuk dan penghasilan projek
 
Alatan menukul
Alatan menukulAlatan menukul
Alatan menukul
 
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEKKH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK
KH-T2-REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK
 
TUKUL KEJURUTERAAN
TUKUL KEJURUTERAANTUKUL KEJURUTERAAN
TUKUL KEJURUTERAAN
 
Hand tools
Hand toolsHand tools
Hand tools
 
Pengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besiPengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besi
 
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
 
Unit2
Unit2Unit2
Unit2
 
Marking tools
Marking toolsMarking tools
Marking tools
 
Unit3
Unit3Unit3
Unit3
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudi
 
Enjin- Alatan Tangan
Enjin- Alatan TanganEnjin- Alatan Tangan
Enjin- Alatan Tangan
 
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDINGPENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
 

Similar to 34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek

T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan ProjekT1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projeksmrsmart
 
Rbts1104 barangan logam dan kelengkapan
Rbts1104   barangan logam dan kelengkapanRbts1104   barangan logam dan kelengkapan
Rbts1104 barangan logam dan kelengkapanPISMPRBTSK0622Syazwa
 
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdfmodul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdfJELAPANGMASHUR
 

Similar to 34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek (9)

Modul 4 tooling
Modul 4 toolingModul 4 tooling
Modul 4 tooling
 
Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu
Alatan Tangan Dalam Kerja KayuAlatan Tangan Dalam Kerja Kayu
Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu
 
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan ProjekT1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
 
Khb bab 1 form 2
Khb bab 1 form 2Khb bab 1 form 2
Khb bab 1 form 2
 
Rbts1104 barangan logam dan kelengkapan
Rbts1104   barangan logam dan kelengkapanRbts1104   barangan logam dan kelengkapan
Rbts1104 barangan logam dan kelengkapan
 
Report amali kimpalan
Report amali kimpalanReport amali kimpalan
Report amali kimpalan
 
IS - CU 2 (3).pdf
IS - CU 2 (3).pdfIS - CU 2 (3).pdf
IS - CU 2 (3).pdf
 
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdfmodul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
 
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPANBARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
 

34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek

  • 1. 1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1.3 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK b. Faktor Utama Reka Bentuk Fungsi Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat. Rupa bentuk Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi Kesesuaian bahan Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :  Sesuai dengan kegunaannya  Mudah didapati  Kos tidak terlalu mahal  Keselamatan penggunaannya Kaedah pembinaan Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit. Ketahanan Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka bentuk itu dibuatKos 1
  • 2. Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos bahan dan masa membinanya Kemasan Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan penggunaan sesuatu reka bentuk Keselamatan Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan bahaya kepada pengguna Nilai komersial Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada c. Jenis Bahan dan Pengikat Hasil Pembelajaran  Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya  Mengenal pasti jenis-jenis pengikat  Menyatakan cara penggunaan pengikat Bahan Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli lembut. PVC( polyvinyl chloride ) 2
  • 3. Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan. Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza. Perspek Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics. Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat papan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentuk kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba. Aluminium Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah dibentuk. Keluli lembut ( mild steel ) Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat. Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk 3
  • 4. bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan. Pengikat Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan skru benam sendiri ( self-tapping screws). Ribet ( rivet ) Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet terdiri daripada : a. Menggunakan set ribet b. Menggunakan pop ribet Set Ribet & Ribet Glu panas ( hot melt glue ) Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod. 4
  • 5. Skru benam sendiri ( self-tapping screws) Skru ini mudah digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz. Self tapping screw crome & black d. Alatan Tangan dan Mesin Hasil Pembelajaran  Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan  Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih  Mengguna dan menyenggara mesin 5
  • 6. Alatan tangan Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun. Pisau Pemotong Perspek Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus. Pemotong Perspek Penebuk Pusat Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi dijalankan. Penebuk Pusat Gandin Getah Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa meninggalkan kesan. 6
  • 7. Gandin Getah Proses membentuk ‘Hot Glue Gun’ Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue) untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan 7
  • 8. pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh mengakibatkan kecederaan. Hot Glu Gun Pengikis Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan. Pengikis ‘Rivetter’ ( Hand riveter ) 8
  • 9. Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal. Rivetter dan cara penggunaan 9
  • 10. Mesin Mudah Alih Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless screw driver dan mesin pelelas ( sander ). Mesin Gergaji Jig Mudah Alih Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan dilakukan. Mesin Gergaji Jig Mudah Alih 10
  • 11. ‘Cordless screw driver’ Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh bateri yang boleh dicas semula. Cordless screwdriver Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander ) Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Kedua- dua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak. Mesin Pelelas Mudah Alih 11
  • 12. e Pembinaan Hasil Pembelajaran  Mengukur , menanda dan memotong  Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum Bahan Pemasangan Engsel Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari . Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang. Engsel Bracket Bracket digunakan untuk memasang tetingkat dalam almari atau pada dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan. Braket 12
  • 13. Penyangkut Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding. Penyangkut Stapler Gun Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut dengan menggunakan dawai kokot. 13
  • 14. f Reka Bentuk Projek I Pernyataan Masalah atau Keperluan Hasil Pembelajaran  Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan  Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan  Mengumpul maklumat dan data  Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas 1 Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun. Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat orang ramai. 2. Bahan-bahan berikut dibekalkan:  Kayu 600mm x 100mm x 10mm – 2 unit  Perspek 300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit  Keluli lembut - secukupnya  Kepingan aluminium - secukupnya 14
  • 15. 3. Mengumpul maklumat dan data Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan. Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian. 4. Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti berikut:  Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ?  Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ?  Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan atas lantai atau meja ?  Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ?  Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan kukuh ?  Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ?  Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ? 15
  • 16. 5. Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas. Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar 4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya ) Contoh pelbagai alternatif sketsa 16
  • 17. Contoh pelbagai alternatif sketsa 6. Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai 17
  • 18. Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan saiz dan maklumat penting dalam lakaran lengkap apabila mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru. Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting. Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali. Perhatian : Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod, manila kad, atau mounting board berpandukan lukisan kerja yang telah disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini. Lakaran yang telah dipilih Lukisan Kerja 18
  • 19. Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih. ii Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek 19
  • 20. Hasil Pembelajaran  Menentukan dan merancang pembinaan projek  Menyediakan jadual kerja  Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan  Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih  Menguji dan menilai sendiri projek  Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti Perancangan Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau projek anda. Antara perancangan yang penting ialah: a. Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan. Senarai ini diperlukan untuk : i. mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum memulakan kerja ii. mengurangkan pembaziran bahan / kos iii. bekerja dengan lebih sistematik dan terancang Bil. Bahan Saiz Kuantiti Contoh borang senarai bahan 20
  • 21. b. Mengenal pasti dan menyenaraikan alatan tangan dan mesin yang hendak digunakan. Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :  membuat persediaan awal  menjimatkan masa Bil. Nama Alatan Tangan / Mesin Contoh borang senarai alatan tangan / mesin c. Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian dengan bahan yang digunakan d. Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek 21
  • 22. e. Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :  bekerja dengan lebih terancang  memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang diperuntukkan. Bil. Aktiviti Tarikh/Masa Catatan 1. Mengenal pasti masalah 40 minit 2. Mengumpul data 40 minit Contoh borang Jadual Kerja f. Membuat anggaran kos bahan Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat belanjawan dalam penghasilan sesuatu projek supaya kos pengeluaran dapat dikawal. Bil. Perkara Kuantiti Kos/unit Jumlah JUMLAH BESAR Contoh borang pengiraan kos 22
  • 23. Pembinaan dan pengubahsuaian Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan. Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat penilaian reka bentuk.  Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti yang dikehendaki ?  Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ?  Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ? Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu. iii Pendokumentasian Hasil Pembelajaran  Mengumpul dan merekod maklumat projek  Mengira kos pengeluaran  Membuat persembahan projek Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah dibimbing oleh guru. Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap 23
  • 24. berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi butiran berikut:  Nama murid  Tingkatan / Kelas  Nama Projek / Produk  Lampiran jika ada Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam semangat yakin diri . 24