SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
PROGRAM FESYEN 
SEMESTER 2 
2013 
SAINS 
AMT 211 
Tugasan: 
Pencemaran Udara 
Disediakan oleh: 
SHAHEERA EMYLIA BT TUAN BADRULIZWAN 
970724-06-5246 
Pensyarah : 
Puan Fairus bt Abdullah 
Kelas KV1 F2 
Tarikh : 
20 Ogos 2013
ISI KANDUNGAN 
BIL PERKARA MUKA 
2 
SURAT 
1 1.0 PENDAHULUAN/ PENGENALAN 2 
2 2.0 DEFINISI KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR DAN PENCEMARAN 
UDARA 
3 
3 3.0 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA 
3.1 PEMBAKARAN TERBUKA 
3.2 PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL 
3.3 PUNCA DARI KEJADIAN SEMULAJADI 
4-7 
4 4.0 KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA 
4.1 KESAN TERHADAP KESIHATAN MANUSIA 
4.2 KESAN TERHADAP TUMBUHAN DAN HAIWAN 
4.3KESAN KEPADA ALAM SEKITAR 
8-10 
5 5.0 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR UNTUK 
MENGAWAL PENCEMARAN 
5.1LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PENCEMARAN UDARA 
5.2KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR 
11-13 
6 6.0 KESIMPULAN 14 
7 7.0 RUJUKAN 15 
8 8.0 LAMPIRAN 16
1.0 PENDAHULUAN / PENGENALAN 
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup 
penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak 
dapat dielakkan. Namun manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar 
yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan 
negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru 
semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif 
ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian 
bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, 
setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha 
pengurusan dan pemeliharaan alam. 
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan 
hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya 
keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat 
adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran 
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada 
sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam 
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga 
menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan 
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan 
awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat 
dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: 
3 
1.Pencemaran udara 
2.Pencemaran air 
3.Pencemaran laut 
4.Pencemaran bunyi 
5.Pencemaran tanah 
6.Pencemaran haba
2.0 DEFINISI KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR DAN PENCEMARAN UDARA 
4 
ALAM SEKITAR 
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di 
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: 
Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk 
tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku 
Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu 
seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil 
daripada aktiviti manusia. 
EKOSISTEM 
Terminologi eksosistem untuk menerangkan komponen-komponen fizikal dan biologi alam 
sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Konsep ekosistem merujuk kepada 
interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling 
berkait rapat. 
Ekosistem boleh dikaji dan dibahagikan kepada skop yang luas serta menerangkan situasi 
hubung kait antara hidupan dengan alam semula jadi. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang 
terbentuk oleh hubungan timbal balik tak terpisahkan antara makhluk hidup dengan 
lingkungannya.Ekosistem merupakan penggabungan dari setiap unit biosistem yang melibatkan interaksi 
timbal balik antara organisme dan lingkungan fizik sehingga aliran tenagai menuju kepada suatu struktur 
biotik tertentu dan terjadi suatu siklus materi antara organisme dan anorganisme. Matahari sebagai 
sumber dari semua tenaga yang ada. 
HABITAT 
Habitat iaitu mendiami ialah tempat tinggal semula jadi yang memenuhi keperluan makanan, 
tempat tinggal dan keselamatan kepada flora dan fauna. Contohnya hutan bakau perlu dikekalkan di 
sepanjang pantai kerana di sinilah ikan, udang, ketam dan burung-burung pantai tinggal, mengawan dan 
membiak.
3.0 punca-punca pencemaran udara 
5 
3.1 Pembakaran terbuka 
Pembakaran terbuka ialah pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil 
pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar 
tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong. Secara umumnya, setiap kali anda 
menyalakan api di luar, anda membuat pembakaran terbuka. 
Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya 
pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan 
tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa 
perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran 
menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut 
menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan 
mengurangkan jarak penglihatan. 
IPU adalah satu sistem ukuran yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada 
orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan 
cara yang termudah.Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih tegas 
dengan membabitkan pelbagai agensi kerajaan memantau masalah itu juga perlu. 
Larangan pembakaran terbuka tidak boleh dilaksanakan hanya dengan arahan. Ia 
sepatutnya disertai dengan penguatkuasaan undang-undang. Pembakaran terbuka 
akan terus berlaku selagi belum ada bukti setiap mereka yang melakukan kesalahan 
dikenakan hukuman setimpal.
6 
3.2 Pembakaran bahan api fosil 
Bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk daripada proses-proses 
semula jadi seperti pereputan anaerobik hidupan mati yang tertanam. Usia hidupan itu 
dan bahan api fosil yang terbentuknya lazimnya sekitar jutaan tahun .Bahan api fosil 
mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Antara jenis bahan api fosil ialah arang, 
petroleum, dan gas asli. 
Bahan api fosil terdiri daripada bahan-bahan yang meruap dengan nisbah karbon 
kepada hidrogen yang rendah seperti metana, petroleum cecair dan bahan-bahan tidak 
meruap yang terbentuk daripada karbon tulen hampir sepenuhnya, seperti arang 
antrasit. Metana terdapat dalam medan hidrokarbon, sama ada sendirian, bersangkut-paut 
dengan minyak, ataupun dalam bentuk klatrat metana. Bahan api fosil terbentuk 
daripada fosil tumbuhan setelah terdedah kepada haba dan tekanan dalam kerak bumi. 
Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh dibaharui kerana memakan 
masa jutaan tahun untuk terbentuk, simpanannya lebih cepat dihabiskan daripada 
penemuan simpanan baharu. Pengeluaran dan penggunaan bahan api fosil 
menimbulkan kebimbangan akan alam sekitar, maka dianjurkan sebuah gerakan 
sedunia untuk memupuk penggunaan tenaga boleh baharu untuk menampung 
keperluan tenaga yang meningkat. 
Pembakaran bahan api fosil menghasilkan berbilion tan karbon dioksida (CO2) 
setahun, tetapi adalah dianggarkan bahawa proses-proses semulajadi hanya mampu 
menyerap kira-kira separuh jumlah itu, karbon dioksida dalam atmosfera . Karbon 
dioksida merupakan salah satu jenis gas rumah hijau yang menguatkan pemaksaan 
bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan global yang mana purata suhu 
permukaan Bumi naik sebagai kesannya. Kebanyakan besar ahli sains iklim 
sependapap bahawa ini akan banyak mendatangkan kesan-kesan buruk.
7 
3.3 pelepasan asap kilang 
Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca 
pencemaran udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan 
kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. 
Selain itu,terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh 
membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup.Sejenis lagi bahan yang boleh 
dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang 
sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. 
Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik 
nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan 
seharian. 
Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir 
masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh 
masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri 
perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara 
kepada masyarakat.
8 
3.4 punca dari kejadian semulajadi 
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang 
mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa 
ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. 
Pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut 
taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang 
negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan 
gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu 
seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti 
asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. 
Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa 
toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang 
berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut,airnya akan 
bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain itu,pencemaran air 
laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat 
Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di 
atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal 
ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang 
boleh mengurangkan pembiakan makanan laut
4.0 kesan-kesan pencemaran udara 
4.1 kesan terhadap kesihatan manusia 
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia 
akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang 
tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu 
tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam 
paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen 
tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya 
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami 
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit yang akan manusia dapat. 
9
4.2 kesan terhadap tumbuhan dan haiwan 
10 
TUMBUHAN 
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis 
iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.Kesan 
ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian 
penduduk juga akan mengalami masalah. 
HAIWAN 
Kesan pada haiwan ialah haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari 
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru 
haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar 
akibat daripada pencemaran udara.
11 
4.3 kesan terhadap alam sekitar 
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan 
memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi 
bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses 
penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu 
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan 
pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan 
terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam 
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan 
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida 
akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya 
kerana akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam 
tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara 
juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan 
menyeluruh kepada bumi. 
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. 
Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh 
mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri 
daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan 
meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan 
kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
5.0 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk 
12 
mengawal pencemaran 
5.1 langkah-langkah pengawalan peencemaran udara 
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran 
alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana 
bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan 
mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. 
Penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan 
yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan 
pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh 
kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. 
Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti 
katarak mata, barah kulit dan sebagainya. 
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan 
kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar 
kita. undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat 
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan 
mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, 
majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat 
kekurangan protein. 
Akhir sekali program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil 
perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. 
Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita 
boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar 
semula yang telah disediakan.
5.2 kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar 
Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana 
alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala 
pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, 
udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung 
kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. 
Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. 
Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan 
sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air 
akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. 
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara 
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. 
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. 
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita 
mendapat bekalan oksigen secukupnya. 
Penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke 
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran 
yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. 
Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global 
melalui penyerapan karbon dioksida. 
13
14 
6.0 Kesimpulan 
Kesimpulannya, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar 
bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita 
bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan 
juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk 
mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi 
seorang insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi. 
Kita juga mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih 
ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan 
alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen 
kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo 
media dan penerbitan bahan-bahan cetak.Pemuliharaan alam sekitar adalah 
tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari 
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang. 
Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia 
telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan 
politik sejagat. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf 
kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan 
akuatik serta kepupusan flora dan fauna.
15 
7.0 Rujukan 
 internet 
1. http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/kepentingan-pemuliharaan-dan.html 
2. http://pbssainsonline.blogspot.com/2013/04/kepentingan-pemeliharaan-dan. 
html 
3. https://www.google.com.my/#bav=on.2,or.r_qf.&fp=158409be5c11b049&q=kes 
an+pencemaran+alam+sekitar 
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/ 
 buku teks 
1. buku rujukan express tingkatan 4 dan 5 
2. buku teks science tingkatan 3 , 4 da
16 
8.0 LAMPIRAN 
PELEPASAN ASAP KILANG PEMBAKARAN TERBUKA 
ALAM SEKITAR PENCEMARAN AIR

More Related Content

What's hot

Slide alam sekitar(arif fikri)
Slide alam sekitar(arif fikri)Slide alam sekitar(arif fikri)
Slide alam sekitar(arif fikri)ariffikri20
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melakaAsmawi Abdullah
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziZauhari Hussein
 
Bandar terjejas dan pemanasan global
Bandar terjejas dan pemanasan globalBandar terjejas dan pemanasan global
Bandar terjejas dan pemanasan globalnurulakmar15
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasizumiza84
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Asmawi Abdullah
 
Era hijau 2008 keluaran 2 2
Era hijau 2008 keluaran 2 2Era hijau 2008 keluaran 2 2
Era hijau 2008 keluaran 2 2Sri Indayati
 
Chapter 3 analysing the balance in nature
Chapter 3   analysing the balance in natureChapter 3   analysing the balance in nature
Chapter 3 analysing the balance in natureMazliyani Masroh
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 

What's hot (15)

Slide alam sekitar(arif fikri)
Slide alam sekitar(arif fikri)Slide alam sekitar(arif fikri)
Slide alam sekitar(arif fikri)
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
 
Bandar terjejas dan pemanasan global
Bandar terjejas dan pemanasan globalBandar terjejas dan pemanasan global
Bandar terjejas dan pemanasan global
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Era hijau 2008 keluaran 2 2
Era hijau 2008 keluaran 2 2Era hijau 2008 keluaran 2 2
Era hijau 2008 keluaran 2 2
 
Model Latih Tubi 2
Model Latih Tubi 2Model Latih Tubi 2
Model Latih Tubi 2
 
Model Latih Tubi 5
Model Latih Tubi 5Model Latih Tubi 5
Model Latih Tubi 5
 
Chapter 3 analysing the balance in nature
Chapter 3   analysing the balance in natureChapter 3   analysing the balance in nature
Chapter 3 analysing the balance in nature
 
Mikro iklim bandar
Mikro iklim bandarMikro iklim bandar
Mikro iklim bandar
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 

Similar to Alam sekitar emylia

Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarMatkomik Cool
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)yanazulaikha1
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam SekitarPencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitaryanazulaikha1
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Muhammad Zhahir
 
Kesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriKesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriCg Sue
 
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarBab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarIsmi Hawa Ahmad
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Nabila Halim
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologiqashah09
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebuhafizah noor
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Song Love Story
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanNadiah Asmadi
 

Similar to Alam sekitar emylia (20)

Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitarPengenalan tentang pencemaran alam sekitar
Pengenalan tentang pencemaran alam sekitar
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam SekitarPencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Pencemaran Alam
Pencemaran AlamPencemaran Alam
Pencemaran Alam
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Kesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriKesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industri
 
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam SekitarBab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Alam Sekitar
Alam SekitarAlam Sekitar
Alam Sekitar
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Pembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar MapanPembangunan Bandar Mapan
Pembangunan Bandar Mapan
 

Alam sekitar emylia

  • 1. PROGRAM FESYEN SEMESTER 2 2013 SAINS AMT 211 Tugasan: Pencemaran Udara Disediakan oleh: SHAHEERA EMYLIA BT TUAN BADRULIZWAN 970724-06-5246 Pensyarah : Puan Fairus bt Abdullah Kelas KV1 F2 Tarikh : 20 Ogos 2013
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA 2 SURAT 1 1.0 PENDAHULUAN/ PENGENALAN 2 2 2.0 DEFINISI KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR DAN PENCEMARAN UDARA 3 3 3.0 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA 3.1 PEMBAKARAN TERBUKA 3.2 PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL 3.3 PUNCA DARI KEJADIAN SEMULAJADI 4-7 4 4.0 KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA 4.1 KESAN TERHADAP KESIHATAN MANUSIA 4.2 KESAN TERHADAP TUMBUHAN DAN HAIWAN 4.3KESAN KEPADA ALAM SEKITAR 8-10 5 5.0 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN 5.1LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PENCEMARAN UDARA 5.2KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR 11-13 6 6.0 KESIMPULAN 14 7 7.0 RUJUKAN 15 8 8.0 LAMPIRAN 16
  • 3. 1.0 PENDAHULUAN / PENGENALAN Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Namun manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: 3 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran tanah 6.Pencemaran haba
  • 4. 2.0 DEFINISI KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR DAN PENCEMARAN UDARA 4 ALAM SEKITAR Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. EKOSISTEM Terminologi eksosistem untuk menerangkan komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Ekosistem boleh dikaji dan dibahagikan kepada skop yang luas serta menerangkan situasi hubung kait antara hidupan dengan alam semula jadi. Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik tak terpisahkan antara makhluk hidup dengan lingkungannya.Ekosistem merupakan penggabungan dari setiap unit biosistem yang melibatkan interaksi timbal balik antara organisme dan lingkungan fizik sehingga aliran tenagai menuju kepada suatu struktur biotik tertentu dan terjadi suatu siklus materi antara organisme dan anorganisme. Matahari sebagai sumber dari semua tenaga yang ada. HABITAT Habitat iaitu mendiami ialah tempat tinggal semula jadi yang memenuhi keperluan makanan, tempat tinggal dan keselamatan kepada flora dan fauna. Contohnya hutan bakau perlu dikekalkan di sepanjang pantai kerana di sinilah ikan, udang, ketam dan burung-burung pantai tinggal, mengawan dan membiak.
  • 5. 3.0 punca-punca pencemaran udara 5 3.1 Pembakaran terbuka Pembakaran terbuka ialah pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong. Secara umumnya, setiap kali anda menyalakan api di luar, anda membuat pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. IPU adalah satu sistem ukuran yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dengan membabitkan pelbagai agensi kerajaan memantau masalah itu juga perlu. Larangan pembakaran terbuka tidak boleh dilaksanakan hanya dengan arahan. Ia sepatutnya disertai dengan penguatkuasaan undang-undang. Pembakaran terbuka akan terus berlaku selagi belum ada bukti setiap mereka yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman setimpal.
  • 6. 6 3.2 Pembakaran bahan api fosil Bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk daripada proses-proses semula jadi seperti pereputan anaerobik hidupan mati yang tertanam. Usia hidupan itu dan bahan api fosil yang terbentuknya lazimnya sekitar jutaan tahun .Bahan api fosil mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Antara jenis bahan api fosil ialah arang, petroleum, dan gas asli. Bahan api fosil terdiri daripada bahan-bahan yang meruap dengan nisbah karbon kepada hidrogen yang rendah seperti metana, petroleum cecair dan bahan-bahan tidak meruap yang terbentuk daripada karbon tulen hampir sepenuhnya, seperti arang antrasit. Metana terdapat dalam medan hidrokarbon, sama ada sendirian, bersangkut-paut dengan minyak, ataupun dalam bentuk klatrat metana. Bahan api fosil terbentuk daripada fosil tumbuhan setelah terdedah kepada haba dan tekanan dalam kerak bumi. Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh dibaharui kerana memakan masa jutaan tahun untuk terbentuk, simpanannya lebih cepat dihabiskan daripada penemuan simpanan baharu. Pengeluaran dan penggunaan bahan api fosil menimbulkan kebimbangan akan alam sekitar, maka dianjurkan sebuah gerakan sedunia untuk memupuk penggunaan tenaga boleh baharu untuk menampung keperluan tenaga yang meningkat. Pembakaran bahan api fosil menghasilkan berbilion tan karbon dioksida (CO2) setahun, tetapi adalah dianggarkan bahawa proses-proses semulajadi hanya mampu menyerap kira-kira separuh jumlah itu, karbon dioksida dalam atmosfera . Karbon dioksida merupakan salah satu jenis gas rumah hijau yang menguatkan pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan global yang mana purata suhu permukaan Bumi naik sebagai kesannya. Kebanyakan besar ahli sains iklim sependapap bahawa ini akan banyak mendatangkan kesan-kesan buruk.
  • 7. 7 3.3 pelepasan asap kilang Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu,terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup.Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
  • 8. 8 3.4 punca dari kejadian semulajadi Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut,airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain itu,pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut
  • 9. 4.0 kesan-kesan pencemaran udara 4.1 kesan terhadap kesihatan manusia Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit yang akan manusia dapat. 9
  • 10. 4.2 kesan terhadap tumbuhan dan haiwan 10 TUMBUHAN Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah. HAIWAN Kesan pada haiwan ialah haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
  • 11. 11 4.3 kesan terhadap alam sekitar Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
  • 12. 5.0 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk 12 mengawal pencemaran 5.1 langkah-langkah pengawalan peencemaran udara Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein. Akhir sekali program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan.
  • 13. 5.2 kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. 13
  • 14. 14 6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi seorang insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi. Kita juga mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang. Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.
  • 15. 15 7.0 Rujukan  internet 1. http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/kepentingan-pemuliharaan-dan.html 2. http://pbssainsonline.blogspot.com/2013/04/kepentingan-pemeliharaan-dan. html 3. https://www.google.com.my/#bav=on.2,or.r_qf.&fp=158409be5c11b049&q=kes an+pencemaran+alam+sekitar 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/  buku teks 1. buku rujukan express tingkatan 4 dan 5 2. buku teks science tingkatan 3 , 4 da
  • 16. 16 8.0 LAMPIRAN PELEPASAN ASAP KILANG PEMBAKARAN TERBUKA ALAM SEKITAR PENCEMARAN AIR