1. Saya telah memilih jurnal yang bertajuk Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Jurnal ini telah disediakan oleh Dr.Jamil
Ahmad daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Norlia Goolamally daripada Open
University Malaysia.
Penyelidik ingin mengetahui tentang bagaimana untuk menjadikan sistem pendidikan
Malaysia ke arah pendidikan berkualiti melalui cara pentadbiran dan pengurusan yang
terbaik. Kepentingan menyiasat dan memahami adalah bagi menghasilkan jurnal yang
berkualiti dan mudah difahami. Penyelidik menyiasat melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia menggunakan beberapa jurnal dan artikel berkaitan serta merujuk kepada sejarah
perkembangan pendidikan di Malaysia.Kaedah penyelidikan dinyatakan dengan jelas
melalui gambar rajah dan jadual yang disertakan.
Strruktur kajian disusun dengan baik. Setiap perenggan diberi logik penyiasatan
secara konsisten dan kesimpulan yang baik. Perenggan pembukaan artikel dimulai dengan
sejarah pendidikan tidak formal sehingga ke pendidikan formal, seterusnya penyelidik
menyatakan persoalan kajian dengan khusus dan jelas.