1. HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR
Daripada Aisyah RAha daripada Nabi SAW, bersabda:
“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR.
Muslim no. 725)
Daripada Aisyah RAha dia berkata:
“Nabi SAW tidak pernah sanagt tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana
tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka’at fajar”. (HR. Al-Bukhari no. 1169)
Hafshah Umul Mukminin RAha dia berkata:
“Jika muazzin selesai azan solat subuh (kedua) dan subuhpun telah nampak,
Rasulullah SAW melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum solat ditegakkan.”
(HR. Muslim no. 723)
Daripada Qais bin Amr RA dia berkata:
“Suatu ketika Rasulullah SAW pernah melihat seorang lelaki yang mengerjakan solat
dua rakaat lagi setelah solat subuh. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Solat subuh itu
hanya dua raka’at.” Lelaki itu menjawab, “Sesungguhnya aku belum mengerjakan solat
(sunnah) dua raka’at yang seharusnya dikerjakan sebelumnya, kerana itu aku
mengerjakannya sekarang ini.” Maka Rasulullah SAW diam.” (HR. Abu Daud no. 1267
dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah: 1/329)
Dan diamnya Nabi SAW menunjukkan persetujuan baginda terhadapnya.
PENJELASAN RINGKAS:
Selain dari keutamaan solat sunnah fajar yang tersebut dalam kedua hadis Aisyah di
atas, ada beberapa masalah lain yang diisyaratkan dalam dalil-dalil di atas:
1. Solat sunnah fajar ini dikerjakan setelah azan kedua dan sebelum iqamah
dikumandangkan. Ini ditunjukkan secara tegas oleh hadis Hafshah di atas.
2. 2. Bolehnya mengqadha’ solat sunnah sebelum subuh ini setelah dilaksanakannya solat
subuh. Dengan catatan bahawa dia memang tidak berkesempatan atau ada uzur
sehingga dia tidak mengerjakannya sebelum subuh. Adapun jika dia tiada uzur ketika
meninggalkannya, atau dia berkesempatan mengerjakannya sebelum subuh tapi dia
tidak mengerjakannya, maka dia tidak diperbolehkan mengqadha’nya setelah solat
subuh.
3. Dalam mengqadha’, boleh terus dikerjakan setelah solat subuh sebagaimana hadis
Qais bin Amr di atas, dan boleh juga dikerjakan setelah berlalunya waktu terlarang
solat, iaitu setelah matahari agak meninggi.
4. Hendaknya seorang alim, ketika dia melihat ada orang yang mengerjakan amalan
yang zahiriahnya keliru atau tidak sesuai dengan apa yang diketahui selama ini, maka
hendaknya dia memperjelas terlebih dahulu alasan orang tersebut mengerjakannya,
agar dia tidak keliru dalam mengingkari.
6. Diamnya Nabi SAW termasuk sunnah baginda yang boleh dijadikan sebagai dasar
hukum penetapan syariat.
CARA SOLAT SUNAT FAJAR
Daripada Aisyah RAha dia berkata:
“Jika Rasulullah SAW selesai mendengar azan (subuh), maka baginda solat dua rakaat
fajar dengan meringankan (raka’at) keduanya.” (HR. Muslim no. 724)
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata:
“Dalam dua raka’at fajar, Rasulullah SAW membaca ‘QULYA AYYUHAL KAFIRUN’ dan
‘QUL HUWALLAHU AHAD’.” (HR. Muslim no. 726)
Daripada Abdullah bin Abbas RAha dia berkata:
“Dalam dua raka’at fajar, tepatnya di raka’at pertama, Rasulullah SAW membaca,
3. “Katakanlah, kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami,” ayat
yang terdapat dalam surah Al-Baqarah (ayat 136) dan pada rakaat terakhir membaca,
“Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah bahawa kami orang-orang muslim.” (QS.
Ali Imran 52) (HR. Muslim no. 727)
PENJELASAN RINGKAS
Antara sunnah Rasulullah SAW adalah mengerjakan solat sunnah 2 rakaat ini secara
ringan, maksudnya bacaan surah dan zikir-zikir di dalamnya tidak dipanjangkan. Kerana
Nabi SAW hanya membaca surah-surah yang sangat pendek sebagaimana dalam
hadis Abu Hurairah di atas, bahkan baginda juga pernah membaca beberapa ayat yang
pendek sebagaimana dalam hadis Ibnu Abbas di atas.