2. SINOPSIS BABAK 1
Mak Jah dan anak angkatnya, Cempaka berasa risau
kerana Zaman tidak pulang ke kampung. Ketika itu, Prof.
Peter datang dan memperkenalkan diri sebagai pensyarah
Zaman. Menurur Prof. Peter, pelajaran Zaman amat baik,
tetapi bersikap keras hati dan besar kepala. Kemudian
Prof. Peter terpandang wajah Cempaka yang terletak di
dinding rumah.
3. SINOPSIS BABAK 2
Cempaka menemani Zaman mengambil buah bidara dan
akar kayu. Ketika itu Prof. Peter dan Malik datang. Prof.
peter menjelaskan keinginan mengambil semula Cempaka,
adik kandungnya yang ditinggalkan ibunya di tebing sungai
Bukit Putih sebelum oang Jepun menyerang dan
membunuh kedua-dua orang tuanya. Menurutnya, dia
sudah lama mencari adiknya tetapi baru hari ini bertemu.
Mak jah menegah hasrat Prof. Peter. Masing-masing
mempertahankan hak. Dalam kekecohan itu, Prof. Peter
tertembak Cempaka, kemudian Prof. Peter melarikan diri.
5. TEMA &
PERSOALAN
Persoalan tentang
usaha mencari adik
kandung yang hilang
semasa perang Jepun.
Persoalan peperangan
yang menyebabkan
perpisahan antara ahli
keluarga
Persoalan
mempertahankan hak
dengan cara yang betul.
Keberanian
mempertahankan hak
dan maruah keluarga
daripada dirampas oleh
orang luar.
Persoalan kasih sayang
sesama insan tidak
mengenal agama dan
keturunan.
Persoalan pendidikan
penting untuk
mengubah dan membela
nasib diri dan keluarga.
6. WATAK & PERWATAKAN
MAK JAH
• Ibu kepada Zaman yang sudah kematian suami. Dia menjaga Cempaka, anak
pegawai Inggeris yang ditinggalkan ketika Perang Dunia Kedua.Dia menyayangi
Cempaka dan berusaha mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abang
kandungnya, Prof. Peter.
ZAMAN
• Anak Kandung Mak Jah yang menuntut di sebuah universiti. Menurut Prof. Peter,
Zaman cemerlang dalam pelajaran tetapi keras hati dan besar kepala. Dia
mempertahankan Cempaka, adik angkatnya daripada diambil semula oleh Prof.
Peter yang mengaku Cempaka itu adik kandungnya.
CEMPAKA
PROF.
PETER
• Anak angkat mak Jah. Menyayangi Mak Jah dan abang angkatnya. Di tembak oleh
Prof. Peter
• Pensyarah Zaman di sebuah universiti. Mengaku Cempaka adik kandungnya.
Berusaha untuk mengambil semula Cempaka tetapi tertembak akibat sikap terburuburunya.
7. LATAR
• Masyarakat yang
mempertahankan hak.
• Masyarakat yang
penyayang
• Masyarakat yang tidak
mementingkan
pendidikan wanita
• Masyarakat yang
prihatin
LATAR
MASYARAKAT
LATAR
TEMPAT
• Di rumah Mak Jah.
•Di pinggir belukar dalam
kampung
• Pada sekitar tahun
60-an
• Pada waktu
menjelang tengah
hari
• Pada waktu petang
LATAR MASA
9. Kita hendaklah gigih berusaha
untuk mengubah corak hidup
supaya tidak terus dibelenggu
kemiskinan.
Kita berfikir secara bijak
untuk menyelesaikan
sesuatu masalah agar
hasrat yang diinginkan akan
memperoleh kejayaan.
Kita perlu berwaspada
terhadap orang yang
tidak kita kenali agar
tidak diperdayakan oleh
mereka.
Setiap ahli keluarga
hendaklah melindungi
keluarganya yang lain kerana
hal itu merupakan
tanggungjawab mereka.
P
E
N
G
A
J
A
R
A
N
Kita hendaklah berusaha
mempertahankan apa-apa
yang menjadi hak kita dengan
cara yang betul agar tidak
berlaku kejadian yang tidak
diingini.
Janganlah kita menggunakan
kekerasan untuk
menyelesaikan sesuatu
masalah kerana
perbuatan itu membahayakan
kita.
Kita hendaklah menghormati
masyarakat tempatan jika kita
berkunjung ke tempat
mereka supaya kita tidak
mendapat kesusahan.