1. NAMA : ADIBAH BINTI ADNAN
NO. MATRIK : A144405
FAKULTI : FAKULTI FARMASI
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 1
PROGRAM : GEMA AMAL INSAN
JAWATAN : EXCO TUGAS-TUGAS KHAS (TTK)
NO. KELULUSAN AKTIVITI : DN00011/2014
TARIKH PROGRAM : 1 – 29/03/2014
1. PENGENALAN PROGRAM
Program Gema Amal Insan (GAIn) merupakan satu program ‘charity’ anjuran Persatuan
Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR) yang diadakan pada setiap tahun. Matlamat program ini
ialah memupuk semangat berorganisasi, meningkatkan kemahiran komunikasi mahasiswa/i,
melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan, berkepimpinan dan beretika, memupuk semangat
perpaduan di kalangan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang prihatin terhadap
masyarakat yang kurang bernasib baik. Program yang berorganisasikan pelajar tahun 1 Fakulti
Farmasi ini dijalankan bagi mengutip dana sebanyak mungkin untuk disumbangkan kepada
rumah kebajikan yang terpilih. Bagi tahun ini, kami menyumbangkan dana tersebut kepada
Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang. Program ini dibahagikan kepada tiga subprogram iaitu
Run To Gain (RTG), Malam Citra Seni (MCS) dan Khidmat Masyarakat (KM). Demikian, saya telah
dipertanggungjawabkan sebagai exco tugas-tugas khas MCS. MCS merupakan satu program
kebudayaan yang mempersembahkan caklempong, beberapa jenis tarian tradisional melayu
dan india, nyanyian dan gendang 24 musim. Berikutan, kami menjemput pasukan-pasukan
kebudayaan dari kolej-kolej yang terdapat di UKM dan persembahan khas caklempong dari
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS). Kutipan dana melalui subprogram ini dijalankan
melalui jualan tiket masuk serta tabung amal.
2.
GAMBAR 1
HIASAN
BINTANG
2. GAMBAR 2
Antara tugas-tugas saya sebagai exco TTK MCS ialah menghias ‘backdrop stage’ dan dewan untuk
majlis perasmian GAIn dan MCS, membuat jualan tiket masuk serta , mengedar ‘goodie bag’ kepada
penonton. Sebagai langkah yang pertama, saya menyediakan lakaran hiasan ‘backdrop stage’
(gambar 1) untuk mendapatkan persetujuan majlis tertinggi. Setelah dipersetujui, saya menyediakan
barang-barang yang diperlukan untuk menghias pentas dan dewan tersebut. Pada malam sebelum
hari kejadian, saya dan beberapa orang exco yang lain mula menyiapkan hiasan-hiasan tersebut.
Sedikit masalah dihadapi apabila perkataan MALAM CITRA SENI dan bintang-bintang tersebut sukar
untuk digantung kerana faktor ketinggian latar pentas tersebut. Keadaan akan menjadi berbahaya
sekiranya kami terpaksa berada di ketinggian yang tinggi untuk tempoh yang agak lama. Oleh itu,
saya mengambil keputusan untuk mengikat bintang dan huruf tersebut pada satu reben dan
menggantungkannya seperti dalam gambar 2. Keadaan kemudiannya menjadi lebih mudah dan
cepat. Hiasan-hiasan tersebut nyata dapat menaikkan seri persembahan-persembahan yang
diadakan pada malam tersebut. Hasil kreatif yang dipertonjolkan melalui perhiasan-perhiasan
tersebut dapat membantu menaikkan semangat persembahan dan menyedarkan para penonton
tentang kebudayaan-kebudayaan di negara kita, Malaysia. Hiasan-hiasan itu juga dapat membuat
para penonton tidak berasa bosan dan menghayati kebudayaan-kebudayaan yang dipersembahkan.
Program ini nyata dapat menaikkan semangat para organisasi, peserta dan penonton dalam
kesedaran amalan kebudayaan tradisional Malaysia. Seterusnya, beberapa laporan bergambar dan
carta tambahan saya lampirkan di pautan http://youtu.be/E-ygbVpSzRA . Di bawah, saya lampirkan
salinan surat kelulusan aktiviti.