3. PENDAHULUAN
Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa Eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat
secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan
dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir
abad ke-20 Masihi, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat.
Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi
lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki
kawasan yang dirancang terlebih awal.
Peluasan kuasa barat terhadap Turki Uthmaniyah pada abad 20 Masihi berpunca
daripada pelbagai aspek terutamanya aspek politik.
4. MENYEBARKAN FALSAFAH
DAN
PEMIKIRAN BARAT
Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah
jajahan masing-masing, kuasa-kuasa barat berjaya menyebarkan nilai-nilai falsafah
hidup orang barat ke dalam masyarakat peribumi yang mereka jajah itu.
British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun
1881. Peranan British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi mudah kerana
telah dilakukan oleh Napoleon Bonaparte semasa menakluki Mesir pada tahun
1798. Falsafah Perancis yang menekankan kedaulatan dan ketaatan kepada
negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden dengan
jolokan seperti orang yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini
dapat dilihat dengan tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis)
Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.
ASPEK POLITIK
5. AGAMA
Kuasa-kuasa barat terdorong untuk menghapuskan empayar Turki
Uthmaniyah yang dipimpin orang Islam kerana pengaruh Islam yang
semakin kuat di benua Eropah.
Kuasa-kuasa barat berasa terancam akan kedudukan agama Kristian
dengan pengaruh agama Islam yang semakin meluas di benua Eropah.
Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam
kalangan masyarakat yang berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah.
Golongan yang berselindung di sebalik alasan kajian ilmiah ini telah
berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat
sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau
memfitnah Islam sebagai agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak
berperikemanusiaan.
ASPEK
KEAGAMAAN
6. BAHAN MENTAH
Kuasa-kuasa barat terdorong untuk meluaskan kuasa di wilayah
Uthmaniyah kerana kekayaan sumber bahan mentah yang dimiliki.
Bahan mentah yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa barat ialah
petroleum yang dimiliki mereka kerana harganya yang tinggi di pasaran
dunia.
Kuasa-kuasa barat melakukan pelbagai tipu muslihat untuk
mendapatkan bahan mentah tersebut.
Contoh ; Duta Britain datang meminta kebenaran untuk menggali punca
air perigi di wilayah Syria dan Hijaz untuk menyelesaikan masalah
kekurangan bekalan air di sana. Tujuan mereka sebenarnya untuk
mencari telaga minyak.
ASPEK
EKONOMI
7. PENUTUP
Kuasa-kuasa barat berusaha keras dalam menjatuhkan
empayar Turki Uthmaniyah yang begitu kukuh berdiri selama
lebih 6 abad dan akhirnya empayar Turki Uthmaniyah runtuh
selepas tamat Perang Dunia Pertama.